Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca FS. Setelah membaca beberapa kisah yang dikongsi dalam ruangan ni, aku terpanggil untuk berkongsi pengalaman aku sendiri. Ni kisah benar dan masih segar dalam ingatan aku.
Aku membesar kat kampung di daerah Perak Tengah, Perak. Mak dan abah aku duduk asing disebabkan kerja. Mak aku bidan/jururawat masyarakat, bukan bidan kampung yang tradisional tapi bidan yang moden sikit under Kementerian Kesihatan Malaysia. Jadi, aku dengan adik-beradik aku yang lain duduk kuarters kerajaan iaitu Klinik Desa. Abah aku askar so dia duduk bujang kat negeri lain.
Kejadian berlaku masa aku sekolah rendah lagi lebih kurang darjah 5. Macam biasa la masa aku budak-budak dulu kalau tak mandi sungai sampai hitam legam, mesti main basikal, baling selipar, p*****l tin dan macam-macam lagi. Kampung aku ni memang betul-betul kampung. Hutan tebal-tebal. Kampung aku betul-betul depan sungai Perak. Kalau waktu malam tu memang tak berani nak keluar sangat kecuali bulan puasa. Selang satu rumah ke satu rumah pun ada hutan kecik/semak samun. Memang jarang gila la kalau nak keluar malam masa tu.
Aku dulu suka main basikal. Biasa la budak laki kan. Main benda lasak-lasak sikit. Setakat pokok kelapa depan rumah aku tu berapa kali dah aku tawan. Tapi takde la sampai ke atas tu aku panjat. Haha. Satu hari tu kebetulan basikal aku rosak sebab tayar pecah. Aku tahu lanyak je, nak baiki memang tak reti. So, aku hantar basikal aku kat bengkel basikal Pak Shad. Rumah Pak Shad ni kat hujung kampung aku. Nak pegi rumah dia ni agak creepy bagi aku la. Aku cerita sikit pasal persekitaran rumah dia ni dulu.
Jarak nak masuk rumah Pak Shad dengan jalan besar ni lebih kurang 50 meter. Bila masuk jalan tu kena lalu semak samun macam hutan kecik dulu then baru la jumpa rumah dia. Kalau dari jalan besar, nampak sikit-sikit je rumah dia. Biasa la rumah kampung kan, seketul je rumahnya yang atas kayu, bawah batu. So dapat la bayangkan macam mana rumah orang kampung yang separuh-separuh ni. Depan sebelah kiri rumah dia pulak dia buat macam pondok kayu, situlah bengkel basikal dia. Rumah dia ni memang sekelilingnya hutan. Nak datang malam-malam memang fikir dua kali la.
Kemudian lebih kurang seminggu aku hantar basikal aku kat bengkel dia, satu petang tu aku nak pegi bengkel nak ambik basikal aku. Kali ni aku pegi dengan abang aku naik motor Honda Fame mak aku. Aku ingat lagi keadaan waktu tu dah petang lebih kurang pukul 6. Suasana masa tu dah kekuningan nak masuk senja. Aku dengan abang aku merempit la ke rumah Pak Shad, cahaya petang matahari tu silau-silau je kat cermin motor.
Bila masuk jalan kecik nak ke rumah dia, lalu la semak-semak/hutan kecik ni dulu. Dari jauh aku tengok rumah Pak Shad ni bertutup. Bila tengok bengkel, pun tutup. Aku dah jem. Ala takkan Pak Shad takde kat rumah. Aku cakap kat abang aku, “Pak Shad takde ke ni?”. Then abang aku cakap panggil la kot-kot diorang dah masuk rumah. Abang aku berhentikan motor depan bengkel Pak Shad. Aku pun turun. Then abang aku buat u-turn siap-siap sebabnya nak ambik basikal lepas tu terus balik. Enjin motor masih hidup lagi, abang aku tak matikan. Jarak bengkel dengan rumah Pak Shad ni lebih kurang 10 meter je. Masa tu cahaya dah makin gelap, cahaya kuning matahari pun dah makin malap. Aku pun jalan ke rumah Pak Shad dengan harapan dia ada kat rumah. Sampai je depan rumah dia, aku bagi salam.
