Bini Baru Ayah

Assalamualaikum w.b.t. First, aku start follow FS ni baru sebulan dua lebih. Tapi kdg2 rasa nk unfollow, sbb aku jadi ketagih nak baca dan lepas baca, aku mudah utk pikir dan mimpi bkn2. Hari ni rasa nak taip kisah aku dan family aku sendiri. Tak seram, just nk share dgn korang. Kalau kisah aku ni panjang sangat, aku minta maaf. Aku berasal dari Semenanjung, perempuan berumur 24 tahun. Mempunyai 8 beradik dan sekarang tinggal 7 orang. Emak aku dah meninggal pada tahun 2011 disebabkan kekurangan sel d***h merah. Masa tu, aku tengah belajar sem 3 dekat universiti di utara. Mak aku meninggal selepas adik aku meninggal pada tahun 2009 juga disebabkan kes yang sama. Padahal keturunan keluarga kami tiada masalah d***h. Takpe lah, ape pun kami dah redha.

Hampir setahun lebih mak meninggal, aku yg tengah belajar mendapat khabar yg ayah aku ingin kahwin. Ayah aku masa tu tengah bekerja lagi sebagai seorang guru. Walaupun sedih, aku sebagai anak harus terima jugak jika itu yg terbaik untuk dia. Aku ingat lagi pada tahun 2013, masa tu aku last sem dan tgh praktikal di negeri aku. Jadi, aku ulang – alik dr rumah ke tempat praktikal. Masa tu, dekat rumah kami, hanya ada ayah aku dengan kami tiga beradik perempuan. Kami tiga beradik mmg selalu tidur dalam bilik ayah. Rindu sgt time tu. Tiap2 malam sebelum tidur, kami akan bercerita dan bergurau sebelum tidur.

Ok, sambung cite pasal ayah aku nak kahwin. Sampai skrg, aku masih belum boleh terima perempuan tu dan mungkin sampai bila-bila. Yg aku tahu masa ayah aku nak kahwin ada orang tolong kenalkan mereka. Perempuan tu janda, anak 7 orang. Suami dia meninggal barah otak, katanya. Sebenarnya susah aku nak terima time ayah aku nak kahwin time tu. Dulu hampir tiap hari, aku pergi opis menangis.

Lepas kenal dengan perempuan tu, ayah aku pun dah mula berubah. Untuk pengetahuan korang, ayah aku seorang yg kaki masjid. Tiap hari dia akan pergi masjid, kdg2 bawak kami sekali utk dgr ceramah. Dan selalu juga ayah imamkan kami berjemaah di rumah. Dan lepas solat dia akan singgah kubur emak dan adik. Sebab kubur tu sebelah masjid. Lepas dia kenal dgn perempuan ni, ayah aku jd pelik. Kdg2 lepas balik surau, sebelum tidur dia akan kuar rumah semata-mata utk bergayut bawah pokok dalam gelap. Kdg2 lepas balik mengajar kt sekolah, terus pergi rumah perempuan tu. Kami tunggu dia balik sebelum maghrib.

Utk pengetahuan korang, jarak rumah kami dengan rumah dia bukan dekat, lebih kurang 45 minit. Itu yg selepas balik mengajar. Yg malam pulak, kdg2 sampai pukul 2 pagi kami tunggu ayah balik. Bila call, dia cakap tgh lepak minum air dekat area rumah perempuan tu. Tak sure masa tu perempuan tu ada lepak sekali atau ayah dengan kawan laki je.

And aku dgn adik2 pernah terbaca sms diorang. Ya Allah, mmg rasa jelik bila baca apa yg dia hantar dekat ayah aku. “Rindu kt abg, x sabar nak kawen dgn abg, I love U, I miss U,” aku baca yg ayah aku balas yg aku ingat lah, “berdoalah pd Allah semoga semua urusan dipermudahkan, banyakkan membaca zikir dan berselawat”. Lebih kurang mcm tu. Betul, lillahi aku tak reka cerita pasal sms ni. Masa nak kawen, ayah aku beli brg hantaran utk dia pun bagi aku tak masuk akal. Tudung je rm200 sehelai. Kami ni bukan kaya pun. Hantaran pulak dlm rm5K. Hurmm.

