Akibat Kunci Hilang

Kisah ni bukanlah dari aku sendiri tapi dari sepupu aku. Kisahnya berlaku di UNIMAS beberapa tahun yang dulu semasa belajar di sana. Ok aku start yang ni masa mula2 sampai, masa jejak kaki di universiti ni. Ayahnya memang dah perasan yang tempat ni amatlah keras. Memandangkan ayahnya seorang pengamal perubatan secara islam (atau dikenali sebagai bomoh rock, yelah penampilan dia tu tak nampak macam Ustaz pun). Aku pun tak tahu macam mana dia boleh scan tempat ni keras.

Kalau korang nak tahu tempat ni sangat lah besar. Luas. Dan banyak bangunan di sana (Aku bayang kan ajelah, ni cousin aku yang cerita.) So, banyak lah bangunan2 yg terbiar tak digunakan. Since bila aku pun tak tahu. ( cousin aku lagi lah tak tahu, dia apa je yang dia tahu). Lepas pendaftaran, dia dapatlah bilik. Tapi memang nasib dia lah, dapat bilik sorang. Tapi dia cerita dia lagi suka dapat bilik sorang, memandangkan dia ni jenis yang memang tak suka nak kongsi barang atau bilik.

Dia ni jenis yang orang kata semua benda nk kemas, nak cantik2. Dia ade juga describekan macam mana rupa hostel tu atau blok. Tapi aku lupa. Ok, cerita betulnya disini ( tadi tu permulaan je, nak bagi intro). Oh, ya lupa nak bagitahu, yang cousin aku ni lelaki ok. Nak dijadikan cerita, satu malam tu kawan dia ajak lah dia pergi enjoy kat pekan. Lepas dah siap2 semua. Dia pun kunci pintu nak gerak pergi pekan naik kereta. Suka la tu dapat berjalan.

Ok. Lepas dia dah enjoy, dia pun ajak lah kawan2 dia balik. Rasanya waktu tu da pukul 11 lebih kalau tak silap, (tapi bagi pula guard tu lepaskan diorang masuk malam2). Dia pun masuklah dalam perkarangan universiti dia tu. Dia kata kalau tak silap, dia kena lalu bangunan putih dan terbiar masa nak masuk dalam hostel dia tu. Waktu tu pula dia rasa nak terkencing. Dia pun suruh ler kawan dia berhenti kat bangunan tu, sebab dah tak tahan sangat. Kawan2 dia sebenarnya dah susah hati da nk berhenti kat situ. Tapi memandangkan dia ni betul2 da tak tahan, kang ade yg terkencing dalam kereta kang (ngade2 cousin aku ni) kalau korang nak tahu, dia ni jenis hardcore tau, dia ni memang takda perasaan takut, yelah, dia kan bakal mewarisi ilmu ayah dia. So, dengan senang hati je dia pergi kencing kat situ.

Masalahnya, masa tu tandas tu ade lampu pula. Dia pun tolak pintu satu persatu, nak tengok mana yang bersih (takde apepun, hehe saje buat suspen). Ok, dia dah lega dah, masa dia nak keluar tu, dia da tengok dulu da kat tandas tu, kut2 lah ada barang yang tertinggal ke apa. Dia da memang sure, memang da takda apa2 yang tinggal. Balik lah dia macam biasa kat hostel tu. Sampai kat hostel tu. Dia cari2 kuncinya kat dalam poket seluar, tapi tak ade. Cari dalam beg pun tak ada. Dia da memang sure, dia da ambil kunci sebelum keluar.

Dia pun bagitahu lah dekat kawan dia yang dia dah hilang kunci. Kawan dia suggest lah minta dekat pihak hostel atau guard. Tapi dia malas, katanya leceh la dah malam2 macam ni. Kawan dia pun suggest lagi, suruh tidur je bilik kawan dia sementara nak tunggu pagi esok. (Kalau korang nak tahu, cousin aku ni pembersih orangnya, dia kalau da keluar, mesti akan mandi lepas balik) disebabkan barang mandian dia tu ade dalam bilik dan dia rasa badan dia melekit, tak selesa, nak jugak mandi malam tu.

Padahal dah lewat malam tau. Dia punya fikir kunci dia tu mesti tak hilang mana2, kalau ade pun jatuh dalam kereta tak pun tertinggal kat tandas yang dia singgah tadi. Dia pun minta izin lah dengan kawan dia nak jenguk, ade ke tidak dalam kereta tu. Tapi takda pun. Dia punya fikir, mesti jatuh dalam tandas kat sana. Dia pun minta izin lagi dengan kawan dia suruh pergi balik dekat sana. Semua kawan2 dia menolak ( yelah, kalau aku jadi kawan dia pun, aku tak nak pergi tempat2 macam tu da lewat malam macam gini.) Dia punya hardcore, gigih betul nk dapatkan kunci, pasal dia fikir dia nak mandi. Dia pun rembat lah basikal kawan dia, pergi balik kawasan tu. Bila da sampai dia pun parking lah basikal tu kat tepi jalan. Then dia start masuk tandas, dia pun pergi lah kat bilik tandas yang dia masuk tu.

