Dendam Part 3

Assalamualaikum buat semua pembaca FS dan juga admin. Maaf sangat kerana aku telah membiarkan cerita yang aku pernah sampaikan dulu tergantung di tengah jalan. Ini semua kerana kekangan masa yang ada. Tanpa berlengah lagi, aku ingin meneruskan cerita yang pernah aku ceritakan dulu perihal abang aku yang bernama Atan.

Ceritanya begini, setelah Wak memaklumkan kepada kami angkara siapa yang telah menyebabkan Atan berkeadaan sedemikian, kami semua yang ada semasa itu berjeda seketika. Kami jadi kehilangan kata-kata. Seperti baru bangun dari mimpi yang entah kan percaya mahupun tidak. Kami hairan, apa salah kami sebelum ini sehinggakan Ida sanggup memperlakukan Atan sedemikian.

Pada mulanya kami tidak percaya. Tetapi, setelah digambarkan perwatakan dan bayangan yang diberikan oleh Wak, hasilnya memang mengejutkan. Gambaran itu sama seperti Ida. Tanpa berlengah lagi, kami ada bertanyakan Wak apa yang telah dihantar oleh Ida sehinggakan Atan jadi sedemikian rupa. Wak langsung memberitahu kami, Atan telah disihir dengan menggunakan beberapa cara.

Yang pertama sekali adalah minyak orang m**i d*****h. Wak memberitahu kami, minyak orang m**i d*****h bertujuan untuk menjadikan Atan supaya hilang kewarasan fikiran seperti hilang ingatan. Kemudian cara yang kedua yang di hantar pula seperti telur lama yang busuk dan di balut dengan kain berwarna kuning. Wak beritahu kami, telur tue bertujuan untuk mengganggu Atan dan kami sekeluarga.

Seterusnya, cara yang digunakan adalah dengan menyihir Atan dengan menggunakan bungkusan yang berupa seperti mayat yang di ikat 5. Bungkusan tersebut dihantar bertujuan untuk melumpuhkan Atan. Supaya Atan tidak boleh bangun dan berjalan untuk selama-lamanya. Allahu… tegarnya kamu Ida. Hanya Allah sahaja yang tahu apa perasaan kami sewaktu itu. Kami tidak mahu berlengah lagi. Kami bertanyakan Wak perihal cara untuk menyembuhkan Atan dan memulihkan keadaan rumah kami sekeluarga.

Wak maklumkan kepada kami untuk menyediakan wang berjumlah hampir 3 ribu ringgit untuk mengubati Atan. hal ini kerana Wak perlu menyewa bot untuk membuang barang-barang sihir yang telah dihantarkan untuk membinasakan Atan.

Akhirnya kami memberi kata sepakat untuk meneruskan perubatan ini dan akan kembali dalam masa yang terdekat untuk bertemu dengan Wak semula. Lalu, kami meminta izin untuk pulang memandangkan hari sudah larut malam. Sepanjang perjalanan dari rumah Wak menuju pulang ke rumah kami, ada berlaku beberapa perkara yang aneh. Secara tiba-tiba tangan ku berasa kebas dan tidak boleh digerakkan. Aku jadi tertanya-tanya dan ada memaklumkan kepada kakak aku berkenaan tangan aku yang tidak boleh digerakkan.

Serta merta aku menangis dengan semahu-mahunya kerana secara tiba-tiba aku jadi lumpuh sebelah badan. Saat itu, hanya Allah sahaja yang tahu apa yang aku rasakan. Tangan yang tadinya boleh aku gerakkan dan sekarang tangan itu juga sudah menjadi kaku dan tidak boleh bergerak lagi. Semasa aku menangis aku ada menjerit dan ayat ku bertanya seperti ini ” Apa yang engkau tidak puas hati lagi? Tak puas lagi menyakitkan abang aku dan sekarang kau mahu sakitkan aku pula?

Kemudian kakak aku memelukku dan menenangkan aku sambil mengucapkan sesuatu kepada kami semua yang berada di dalam kereta. Kakak ku meminta abang ipar aku yang sedang memandu untuk berpatah semula ke rumah Wak. Kakak ku berkata seperti ini “Abang Jala, boleh tak kita patah semula ke rumah Wak? Benda ni nak main-main sangat kan. Jom kita hantar dia bermain dengan Wak. Main lah sampai m**i”. Tidak semena-mena, tangan aku yang dari tadinya tidak boleh bergerak kembali bergerak seperti biasa. Allahu, betapa gembiranya aku rasakan saat itu. Hanya Allah sahaja yang tahu.

Rupa-rupanya mereka mahu sudi kami kerana marah denga perbuatan kami yang pergi bertemu dengan Wak dan semua perbuatan mereka telah kami ketahui. Tapi itu tak akan menjadikan kami berputus asa. kami meneruskan perjalan kami pulang kerumah tetapi dengan lebih berhati-hati. Bimbang sekiranya perkara lain pula yang berlaku. Alhamdulillah perjalanan kami berjalan dengan lancar.