Dipendekkan cerita, ayah aku kawen dgn dia. Macam2 kami tiga beradik kena hadapi. Yg laen dh kawen dk rumah asing, xrasa sgt. Bayangkan, lepas kawen dgn dia, ayah aku byk ponteng mngajar. Dah la jd PK1 masa tu. Semua cikgu-cikgu duk bercakap pasal ayah. Dia pergi sekolah pun kdg2 byk termenung. Anak bongsu perempuan tu pn dh pindah belajar sekali tempat ayah aku mengajar. Kdg2 suka2 hati x pergi sekolah. Duk menangis dlm kelas xnak belajar. Adik bongsu aku plk sekolah tempat yg sama masa tu dia darjah 6, dia pun dh rsa malu dengan sume tu. Sbb sume cikgu2 dk bcakap. Smpai ada cikgu tanya dia, kenapa ayah jadi mcm tu ? :’(

Lepas ayah kawen, aku perhati je tingkah laku mereka. Masa awal kawen, aku pernah jgk mkn masakan perempuan tu. Tp lama2 aku stop. Bayangkan, lepas dia masak, sisa2 perut ayam ke perut ikan ke d***h ikan ke dia x buang and x kemas. Bersepah dalam sink. Kalau yg ada lekat atas dapur, dia x cuci. Kdg2 aku yg akan cuci. Dia akan tggal mcm tu. Pernah ke korg masak tggal camtu je? Aku masak pn aku akan kemas balik. Lepas makan x penat dh nk cuci sume.

And ada 2,3 kali, time dia balik dgn ayah kt umah dia, tggal aku 3 beradik umah dia, tggal aku 3 beradik perempuan. Aku nk basuh baju. Tapi dlm mesin basuh tu ada baju dia dgn ayah. Time aku nak kuar kan baju dia utk jemur, korg tahu aku jumpa ape? Aku jumpa pads yg terlekat pada baju. Terkejut aku, ya Allah. Sampai adik aku yg tengok pun menjerit sbb geli. Mmg benda tu dh tercampur skali dgn baju diorg. Wpun dah di cuci tp kesan d***h masih ada lg pd pads tu. Bukan takat tu je, aku pernah masuk dlm bilik ayah aku sbb x berkunci. Lantak lah salah ke tak.

Tp bagi aku, tu bilik ayah aku, jd aku ada hak utk masuk. Korg tahu aku jumpa ape, aku jumpa bertimbun pads yg belum dicuci. Aku dh cakap dgn ayah aku. Ayah aku hanya cakap nnti dia tanya, mungkin dia lupa nk cuci, atau cepat2 nk mandi lupa basuh terus dlm toilet. Aku hidup selama ni pun, tak pernah nk buka pad kotor dlm bilik tidur. Hurmmmm. Dalam bilik ayah aku, dari set cadar, langsir sampai lah sejadah color kuning. Perempuan tu yg tukar sume.

Kami ada jgk cite pd adik-beradik yg laen. Tapi masa tu, cite kami hanya kakak kami yg byk mdengar. Kakak aku ni dia duk negeri laen. Abg2 aku yg laen wpun dk umah laen tp masih lg dekat dgn rumah kami kecuali abg aku no.3 yg kerja dekat negeri selatan. Aku hanya mampu bertahan duduk dlm rumah tu tak sampai setahun. Aku bawa adik2 aku duk umah bapa saudara kami sebelah arwah emak. Ayah dah berubah, kdg2 jd pemarah. Byk memihak kt bini dia tanpa mendengar.

Pernah sekali aku masak megi sebungkus je, dia ngadu dekat ayah aku, aku mkn x share kat dia. Pdhal masa tu, makanan kat umah pun xde. Duit ayah pun selalu x cukup. Aku sering menangis2 dgn adik2 knape ayah kami berubah. Sampai lh tak tahan, aku cite kt pak sedara aku. Dia pun datang ambik kitorg.

Masa kami duk umah pk sedara, ayah ada jugak dtg pujuk suh balik. Aku ckp xnak. Aku malas nak gaduh dgn ayah, perempuan tu dlm umah kami. Aku penat dan aku kesian kat adik2 aku. Lebih2 lg yg bongsu. Tapi cite ni berpanjangan. Ya, memang ayah aku kena buatan bini dia. Dia ada amal ilmu penunduk dan selalu duk amal joget main puteri atau org panggil joget bangkit angin.

