6th Sense Yang Hilang – Epilog

Hi semua. Agak sedih aku rasa time tulis intro ni (selalunya intro aku akan tulis last sekali, termasuklah penulisan tesis dan artikel) sebab ni adalah last entry. Kali ni semua akan terjawap. Maaf kepada yang tertunggu tunggu tu. Dan pada yang kata cerita tak best, menipu, ko gi baca novel Cincin Permata Biru sana. Kepada new readers, demi memastikan kau tak naik hantu, aku bubuhkan link siri 1,2&3 kat bawah ni

https://fiksyenshasha.com/6th-sense-yang-hilang-prolog/

https://fiksyenshasha.com/6th-sense-yang-hilang-2-kak-intan-dan-abang-salim/

https://fiksyenshasha.com/6th-sense-yang-hilang-3-harimau-dan-minangkabau/

Okay jom kita..

Masa aku umur 28 tahun, yakni dua tahun lepas, Tok Mek meninggal dunia (al fatihah). Beberapa hari sebelum Tok Mek meninggal, aku ke rumahnya. Biasa lah cucu melawat nenek kan?

“Madonna.. Tolong ambik kan tuala dalam almari tu.”

Aku pergi je lah ambik. Dan untuk pengetahuan semua, aku tak pernah bukak almari tu sejak laki Tok Mek meninggal. Masuk bilik dia, aku bukak almari tu. Aku nampak beberapa keping gambar seorang lelaki berpakaian tentera. Pada firasat aku, Tok Mek sengaja nak tunjukkan dekat aku. Mungkin dia nak reveal kan semua dan memikirkan yang umur dia pun tak berapa nak panjang dah.
“Ni kain tuala Tok Mek.”

“Mari sini Madonna. Sikat rambut Tok Mek.”

Aku duduk atas katil. Tok Mek berlunjur atas lantai. Aku sikat rambutnya.

“Seorang ibu, akan sanggup buat apa saja untuk anak-anaknya Madonna. Apa saja.”

“Ye Madonna tau Tok Mek.”

“Mak Ngah mu.. Ingat lagi pasal Mimi, apa yang berlaku dekat dia masa dekat Durian Badur? Orang dulu-dulu, ilmu agama tak berapa kuat. Bela itu ini. Maka, anak cucu yang jadi mangsa.”

Mana mungkin aku lupa kejadian tu. Mana mungkin aku lupa sepasang mata merah jingga itu.

“Dulu, tok tok moyang mu bela saka harimau. Gambar lelaki tu, adalah tok kepada Tok Mek. Nak berperang, biasa lah kena ada pendamping. Baru orang takut.”

Tau lah aku. Sikit-sikit, aku berjaya sambungkaitkan setiap peristiwa.
“Kenapa dengan Mimi, Tok Mek?”

“Perempuan. Bongsu. Itu dalam perjanjian tu. Saka tu disimpan dekat dusun situ. Tok Mek pun rasa tak sedap nak bagi mu dua orang ikut, tapi..”

Aku berhenti sikat rambut Tok Mek. Termenung sekejap aku.

“Mimi yang dapat. Sebab dia (saka) nak pergi dekat mu tak boleh. Ada benda halang.”

Kak Intan dan Abang Salim. Automatik dua nama tu terpacul dalam kepala otak aku.

“Jadi itu ke sebab dia yang Mak Ngah macam benci sangat dengan Madonna?”

“Mak Ngah mu hanya jalankan tugas dia sebagai ibu, Madonna.”

Aku sesungguhnya sangat tak boleh terima yang keluarga aku amalkan ilmu-ilmu macam ni. Aku tinggal kat situ ada dalam dua tiga hari. Fahamlah aku yang Mak Ngah takmahu Mimi dapat saka tu. Dia nak aku yang jadi waris.

Malam keesokannya, bila aku nak tidur, aku rasa betul-betul panas. Biasanya kalau panas aku akan ke bilik air untuk lap kan badan. Aku lalu ikut bilik Tok Mek. Jam 3 pagi. Aku nampak samar samar cahaya lilin. Aku mengintai ikut celah celah dinding kayu. Aku nampak Mimi, duduk menghadap Tok Mek. Aku syak diorang tengah buat ritual pemindahan saka. Sebab Tok Mek gigit sebilah keris sambil jalan mengelilingi Mimi, atau lebih tepat lagi, merangkak mengelilingi Mimi. Persis harimau. Mimi hanya diam. Pejamkan mata.

