Kawan Aku Boleh Nampak Hantu

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada pembaca-pembaca FS semua. Terima kasih FS sebab publish kan cerita aku yang tak seberapa ni. Aku tak pernah tulis cerpen selama ni sebab aku memang tak de bakat dalam bidang penulisan. Tapi, pengalaman aku dengan kawan karib aku yang terbuka hijabnye masa di universiti dulu membuatkan aku rasa nak becerita kat korang semua. Ini adalah kisah benar. Alhamdulillah aku tak pernah nampak ‘benda-benda’ ghaib ni, dan aku tak nak pon tengok, mintak-mintaklah dijauhkan. Tapi ini pengalaman kawan aku yang memang di beri peluang untuk melihat ‘benda-benda’ ni. Aku sebagai kawan karib dia masa tu menjadi tempat dia untuk bercerita. Aku cerita bahagian yang aku ingat je eh, sebab kejadian-kejadian ni dah lama, masa kitaorang study kat Uitm Sarawak dulu tahun 2007-2008. Lepas tu dia dapat tukar ke Melaka dan aku tak lagi dapat dengar cerita seram dari dia.

Fuzz ialah kawan karib aku masa di Uitm. Kitorang jadi rapat masa ada event kat UiTM dulu. Dia ni memang kepala masuk air sama macam aku. Tapi dia ni ada kelebihan yg ramai orang tak nak kelebihan dia tu. Dia boleh nampak, dengar, even berkomunikasi dengan makhluk-makhluk alam ghaib. Ada 1 kejadian tu dia cerita kat aku yang dia terserempak dengan ‘benda’ ni masa dia nak naik tangga. Bilik dia kat bawah sekali, tapi masa tu dia nak naik gi bilik aku kot kat level 2, aku pon dah lupa bilik aku level 2 ke 1. Tetiba dia terserempak dengan sesuatu. Aku pon dah lupa benda tu ‘lelaki’ atau ‘perempuan’. Benda tu ada bagitahu dia “ jangan lupa suruh kawan-kawan solat”, then si Fuzz ni terkaku la, dah kenapa bagitahu kat dia kan, dah la tak kenal siapa, dan paling dia terkejut, ‘bende’ tu naik gi tingkat atas tanpa dengar bunyi tapak kaki, macam laju je naik atas. Dia speechless, dan cerita kat aku.

Fuzz pernah bagitahu yang masa mula-mula dia jejakkan kaki kat depan bilik dia, dia dah rasa lain macam, bila bukak pintu berderu-deru angin keluar, macam ada orang yang lari depan kau tapi kau tak nampak orang tu, tapi kau rasa angin dia je. Bukan buang angin ke hape hokey, tu tinggal bau skali ni bukan. Ada 1 kejadian yang jadi masa kat Kolej Seri Gading dulu. Kolej ni ada 8 block perempuan. Masa tu kecoh kolej ni sebab ada student yang kena rasuk. Kitaorang time tu diarahkan untuk berkumpul kat depan block  2A & 2B rasenye…. Sebab maybe ustaz-ustazah nak asingkan mana yang elok mana yang kene rasuk kot…(cehh..bunyi macam asingkan buah yang elok & yang busuk je), tak nak kasi yang lemah semangat duduk dalam block. Aku ngan Fuzz tak de kene pape masa tu, Alhamdulillah. Esok nya kitaorang dengar macam-macam cerita yang keluar.