Aku ckp ni sbb aku ada bukti, aku pernah stalk fb anak dia. Ada video perempuan tu pakai baju pengantin warna kuning tgh berjoget dalam keadaan tak sedar. Yg tukang rakam tu anak dia sendiri. Aku tak tahu, family dia tu tahu benda syirik ke tak. Sbb bapa perempuan tu, merupakan imam di kg dia. Dan korg xkn pcaya kalau lihat perwatakan bini ayah aku. Selalu berjubah tudung labuh dan sarung kaki tak pernah tinggal. Tapi bila nk pergi jemur baju kt luar umah aku, boleh plk dia berkemban kain sarung.

Aku, kakak aku dengan famili pak sedara aku dh cuba byk kali jgk utk berubat ayah aku. Tapi korang mesti tahu kan, susah. Sbb diorg dh jadi laki bini. Hari ni angkut, bwk jumpa ustaz. Petang balik nnti jd balik. Dia boleh letak mcm2 pd ayah aku. Ada satu kali tu, first time ayah berubat. Ni pun kitorg plan senyap2 call ayah suruh dtg umah pak sedara sbb ada buat makan2. Kitorg terpaksa tipu ayah padahal kitorg bwk ustaz dtg. Lepas siap berubat, ayah balik umah. Ayah nanges2, dia mcm xleh percaya ape yg ustaz tu cakap. Ape yg perempuan tu dah buat dekat ayah. Ayah cakap dia mintak Allah tunjukkan kebenaran.

Yes, ustaz pun ckp bkn setakat ayah, aku dengan adik beradik yg laen pun dh terkena sbb kami pernah termakan apa yg dia masak. Tapi yg plg dasyat kena, ayah dengan kakak aku.

Korg mesti pelik kenapa kakak aku plk yg kena? Tapi kakak aku, sebelum kawen dgn abg ipar aku pun mmg dah kena uji benda camni. Kakak aku ni pun balik selalu tidur umah pak sedara. Tak balik umah ayah. Masa time pregnant, kakak aku pernah meracau pukul2 perut, lompat2 atas katil, kdg2 abg ipar aku tinggal pergi kerja, dia boleh kuar umah tanpa bagitahu. Dia kuar rumah tu dalam keadaan tak sedar. Betul. And selalu gaduh2 dengan abg ipar tanpa sebab. Mintak cerai. Banyak lagi.

Masa tengah berpantang pula, depan2 aku, adik2 & famili pak sedara aku, kakak aku ni meracau. Aku tengok depan mata kakak aku meracau. Benda tu dtg cekik kakak aku. Benda tu marah sebab hari tu, owner dia nak bagi benda tu pd kakak aku tapi kakak tak terima. Yaa, owner makhluk tu bini ayah aku!!! Kakak aku jerit, “Aku tak nakkkk !!! Bagi dekat anak kau lah. Kenapa nak bagi dekat aku ??? Sakit!! Lepas lah aku. !! Berjurai air mata aku jatuh, sebab seksa nya lihat kakak aku. Pak sedara dgn adik bongsu aku pun turut nangis.

Now, sume family aku & sedara2 aku belah ayah, dgn belah arwah emak sume dh tahu pasal ni. Tapi tak mampu nak buat ape. Ayah pernah juga isi boring cerai. Tapi tak jadi sebab perempuan tu pujuk. Kakak aku masih lagi berubat dengan ustaz. Masih lg sakit kdg2 meracau tapi tak teruk mcm dahulu. Kdg2 abg ipar pun kena sekali. Ayah aku pulak lepas kawen makin kurus. Berat pun mendadak turun. Mgkin skrg berat ayah x sampai 50kg. Selalu sakit2.

Adik aku pulak yg berdua tu balik semula duk dgn ayah aku. Sbb diorg sayang nak tinggal ayah aku sorg2 dgn perempuan tu. Aku pula tak lama tinggal dgn pak sedara, sebab aku pun dah kawen. Tinggal dgn emak mentua. Kdg2 je aku balik jenguk mereka time cuti tu pn time perempuan tu xde. Tapi doa aku x pernah putus untuk semua family aku.

