Dia Datang

Asalamualaikum, hi pembaca FS. Saya nak kongsi cerita yang dah lama saya lupakan tapi tadi tiba-tiba memori lama berkunjung dikotak fikiran. Berlaku ketika saya diusia 9 atau 10 tahun (tahun 1998/1999).

Seperti biasa, ibu saya balik lewat dari tempat kerja, lewat tu dalam pukul 12 tengah malam ke 1 pagi. Adik, kakak tiri dan saya awal lagi dah tidur sebab keesokkannya nak bangun awal untuk ke sekolah. Setelah selesai mandi dan berkemas, ibu saya membaringkan tubuh ditilam ditengah-tengah adik dan saya. Dalam bilik kami ada katil saiz queen, tempat kakak tiri saya tidur. Kami bertiga pula tidur ditilam bawah sebelah katil.

Malam tu sebelum lampu dipadam, kakak tiri ada mengusik saya bahawa setiap malam dia ada terlihat ‘nenek kebayan’ datang dan duduk disebelah sambil mengusap kepala saya. Saya yang ketakutan menangis-nangis menafikan cerita tersebut namun dia tetap meneruskan usikkannya.

“Mun ko sik cayak, malam tok sikboh ko tido, ada ko nemunya kelak” (“Kalau kau tak percaya, malam ni kau jangan tidur, nanti kau akan berjumpa dia”), kata kakak tiri saya.

Saya buat tak peduli walau jantung ‘berdenyut’ kencang😆dan cuba melelapkan mata, akhirnya tertidur juga. Namun ketika ibu saya pulang, saya terjaga dan mata saya terus segar kerana teringat cerita si kakak tiri. Waktu terus berdetik (dapat dengar detak jam di dinding), namun saya masih sukar melelapkan mata semula. Ketika mata mula memberat, tiba-tiba terasa ada seseorang melabuhkan p******g dibelakang saya. Waktu itu saya baring mengiring ke arah ibu yang membelakangi saya. Saya cuba untuk berpaling namun dek kerana dihimpit oleh p******g seseorang itu, saya tidak mampu untuk berpaling.

“Oi, boh nyakat aku. Sak nya ngaco kau balit” ( Oi, janganla usik aku. Nanti dia ganggu kau balik”), kata saya kepada si kakak tiri.

Namun senyap tiada yang menjawab. Saya mengangkat sedikit kepala untuk menjenguk ke atas katil tempat tidur si kakak tiri. Apa yang mengejutkan, dia ada disitu dan sedang nyenyak tidur. Maka ‘berdenyut’ kencanglah jantung saya kembali. Saya tarik selimut dan berselubung. Ketika itu la saya dapat merasa tangan seseorang itu menurunkan sedikit selimut dikepala saya dan mula mengusap kepala saya, seperti seorang ibu yang membelai kepala anaknya ketika tidur.

Peluh mula membasahi dahi. Dalam keadaan beperang dengan ketakutan, seseorang itu bersuara, “Jangan takut, aku penjagamu, tidur lah. Malam ini tiada yang akan mengganggu mu”, katanya dalam loghat orang indonesia. Dari suaranya saya tahu orangnya seorang tua, atau boleh saya katakan seorang nenek, mungkin benar ‘nenek kebayan’. Maka dalam hati saya berkata, benarlah kata si kakak tiri, memang ada nenek kebayan mendatangi saya setiap malam. Saya cuba tidak ambil peduli, untuk beberapa lama maka saya pun terlelap dalam keadaan bermandikan peluh.

Pegi esoknya saya hanya berdiam diri dan tidak mahu bercerita kepada si kakak tiri walaupun dia asyik tanya, “Adanya ngagak kau malam tadik nak? (“Ada dia datang malam tadi kan?”). Saya tak mahu mengiyakan, takut setiap malam dia akan guna modal yang sama untuk mengusik saya.

Namun, hari ini, saya terfikir juga, siapa orang itu? Benarkah dia nenek kebayan? Kalau penjaga, penjaga yang bagaimana? Takkan saka keturunan. Tapi kalau benar saka, pasti suami saya tahu sebab tak banyak, sikit dia tahu nak ‘scan’ orang yang ada saka atau pendamping.

Oh ya, rupanya saya teringat kembali cerita ini selepas menonton filem KKN di Desa Penari. Kan ada babak penjaga Nur duduk disebelah sambil mengusap kepala Widya. Haaa begitula pengalaman yang saya sendiri alami. Kata orang Sarawak, NGUTIK HAIE!

Sekian, terima kasih sudi baca..

Hantar kisah anda : Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 17 Average: 3.7]

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.