RUMAH D13A: Memori

Kenalkan aku sebagai “AKAK RUMAH D13A”.

Bagi yang dah ikuti kisah aku yang terdahulu, semua maklum yang aku akan berpindah atau lebih tepat sebenarnya aku dah berpindah. Proses perpindahan punyalah panjang dan memenatkan. Rasanya dah lebih dua bulan tapi macam lenguh tak hilang lagi. Kisah kali ini lebih kepada kompilasi yang tak pernah aku ceritakan sebelum ini .Dan sedikit kisah terbaru catatan hidup aku yang belum selesai.

Semua pun tahu, waktu nak berpindah lah segala mak nenek zaman Tok Kaduk akan keluar dari tempat simpanan. Dan waktu ni lah waktu terbaik aku selongkar dan belek barang-barang yang sebenarnya kadang aku lupa ia wujud. Selepas aku dah asingkan yang mana perlu disimpan, dan yang mana perlu dibuang, maka bermulalah proses melabel kotak-kotak yang akan kami bawa. Sebelum kotak tu aku deal, sempat lagi aku jenguk-jenguk pastikan semua dalam keadaan baik dan betul. 1 beg kecil yang mengandungi pasport kami sekeluarga aku buka. Dan-dan pulak time ni lah datang idea nak mengimbau tempat-tempat yang pernah kami lawat. Belek punya belek maka terpandangkan cop waktu kami ke Bangkok. Waktu ni lah aku terkenang peristiwa gila yang hampir-hampir kami batalkan percutian ke Bangkok masa tu. Kisahnya..

Waktu kami sampai ke rumah, jam dah menunjukkan pukul 11malam. Tadi kami ke jamuan makan malam sambil menghadap Bapa Mertua buat laporan sebelum pergi holiday. Sebelum keluar dari kereta, aku buka laci dashboard dan buat sekian kalinya aku pastikan yang pasport kami bertiga ada kat sana. Sempat aku pesan pada husband aku yang tolong ingat pasport ada kat dalam laci ni. Kami pun melenggang itik menuju ke Tingkat D13A. Dah kena tidur ni walaupun esok flight pukul 1.
Paginya, seawal pukul 830 pagi aku dah siap. Husband nak ke Shah Alam dulu untuk drop few documents kat clients. Beg semua dah standby depan pintu. Anak kami pun mood ok harini macam bahang sinar matahari yang terang benderang kat luar tu. Aiseeeh. Once aku dah puas hati, baca doa apa yang patut, maka keluarlah kami menuju ke kawasan parking.

Waktu husband panaskan enjin kereta, terus aku teringat nak ambil pasport dari laci untuk letak ke dalam handbag. Eh..eh, patutnya ada 3 tapi yang ada cuma dua. Aku dah panik. Aku selongkar and keluarkan semua barang yang ada kat situ. Takde. Habis celah pintu semua aku geledah termasuk arm-rest. Sampai ke bonet aku selongkar. Handbag aku pun semua kena curah isinya. Dada aku dah berdebar. Aku capai kunci rumah, minta husband aku tunggu depan lobi je. Separuh berlari aku naik ke atas. Bila sampai je ke rumah, meluru aku ke laci bilik mencari pasport anak. 8 laci aku sepahkan, pun tetap takde. Aku beralih ke bilik baju. Semua handbag yang ada aku tonggengkan dengan harapan adalah di pasport tu melompat keluar. Pun tetap tak ada. Aku dah nangis. Nak cancel flight, rugi beribu. Tak cancel, camana nak bawa anak travel sekali. Takde tiket boleh beli, takde pasport tu masalah.

