DENDAM

Pertama sekali aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca FS dan juga admin. Kisah yang aku nak sampaikan di sini berkenaan abang aku dan keluarga aku. Aku ingin memberitahu apa yang telah kami lalui sebelum ini. Semuanya berkaitan dengan “Santau”.

Kisahnya bermula pada tahun lepas, sebulan sebelum menjelangnya puasa. Abang aku secara tiba-tiba mengalami sakit bengkak kaki seperti orang yang terkena penyakit buah pinggang bocor. Ahli keluarga aku ada membawa abang aku ke hospital untuk bertemu doktor dan untuk pengesahan penyakit yg dihidapinya. Malangnya doktor mengesahkan abang aku tidak mempunyai apa-apa penyakit.

Abah aku adalah seorang pengamal perubatan manakala emak ku adalah seorang ustazah. Sedikit sebanyak mereka tahu berkenaan penyakit misteri yang dihidapi oleh abang aku. Sudah pastinya berkenaan alam mistik. Abah aku pernah mencuba beberapa kali untuk mengubati abang aku. Namun takdir tuhan, penyakit abang aku tidak juga sembuh. Sebagaimana yang kita sendiri tahu, jika ahli keluarga kita adalah seorang pengamal perubatan dan kita meminta dia untuk mengubati kita, belum tentu akan serasi. Jadinya, tidak ada sebarang perubahan berkenaan penyakit abang aku.

Tibalah masa untuk umat islam menyambut puasa. Sepanjang bulan ramadhan tersebut abang aku tidak menunjukkan sebarang sakit yang teruk melainkan kakinya yang semakin membesar. Kami cuba lagi ikhtiar dengan memanggil beberapa pengamal perubatan yang lain tetapi tiada seorang pun yang boleh membantu mengurangkan penyakit yang dihidapi abang aku. Bukan dengan izin tuhan lagi untuk abang aku sembuh. Kebanyakan pengamal perubatan yang pernah untuk mengubati penyakit abang aku semuanya mengatakan bahawa abang aku telah diganggu dengan makhluk seperti burung.

Iya… Sebelum ini kami sekeluarga pernah terjebak dengan aktiviti memikat burung dihadapan rumah aku. Kami cuma memikat burung merbah. Selama ini pun kami selalu memikat burung merbah. Jadinya kami tak pernah terfikir bahawa memikat burung akan menyebabkan kecelakaan dan bencana. Jadi, selepas kami mendapat kefahaman dengan apa yang berlaku, kami sekeluarga cuba untuk memulangkan apa yang pernah kami ambil atau yang pernah kami gunakan semasa memikat burung seperti sangkar burung, jaring, dan juga tali.

Mana-mana burung yang masih hidup pun kami telah lepakan kencuali burung-burung yang sudah kami sembelih untuk dimakan tu, kami tak boleh nak buat apa lah. kami cuma takut andai salah satu burung tersebut adalah jelmaan. Iyalah, walaupun pemikiran sedikit kekampungan tetapi kami masih percaya bahwa wujudnya makhluk lain di atas muka bumi ini selain manusia. Tapi cara tersebut masih tidak menampakkan hasil yang abang aku akan sembuh.

Tibalah pada malam raya, abang aku masih dengan kakinya yang besar. Tetapi dia masih boleh berjalan walaupun harus menggunakan tongkat sebagai pengampu untuk dia berjalan. Bahagianya kami kerana masih diberi kesempatan untuk menyambut lebaran bersama-sama.

Tetapi bahagianya hanyalah untuk seketika. Bermulanya pagi hari raya yang pertama, abang aku sudah tidak mampu berjalan. Dia seperti lumpuh. Tidak boleh menggerakkan kakinya walaupun sedikit. Bermulalah detik kami sekeluarga dilanda badai.

Setiap malam dia akan menjerit dan seperti orang yang sudah mahu m**i. Suaranya dan nafasnya seperti kerbau atau lembu yang sedang disembelih. Pada mulanya kami menyangkakan yang ajalnya sudah hampir tiba. Tetapi perkara ini hanya berlarutan bermula pada pukul 1 pagi sehingga 3 pagi. Selepas itu keadaannya kembali normal seperti sediakala.

Lupa aku nak beritahu, kaki abang aku sembuh dan kembali kecil pada hari pertama raya. Mulanya, kami berasa gembira, tetapi perkhabaran yang abang aku lumpuh telah merenggut semuanya. Kami sekeluarga terlalu tertekan dengan kejadian yang menimpa abang aku.

Pernah ada 1 malam tu, di mana anak-anak abang aku pulang ke rumah aku untuk menjenguk abahnya. Lupa aku nak beritahu kepada semua, abang aku tu seorang duda dan mempunyai 4 anak bersama bekas isterinya. 3 masih bersekolah dan seorang lagi sudah berkerja. Yang sulung itu bekerja setempat dengan aku. Jadinya, dia boleh menguruskan abahnya dengan lebih mudah kerana aku selaku ibu saudara merangkap supervisornya boleh memahami keadaan yang dialami oleh abahnya. Senang untuk aku memaklumkan kepada pihak atasan nanti.

Kami bergilir-gilir untuk menjada abang aku. Sehinggalah 1 malam tu, abang aku tidur bersama anaknya yang bongsu. Tiba-tiba dia mendengar sesuatu benda yang besar dan berat telah jatuh ke atas rumah kami. Saat itu, abang aku yang seorang lagi pun ada dan tidak tidur kerana menonton television. Aku namakan abang aku yang seorang lagi ni sebagia Ayie. Bermulalah detik di mana mereka bertiga mendengar dengan jelas perkara tersebut.