“Madonna.”

Kau toreh muka aku time tu, aku gerenti tak setitik darahpun yang keluar. Terkejut beruk aku tiba tiba ada orang panggil. Aku palingkan muka.

“Masuk bilik sekarang. Ini bukan urusan mu.”

Tok Mek suruh aku masuk bilik. Tapi, yang tengah merangkak tu sape?? Mungkin jelmaan. Mungkin. Berdesup aku merangkak kemudian bangun dan lari. Lantak lah yang pasti dan kantoi aku mengintai. Aku duduk dekat bucu bilik, berselimut. Peluh kau jangan cakaplah. Aku tekad nak lari keluar ke rumah Tok Ngah kalau ada apa-apa benda jahanam yang berlaku lepas ni. Aku dengar je bunyi mengaum, aku terus berambus blah. Pintu rumah aku tak kunci, aku lari macam orang gila ke rumah Tok Ngah.

Sampai je dekat rumah Tok Ngah, aku ketuk pintu. Mak aku bukakkan pintu. Kaget jugak aku rasa time tu mak aku ada kat rumah Tok Ngah dan dia tak tidur lagi.

“Tunggu masa je Madonna.”

Aku takde tanya apa-apa. Mungkin mak aku pun tau apa yang aku bakal tanya. Tengok keadaan rumah Tok Ngah masih cerah. Ayah Cik dan Mak Uda ada jugak. Semua tak tidur lagi.

“Teruk Tok Ngah mu meracau malam ni.”

Mak Uda keluar dari bilik Tok Ngah, bagitau aku. Seakan-akan tak pelik aku datang ke rumah Tok Ngah malam-malam buta macam gitu. Ya, aku pun rasakan lain macam sangat Tok Ngah malam tu. Meracau dalam bahasa Arab dia lah, tapi nadanya macam tengah gaduh. Walhal selama ni macam merengek atau bercakap. Tok Ngah keluar bilik. Jalan ke arah aku.

“$&@*#£=¥%₩×&@€++£¥×₩÷€!!” (bahasa Arab. Nada menengking)

“Bibah cukupppp! Dah dah lah tu!!” mak aku jerkah dekat Tok Ngah.

Aku terkesima. Bibah? Bibah tu nama Mak Ngah. Langsung Tok Ngah terus rebah. Ayah Cik papahkan Tok Ngah.

“Bawak aku keluar beranda. Mari semua.” Tok Ngah pesan dekat Ayah Cik.

Mak Uda hulurkan air zam-zam dekat Tok Ngah. Lama jugak situasi diam. Hingga Tok Ngah kembali stabil.

“Madonna.. Ni semua kerja Mak Ngah mu. Marah betul dia dekat keluarga belah ayah mu ni. Semua angkara dia.” Mak aku memecahkan kesunyian.

“Kejadian beruk. Santau pemanas. Roomate mu kena rasuk. Tu semua kerjabuat dia. Pakai jin dari Parsi,” sambung mak aku lagi.

“Aku meracau malam-malam, itu pun kerja dia. Itu yang keluar bahasa Arab. Dia pun tak suka dekat makhluk sepasang tu. Itu yang marah betul dia,” Tok Ngah mula bersuara.

Mmmm. Fahamlah aku. Busuknya hati manusia, ada iblis di kepalanya. Dahsyat sungguh kasih sayang seorang ibu sampai sejauh itu perginya.

Segala persoalan aku kian terjawap. Malam itu berlalu. Dua hari selepas tu, Tok Mek meninggal dunia. Sehari sebelum, Tok Mek nak jumpa aku. Walaupun takut, aku pergi jugak.

“Madonna.. Tok Mek mintak maaf. Semua yang berlaku kalau bukan sebab benda tu, mu tak perlu lalui semua tu. Mimi dah ambik benda tu. Esok lusa, Tok Mek boleh lah nak pergi.”

“Tok Mek, kenapa tak buang je?”