Aku terduduk kat sofa. Termenung sambil tenangkan diri. Masa ni kat luar rumah angin menderu, dengan langit yang dah gelap. Matahari yang panas membahang tadi dah tak tahu ke mana. Barulah aku terdetik kat hati ada sesuatu tak kena. Mula-mula tadi aku salahkan diri yang pelupa. Husband aku call tanya current situation. Ada risau kat suara dia. Cuak macam aku la tu. Aku dah nangis sebab serabut. Aku buka surah Al-Jin kat handphone. Aku ikut baca. Barulah aku perasan yang keadaan dalam rumah gelap dan kelam walaupun jam pukul 9 pagi. Tiba-tiba pintu depan tertutup dengan sendiri. Atau dengan kata lain dihempas. Aku perlahan-lahan bangun dari sofa, aku cari sekali lagi kat setiap bilik, setiap laci dan setiap handbag. Kali ni lebih berhati-hati dan cermat, laci dapur dan peti ais pun tak terkecuali. Tapi tetap tak ada. Aku dah pasrah. Waktu aku dah nak keluar rumah, tiba-tiba sliding door kat balcony bergegar macam dirempuh angin puting beliung! Aku kuatkan bacaan surah Al-Jin yang berselang-seli dengan deru angin. Kepala aku dah kembang 5× ganda dari asal.

Waktu aku mengadap siliding door, ada seakan satu bayang yang besar sedang berdiri kat belakang aku. Tak semena-mena telinga aku bagai dilanda echo yang sangat nyaring dan kuat. Masa ni takde takut tapi timbul geram dan marah. Aku paling pantang orang kacau plan aku. Memang saja cari pasal. Aku baca ayat Qursi 7× dan aku hembus keliling. Aku baca ayat 4 surah Yusuf berulang kali sampai aku menangis. Aku menangis sebab aku geram. Aku buka Yaasin dan aku baca Yaasin sambil niatkan apa yang aku nak. Habis je bacaan Yaasin, bedeeeebuk! Ada bunyi satu benda besar jatuh kat bilik baju. Waktu aku gi jenguk, ada satu buku merah terletak cantik kat atas lantai betul-betul kat tengah bilik. Pasport anak aku oiii! Laju aku grab pasport tu then aku lari ke pintu depan. Balik nanti baru fikir kemas balik semua yang dah bersepah. Binawe punya setan, berani dia mainkan aku sampai macam ni. Jeles la tu dia tak dapat gi holiday. Laki tak sayang! Huh!

Macam lama kan kejadian kat atas tadi, waktu aku sampai kat kereta, jam baru pukul 930 pagi! And husband aku cakap takde awan mendung bagai or berangin pun waktu giliran dia selongkar bonet kereta untuk cari pasport anak masa aku kat atas tadi. Terang benderang panas terik lagi ada lah. Aku pun diam je la. Tapi semua binatang keluar aku carutkan bila aku cerita kejadian tadi kat husband aku. Alhamdulillah. Segalanya dipermudahkan selepas tu sampailah kami pulang.

Untuk yang baru mengikuti kisah aku, maaflah kalau panjang. Seterusnya, aku nak kongsi tentang penemuan garam kat atas tilam. Kisahnya begini..

Aku dan husband, sejak kami berkahwin, kami tak pernah tidur kat rumah mertua selepas majlis bertandang tu. Aku tak pasti sama ada aku dah pernah ceritakan sebabnya ke belum tapi antara sebab lain sebab bilik tak cukup. Lepas anak dah dua ni, dengan murah hatinya FIL aku buatkan kami sebuah bilik sambil dia upgrade bilik bibik. Punya seronok FIL aku bercerita kat anak dia yang merangkap husband aku setiap progress bilik. Siap buatkan tandas, letak aircond and segala yang husband aku nak. Lengkap dan cantik. Bila bilik dah siap, berkali-kali dia tanya bila nak tidur kat situ, nak rasmikan bilik. Padahal FIL bukan duduk situ pun. Dia ada rumah lain. Tapi dia nak semua anak cucu dia boleh berkumpul kat situ. Sekarang, semua dah ada bilik masing-masing. Boleh bayangkan tak meriah dan dramanya macamana? Hehehe.

