Mataku tidak berkelip memerhati bukan direct pada ‘Daddy’ tapi pantulannya daripada cermin. Tidak lekang mataku memerhati, aku mulai rasa terancam. Mungkinkah itu pencuri yang menyamar macam Daddy? Aku ingin berlari keluar namun kakiku kaku. D***h dalam urat seakan berderau, aku buntu. Jantungku mulai berdetak sangat kencang.
Daddy’ menggerakkan kepalanya perlahan, dan ketika itulah aku menjerit berlari ke atas apabila mata hitam tanpa kelopak memandang ke arahku daripada cermin. Terlampau kesal dan takut, aku tersadung apabila kaki kananku ‘ditarik’; sekilas aku pandang ke lutut yang terseliuh, aku menjerit di kepala tangga sepenuh hati meminta tolong apabila aku melihat satu tangan penuh bulu mencengkam erat pergelangan kakiku.
Tahu apa yang menyeramkan? Tangan tu kelihatan panjang menjulur ke bawah dengan ‘seseorang’ itu menjeling dengan kelopak mata hitam ke arahku dari balik jeriji pagar tangga. ‘Ehh antu jelu dek nyak!’
Aku pejamkan mata dengan tangisan, menendang ‘tangan’ itu hingga cengkamannya terlepas dan berlari ke bilik tidur utama. Di tangan aku sudah mendail ‘999’ namun aku tidak mampu bersuara. Aku sangat takut, seluruh badanku menggigil, tidak berani mengeluarkan sebarang bunyi.
Aku pejamkan mata dengan tangisan, menendang ‘tangan’ itu hingga cengkamannya terlepas dan berlari ke bilik tidur utama. Di tangan aku sudah mendail ‘999’ namun aku tidak mampu bersuara. Aku sangat takut, seluruh badanku menggigil, tidak berani mengeluarkan sebarang bunyi.
Waktu tu, aku betul-betul merasa tidak selamat. Dugaanku pada mulanya adalah pencuri. Adakah dia tahu di mana aku? Jelas sekali, dia tahu aku bersendirian di rumah. Adakah dia akan pecahkan pintu dan apa-apakan aku? Aku teresak-esak menekap mulut.
Hatiku terasa hampir runtuh; seakan adrenalin disuntik, aku tidak terdaya untuk menelefon ataupun cuba untuk mesej sesiapa. Bagiku waktu tu, adalah lebih selamat untuk kekal dalam keadaan itu dan tunggu. “Daddy akan pulang bila-bila masa sahaja dari sekarang”, kataku sendiri demi untuk menenangkan hati.
Beberapa minit kemudian, segalanya kembali senyap. Tiada lagi bunyi seseorang berjalan mundar-mandir, mendengus, membebel dengan suara garau. Perlahan-lahan aku bangun dan menghampiri pintu bilik tidur dan menekap telinga ke pintu untuk mendengar dengan teliti, tetapi suara telah hilang dan jejak langkah telah berhenti. Rumah lengang sahaja, sunyi.. Hanya untuk pastikan keadaan benar-benar selamat, aku menunggu lebih lama. Pelbagai andaian di dalam kepala waktu itu. Janganlah tombol pintu tiba-tiba dipulas-pulas pula, fikirku negatif. Detik getir itu terasa tiada penghujung!
Aku pulas tombol pintu perlahan. Jika aku berada di dalam filem seram, yang akan menjadi detik yang bakal membuat luruh jantung adalah apabila sesuatu menerjah atau melompat di hadapan pintu, tetapi tiada apa yang berlaku, sebab kisah ini bukan kisah dalam movie, bukan Valak! LOL.
Aku berjalan terhinjut-hinjut menyusuri setiap bilik di tingkat atas. Kalau ikut logik, aku sepatutnya telefon polis, tapi maklumlah waktu tu, aku mentah lagi. Tak tercapai pula akal waktu tu LUL.. Aku turun kebawah dengan spray nyamuk di tangan, laju saja kakiku speed berlari ke dalam bilik. Sekilas anak mataku mengerling ke cermin dan pintu utama tertutup rapat. Heck goosebumps!
Aku duduk menghadap laptop cuba untuk mengumpul segala nafas yang berbaki apabila kereta Daddy masuk ke kawasan parking. Tanpa membuang masa aku berlari keluar ceritakan kepada Daddy, tapi ayat yang aku guna waktu tu berlapis sikit. Yelah aku tak nak pula kena cop budak cantik tapi otak senteng, kan? You feel me? Ehen.. Aku cuma cakap mungkin ada cubaan pecah rumah sebentar tadi tapi sebab ada orang dirumah, ‘pencuri’ tu batalkan niat. Long short story, Daddy terus risaulah pasal aku. Mommy tiba lepas tu. Aku tunjukkan lutut yang ‘skres’ sikit, tapi yang paling seriau tu bila pergelangan kaki aku dicalar. Mulalah drama Mommy macam aku ni dah m**i. Kena soal jawab juga aku waktu tu. Aku denied habis, aku cakap tadi aku main dengan memew(kucing) jiran seberang rumah. Pergelangan kaki aku lebam kebiruan beberapa hari..
