Assalamuaikum dan terima kasih kepada admin sekiranya sudi menyiarkan kisah seram berdasarkan pengalaman aku ini. Aku Miss W dan aku mempunyai banyak kisah seram yang aku alami sendiri. Tak kiralah kemana sahaja aku pergi, aku dapat merasainya atau mengalaminya. Aku tak pasti sekiranya ini sekadar kebetulan ataupun aku yang bermasalah.
Cerita kali ini berlaku ketika aku memulakan pengajian ijazah di sebuah IPTA di Seremban, Negeri Sembilan. Kampus Seremban ini merupakan kampus yang baru dan batch aku adalah batch yang awal mendapat tempat disitu. Pelajar amat sedikit kerana masih belum berpindah dari kampus asal. Pada semester pertama, aku dapat menduduki kolej kediaman. Selepas mendaftar dan mengambil kunci bilik ber no. 18, aku dan ibu pergi melihat bilik tersebut sebelum kembali ke Selangor atas urusan lain. Pertama kali memasuki bilik itu, pintu balkoni terbuka luas sedangkan tiada siapa didalam bilik memandangkan roommate yang lain masih belum berada di bilik itu. Keadaan pintu balkoni yang selari dengan pintu masuk agak menganggu fikiran. Entahlah, mungkin teringat akan kata-kata orang tua dahulukala.
Terdapat 4 buah katil yang lengkap dengan meja studi, almari dan bilik air. Dan katil aku bersebelahan dengan pintu balkoni dan berhadapan dengan bilik air. Perasaan teruja melihat perabot yang baru dan berbalut dengan plastik menyebabkan aku abaikan perasaan kurang enak didalam hati. Selepas 2 hari, aku pun pulang semula ke Seremban dan perasaan lega timbul apabila melihat ketiga-tiga roommate sudah ada dibilik. Mereka berasal dari pantai timur, baik dan sangat menjaga solat.
Kejadian pertama
Hari pertama, kedua dan ketiga.. tiada apa-apa berlaku. Ia berlaku pada hari keempat, hari khamis malam jumaat. Aku tidak dapat melelapkan mata, perasaan tidak enak dan dapat merasakan seperti ada yang memerhati. Aku amat takut akan gelap, jadi lampu bilik air dan lampu dari meja studi aku biarkan terbuka. Sejak dari itu, hampir setiap malam aku tidak dapat melelapkan mata dan hanya tertidur setelah azan subuh kedengaran. Perasaan makin lama makin tidak enak, resah dan gangguan mula berlaku. Terasa malam yang amat panjang seolah-olah waktu lambat bergerak, guli berteraburan dan perabot dialihkan acap kali kedengaran. Sesekali kedengaran bunyi suara yang mendayu dan rengusan di balkoni.
Aku ingatkan hanya aku yang mempunyai masalah yang sama. Rupanya roommate aku yang bernama Irah turut merasainya. Dia hanya berpura tidur dan perasan sepanjang malam melihat aku resah. Setiap malam, kami mengalami gangguan yang sama. Katil mirah bersebelahan dengan pintu masuk manakala aku bersebelahan dengan pintu balkoni. Hmm ironikkan…..
Kami berdua kongsikan pengalaman ini dengan 2 orang roommate yang lain. Namun mereka tidak berasa apa-apa malah nyenyak tidur. Untuk mengurangkan rasa itu, aku dan mira mengambil keputusan untuk membuka lampu di bahagian aku, balkoni dan bilik air. Setiap malam aku pasang lagu di lappy untuk mengurangkan perasaan itu. Aku mengambil iniasitif sendiri dengan meyimbah bilik itu dengan air Yasin. Alhamdulilah, aku dan Irah dapat melelapkan mata selepas itu.
Kejadian kedua
Selepas seminggu dapat melelapkan mata, aku seperti biasa memasang lagu dan lampu serta bersedia untuk tidur. Ketika itu jam pukul 12 malam dan masih aku ingat lagi, lagu korea my girl kedengaran. Tiba-tiba sayup-sayup aku terdengar suara lain seperti mengajuk lagu itu, makin lama makin kuat sehingga aku dengar ketawa kecil yang jelas bukan dari lagu itu. Aku pantas bangun sambil mengambil lappy dan mencari surah-surah al quran dalam lappy. Ketika itu aku mengigil dan terasa bodoh sekali, sepatutnya aku pasang ayat suci Al-quran bukannya lagu. Irah yang perasan keadaan itu, bingung melihat tindakan aku. Selepas itu, aku terus tidur dan menyuruh Irah melakukan hal yang sama.
