Hantu Boneka

Assalamualaikum FS. Thanks kalau share cerita saya yang tak seberapa ni huhu. Baru jugak mengikuti FS ni, sedih tak? Hahahah. Cian. Antara cerita yang saya sangat suka adalah cerita pasal Rin kisah dengan Maya, sesat di Mid Valley and beberapa lagi. First of all, saya kenalkan nama sebenar saya Wani. Bukan nama panjang tapi ni lah ‘pet name’ saya. Hehehe. Macam tak sedap lah guna saya. Tukar aku je lah eh, biar lagi feel sikit heheh. Aku ada banyak kisah seram, and akan aku gabungkan kisah ni menjadi satu cerita or karangan.

KISAH 1: HANTU BONEKA PART 1
Ok kisah hantu boneka ni bermula waktu tu tahun berapa tah aku pun tak ingat. Tapi yang penting time tu aku baru darjah 4 ke 5, kecik lagi. Jiwa muda lagi hehe. Time sekolah rendah dulu kan ada subjek kemahiran hidup kan. So aku punya team kena buat patung. So aku dengan geng group aku datang ke rumah kawan aku (kawan aku ni kira kawan set2 kaya dalam kelas). Nama dia Aisyah, rumah beso dia kat Taman Soga. Amboii pekat loghat beso aku. Almaklum orang Johor huhu. Ok sambung sambung.

Aku dengan kawan aku ni jahitlah patung tu sampai jadi bebetul patung, kebetulan member aku si Aisyah ni pandai lah jugak menjahit. Kecik kecik dah pandai jahit, sampai kat aku? Pegang jarum pun terkial-kial hahaha. Agak seram lah kawan aku buat patung tu. Ala ala macam Chucky. Siapa ingat cerita seram patung chucky yang berparut tu korang memang daebak! Haha. Ok lepastu, kita orang turun ke tingkat bawah kiranya nak main main sebab sebelah rumah dia ada kawasan tempat permainan.

Dolu dolu mana lah popular sangat teknologi2 ni. Telefon pintar dulu tak macam sekarang ha. Telefon pintar aku dulu cuma telefon dalam rumah pondok je. Acah acah hello padahal takda orang jawab pun. Hahah. Sebelum aku teruskan, aku nak cakap sikit yang aku ni ada kembar. Nama dia Wana. Gabungkan lah, Wana Wani huhu. Kitorang reramai main kat luar tu. Lepas tu dah start pukul 6 macam tu, kitorang decide nak masuk rumah. Nak malam dah kan. So kitorang pun masuk ramai2. Bila dah masuk dalam rumah member aku sorang ni tanya lah aku;

“Weh Wani, kembo kau Wana mana?”.

“Tuu ada belakang kau….” (Sambil toleh kebelakang) “ehh tadi Wana ada, mana dia pergi”.

Dengan agak panik tapi kitorang still tenang. Tetiba, aku nampak ada kelibat kembo aku lari dari arah hujung rumah ke arah pintu. Kiranya tingkap rumah Aisyah ni jenis yang jernih and panjang, bawah lantai sampai ke syiling tingkap nya and ada pada setiap penjuru. Almaklum rumah orang kaya kan. Then, sampai je kembo aku kat depan pintu. Dia tak masuk masuk. Aku teriak lah, “Wanaaaa, masuk lah, asal ko tak masuk”.

Aku dah syak lain dah sebab member aku pernah cerita pasal hantu boneka ni. Hantu boneka ni kalau korang nak tau, hantu yang menyerupai orang lain. Aku pandang kawan aku, kawan aku pandang aku. Si Aisyah ni ajak kitorang semua pergi ke bilik orang gaji dia. Wuishh orang gajii khauuuu. Ko hade? So kitorang pun ikut jelah. Kisahnya, bilik maid Aisyah ni sebelah je dengan taman permainan luar tu. So aku pun jenguk lah taman luar tu dekat tingkap. Terkejutnya aku bila aku nampak kembo aku dok hello hello dgn ‘telefon’ pintar dalam rumah pondok tu. Aku tegur dia, “woi Wana asal ko ada kat sini lagi?”. Dia terkejut tengok aku dah kat dalam rumah, dia takut. Aku suruh dia lari masuk rumah tapi dia takut. And kitorang pun balik malam tu, bapak si Aisyah hantar kitorg. Tamat part 1. Tak seram kan heheheh.

PART 2: HANTU BONEKA PART 2
Ok part 2 pulak waktu aku praktikal di PNB Ilham Resort Nogori Somilan. Waktu menunjukkan jam 5.00 petang. Aku perlu menjaga Gazebo di dewan belakang. Gazebo tu cantik pemandangan waktu malam. Gazebo kiranya macam kau bukak gerai kat situ, and orang datang beli makanan lah kat situ. Aku ambil troli, aku susun pinggan mangkuk semua untuk dibawa ke gazebo. Aku sorong troli yang berat tu lalu jalan belakang. Jalan belakang je yg boleh lalu guna troli ni. Aku menyusuri jalan kosong tu sendirian. Sebelum sampai ke gazebo.