Apa yang Ayie sampaikan kepada aku, mulanya “benda” tu cuma jatuh ke atas atap. Kemudian mereka buat seperti tidak ambil kisah sahaja. Pada pemikiran mereka mungkin buah yang telah dibawa oleh burung jatuh ke atas atap. Tetapi tiba-tiba mereka bertiga terdengar bunyi suara yang sangat garau dan menggerunkan telah menjerit memanggil nama abang aku yang sedang sakit. Aku namakan abang aku yang sedang sakit tu sebagai Atan. Sebanyak tiga kali suara itu memanggil abang aku. Alangkah takutnya Atan, Yie dan anak Atan mendengarkan suara tersebut.

Tiba-tiba “benda” yang berada di atas rumah aku tu berjalan. Bunyinya seperti mengheret besi yang tajam. Ataupun bunyi kuku kakinya. Mereka pun tak pasti bunyi apa sebenarnya yang sedang berada di atas atap rumah aku. Malangnya aku dan ahli keluarga yang lain langsung tidak mendengar apa-apa bunyi pada malam kejadian. Iya lah, tidur matilah katakan. Lebih Kurang dalam pukul 4 pagi semuanya kembali hening.

Bermula dari kejadian ini, semakin banyak kejadian-kejadian pelik yang terjadi dan yang kami hadapi. Keadaan Atan semakin tidak terurus walaupun kami sentiasa menguruskan makan, pakai, dan segala kemudahan dia. Atan semakin kurus walaupun setiap hari dia makan banyak. Kami pun buntu dan tidak tahu apa yang harus kami lakukan lagi. Pada suatu pagi, saat aku tengah bersiap-siap mahu pergi kerja lebih kurang dalam pukul 5.30 pagi, tiba-tiba aku mendengar anak atan yang sulung yang aku gelarkan disini sebagai Fiz telah menjerit memanggil emak, abah, kakak dan abang aku untuk sama-sama melihat atan.

Ya Allah, terkejutnya kami bila saat Fiz membuka pampers yang dipakai oleh Atan, tiba-tiba kulit belakang badan Atan telah tercabut dan jatuh sehingga menampakkan tulang belakang dia yang berwarna putih. Tetapi, yang peliknya Atan langsung tidak menjerit kesakitan. Logik akal, jika sudah berlubang belakang badan seorang manusia, mustahil dia tidak akan menjerit kesakitan. kami bertanya kepada atan perihal tersebut, namun dia mengatakan belakangnya cuma berasa gatal. Dan, pada pagi tersebut juga Atan sudah tidak mengenali kami lagi. Semua orang dia tidak kenal. Termasuk anak dia sendiri. Dia cuma tersenyum, bercakap dan berperangai seperti budak kecil.

Bermula saat itu, setiap hari dia akan bertanya dengan semua orang, “kamu siapa?”

Allahu… Dia sudah tidak ingat dengan semua benda yang terjadi. Dia seperti bukan dirinya. Sampaikan ada 1 pagi aku mahu mandi untuk bersiap pergi kerja. Saat aku lalu di depan TV menghala ke dapur di mana tempat akan dibaringkan dan ditempatkan, tiba-tiba dia boleh bertanya dengan aku, “siapa tu?”

Terkejutnya aku. Tak tidur lagi dia rupanya. Aku pun cuma jawab, “ini Ina…”

Boleh kamu bayangkan bila dia cakap, “fuhh! ingatkan hantu tadi. Hari-hari hantu lalu.”

Bayangkanlah apa perasaan aku saat tu. Allah sahaja yang tahu. Sudahlah subuh hari, dengan percakapannya lagi seperti itu.

Maaf pembaca sekalian, aku ada sedikit kerja yang ingin diuruskan. Tapi aku janji akan menghabiskan cerita yang aku ingin sampaikan ini dihari yang lain. Apa-apa pun, cubalah kaitkan cerita ini dengan “DENDAM”

KYNA

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

39 thoughts on “DENDAM”

  1. btl ke ade kaitan ngn burung merbah yg menyebabkan sakit mcm tu?

    nak tanya hubungan ngn bekas isteri dia ok ke? bukan tuduh tp nak tahu jugak kalau2 ade persengketaan lama dgn bekas isteri..

    Reply
  2. Perkataan yg kerap diulang penulis.. ‘lupa’.. hehe dah mcm anak ambe, selalu sebut perkataan lupa la abah… 😂😂
    Apa apa pun, maseh menunggu sambungan kesahhhh

    Reply
  3. FS ada chanel youtube tak?klau ada boleh dengar kat youtube lagi senang and lagi boleh memahami dengan cepat.klau x dakk boleh saya cadangkan hihihi.

    Reply
  4. Best lahh cita ni by the way saya doakan your brother cepat sembuh and nk tnya cm mna keadaan dia skrng? Dah tau kaa sapa yang buat dia cm tuu?

    Reply
  5. Da ade sambungan ke?(takut trtinggal tren)😂😂…kalau belom hope tt cepat smbung.moga atan dan fmly tt baik2 je.

    Reply
  6. masih ingat lg pd arwah paklong aku kena santau angin. masatu tahun 92… masukje magrib akan terpekik terlolong sampai pukul 3 pagi. hari2 mcmtu. badan dia hari2 keluar kulit m**i sampai kitorg sapu penuh pengaut sampah. pernah 1 haritu dia bangun nak pegi toilet dipapah, time tgh jalantu tapak kaki tercabut…. tgh ikhtiar mcari orang asli kt tgh hutan pahang tp x sempat Allah lebih syg kt dia. sebulan lepastu ada org telepon maklong bgtau dia ni kwn sekerja paklong. dia mengaku yg dia sendiri santau ats sbb cemburu dgn kejayaan paklong. maklong aku jawab itu urusan kamu dgn dia aku x boleh nk maafkan apa yg kau dh buat….

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.