Ada ketikanya, aku keseorangan dibilik memandangkan kos pengajian aku yang berbeza dengan roommate yang lain. Pada suatu hari, ketiga-tiga roommate aku menghadiri konvokesyen diploma mereka dan tidak balik pada hari tersebut. Selepas solat isyak, aku menonton running man di lappy sambil makan malam. Tiba-tiba pili paip air di shower room kedengaran. Aku dengar namun mengendahkan dahulu. Lepas seketika aku bangun dan tutup pili paip tersebut. Masih abaikan perasaan yang agak takut itu dan tidak mahu memikirkan lebih. Beberapa minit kemudian paip air dibahagian basuh baju dibuka dan AKU mula perlahankan volume di lappy.
Memandangkan keadaan yang sedikit sunyi, kedengaran bunyi paip air itu dibuka perlahan-lahan. Seolah-olah sengaja menbiarkan aku dengar. Aku bangun sekali lagi , tutup paip air dan terus call kawan aku di bilik yang lain. Ketika sedang bercakap di handphone, pintu bilik air di hempas kuat walahal tiada sebarang angin memandang pinti dibalkoni dan pintu bilik tidak terbuka.
Dan aku terus keluar dan pergi ke bilik sebelah yang turut merupakan classmate aku. Tak mungkin aku duduk dibilik itu lebih lama… silap haribulan, ‘dia’membuat kemunculan pulak…
Kejadian Ketiga
Setelah hampir 2 bulan berlalu, aku sudah lali dengan keadaan itu dan mengabaikan gangguan. Aku dapat tidur dengan tenang walaupun sesekali terjaga. Namun Irah masih mengalaminya. Pada satu malam, dia tidak dapat lelapkan mata.
Jam menunjukkan pukul 4 setengah pagi, dia mengalihkan tubuh kearah katil roommate kami dan terlihat satu lembaga hitam di sebelah almari. Irah terus membalik tubuh kehadapan namun tubuhnya kaku seperti terhalang. Dia ditindih oleh lembaga itu! Dia mula menangis dan menjerit memanggil nama aku dan roommate yang lain.
Namun usaha itu gagal dan dia cuba membaca ayat-ayat Alquran didalam hati. Irah dapat melepaskan diri setelah azan subuh kedengaran dan lembaga itu bertukar kepada bayangan hitam berpusing-pusing didalam bilik seolah-olah ingin keluar. Lama-kelamaan, bayangan hitam itu hilang perlahan-lahan. Disebabkan itu, Irah mula tidur bersama dengan roommate yang lain dan yang pasti bukan dikatilnya..
Kejadian keempat
Kejadian ini berlaku ketika kami berempat sedang berbual ketika menunggu untuk solat isyak. Tiba-tiba kedengaran suara lembut memberi salam dan pintu bilik yang berat itu dibuka sedikit. Aku menjawab salam dan menyuruhnya masuk. Aku menunggu gerangan orangnya namun pintu bilik itu tertutup semula.
Aku melihat ketiga roommate yang terkaku melihat aku. Mereka terkejut melihat aku menjawai salam walahal mereka tidak mendengar langsung salam itu. Tambahan pula, pintu bilik yang terbuka sendiri menyebabkan mereka takut. Aku terus membuka pintu bilik melihat keadaan luar. Sangat sunyi, tiada bunyi tapak kaki atau pintu.
Perasaan amarah aku memuncak. Ketika itu ‘Goosebumps’ mula terasa. Aku menyuruh roommate membuka pintu balkoni dan aku membuka pintu bilik. Mereka bertiga senyap dan aku menunggu azan isyak sambil membaca ayat kursi berulang-ulang kali. Terasa seperti benda menjalar dikakiku dan aku tahu apa itu! Selepas selesai azan isyak, aku dengan marah dan lantangnya berkata “DARI MANA KAU MASUK DARI SITU KAU KELUAR, AKU DAH BUKA KEDUA-DUA PINTU UNTUK KAU KELUAR”.
Serentak itu, pintu bilik air dihempas kuat dan terasa angin dingin keluar dari pintu masuk. Kami terus menutup kedua pintu. aku amat marah apabila melihat ketiga-tiga roommate aku ketakutan dan perasaan marah makin tebal. Kami mula solat dan membaca Alquran tanpa membincangkan perkara itu. Alhamdulilah, selepas itu gangguan terus kurang dibilik kami namun gangguan itu berlaku dibilik lain sehingga berlakunya histeria.