Setibanya kami di rumah, lain pula yang berlaku. Mak aku dan ayah aku serta beberapa orang ahli keluarga kami yang ada di luar rumah pada saat itu segera berlari mendapatkan kami yang baru sahaja pulang dari Rompin. Bila kami bertanyakan perihal kenapa mereka kelihatan ketakutan, mereka cuma beritahu yang mereka telah diganggu dengan macam-macam perkara. Mak aku menceritakan bahawa secara tiba-tiba rumah kami dilanda seperti ribut taufan. Kemudian bunyi dentuman di atas atap. Dan bunyi menjerit dari arah belakang rumah berserta keadaan Atan yang seperti terlalu nazak. Mak cakap Atan seperti nyawa-nyawa ikan. Allahu… kami segera berlari menuju ke bilik dimana Atan ditempatkan.

Sedihnya tak terkata bila melihatkan keadaan Atan yang tercungap-cungap seperti orang yang sedang menghadapi sakaratul maut. Kami segera mendapatkan Atan dan cuba untuk mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah. Kami reda sekiranya kami kehilangan Atan. Lupa aku nak beritahu. Saat itu jam sudah menginjak ke waktu 3:00 pagi.

Secara tiba-tiba keadaan Atan menjadi kembali normal dan dia memandang kami sambil tersenyum. Soalan yang secara tiba-tiba dia lontarkan kepada kami, “Awak semua ni siapa? Kenapa pandang saya? Malu lah saya… Hehehe’. Allahu, kami semua mengurut dada. Berdebar tidak terkata. Betul lah orang cakap, ajal maut semua ketentuan Allah. Jika Allah tidak mengizinkan sesuatu kematian itu berlaku, memang ianya tidak akan berlaku. Bersyukur kami ke hadrat ilahi kerana Atan sudah kembali normal dan tidak berkeadaan nazak seperti tadi.

Namun, kami pasti mereka akan kembali mengganggu kami lagi dan mungkin gangguan itu akan lebih teruk dari yang sebelumnya. Memandangkan hari sudah larut malam, maka kami ingin melabuhkan tirai mata kami. Letih rasanya badan kami kerana baru sampai dari Rompin, dan juga letih kerana banyak memikirkan apa yang telah terjadi dan yang sedang menimpa keluarga kami.

Tapi kami keluarga tidak tidur serentak. Ada beberapa orang dari ahli keluarga kami yang akan berkawal untuk menjaga keadaan rumah kami dan kami sekeluarga kerana bimbang jika ada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Pada mulanya, keadaan terkawal. semuanya dalam keadaan tenang. Tetapi, ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Dalam lingkungan pukul 3:30 pagi, beberapa orang ahli keluarga ku yang berjaga malam bersama beberapa kawan-kawan abang aku yang turut sama membantu terdengar bunyi menjerit dan mengilai yang datangnya dari arah pokok durian di belakang rumah aku. Bunyi menjerit dan mengilai yang bersilih ganti. Bunyi menjerit seperti orang yang sedang marah. Kemudian bunyi hentakan di atas bumbung rumah kami.

Tetapi, yang anehnya, hanya mereka yang berjaga sahaja yang dengar apa yang sedang berlaku. Namun, kami yang sedang tidur tidak mendengar apa-apa bunyi pun. Kami tidur dengan lena sekali. Cuma yang mengejutkan kami sekeluarga, apabila Atan tiba-tiba menjerit tanpa diketahui punca. Kami sekeluarga bergegas bangun dan mendapatkan Atan. Atan memberitahu kami ada orang sedang mencekik lehernya. Tanpa berlengah lagi, ayah aku membaca sesuatu sambil mengibas kain ke badan Atan. Alhamdulillah, dengan izin Allah, Atan kembali seperti biasa. Letihnya rasa bila berkeadaan seperti ini. Kami sekeluarga berjaga sehingga ke pagi tanpa ada seorang pun yang tidur kerana bimbang sekiranya berlaku lagi keadaan seperti ini.
Keesokan harinya, kami berkumpul satu keluarga di rumah orang tua kami. Kami berbincang perihal Atan dan bersetuju untuk segera bertemu kembali dengan Wak untuk menyelesaikan apa yang tertangguh. Guys, okay lah, ak tangguhkan dulu cerita aku di sini. Maaf sangat-sangat sebab aku tak berkesempatan nak karang kan semuanya sekaligus. Nanti aku sambung lagi cerita aku ye. Assalamualaikum…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

KYNA

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

8 thoughts on “Dendam Part 3”

  1. 1) DENDAM – Aug 2018
    2) Disihir. ‘Atan Terlantar Tanpa Mengenal Pagi & Petang’ – Jan 2019
    3) Dendam Part 2
    4) Dendam Part 3

    Dear Admin/Kyna,
    I need part 4 please.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.