“Assalamualaikum! Pak Shad ooo Pak Shad….
Assalamualaikum! Pak Shad……. mana la pegi diorang ni”
Aku toleh abang aku, abang aku angguk–angguk je tanda suruh panggil lagi.
Aku ke depan selangkah lagi. Jarak aku dengan pintu rumah bawah dia lebih kurang 10 langkah.
“Assalamualaikum! Pak Shad ooo Pak Shad….”
Kali ketiga aku bagi salam, tetiba aku tengok tingkap tepi pintu tu terbuka perlahan-lahan. Korang tahu kan tingkap nako rumah kampung yang kaca bilah tu. Bila aku perasan tingkap tu slow-slow terbukak, aku lega la sebab ada orang kat rumah. Aku sengih-sengih je lepas tu.
“hehe datang nak ambik basikal”. – Aku cakap.
Then, tingkap tu terbukak habis. Cahaya yang makin malap masa tu di rumah bawah buat aku terkedu. Aku tengok betul-betul, aku kecikkan mata aku and menunduk sikit. Aku jadi jem. Aku jadi blur. Aku nampak sorang perempuan tua berdiri depan cermin tu sambil tangan dia ke atas dan melambai-lambai. Aku blur.. Aku nampak isteri Pak Shad!
Ya Allah! Isteri Pak Shad dah meninggal!
Aku terus lari. Aku toleh belakang, dia masih melambai-lambai. Aku rasa nak pengsan tapi aku terus lari pecut habis sampai ke motor abang aku. Abang aku dah cuak. Aku takut, apa yang aku nampak isteri Pak Shad pakai baju Kedah lama warna putih, rambut sanggul ke atas dan berdiri kaku. Hanya tangan yang melambai-lambai. Aku naik motor terus abang aku pecut keluar dari situ. Masa kat atas motor aku dah tak berani toleh belakang sebab aku rasa macam dia ada kat belakang aku. Aku pejam mata. Masa tu aku budak-budak so semua surah aku dah tak ingat, aku fikir mak aku je. Abang aku rempit habis. Cahaya petang makin malap.
Sampai je kat rumah, aku terus lari ke atas rumah sambil tercungap-cungap. Mak aku nampak, dia lari pada aku. Aku tak boleh bercakap. Aku jadi blur dan terdiam. Diorang cakap muka aku pucat. Mak aku dengan kakak-kakak aku semua takut kenapa aku jadi macam tu. Banyak kali diorang tanya kenapa tapi aku tak tahu kenapa mulut aku terluah. Jantung rasa nak tercabut. Bila abang aku naik rumah, dia pun cuak. Kami masing-masing diam. Tak berani nak cakap. Mak aku suruh mandi. Bila lepas maghrib, baru la aku dengan abang cerita apa yang kami nampak. Semua jadi takut. Aku apatah lagi.
Esok lusa, barulah kami dapat tahu yang masa aku dengan abang aku pegi rumah Pak Shad, dia takde kat rumah sebab pegi rumah anak dia lebih kurang seminggu. Actually masa tu isteri Pak Shad baru meninggal tak sampai sebulan. Mungkin anak-anak dia ajak dia duduk rumah anak dia buat sementara. Tak lama lepas tu, abang aku dengan geng-geng dia yang pegi amik basikal aku. Aku? Memang tak la nak jejak rumah tu lagi.
Ketakutan aku ni sampai sekolah menengah aku rasa. Sejak dari hari tu, aku tak lalu jalan besar yang melalui rumah Pak Shad. Kalau aku naik basikal/motor, aku tak akan lalu situ. Kalau aku dengan orang lain and dia lalu situ, memang aku akan berpaling arah lain. Aku memang tak berani nak jejak apatah lagi nak pandang rumah tu. So tahun 2008 aku form 4 mak aku pencen, kitorang pindah menyewa kat pekan sebab nak tunggu aku habis SPM. Then aku habis SPM 2009, tahun 2010 kami semua fully pindah ke Selangor duduk dengan abah aku sampai la sekarang.