Kesimpulanya, setiap tempat atau kawasan ada ceritanya yang tersendiri, didiami dan ditumpangi. Biasalah, bukan manusia sahaja yang diciptakan olehNya. Yang pasti adab dan hormat perlu ada kemana sahaja kita melangkahkan kaki. Dalam kes aku dan ketiga-tiga roommate, kami tidaklah melakukan perkara yang melampau, masih menjaga adab dan menjalankan tanggungjawab masing-masing. Mungkin dugaan untuk insan yang terpilih olehNya…..
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Dulu masa baru masuk uni, dapat hostel baru dibina. masa mula2 masuk nmpk ade lada hitam berterabur atas lantai. rupa2nya pihak uni da awal2 “bersihkan” tempat sebelum student masuk.
owh ok.
#cumel
Gangguan mcm ni, biasalah kat mana2 pun akan jumpa punyer.. tak kira zaman & tmpt.. kita yg tk prnh kena, kita mngkin boleh buat apa2 conclusion tntng citer yg kita dgr, tp bg yg dh prnh hdp prkara mcm ni, kalau boleh rs mcm nk masok balik dlm perut mak.. dulu ms aku maseh bljr kat sbuah U ni, aku pun prnh kena kacau.. tp tkder la nmpk bnda tu, dgr bunyi jer.. paling aku tkleh lupa, bnda tu prnh bisik kat telinga aku “Aku ada selagi kau ada…”
alhamdulillah masa aq kat u xpernah mengalami ape2 pon
kat mana2 pun ade makhluk2 ni sama ada diganggu atau tidak, gangguan usik2 atau teruk.
Jgn terlalu takut.buat biasa2 jer. lagi takut lg dia sakat…tu yg salu mama pesan kat anak2 gak.wpon x kene ganggu.hihi..
Bila takut tido mlm pasanglah rukyah sampai pagi bukan pasang lagu2..lagu2 ni memanggil setan dan jin datang..ingt tu adik2 tak kira di U atau dirumah
Btl tu. Pasang lah surah apa2. Sbbnya, klu kita dgr pn, kita dpt 1 pahala dr setiap huruf(maaf klu sy tsilap). Drpd pasang lagu2 yg melalaikan…
Wah…. Begitu hebat gangguan nya
I pernah jugak kena tindih masa tido masa belajar dulu. Lps tu masa I tgh tido kaki style melutut, tiba2 kaki tertarik lurus, I automatic terjaga. Tp time tu mata berat sgt, I terus smbung tido. Hari last kt hostel, kena kacau lagi. Dia ketuk tingkap pulak nak say bye2 kot
tq share..
salu gk dgr guli ngn heret perabot tu walhal kita stay lvl paling atas..kt umh sndiri,umh sewa pn sama..msti kena..kwn kata tu jin y nk kacau..dia suh psg ayat ruqyah mlm2..sy pn baca al-Baqarah jgk..slowly bnde tu dah kurgkn aktiviti dia..hehe
Ok bgus jugak.
9/10
Kamu pasang lagu Korea, menari K-Pop la antu2 tu semua. Spttnya kamu kena pasang lagu Cromok atau FTG. Haahaha… 😂😂 Alunan ayat2 suci al-Quran diikkk… Jadikan irama tidur mu. 🤓🤗
berlalu di kta ke?
Saya pernah kena mcm tu..rumah tu abang ipar baru beli..rumah teres lama…masa tu esk nak raya mmg ramai orang rumah mertua jadi saya btl2 ngantuk amik keputusan untuk tido rumah abang ipar baru beli..rumah dia ada sofa dekat dapur dan berhadapan dengan bilir air..mula2 saya rase lain dah tpi diam kan diri sbb penat sngat dan tido atas sofa sbb rumah tu hanya ada sofa,maklum la rumah bru lepas owner pindah tiada apa2 cuma sofa je ..lepas saya baring atas sofa lelap kan mata tiba2 rase mcm ada yang tindih badan saya susah nak bernafas saya baca2 ayat Suci Al-Quran dan cakap kuat2 jangan kacau aku aku nak tido..lpas tu x da kjap lama tu tarik kaki plak..last2 cakap dah kau tido la aku tido kat lain…trus saya keluar rumah tu mase tu mmg takut tpi acah2 brani…bagun trus masuk kereta tido dalam kereta..hahah trus keluar rumah baru tu…cerita kat abang ipar last2 dia buat sewa x jadi duduk..dengar orang yang sewa tu kena kacau jugak tpi sekarang Alhamdulillah dah..
Pasang surah Al Baqarah kalau masuk rumah baru atau di kediaman kita… Insya allah tiada gangguan.
Walhal… walahal tu nama nenek si raju