“Tok Mek sayang keturunan kita. Cukuplah hanya satu yang kena, daripada semua krang dapat bahana nya.”

Ya Allah.. Sampai macam tu sekali.

Semuanya kian jelas. Kejadian beruk tu adalah amaran daripada Mak Ngah supaya Kak Intan dan Abang Salim jangan dekat dengan aku. Begitu jua rasukan Mira ketika aku di asrama. Dan kes Diana, Mak Ngah nak buat kat aku tapi terkena Diana. Dia memang marah sebab dia tau yang Kak Intan akan tunjukkan asal usulnya. Sejak Tok Mek meninggal dunia, kami sekeljarga memang jarang ke rumah arwah. Bukan bermaksud biadab, tapi semua orang faham. Adik beradik yang lain ada jugak menyinggah ke rumah kami, kecuali Mak Ngah. Selagi mana Mimi bersama saka harimau tu, aku yakin dendam Mak Ngah takkan hilang.

Wasiat yang arwah Tok Mek tinggalkan, tiba-tiba Mak Ngah cakap kesemua harta dapat dekat dia. Semua terpaksa akur sebab satu menyedari apa yang dia boleh buat, dan dua hanya dia yang Tok Mek amanahkan urusan pembahagian harta.

Baru-baru ini, masa usrah, aku ada tanyakan hukum dia. Menurut ustaz tu, nabi pernah bersabda barangsiapa yang menukarkan wasiat tanpa pengetahuan atau kebenaran si m**i maka dosa-dosa si m**i akan beralih kepadanya. Hurm kalau betul yang Mak Ngah tukar wasiat tu, berpindahlah dosa Tok Mek. Tapi itu semua rahsia ilahi..

Kak Intan dan Abang Salim? Akhirnya selepas berbincang dengan adik beradik ayah aku dan jugak Tok Ngah, semua sepakat untuk tidak lagi ada apa apa hubungan dengan makhluk di alam lain. Agak berat bagi Tok Ngah, tapi hukumnya memang begitu. Kak Intan dan Abang Salim, menurut ustaz yang tolong buatkan tu, mereka Cuma boleh tengok je aku. Tak lagi boleh tolong apa-apa. Tak apa lah Kak Intan dan Abang Salim, Madonna tau jaga diri. Kalau betul sayang, aku akan sentiasa berdoa semoga kami diketemukan di alam seterusnya. Hidup ini satu perjalanan, dan bukankah akhirnya harus bahagia?

Sampai sini je pengakhiran cerita aku. Semoga kita jumpa lagi. Aku baca semua komen korang dan aku sayang semua orang!

Nama aku Madonna Begum. Dan ini cerita aku.

.

Madonna Begum
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

12 comments

    1. klu ikutkan apa yg aku baca. abg salim dan kak intan tu penjaga istana di sumatera tu, dulu2 tok nenek moyang keturunan madonna ni ada pergi sana.. diorg meninggal di sana.. jadi abg salim dan kak intan dtg ke sini untuk bgtau kt family madonna yg tok nenek moyang dah xde.. bila diorg berdua datang, diorang suka pulak dengan keturunan si madonna ni,, tu yg adanya kisah si abg salim dan kak intan tu.

  1. smpi hrini aku teringat ayat kau nk laki hensem mcm abg salim.. cemana agak rupa abg salim tu.. kacak kah dia? aku pulak yang teringin nk tahu..

  2. Hmmm. Entah kenapa mcm sayu pulak bila aku baca episod ni. Bye Madonna. Kalau ada cerita lain, tulis la lagi Madonna.

  3. Cincin Permata Biru!!! huhuhu novel lama tu…org sezaman hakak je yg baca. Mmg best…tapi tiada dlm simpanan….Novel ILUSI pun sedap.

  4. Majoriti anak-anak nusantara, mesti ada keturunan bersaka. Tapi, berkenaan Parsi tu, ia bukan negara Arab & bukan berbahasa Arab, orang Iran berbahasa [email protected] tak sama bahasa mereka.

  5. Sy ikuti kisah madonna smpai habis..best..🌹kalau ianya kisah benar, kasihan mkngah tu nnt..hal wasiat bukan prkara main2.smoga makngah dberi ptunjuk sblum trlambat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.