2 bulan kami biarkan bilik tu kosong sampailah satu hari bibik minta izin nak tidur kat bilik tu katanya bilik dia panas takde aircond. Tapi dia janji dia tidur kat atas tilam yang bentang kat lantai. Sambil-sambil dia taknak bilik tu biar kosong. Dia bawa sekali anak SIL & BIL kami tidur sama. Seminggu lepas tu, waktu aku singgah ke Bangi. Lupa nak bagitahu, waktu ni si Muklis dan isteri pun tinggal kat sini sebab sarat nak beranak. Nak pakai bibik jagakan anak dorang. Sounds negative sangat kan statement akak! Tengah duk melepak kat meja makan, datanglah bibik buka cerita pasal malam dia tidur kat bilik kami. Rumah ni ada 2 bibik sebab bila kami semua berkumpul, memang tak menang tangan sorang 1 je nak buat kerja. Dengan sedozen cucu lagi.

Ada satu malam, dorang berdua tidur kat bilik kami. Mulanya bibik 1 tersedar dari tidur sebab dia rasa anak SIL aku yang tidur kat sebelah takde. Bila dia pandang ke pintu bilik, ada 1 perempuan rambut gerbang berjubah hitam sedang kendong anak tu. Bertempik bibik bangun and kejar lembaga tu sampai dia terdengar raungan anak SIL aku tu baru dia sedar yang budak tu sebenarnya ada kat atas katil tu je. Yang bibik 2 punya cerita pula, tiap kali tidur bilik tu dia kena sergah dan kena tindih. Sampai dia lagi rela tidur kat bilik Dorang berpeluh panas sebab takut. Bila aku dengar cerita tu, aku macam peliklah. Tak pernah lagi ada kes camni. Kat dinding rumah penuh dengan ayat suci. Tapi aku diamkan je. Aku bercerita pada husband aku. Dia pun berkerut. Kami decide nak cuba buat sesuatu.

Bermula pada bulan puasa tahun lepas, aku datang 3 hari berturut-turut ke rumah tu. Lepas berbuka aku akan baca Manzil kat bilik. Malam pertama, aku dengar tapak kaki orang berjalan sebelum bertukar ke bunyi kaki yang diseret. Malam kedua, lepas berbuka dan solat maghrib, aku baca lagi sebelum aku nampak tilam kat sebelah bergerak-gerak bagai dipijak. Malam kedua ni, aku dapat rasa ada orang kat belakang aku. Dan ada bunyi bersegera waktu aku teruskan bacaan. Malam ketiga, bibik tiba-tiba menjenguk ke bilik dan bertanya kenapa aku panggil dia sedangkan aku sedang baca Manzil. Sebelum keluar sempat bibik mengomel yang bilik aku panas padahal aircond terpasang! Aku teruskan bacaan sampai telinga aku rasa bahang macam baru lepas kena pulas dengan cikgu disiplin. Siap dengan pakej berdenyut di telinga kiri. Perlahan-lahan bau hanyir perut ikan mula semerbak kt bilik.

Kat belakang aku rasa macam dah ada sebiji kapal sedang parking. Besar dan buat bilik terasa malap. Bila sampai kat surah Al-Hasyr ayat 21-24, aku dapat dengar ada suara dengusan di belakang aku. Serentak tu pintu bilik yang terbuka sedikit bergoyang sebelum berhenti dan bilik terasa sejuk dan cerah. Selesai baca manzil dan berdoa minta ditunjukkan kebenaran dan dipulangkan kejahatan pada pemiliknya, bersiap-siap untuk ke depan. Waktu tu aku nampak di Muklis dan isterinya yang macam tergesa-gesa salam dengan semua orang. Bila aku tanyakan pada husband mana dorang nak pergi, katanya bini di Muklis tiba-tiba ada hal kena tidur rumah kakak dia. Husband aku pandang aku sambil senyum. Perlahan-lahan dia tanya apa aku dah buat. Aku kerutkan kening tanda tak paham. Entah..

