Dendam Part 2

Assalam kepada semua pembaca FS. Hari ni aku nak sambung semula kisah yang pernah aku coretkan dulu. Semuanya berkaitan dendam. Tetapi kali ini aku ingin bercerita perihal perubatan. Bagaimana cara aku mencari pakar perubatan yang telah sedikit sebanyak membantu abang aku untuk sembuh.

Perkara ini bermula dari sebuah mimpi yang telah dialami oleh kakak sulung aku. Disini aku namakan dia sebagai Along. Pada suatu hari, dalam kami sibuk-sibuk mencari pengamal perubatan yang lain, tiba-tiba Along menelefon ku. Dia minta supaya aku dan adik-beradik yang lain datang kerumahnya. Ada hal yang ingin diceritakan. Kami pun tanpa membuang masa bergegas untuk bertemu dengan Along. Tetapi kakak ku yang seorang lagi bilang supaya kami semua berkumpul dirumahnya sahaja. Kakak ku yang ini aku gelarkan dia sebagai Kak Der.

Katanya dia ada menyediakan pisang goreng buat kami semua. Jadi kami bersetuju untuk berkumpul dirumah Kak Der. Along pun memulakan ceritanya. Katanya dia ada mendapat sebuah mimpi. Di dalam mimpi tersebut Along ada bertemu dengan seorang lelaki tua. Katanya lelaki tua tersebut meminta dia untuk bertemu dengan seorang lelaki yang aku gelarkan disini sebagai Pak Long. Kawasan dimana Pak Long itu tinggal biarlah aku rahsiakan. Katanya Pak Long tersebut boleh membantu kami menyelesaikan masalah yang kami hadapi sekarang ini.

Tapi, semuanya tetap bergantung kepada izin Allah. Kami pun tertanya-tanya betul ke mimpi yang dialami oleh Along ini benar-benar sebagai petunjuk atau sekadar mainan tidur. Tiba-tiba Ayie bersuara. Katanya tidak salah untuk kita cuba menyiasat. Mana tahu Pak Long itu benar-benar wujud. Mungkin ini sebagai salah satu petunjuk dan bantuan yang Allah mahu berikan kepada kami. Memandangkan kawasan yang diberitahu dalam mimpi tersebut pun tidak jauh dari tempat tinggal kami. Jadi kami mengambil keputusan untuk pergi menyiasat berkenaan hal tersebut pada keesokan harinya.

Pada keesokkan harinya, kami sekali lagi digemparkan dengan berita yang tak diduga. Sewaktu kami ingin bersiap-siap untuk mencari Pak Long, tiba-tiba kami di gemparkan dengan sebuah berita yang membuatkan kami terkesima. Aku bergegas pergi ke tempat kejadian bersama adik-beradik ku yang lain. Kami betul-betul terkejut dan juga berasa takut dan gerun dengan apa yang ade dihadapan mata kami saat itu. Kak Der ade membela ayam yang banyak. Lebih kurang dalam sereban yang besar. Anda semua pasti boleh mengagak apa yang telah terjadi bukan? Semua ayam Kak Der m**i dengan perut terburai dengan leher yang patah. Sayunya aku melihat keadaan tersebut.

Secara logiknya kalau musang yang b***h, kenapa tak dimakan sahaja ayam-ayam tersebut. Kenapa cuma d*****h dan ditinggalkan? Kalau mahu dikatakan ular, kenapa ayam-ayam tersebut m**i bergelimpangan macam itu sahaja. Dan kalau mahu dikatakan orang yang m******h atau kerana dengki khianat manusia, mustahil ayam yang berada diatas pokok juga turut m**i dengan keadaan yang sama dan masih berada diatas pokok. Kami ada bertanya dengan keluarga Kak Der sama ada dia ada mendengar apa-apa yang bising pada malam semalam atau tidak.

Tetapi, Kak Der cakap dia dan keluarga tidak mendengar apa-apa yang pelik. Kami cuba untuk berfikir positif dengan mengatakan kepada diri kami sendiri, mungkin ini salah satu petunjuk supaya kami tidak meneruskan niat kami untuk mencari Pak Long. Tetapi kami degil. Kami teruskan juga niat kami. Sebelum itu kami bantu Kak Der apa yang patut seperti menanam bangkai-bangkai ayam tersebut. Selepas itu kami bergegas bertolak untuk mencari Pak Long. Niat kami tetap kami teruskan juga.

Akhirnya kami sampai juga di tempat yang dicari. Kami ada bertanyakan orang-orang kampung tersebut, sama ada wujud @ tidak gerangan yang dimaksudkan sebagai Pak Long. Alhamdulillah, petunjuk yang Allah berikan tidak pernah salah. Nasib kami baik, kerana ada seorang lelaki ingin membantu kami untuk menghantar kami ke rumah Pak Long.

Sesampainya kami ke rumah Pak Long, kami telah disambut dengan baik oleh seorang lelaki tua. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Pak Long. Pak Long tanya apa hajat kami datang untuk bertemu dengannya. Along aku memberitahu niat kami yang sebenarnya. Tiba-tiba Pak Long diam dan termenung. Dia ada bertanya dengan kami tentang keadaan abang kami dan berapa lama Atan telah menanggung sakit yang dialaminya.

Setelah kami ceritakan semuanya, Pak Long tiba-tiba sahaja bergegas bangun dan pergi mengambil sireh. Setelah itu, Pak Long meracik-racik sireh tersebut dan memasukkannya ke dalam gobek. Senang untuk aku beritahu di sini, Pak Long buatkan sireh itu menjadi air pinang. Setelah siap air pinang Pak Long mulakan kerjanya. Aku pun tidak pasti apa yang dibaca oleh Pak Long, tapi mendengarkan ayat-ayat yang dibaca ada sedikit sebanyak macam ayat-ayat dalam Al-Quran, aku pun diamkan saja.

Tiba-tiba Pak Long bersura. Katanya keadaan Atan sudah semakin teruk. Dia tidak mampu untuk mengubatinya. Katanya Atan sudah terkena buatan manusia atau dengan ayat yang mudah difahami iaitu sihir manusia. Allahu, terkedu sungguh aku rasakan. Sudah lama Atan menanggung sakit akibat perbuatan manusia yang durjana ini. Pak Long memberitahu kami. Dia ada seorang kenalan yang jauh lebih arif berkenaan hal-hal yang berkaitan dengan sihir. Pak Long minta supaya kami sekeluarga lekas-lekas bertemu dengan orang yang diperkatakan olehnya. Lelaki tersebut kami gelarkan sebagai Wak. Kata Pak Long lagi, orang yang menghantar sihir tersebut bukan hanya mahu melihat kesengsaraan Atan seorang sahaja, tetapi juga mahu melihat seorang demi seorang ahli keluarga aku tumbang dan m**i.

Allah, betapa kejamnya manusia seperti ini. Pak Long ada memberi kami alamat tempat Wak tersebut tinggal dan juga nombor telefon Wak supaya senang kami untuk berurusan dengan Wak. Kami mengucapkan bebanyak terima kasih kepada Pak Long dan juga bersyukur kepada Allah. Jika Allah tidak datangkan mimpi tersebut buat Along, mungkin perkara ini tidak jumpa jalan penyelesaiannya. Buat masa ini, aku ceritakan sampai disini dahulu. Aku akan sambung lagi kisah-kisah kami sekeluarga berubat. Dalam pada ini, aku tahu ada yang sedang membaca coretanku. Pesan aku, berhentilah berdendam kita sesama manusia.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

KYNA

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

2 thoughts on “Dendam Part 2”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.