Rupa-rupanya ada student yang main spirit of the coin dengan d***h period kot kalau tak silap aku time tu. Then bila spirit tu keluar dorang tak hantar dia balik ape lagi mengamuk la benda tu. Sibuk panggil dah kenapa??.Ada jugak budak perempuan yang perasan masa dorang berhimpun kat depan block, dia ternampak 1 lembaga budak pakai gaun merah berdiri atas  bumbung block. Fuzz ada cerita kat aku yang ada sesuatu berlaku kat dia 1 malam ni. Dia tengah sidai baju. Ampaian baju dalam block-block ni ada kat setiap level. Udara dan matahari pon limited, so siapa yang jemur baju tengah-tengah tu silap haribulan boleh bau kepam sebab terhimpit ngan baju-baju lain. Masa dia nak jemur baju tu, tiba-tiba dia terdengar ada budak macam menangis… [hisshhh, seram sejuk pulak aku time menaip ni, tak pernah aku type citer-citer mistik mcm ni]….

Fuzz pon tergamam la, habis terbantut dia nak sidai baju dia. Then dia mcm ternampak kaki budak dan gaun warna merah di sebalik baju-baju kepam yang tersidai. Gulpp!!…“wuuuuuuuuuuuu”… budak tu nangis lagi, memang tak kuat la tapi dengar clear kat telinga Fuzz time tu. Ntah dapat kekuatan Thor ke hape si Fuzz time tu dia boleh pulak try communicate ngan budak ni. Kejadahnye woi!…”err…..adik, kenapa nangis ni?”…….”wuuuuuu…. kakak jahat”…..boleh pulak dia reply. Fuzz pon tanye lagi kenapa nangis, dan budak tu asyik reply “ kakak jahat…kakak jahat…kakak jahat”. Then hilang. Bila Fuzz cerita kat aku benda ni, kitoarang buat conclusion sendiri yang budak ni datang dari spirit of the coin. Kau tengok!… dah panggil dia datang tapi tak reti hantar balik!.. budak lagi kot, maybe tak ingat jalan balik. Aku menyirap betol masa dengar diorang main benda tu. Dah tak de kerja lain ke hape?? Cerita ni tak habis kat sini je tau. Malam tu Fuzz tidur kat atas katil dia. Dalam bilik ada 2 katil double decker. 2 katil bawah dihuni oleh 2 kakak senior part 5. Fuzz time ni part 1 lagi so dia dapat katil atas belah kiri dan sebelah sana katil atas kakak senior part 3. Tapi kakak part 3 ni tak tidur kat katil dia sebab katil atas panas so dia bawak tilam bentang kat bawah. Dia tidur bawah. Bilik dorang ni selalu bukak lampu time nak tidur. Fuzz terjaga tengah malam, mula-mula dia tidur menghadap dinding, kemudian dia tukar position menghadap katil sebelah sana. Dia perasan ada budak baju merah duduk atas katil tu sambil kaki terjulur kat bawah tengah pandang dia tido. Time tu Fuzz tak buat ape lagi dah, pusing balik hadap dinding dan tidur sampai pagi. Lepas dari tu Fuzz dah tak cerita lagi pasal budak gaun merah tu lagi. Dah balik kot dia. Jangan tanya aku dia balik naik apa k!

Cerita lain pulak. Cerita ni berlaku dekat kolej yang sama Seri Gading, masa ni Fuzz tengah cuci baju dekat sebelah toilet. Sinki cuci baju ni berhadapan dengan ampaian. Masa tengah dia mencuci tu dia terpandang ada seorang lelaki kat ampaian. Lelaki? kat kolej perempuan? buat ape?. Fuzz tau yang dia bukan manusia sebabnya lelaki tu ketinggian dia mencecah silling tinggi keatas, baju berlumpur-lumpur dan ada jambang. Terus Fuzz lari masuk bilik dia. Kakak senior bilik dia datang tegur dia sebab masa tu dia dah menggigil-gigil ketakutan. Masa ni pintu bilik dia dah tertutup dah, tapi bila Fuzz toleh je kat pintu lelaki tinggi tu ada dalam bilik tu!. Malam tu kakak-kakak Usrah datang bilik Fuzz dan lepastu dia demam.