Lagi 5 hari sebelum raya, aku mimpi anak aku yang sulung poopoo hitam giler. Banyak sampai meleleh. Bau dia MasyaAllah! Tersedar dari tidur, termenung. Selalunya mimpi macam ni tak elok. Macam kes anak aku kena hantar Hantu Raya dulu. Raya pulak dah nak dekat. Aku buat tahajud minta ditolak bala dan dilindungi Allah. Tapi kuasa Kunfayakun Allah sape Cheq nak halangkan? Petang tu tak tahu dari mana, badan anak aku naik biji-biji macam kena gigit hama lepas kami balik dari Temerloh. Aku syak dari kusyen kereta. Kami gi cuci kusyen dan sembur Febreeze. Makin melarat pula. Asal duduk kat seat belakang, anak aku gatal-gatal dan muntah. Satu hari aku pilih duduk belakang. Anak kat depan dengan husband waktu kami nak ke Shah Alam. 5minit pertama semuanya ok. Then badan start gatal-gatal dan timbul biji-biji. Bau poopoo dah semerbak bila aku bacakan ayat Qursi. Anak yang kedua dah start nangis. Aku check Pampers Dorang kalau-kalau ada poopoo. Yillleeek! Kepala start pening dan akhirnya aku muntah penuh satu plastik. Sinetron sangat. Tapi sebenarnya something weird and sounds fishy la kan?

Bila balik ke rumah, aku semburkan air yang dah dibaca oleh Ustaz Safar pada kereta anda seat. Ingatkan dah ok. Masuk je Asar, makin teruk pula badan anak-anak naik rashes. Kami bawa ke klinik. Doc kata macam campak tapi bukan dia. Nak kata chickenpox pun macam bukan. Kalau nak suspect HFM dia tak naik kat muka dan anggota yang sepatutnya. Tapi doc minta kuarantin kan anak kami. Lagi 1 hari ni nak raya. Ikut plan asal, tahun tu raya kami kat belah kampung husband. Tapi kalau cenggini tak dapeeek lah memandangkan ramai kanak-kanak. So, at first place kami cadang raya kat KL je. Tapi mama aku plak buat drama menangis-nangis suruh cucu balik, nak jaga. Sanggup katanya dijangkiti. Hurm.

Maka baliklah kami ke kampung halaman ku malam tu juagk. Seronok dah tak sangat bila anak dah sakit. Sebab both kids dah kena “infection”. Pagi raya, masa aku pakaikan baju anak, aku sapukan dulu Calamine lotion macam doc suruh. Baru perasan yang badan anak-anak all clean and clear. Demam pun takde, biji-biji pun takde padahal masa kami balik semalam, dorang merah-pasir Ahad sebab gatal. Bila tunjuk kat husband lepas dia balik sembahyang raya, dia sengih and gelak sorang-sorang. Tapi dia sempat ‘babikan’ someone sebab bagi husband aku, ni semua agenda tak nak kami sambut raya kat sana sebab tak betah tengok muka kami agaknya. Lepas tu dia call FIL aku untuk selamat hari raya sambil Update perkembangan anak-anak kami. Da kisah raya kami berjalan seperti biasa sampailah kami pulang ke KL.

Bila FIL aku berangkat ke Mekah untuk menunaikan haji bersama ahli keluarga yang lain, husband ajak aku balik tidur kat Bangi sebab nak ambil hati FIL aku. Malam pertama tidur, macam takde ape-ape yang pelik. Just anak aku yang sulung jer duk bebel sorang-sorang dalam gelap sampai pukul 3 pagi, sebelum anak kedua, yang tidur kat tengah-tengah tilam dan dihalang oleh aku pada sebelah tepi katil, tiba-tiba jatuh atas beg pakaian kami. Macamana dia boleh menggelungsur ke sana, and boleh golek (langkah) aku, Wallahualam. Menjelang raya haji, pun kami tidur sana. Isteri Muklis pula menghitung hari nak ke labour room. Oh ya! Bagi yang perasan, aku dah tak mengelak dorang sebab aku pegang kata husband aku, elak pun kena. Baik berdepan je. Dia je yang gaya panas bontot bila aku ada kat rumah tu. Dia bersalin seminggu sebelum FIL aku pulang dari Mekah dan berpantang kat rumah tu.