Sejak dari hari tu, aku minta kerja part time berdekatan sebab aku tak nak berseorangan dirumah. Memandangkan hanya terletak 15minit berjalan kaki dari rumah, aku berniat untuk rampas skuter milik Val. Berdebat juga kami waktu aku minta nak pakai skuter kesayangan dia tu. Aku bongsu, aku menang.. Kejam? Ada nampak muka akak kisah kew? Ahak ahakkk.. Baru 2 minggu pakai, aku transformed habis skuter tu. Penuh warna pink dengan blink-blink dan sticker kartun Jessica Rabbit, ROFL…
Rumah aku bukan satu-satunya tempat di mana perkara pelik berlaku. Terdapat sesuatu yang ngeri tentang seluruh kejiranan. Pernah sekali tu kawan baru yang aku kenal sama tempat kerja, rumahnya terletak di lorong bersebelahan. Kitorang berkawan dalam sebulan macam tu, sebelum dia dapat tahu rumah tempat tinggal aku. Terkejut juga dia, lepastu dia ada cerita pasal penyewa sebelum keluarga kami. Satu malam, kawan aku tu berjalan balik dari tempat kerja seperti biasa. Instead of pakai laluan yang menuju terus ke lorong rumahnya, dia pakai jalan shortcut yang akan tembus ke lorong rumahku. And oh oh lupa nak bagitahu; tepi pagar rumah aku ada laluan kecil yang akan tembus ke lorong belakang. Tak muat untuk kereta, hanya motosikal. Tapi selama aku tinggal disana, hanya kadang-kadang saja akan ada motosikal, basikal ataupun passersby yang akan pakai laluan tu. Mungkin sebab gelap, kiraku.
Rumah sebelah diantara jalan tu pula dah lama terbiar, macam renovation yang tak pernah habis, lepastu dibiarkan macam tu sahaja. Pemilik rumah tu dulu adalah sebuah keluarga yang ada 4 anak yang sebaya umurku paling tua, dan anak bongsu berumur 5 tahun waktu tu. Lepas si ayah meninggal dunia akibat sakit, rumah tu sepatutnya direnovate dan dijual tetapi segalanya tergendala, dan itu saja alkisahnya.
Sambung kembali kisah kawan aku yang balik berjalan kaki malam tu; dia lalu lorong sebelah rumah aku. Waktu tu penyewa dirumahku sudah tiada lagi. Niat hatinya bersih saja, hanya nak balik pakai jalan dekat, katanya. Cahaya lampu dari luar rumahku terbuka masa tu, dia ingatkan mungkin pemilik rumah datang lihat rumah, fikirnya. Dia banyak dengar dari orang sekitar yang mereka boleh dengar tangisan mendayu dayu diiringi ketawa mengekek yang cukup membuat sesiapa ‘engkecit’ datangnya dari rumah yang aku duduki, setiap malam.
Macam suara wanita yang merintih akan kehilangan seseorang yang disayangi; serentak dengan ketawa sinis yang puas hati setelah dendam terbalas. Setiap malam, hingga orang sekitar mula jarakkan diri daripada wanita tersebut. Wanita tu pula tinggal seorang lepas ditinggalkan suami yang pemabuk, kaki joli dan kaki pukul. Tidak pernah topik pasal anak pernah didengari. Di kejiranan tu mereka selalu nampak wanita tu akan berjalan dari hujung lorong ulang alik dengan berkaki ayam dan gaun labuh berwarna merah, setiap malam dalam pukul 1.30 ke 2 pagi.
Tiada yang berani menyapa wanita tu selepas tu, dia pula kelihatan macam orang yang telah hilang akal. Pernah juga ada jiran yang cuba menjenguk untuk melihat keadaannya, jiran tersebut digigit dengan rakus hingga berlubang telapak tangannya. Sehari selepas peristiwa itu, wanita tu hilang tanpa berita, pergi sehelai sepinggang meninggalkan segala barang miliknya. And and and, semua barang milik wanita itu telah dibungkus dan disimpan rapi di bilik dobi.
Sooooo, kawan aku ni berjalan perlahan sambil menikmati angin malam dengan mp3 di headset. Tiba-tiba entah dari mana, dia jatuh tersembam ke depan, belakang dadanya ditendang. Eh kejap.. Bulu roma aku naik tak berhenti pula sekarang ni. (Sekarang ni pukul 1.12 am, Wed, 18th Sept.)………………………… Fuhhh… Okay….
Kawan aku dah cuak. Berdiri segala keturunan bulu di badannya. Duduk tersungkur ke tanah, mujur kepala tak terhantuk. Dia pandang ke belakang dan pecut dari lorong tu apabila terlihat suatu cahaya macam tahi bintang tetapi berwarna merah yang datang meluru ke arahnya. Aduhh leher dan tengkuk aku seram….. Sampai saja di hujung lorong menuju ke rumahnya, dia melihat ke belakang; ke lorong.
“Pelik, terlalu gelap,” fikirnya sendiri.
~ Desiree Michael ~
tergantung giler ceritaaaa (T-T)
geram pulak wan cerita ni asyik bersambung ja…
Adrenalin kalau dah disuntik jadi kan kita lagi bertindak pantas, dan maybe juga ganas.. ni adrenalin suntik tapi jadi tak berdaya.. maybe bukan patut adrenalin disuntik la.. adrenalin tak function la kot lg sesuai..