Tapi, hampeh, tak jumpa pun kuncinya, dalam hati dah memang menyumpah dah. Dia pun mengomel sendirian. Masa dia nk pusing belah kanan tu, masa tu dia memang dah tunduk dah, sebab nak cari kunci kut2 jatuh kat lantai. Sekali, dia nampak kain putih terapung sikit je atas lantai, lusuh je warnanya. Dia memang tak berani ler nak pandang atas, tengok kain pun da takut kan, apa lagi nak pandang wajah. Dia pun slow2 pusing ke kiri dan berjalan macam biasa. Macam takda pape. Keluar dari tandas tu. Bila da keluar dari tandas, ape lagi, buka langkah seribu la, kau giler nak berjalan je, mau diterkam arah belakang, katanya pada aku (Aku pun tanyalah apa jadahnya kau lari, bukan ke basikal yang kau rembat tu terpacak atas jalan tu ade).

Dia pun kata, ha, a lah, ye tak ye jugak kan kak reen. (Nama panggilan aku) tapi masa tu da takut, tak terfikir pula aku datang dengan apa tadi. Ok sambung, masa dia lari tu, dia rasa macam ade benda ikut dia dari arah belakang. Ape lagi, dia baca lah ayat yang ayah Dia bagi. Tapi berterabur baca pun. Yang mana dengung, jadi tak dengung. Yang tak ade baris, jadi ada baris ayat tu (Apa lah cousin aku ni). Bila sampai je kat hostel, kawan2 dia yang duk menunggu dia pun kecoh nampak cousin aku ni dari jauh dah terpekik baca ayat tak betul. Kesudahannya, kawan dia pergi minta kunci kat guard. Apa kunci tu ade atas katil je. Maka tak jadi lah mandi malam tu. Dia pun tidur malam tu dengan busuknya dan dikelilingi kawan yang tersayang.

Then, esoknya kena demam panas dan keesokannya kepala dia berdarah sebab kena kipas yang masa tu tengah on. Dia pun tak tahu macam mana boleh kena. Dia kata dia blur time tu (Ntah ye ke tidak dia ni). Begitulah kisahnya, maaf la kalau rasa tak seram. Tapi dia pun tak lama kat sana, tak sempat habis belajar, da balik rumah berhenti dan sekarang da jadi PA ayah dia dah. Aku nak cerita pasal sejarah bangunan tu tapi memandangkan da lewat malam da pun, aku pun takut sejarah nya tak sahih. K lah sampai disini saja. Tamat. # NuggetAreen.

11 thoughts on “Akibat Kunci Hilang”

  1. mula2 baca tu ingat kezen tu berani so jd best nak bace sb suke bc pglmn org2 yg berani .. rupenya sm je mcm kite2 penakut jugak upenye bile nmpk .. haha.

    Reply
  2. “Then, esoknya kena demam panas dan keesokannya kepala dia berdarah sebab kena kipas yang masa tu tengah on…”

    Yg lain tu akk x musykil sgt wpon hakikatnye kate HARDCORE bebenor sbb bakal pewaris ilmu Bomoh Rock, tp udahnye lari tunggang langgang gak…

    Yg musykilnye, bilik tu blk single kaannn…
    Mestiler katil single…
    Kot double decker pon msti dok bwh…
    Camne kepala boleh berdarah sbb kena kipas…????
    Pastu leh x tau cemane boleh kena…
    Xleh hadam akk dik…
    Kepala kena kipas smpi berdarah perkara yg sangat sangat sangat jarang berlaku tau…
    Kot kena bucu meja tu mmg selalu…
    Tapi pelik kezen ko tu leh x tau cemane leh kena…
    Kot kipas siling tinggi…
    Kot kipas berdiri ade cover…
    Cer explain sape yg paham…

    Reply
    • Iyelah KS…
      Kot blur pon xkanlah kepala terhantuk kat kipas sampai berdarah die xleh nk recall…
      Bkn perkara mudah kejadiannye tu…

      Reply
  3. Boleh perbaiki lagi cara penulisan….tak paham yg tetiba kena kipas kepala berdarah tu dikk oi.
    and satu lagi tak perlu letak yg dalam kurungan smua tu..jd x best nak membaca.
    keep it up! =)

    Reply
  4. ni bukan hardcore, ni namanye cerewet, pemalas, selfish, perangai suka menyusah kan org dan bodoh sombong, kalau aku jumpa, mmg dah lama makan pelempang cousin ko ni…

    Reply
    • Patern lelaki jambu yg manja ni gamaknye…
      Heheheheheh…
      Tang x tahan nk kencing ngalahkan bebudak plak mcm xleh tgu smpi bilik kan…
      Lengkali pakai pampers…
      X pon gune botol…
      Agagagagagaaaa…

      (terserlah batu api akk ni kaann…)

      Reply
  5. Cara penulisan tu buat saya kurang faham sikit. Tup kepala berdarah kena kipas ? dia tudo bilik sendiri or bilik Members dia?

    Reply
  6. ahahaha crite betul ke bohong ni…saya stahun lbeh dh kt unimas,tk prnh tau ada bangunan kosonglah apa smue tu…eheheh dh lah crite tk seram ???satu lgi,unimas tk prnh hayat bdk first year dpt bilik single kak oii…

    Reply

Leave a Comment