Satu malam di hari minggu, kami bermalam kat rumah tu sebab ada acara keluarga. Lepas makan malam dan solat jemaah, kami semua keluar untuk supper. Semua ikut kecuali bini si Muklis dan bibik. Dia kan dalam pantang, mana boleh berembun. Jadi aku tinggalkan bilik tanpa berkunci walaupun hati tak sedap. Sempat aku pesan suruh bibik jangan benarkan sesiapa masuk. Waktu di coffee shop malam tu, hati tak senang. Rasa berdebar je. Aku tahu ada orang dah ceroboh bilik aku tapi dia tak usik barang aku. Dia sekadar buka pintu dan jenguk sambil baca sesuatu dan hembus sebelum dia tutup balik pintu tu. Bila dah tahu, nak lepak pun dah tak seronok. Mesti ada yang tertanya macamana aku tahu semua tu, tak baik fitnah kan? Aku dah kena ganggu lama dah adik-adik semua. Macam-macam ayat aku dah kena hadam dan amalkan. Rasanya kalau bukan amalan untuk pendinding diri, dah lama aku jadi arwah. Pengalaman dah nak masuk 10tahun, syukur pada Allah masih diberikan nyawa.

Malam tu balik dari supper, husband aku dah tertido nyenyak. Aku tak dapat tidur. Anak yang kedua setiap 10minit dia terjaga. Yang sulung pula menangis dalam tidur terjerit-jerit. Hidung aku terasa gatal yang amat. Dan betul-betul sejarah bila aku bersin dari pukul 12.10 tengah malam hingga 3.40 pagi tanpa henti. Sakit dia Tuhan je tahu. Sampai tertarik urat leher. Kepala pun sakit. Hingus keluar dengan d***h. Aku kejut husband aku. Dia suruh matikan aircond. Nak switch off apanya kalau dah memang aku Off since tengah malam tadi. Tapi kata husband aku, sejuk betul. Dingin jer. Kalau dia dingin, aku rasa macam duduk dalam kawasan yang lembap dan berkulat. Rasa tak selesa sangat hidung aku. Dan akhirnya, lepas azan Subuh barulah aku boleh tidur. Tapi berapa lama sangat boleh tidur bila rumah mertua kan? Mata rabak, kepala berdenyut. Hasil Dari kejadian tu, aku officially jadi pesakit ENT kat Tawakal. Tak habis lagi, minggu seterusnya, dua malam kami kena tidur kat sana.

Malam pertama, aku kena ganggu teruk. Waktu aku bangun untuk buat susu anak dalam pukul 1, masa tu bibik belum tidur. Tu yang aku berani ke dapur. Waktu aku ke dapur, nun kat atas wall cabinet ada ‘dia’ duk berjuntai pandang kat aku. Aku buat-buat tak nampak. Tu memang kepakaran aku. Waktu tengah isi air dari Water dispenser tu, aku dengar bunyi macam batang penyapu diketuk kat tiang simen. Perlahan tapi konsisten. Bila aku pusing ke belakang untuk balik ke bilik, tu dia duk nak kata bersimpuh dah macam meniarap. Nak kata meniarap macam sedia mengengsot walau tak bergerak. Dia duduk kat kabinet wet kitchen. Aku tak pusing belakang lagi. Terus meluru masuk ke bilik. Biar dia makan bibik. Haha. Tak, aku melawak je. Mana ada hantu makan orang. Pukul 3.15 pagi, aku rasa dada aku macam pedih sakit. Aku batuk. Tapi even batuk tu tak panjang, dada aku rasa nyeri. Rasa gatal-gatal yang tak tahu kat mana nak garu tu. Bermula dengan batuk yang pertama tu, aku batuk lagi dan lagi dan lagi sampai akhirnya husband aku terbangun and tanya aku ok ke tak.