Aku ada beberapa lagi cerita nak kongsi masa aku duduk kuarters tu dulu, masa aku sambung degree kat UiTM dan sampai la aku dah bekerja sekarang. Insya-Allah ada masa aku kongsi lagi.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
best! cerita la lagi
Insha Allah ada masa sy kongsi cerita lain. Terima kasih 😉
best! penulisan best jalan cerita pun best! nanti buat hashtag nickname tau senang nak cari 🙂
Insha Allah. Terima kasih. Ada cadangan untuk nickname? 😉
okey jer guna Si Penulis.. pastu nanti buat la Si Penulis Siri 2 and so on.. jd nak search senang taip jer Si Penulis.. heheheh
Ok jugak tu. Hehe ok terima kasih 😉
#sipenulis tak ada cerita baru ke? ke dh publish tapi takda #? lama tunggu nih..
#SiPenulis je senang?
best!
Terima kasih 😉
Giler seram dik.terase cam akak pun ada time tu.akak ingat kita sebaya.muda 6 thun dr akak rupanya.haha. yg paling bestny kg akak pun depan sungai perakpasir salak..ntah2 kita sekampung x.mmg la area sane mcm angker sikit.klau balik rumah opah tu nk g toilet pun bteman.nt nk smbg hashtag akak ye.hehe.bye
Hehe sekampung la kita. Thanks @Akakkiut. Insha Allah nanti saya kongsi lagi. Saya ada juga cerita yg berlaku kat Pasir Salak. Nanti sy kongsikan 😉
Haha.Oraitt!!
bagaikan diri dalam penceritaan….best…kipidap..
Terima kasih 😉
best..xde la mngarut or merepek2….bca memalam lg takut..hahahaha
Terima kasih. Cerita benar belaka bukan rekaan so takde la merepek mana. hehe 😉
Best! Ginally ada new writer yang boleh jadi pelapis otai. Guna la nickname. Cadangan aku #sibasikalrosak haha ok tak gurau je
Bukan senang nak jadi otai. Hehe. Insya Allah nanti saya guna # 😉
Aje giler hantu udah manggil kome-trauma weh
Cerita yg sedap dibaca
Seram wei waktu dia lambai-lambai tu teringat sampai sekarang. Hehe btw terima kasih 😉
Hahaa best2..terasa mcm diri sendiri berada dlm cite ni..siyesss serammmm ?
Hehe hati-hati kalau pergi rumah orang k! Nanti ada yang lambai hihi 😉
Bestla cerita ni. Lain kali cite lah yg kat kuarters tu.
Terima kasih. Insya Allah sy akan kongsi cerita lain. Ada beberapa lagi kisah benar berlaku masa duduk kuaters dulu. Nantikan 😉
ok aku dapat bayangkan camne arwah isteri pak shad lambai tu dengan kebaya putih plak…siang2 pun meremang bulu roma
Seram weh. Nasib baik muka tak berapa nak jelas sangat kalau tak, tak tahu la mahu pengsan kat situ. huhu 😉
ntah2 ada rupe hantu kak limah kot hahah
Boss, Perak Tengah Area Mana?
Best lah cerita ni ….buat lagi min
Terima kasih. Insya Allah nanti sy kongsi cerita lain 😉
penulisan yang kemas, tak kalut atau merepek, ejaan penuh dalam sekali bacaan dah faham and boleh imagine the real situations dengan cara penceritaan. please write more!
Terima kasih. Yup, nantikan cerita yang lain pula k. hehe 😉
teringat pulak cerita keranda tok wan terbang time rahim panggil orang, dia duk melambai lambai. weee seram ~ haha