Kisah yang lain pulak. Biasa lah kalau duduk U ni, mesti ada keluar gi town atau ronda-ronda kan. Kitorang time tu tak de grab & uber lagi, so alternative kitaorang ialah sewa kereta atau guna van sapu. Tapi kitorang lebih suka sewa kereta je, tong-tong duit. Kitorang time tu keluar 4 orang. Aku, Fuzz dan 2 orang kawan lelaki pergi jalan-jalan kat Kuching dan balik malam. Fuzz dan aku ada lesen time ni, tapi Fuzz banyak kali lah jadi driver kitaorang. Masa tu aku duduk belakang dengan Jo. Zul duduk disebelah Fuzz. Masa kat traffic light, Fuzz ni pandang lama kat kereta sebelah. Aku, Zul & Jo diam tak bercakap. Masing-masing tengah layan perasaan. Tiba-tiba Fuzz panggil. “weh korang, tengok kat kereta sebelah tu, mesti couple tu tengah bergaduh kan?”. Kitorang serentak pandang kanan nak tengok couple yang Fuzz maksudkan. Masing-masing dah buat muka pelik + cuak. “ko cakap ape ni Fuzz? Dia nak bergaduh ngan siapa?”, Zul bersuara takut-takut. Mamat ni dah la penakut, tengok wayang cerita hantu sanggup dia menyorok dalam baju dari start cerita sampai habis cerita. Gi balik la! Nak tengok tapi penakut.

“Betul lah weh, ko tengok awek dia kat sebelah tu, muka macam tak puas hati je”, Fuzz berkata. Aku, Jo dengan Zul masing-masing dah cuak gila. Aku pon ape lagi, boleh sound si Fuzz ni, “kau ni dah kenapa??.. mamat tu drive sorang-sorang je la.. kau jangan macam-macam Fuzz”, zuppp!!… terdiam Fuzz lepastu. Kitorang pon senyap je sampai balik U. Esoknye dia cerita kat aku yang dia nampak ada 3 kepala kat belakang. Aku pon tekejut gila. Kat belakang aku dengan Jo je, dia nampak sorang lagi duduk kat tengah-tengah. Patutlah dia cakap kereta time tu berat semacam. Aku upon redha je lah dapat best friend cam dia ni.

Aku dengan Fuzz suka buat hal sendiri. Kadang-kadang kitaorang suka keluar sewa kereta jalan-jalan kuching pastu balik tengah malam. Kereta tak boleh bawak masuk U masa malam-malam. So, lepas hantar kereta kat owner, kitaorang berlari-lari dari pintu masuk sambil menjerit sebab baru teringat esoknya ada test…haha…. Ada 1 kejadian ni masa kitaorang balik malam aku dengan dia je dalam kereta. Fuzz aku tengok dia drive macam biasa, tapi esok nya dia cerita kat aku ape yang dia nampak malam tu. Dia ni jenis kalau dia ternampak sesuatu dia takkan cerita kat orang lain on the spot. Dia akan duduk sorang-sorang layan perasaan. Sampai kakak-kakak senior bilik dia dah tau kalau dia sorang-sorang tak bercakap, mandi lama gila, dorang dah tau mesti dia nampak something la tu. Esok nye dia cerita kat aku, yang masa kat traffic light, dia nampak macam-macam jenis lembaga. Ada yang tua, ada yang berdarah-d***h ada yang hodoh. On the way nak masuk kawasan UiTM tu, kiri dan kanan tu banyak gerai-gerai. Tempat tu agak gelap. Then dia ternampak ada kak ponti dengan baju lusuh dia muka toksah cakap lah, buruk ya amat. Tengah berdiri kat tiang. Fuzz pon buat bodoh je. Bila dia drive lagi, dia nampak lagi kakpon tu. Bila depan lagi dia nampak lagi. Nak dekat sampai pintu Uitm benda tu hilang.