Bila dia tanya pukul berapa, aku takleh jawab. Aku batuk. Batuk non-stop sampai terkencing-kencing. Aku siap kena pakai pada sebab aku dah 3x ganti panties malam tu. Bila husband aku tengok jam kat handphone, masa tu dah pukul 5.20 pagi. Korang kira sendirilah berapa lama aku batuk sampai perut pun dah keras. Husband ambil minyak matahari, dia sapu and urut perlahan-lahan kat perut. Sambil dia baca sesuatu. Tak sedar bila aku terlelap. Tapi yang aku tahu, dalam mimpi aku,aku nampak kelibat bini si Muklis. Bila aku ikut jejak dia, dia hilang kat hujung lorong. Sebenarnya bukan lorong tapi gua. Bila aku dah sedar tu gua, aku cuba patah balik ikut cahaya. Bila hampir sampai ke pintu gua, tiba-tiba jer bini si Muklis datang melayang kat aku dengan muka bengis sambil menjerit supaya jangan ganggu urusan dia! Jeritan tu buat dada aku berdebar and aku terjaga dari tidur. Dan, bila terjaga, aku dapat rasa dada aku masih berdegup dengan sangat kuat.

Lepas dua kejadian batuk dan bersin tanpa henti tu, aku mula jauhkan diri dari rumah tu buat sementara. Bukan takut tapi cari punca. Sampailah satu hari, sebelum menjelang Xmas, aku balik mengejut bila aku dapat tahu terang lagi bersuluh bini si Muklis masuk ke bilik aku dan lepak atas katil aku bersama anak-anak. Bibik orang paling terkejut bila aku tanya benda tu. And dah memang bahagian bibik, dia kena maki dengan aku haritu. Rezeki masing-masing. Aku maki bibik sebab dia yang memandai bagi izin padahal semua orang kat rumah tu aware dengan hubungan aku dan bini si Muklis. Memang bilik aku restricted area untuk pompuan tu. Tinggal aku tak tampal kat pintu bilik larangan tu dengan muka dia. Lepas dah habis maki bibik, aku mula kemas bilik tu. Sebenarnya aku cari apa yang aku nak jumpa. And lepas dah cabut semua cadar dan sarung bantal. Aku still tak jumpa. Tinggal bed quilts perlu aku tanggalkan.

Nah, garam-garam besar menghiasi dibawahnya. Aku tak sentuh. Aku sedut guna vacuum. Sempat aku tunjuk pada husband. And everyone Yang ada dalam rumah tu, kecuali di Muklis and wife je yang takde masa tu kena warning sekali lagi tentang bilik tu. Dipendekkan cerita, FIL aku campur tangan dalam hal ni .Dan dia ditarbiyah oleh FIL aku. Aku? Aku sebenarnya takde lah suka buat hal. FIL aku pun tahu. Bila kena usik baru aku berbunyi. Sampai tahun ni, dah nak masuk setengah tahun aku xbalik tidur kat sana. FIL aku pasang aircond bilik bibik sebab dia taknak bibik curi-curi masuk bilik aku. Bilik tu disuruh kunci bila kami takde. Tapi macam kejam aku? Aku tak bagi kunci tapi aku highlights nama yang aku tak masuk ke situ. And few weeks after kes tu, Muklis and isteri dia keluar dari rumah tu. Sempat dia marah anak dia masuk ke bilik aku one day tu sebelum dia keluar dari rumah tu. Katanya tu sarang hantu. Panas lama-lama duk dalam rumah tu. Hurm.