Kalau nak cite byk lagi benda berlaku pd kami sampai skrg, lepas mak aku meninggal, & lepas ayah kawen dgn perempuan tu. Sampai satu tahap, aku meraung meratap sorg2 tertanya2 pd Allah kenape berat sgt ujian dia bg pd family kami lebih2 lg pd ayah. Lepas adik laki sakit pastu meninggal, mak pulak tinggalkan kami. Lepas tu jadi mcm2 kat ayah dgn famili kami. Walaupun dh kawen, aku rindukan famili aku yg dulu. Yg belum dirampas oleh perempuan tu. Rindu dgn gurau senda kami dgn ayah. Rindu nak naik motor dgn ayah pergi masjid. Rindu nak tidur sebilik ramai2 dgn ayah. :’( Sekejap je Allah ambik balik dari kami. Semoga Allah sentiasa melindungi kami sekeluarga dari segala kejahatan makhluk Nya. Amiin.

Hamba Allah

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

25 thoughts on “Bini Baru Ayah”

  1. Sebagai orang yang mengalami nasib yang sama….bini ayah yg amalkan ilmu penunduk dan maybe dah termakan nasi kangkang…yang saya mampu doakan untuk sis..mudah2an Allah mudahkan urusan kesembuhan dan ayahanda diberikan kekuatan. Banyak2 sabar dan usahalah selagi boleh….doa pun tak pernah putus.

    Kita hidup bukan nak menongkat langit…maka hanya doa dapat dipanjatkan untuk sis sekeluarga. Maaflah asyik ulang ayat yg sama dalam comment…tapi boleh faham keadaan sis…rasa tatau nak alih mana rasa sedih tuh…hanya Allah tempat mengadu. Insya Allah..semua benda harinya akan tiba..hari ni hari dia…esok lusa..kita tatau.

    Amin. amin.

    Reply
  2. Kesiannye…
    Sedihnye…
    Bila Allah nk uji, bila Allah nak tarik nikmat, sekelip mata jadi…

    “Ayah aku pulak lepas kawen makin kurus. Berat pun mendadak turun. Mgkin skrg berat ayah x sampai 50kg. Selalu sakit2…”

    Kuruuusssnye ayah kamu ni…
    Merana sesungguh jadinye ekkk…
    Masih mengajar ke skrg??
    Camne perjalanan karier sebagai cikgu dengan keadaan yg di luar kesedaran tu yer…

    Part yg pad x berbasuh menimbun kat bilik tu…
    Eeeiiii MasyaaAllah jijiknyeee…
    Klu akk yg nampak tu tuu muntah ijo jadinye…

    Mak tiri tu membela kaannn…
    Janganlah die jadikan ayah kamu tu salah satu bahan utk menjamu makhluk belaan die tu…

    Akk cume mampu mendoakan semoga Allah memberikan sinar di penghujung perjalanan liku2 kehidupan kamu sekelurga…
    Semoga terus tabah, berusaha dan berdoa…
    Aamiin…

    Reply
  3. Kalo bab malas mengemas tu rasa leh terima lg tapi bab Pad tu huhu …mmg tak patuttt….teruk sgt perangai cam tu..Pe pn Jgn putus asa utk berusaha ubatkan Ayah n Family..sentiasa panjatkan doa. Sy sama cam awk mak dh meninggal , bezanya abah tak penah kawin n setiap kali org tanya jwpn dia ..dia takut org sakitkan anak dia, punya lah jauh pemikiran dia..tp tu lah pengorbanan dia yg paling sy x kan lupakan smpai bila2.

    Reply
  4. hmmm.. touching.. trbayang wajah anak2 kita yg dok dengan bekas suami.. nak2 mama.. mama rindu.. sama-sama la kita berdoa agar kita semua sentiasa dibawah lidunganNya..

    Reply
  5. Sedihnye…
    Teringat dkt arwah mak kite..emmm..dh 4taun berlalu..
    Ayah kite mmg tk nk kawen laen sbb die rase selesa dok sorg n tk perlu pikir ape dh..ank pon da besar even ank nye 2 ketul je..tgl adik laki kite je yg dok dgn ayah kite..
    Saye pon tk pakse kalo die nk kawen laen..
    Tp berdoa jgk kalo dpt mak baru nak yg baik hati n tk plih kasih..sbb skang byk yg terjadi kisah benar,ayah kawen lain to bini nye tk mesra dgn ank tiri..nk aoh jage dlm pantang pon tk sudi..kalo kawen dgn org dekat malam2 tido uma bini..siang balik uma laki utk masak je..
    Mtk la d jauh kn dgn org2 yg mcm ni..