Masa part 2 kitaorang dan rakan sekelas serta senior-senior ada camping kat dalam kawasan Uitm . 2 jam perjalanan dari kolej. Masing-masing rasa excited ingat dapat keluar dr U kan, tapi tak pon….kat kawasan hutan belakang Uitm je pon. Hek eleh…. Sekarang ni aku tak tau lah bahagian belakang tu buat ape, dulu kat situ dengar cerita kawasan budak kos ladang punya tempat. Malam kedua kita kat camp tu kitaorang semua diarahkan untuk bina khemah sendiri guna apa yang ada kat kawasan sekeliling. Tapi kitarang diberi kanvas untuk dijadikan sebagai bumbung khemah. Aku dengan Fuzz time tu lain-lain team. Masa semua tengah busy nak cari kayu buat khemah, aku dengar bunyi bising dr group sebelah sana. Rupa-rupanya Fuzz pengsan. Teammate dia cerita dia pengsan sebab ada kayu besar jatuh belakang dia. Kelam kabut kitaorang masa tu sebab x de senior-senior yang jaga kitorang masa tu. Team leader Fuzz ni berlari jauh pergi main camp nak panggil orang. Malam tu jugak ambulance sampai area camp kitaorang nak bawak Fuzz gi hospital. Malam tu hujan lebat sangat, sampai menggigil-gigil kitaorang dlm khemah yang kecik dan tak de dinding. 2 hari lepas tu, aku jumpa Fuzz kat bilik dia. Nak suruh dia ceritakan apa jadi sebenarnya. Dia cerita sebenarnya dari hari 1st camp dia rasa lain macam dah. Masa program burung hantu dia kena stay kat area lapang. Then dia ternampak ada benda putih terbang. Dia dah tak sedap hati. Aku ingat-ingat lupa yang dulu dia pernah cakap yang dia ni macam ada ‘penjaga’. Mungkin ‘penjaga’ dia tu bergaduh dengan ‘benda-benda’ dalam hutan tu kot sampai dia jadi mangsa kena kayu malam tu.

Masa part 2 kami pindah Kolej Seri Serapi. Kolej ni jauh sikit dari Seri Gading dan Kolej ni agak lama berbanding Seri Gading yang masa tu agak baru. Aku pindah Kolej ni pon sebab aku ikut Fuzz. Dia terpaksa ditukarkan ke Serapi sebab sem lepas dia tak cukup cop aktiviti. Aku sanggup tukar demi nak duduk dekat dengan kawan karib aku. Setia kan saya?..hehe. kami 1 level bilik sebelah-menyebelah. Fuzz ni suka ambil video dengan handphone Sony Ericsson dia dulu. Ada 1 hari tu dia saje-saje lah rakam video dekat level kitaorang dulu. bila dah rakam tu dia simpan la. Tapi esoknya dia kecoh kat aku dan tunjukkan sesuatu yang dia rakam semalam. aku pon tengoklah ape bendanya. “Cuba kau perhatikan kat bilik depan tu, pintu depan dia tutupkan?”, Aku pon anggukla. ” kau tengok betul-betul, ade macam kepala yang keluar dari pintu macam tengah main cak-cak”. Bulat mata aku bila tengok. Ya memang ada sesuatu dekat depan pintu tu. Tak mungkin orang sebab pintu tu tutup, kalau orang pon mesti Fuzz nampak badan dia tapi ni macam kepala je. Meremang bulu roma aku time type ni. Sebab video tu kitorang masih simpan lagi.

Cerita ni dekat Serapi jugak. ada 1 petang tu Fuzz bangun tidur dan bersiap-siap untuk ke dewan makan. Dia pon tak ingat masa ni aku ada kat mana tapi dia keluar sorang-sorang, sebab kalau tak kitaorang selalu je berkepit pergi mana-mana pun. lagi 20 minit nak azan maghrib dia on the way ke dewan makan. Tengah berjalan tiba-tiba entah dari mana pocong muncul melompat-lompat depan Fuzz. Tergamam Fuzz dekat situ jugak. Mana taknye tiba-tiba datang menyergah macam tu. Nasib dia tak terkucil dekat situ. Kebetulan jugak ada 1 group budak lelaki baru balik dari main bola lalu dekat situ jugak. Diorang nampak pocong tu sambil jerit “pocong!!!”, lepas tu dorang kejar pocong tu. Fuzz pusing terus balik kolej, hilang selera dia nak pergi makan masa tu.