Takat ni dulu cerita aku kali ni. Drama belum berakhir. Nanti aku akan sambung dengan kisah anak aku bermandikan kaca sampai dijahit kat rumah baru.

NSR

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

47 thoughts on “RUMAH D13A: Memori”

  1. nk sgt berkenalan ngn sis… nk tahu pengalaman2 sis dgn manusia2 yg mcmtu… sbb sy pun lebih kurang mcmtu… sifat hasad dengki sesama ipar duai… hmm takleh tgok kita senang

    Reply
  2. miss u la kak…
    Fiksyen syasha dah bosan skarang…
    aku hari2 bukak tutup bukak tutup jer page nie tgk kot2 klau ade writers otai2 submit citer…

    Reply
    • Hahaha.. nasib baik gak ada yg nk nganto cite kat fs ni walaupun bukan otai2 berbisa.. at least, xdela sepi sangat fs ni,, nak harapkan tukang komen yg ngnto, idokle.. hahaha

      Reply
    • Samala kita. Otai2 da mula senyap. Cuma ikut perkembangan meka kat fb je. Mr M je yg lenyap sekarang ni. x taw kat mana. Huhuhuhu…

      Reply
      • Mr M sejak2 dah bongkar cerita orang2 ternama dulu tu terus senyap. Harapa2 bila Mr M muncul story panjang2 pon takpe la.

        Reply
  3. Aduh ingatkan dah settle kes akak ni… Rupanya masih lagi berlanjutan.. Semoga Allah permudahkan urusan akak sekeluarga dan diberikan jalan penamat bagi kisah ilmu hitam ini dengan baik. InsyaAllah..

    Reply
  4. Mula2 singgah dekat ruang komen je. 2 jam baca baru habis cita sis ni. rasanya lebih 5 kali saya terlelap depan pc nak habiskan 1 rangkap punya lama, asyik terlelap je tapi dok baca jugak dok ulang-ulang rangkap yang sama terlelap semula. Akhirnya dah habis baca ni segar dah mata, tak tau la apa punca. Rasa macam nak sujud syukur pon ada ni haha. Semoga sis dan keluarga sentiasa dilindungi Allah dan terus tabah mengahdapi setiap dugaan.

    Reply
  5. miss u sistorrrr..akhirnye ada jugak cerita yang panjang + best..
    makin geram pulak kat bini si muklis ni..makin menjadi jadi pulak dia..
    semoga sis dan family sis teros kuat dan tabah menghadap segala ujian ni..
    Allah sentiasa bersama dgn orang@ yang teraniaya..

    Reply
  6. rindungan dengan cerita sis..nanti sambung lagi eh.. saya pun jadi mangsa biras jugak cume xde sampai main sihir die cume suka tabur fitnah tentang saya pada MIL je.. hmmmm…please sambung next story sis

    Reply
  7. X padan dgn dlm pantang dengki x abih2, x ingt m**i agaknya, sanggup syirik mcm tu, nauzubillah… Bertabah,a

    Reply
  8. Thanks for sharing new story.. yup, one of the series yang I follow

    Ramai geng tunggu citer M ni.. I suspect dia dah kena pancing dengan penerbit nak buat drama bersiri mcm supernatural tu lah!! Maklumlah dah episod 13, boleh buat satu season dah ?

    Btw, hope M will be back soon!

    Reply
  9. Cerita hakak ni lah aku dok tunggu2. Kuat sunggoh hakak ni berdepan setan bertuping manusia. Moga terus kuat melawan kejahatan kak! Mohon hapdet lagiiii nanti.

    Reply
  10. Salam,
    Boleh tak listkn cerita akak yg sebelum2 ni? Sy nak ikuti dr awal .. byk pengajrn dr cerita yg akak siarkn kt sni ??

    Reply
  11. weh list kan cerita sebelum2 ni pliss. dah la kebanykan cerita dalam ni hambarr . plis korang. aku melayu aku malas nak search. kah!

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.