    Reply
  6. Sedih nya..
    Sabarlah ya… Walaupun den tahu yg memikul lebih berat drpd yg menerima…tapi tu la yg mampu Ku ucap. Den doakan moga sentiasa diberikan kekuatan dan kesabaran dlm menghadapi ujian drpd Illahi kpd sis sekeluarga… Didoakn moga Allah permudah dan tolong sis sekeluarga. Jngn sedih Allah ada…ganjaranNya besar kpd org yg bersabar.moga diberikan ketengan dan ganjaran ats kesabaran terutama ayh sis. Aamiin…

    Ermmm…x bolehkah…bawa ayah p berubat pastu jngn bagi balik rumah bini dia tu spya x jadi lagi…minta bantuan mna2 ustaz yg sudi bantu rawat…atau kot bolh stay dngn ustaz…klu still mengajar, ambil cuti dulu. bila ayah ko dah elok dan kumpul kekuatan baru boleh lawan balik sihir pastu g isi borang cerai… Risau den ngn ayah ko…kesian sngt…klu berubat pastu balik rumah mmg x sia2 lah berubat. Bukan apa ni dah kes menzalimi… buat perkara x elok kat laki…
    Bukan lah nk harapkan x elok…tapi kesian sngtlah ayah ko…huhuhuhu…sedihhh

    Tu la mampu Ku bagi cdngn..sorylah klu x membantu…. Usahalah selagi mana mampu…
    Dan harap Bini ayah ko insaf.

    Harap dpt selesai masalah ni…aamiin

    Reply
  7. kisah ni mcm ada 1 video yg pernah viral dulu…pasal adik bradik diorang kena halau n kena simbah air dr bapak sendiri

    Reply
  8. knpe ibu tiri kebanyakkannya bersikap mcm nie?…. moga semuanya akan selesai dgn baik… sya juga beribukan ibu tiri… nasib pun sama.. cuma nasib sya xdelah sehebat saudari…. skrg abh dh meninggal dunia, dan ibu tiri sya pun x tahu di mana….

    Reply
  9. Awak, just nak share ni. Sebenarnya ada orang terdekat dengan saya alami benda macam ni.
    Ini bukan kes mak tiri atau isteri kedua ya. Ini cerita mak kandung dan isteri pertama. Apa-apa saja si emak ni buat, sedangkan terlalu melampau untuk diterima akal pun tak ada siapa yang membantah. Kantoi berduaan dalam bilik hotel oleh suami sendiri pun, suami tak ceraikan. Dah kantoi berkali-kali curang, masih tiada tindakan yang dibuat suami. Si suami bagai terlalu sayang dan tak boleh hidup tanpa si isteri.
    Anak-anak yang sedia maklum hal curang tu pun tiada apa yang dibuat.
    Jadi, orang yang memerhatikan hal ni jumpa seorang pengamal perubatan Islam dan bertanya bagi pihak keluarga terbabit. Dan setelah discan, ternyata si isteri mengamalkan ilmu penunduk.
    Sebab itulah anak-anak dia dari kecil sampai ke besar, dah sebati dengan ilmu itu dan semuanya sangat mendengar cakap. Jika ayah mereka dibentak-bentak sekalipun, semua akan diam dan anak-anak lelaki semua tiada yang akan pertahankan si ayah.

    Dan bila ditanya apa cara untuk mengubati ilmu itu, si pengamal perubatan hanya berkata, dia mampu untuk buang, tapi si pelaku akan buat lagi, dan lagi kerana mereka duduk sebumbung, segala perlakuan boleh dikawal.

    Jadi, untuk kes ayah awak, saya rasa ada baiknya awak paksa atau buat alasan ayah tinggal bersama kamu, jauh dari mak tiri selama beberapa tempoh dan ubatinya.

    Reply
  10. Kepada penulis, tolong jangan pernah berhenti untuk berusaha.. awk kena buat sesuatu.. selamatkan ayah awk sebelum segala2nya terlambat.

    Reply
  11. Teman dh rs camner kn penangan pompuan sial guna ilmu menundukkan bapak kita, jd huru hara rumahtangga..
    Yg peliknya xder pulak tuhan bg balasan kt pompuan sial pengacau rumahtangga org tu…kalau xder undang2…mau jer teman b***h pompuan sial tu…teman dpt rs camner derita miker tu dik…sabar jer lah…moga tiba hr Allah bg balasan kt pompun sial tu…insyaallah tiba ms tu nnt…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.