Ni je kenangan yang aku ingat sepanjang pengalaman aku berkawan ngan dia. Mungkin ada lagi, tapi aku ni pelupa orangnye. Aku berkawan dengan dia tak lama, hanya sempat dua sem je. Lepas tu dia pindah. Kadang-kadang aku mesej dia tanya khabar dan tanya kan hal-hal mistik dia kat sana. Dia ada cerita tapi feel seram dia tak sama masa kitaorang study sama-sama kat Sarawak dulu. Sekarang dia dah pon berkeluarga dan menjalani kehidupan dengan family dia sementara aku masih lagi bujang…aik??…pe kes? Tetiba mention bujang?. Sekarang aku tak tau dia dapat tengok lagi ke tak ‘benda-benda’ mistik ni. Ini adalah cerita pertama dan terakhir dari aku sebab aku dah tak de sumber nak tulis cerita-cerita seram ni. Aku jugak tak pandai nak mereka-reka cerita. Melainkan tuan punya badan yang selalu nampak ‘benda-benda’ alam ghaib ni sendiri yang cerita. Kepada Fuzz, kau bagi aku green light kan nak tulis cerita pasal kau, sekarang aku dah cerita, tapi kalau kau nak tambah cerita silakan, dan sorry ye kalau ada salah info dalam ni, cerita dah lama, aku pon banyak wayar dah tercabut ni so banyak lupa. Sekian terima kasih. Aku rindu kehidupan masa kat U dulu…

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4.5]

23 thoughts on “Kawan Aku Boleh Nampak Hantu”

  1. ok la tu…saya dulu ITM Dungun…zaman2 tok kaduk…ada gak cita2 mistik…hantu takde muka…student m**i lemas kat laut balik bilik asrama…maybe Diva Azwan Ali ada kisah mistik kat sana kot…dia pun lepasan ITM kat situ…

    Reply
  2. Hehehe.
    Best.

    Selalu je ada di hostel…
    Orang akan kata ilusi, imaginasi. Tapi bila kene pada diri sendiri, kita akan sedar bukan manusia sahaja yang wujud di bumi Allah ini…

    Reply
  3. ‘Esoknye dia cerita kat aku yang dia nampak ada 3 kepala kat belakang. Aku pon tekejut gila. Kat belakang aku dengan Jo je’, haaa…hee..hee…mmgla org ketiga itulah syaitan .

    Reply
  4. Amboi Az, belum kawin lagi wayar dah tercabut 😂… Mdm ingat kes Fuzz pengsan masuk hospital time camping. Time tu kami rata2 pelik, takkan sebab kayu kecik terkena pun, dia boleh pengsan. Rupa2nya ada cerita disebalik kejadian ya. Lebih kepada kacau semangar kot (i m guessing)

    Mdm ingat dia ada bercerita, yang paling naik bulu roma time dia cakap benda tu ada dalam kelas time lecturer mengajar dalam keadaan menyerupai lecturer. Horror la kami rasa. Lepas tu dia pernah cerita yang level 3 ofis mdm dia tak nampak apa2 benda halus tapi level 2 ada. Cuak jugak kami.

    Anyway apa2 pun thanks for sharing. Buat Mdm teringat2 zaman2 kat Sarawak dulu mengajar korang. Time camping paling kelakar sebab ada sorang kawan awak yang kartun buat lawak time operasi burung hantu. Ladang kat belakang tu ada lagi, baru last week ada mereka ada buat jualan pick and pack buah rambutan kat sana.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.