Sebelah gazebo tu ada hall. Belakang gazebo and hall tu ada pantai yang cantik dan indah pemandangannya. Aku tenang, sebelum sampai ke gazebo, aku akan lalu sebelah hall tu dulu. Belum sempat sampai, aku nampak kelibat pekerja permanent namanya Farhan. Aku panggil Paan je. Aku nampak dia sorong troli menuju ke gazebo. Aku agak pelik, sbb setahu aku haritu adalah hari cuti beliau. Tapi aku still nak tegur, aku pun panggil lah, ” Paannnnnn woi Paannn” tapi dia tak toleh malah terus pergi ke gazebo sampai bayangnya hilang. Aku pelik kenapa dia tak toleh sedangkan aku panggil punyalah sekuat hati aku kan. Aku pun macam k fine ko tak nak tegur balik. Lantak ko lah kan. Hahaha.

Sampai je kat gazebo aku pelik sebab dia takda. Aku usha lah hujung hall yang panjang tu, gelap je cam takda orang. Aku pun watlek watpeace. Sampai dah malam, aku rest jap. Member aku lain sambung. Aku duduk lorong tepi sambil borak dengan pekerja kitchen sebab hall tu tengah ada event. Tetiba si Paan ni datang dari celah mana duduk sebelah aku. Aku pun tegur lah;

“Woi Paan, ko tadi petang aku tegur kat situ ko wat dek je eh, sampai hati”.

“Kau dah kenapa, aku kan off harini. Aku baru je sampai. Aku saja datang awal sebab nak tengok event ni” (Paan ni kerja midnight pulak).

“Ehh tapi, tadi petang aku nampak kau lah sorong troli kat situuuuu” (sambil menunjuk arah).

“Haaaa? Kau biar betik, aku baru sampailah gilaaa. Kau dah tebiat eh. Kan aku off. Jadahnya nak datang sorong troli pepetang. Tak kuasa aku. Eh jappp, kau nampak sape sebenarnya”.

“Ya Allah sumpah wey, aku tak tipu, aku nampak kau”.

Dalam keadaan aku berusaha nak bagi dia percaya, datang lah sorang kakak ni nama dia aku panggil Kak Umi. Dia ni cleaner. Tetiba dia cakap

“Ehh paan, tuko baju pulak? Tadi ekau pakai baju hijo tu, ni ekau pakai t-shirt, takkan kau dah kerja petang tadi nak midnight lak?”.

“Haaa?? Jappp apabenda ni. Kakkk, saya baru je sampai. Kenapa akak dengan Wani cakap saya datang kerja tadi?”.

“Lahhh ekau dah kenapa, den nampak ekau tadi tengah sorong troli kat sini. Akak tengah sapu sampah tadi. Akak panggil ekau, ekau tak nyaut”.

Aku pun mencelah, ” haaaa see? Kak Umi pun nampak”.

Paan terus cakap yang mungkin tu hantu menyerupai dia. And aku pun macam cetan betei hantu tu, nasib dia tak toleh. Buat dia toleh dengan muka huduh dia? Tak ke jatuh pengsan aku kat situ hahaha. Part 2 habis.

KISAH PRAKTIKAL: PNB ILHAM RESORT
Kisah masih di pnb ilham jugak. Waktu tu aku daripada bahagian services aku tuko ke bahagian kitchen. Time tu masuk kerja untuk shift petang sampai malam. So kisahnya, aku ni kena potong sayur yang banyak nokharom. Memang berhantu resort ni. Time tu malam dalam pukul 8.30 gitu. Ada lah abang ni paling rapat dgn aku. Aku just bagi nama dia AA jelah eh. Huhu. Ok so aku pun potong lah sayur. Nasib bek ada AA ni teman aku. Dia lak kena potong buah. Kiranya kitorang buat kerja ni dalam keadaan membelakangi antara satu sama lain.

Dalam keadaan senyap khusyuk buat kerja ni. Tetiba aku rasa seolah olah ada yang menyentuh tubuh belakang aku. Tak rasa macam jari orang. Dia rasa macam air lalu sekejap dekat badan. Aku taktau nak cakap camna. Rasanya sejuk. Lepas benda tu sentuh aku. Aku terus terkejut, aku ingat AA ni yang cuba nak cabul aku. Aku terus tegur dia,

“Abang, (dia toleh aku dengan muka pelik) abang tadi ada sentuh saya eh?” (Dengan muka penasaran ada, geram ada sbb berani dia sentuh aku).

“Aik, bila masa pulak. Abang tengah potong buah ni, kalau pegang kau kang kotor baju kitchen kau. Kau kenapa? Kenapa muka kau pucat? Kau ok tak ni?”.

Dia seakan mengesyaki sesuatu, dia terus datang kat aku. Tenangkan aku yg dah takde darah kat muka sebab takut. Then dia tolong aku habiskan potong sayur tu. Tu antara pengalaman aku. Bukan apa guys, sebelum ni pun pernah jadi kat kawan aku. Abang kitchen lain kena kacau dengan budak perempuan kecik main cak cak dengan dorang. Ada jugak kes, dengar bunyi troli bergerak sedangkan kat kitchen pastry bawah tu takda orang. Semua pergi ke gazebo and ada yang kat atas jaga serambi (lobi, tempat makan). Aku jaga belah atas. Jaga buffet dinner.

Kakak kitchen cakap, dia dengar bunyi troli bergerak. Dia rasa tak sedap hati tapi buat dunno and teruskan kerja. Tetiba dia nampak troli bergerak sendiri untuk turun ke bukit bawah tapi tetiba berhenti di tengah-tengah bukit. Kiranya kitchen aku ni bertingkat tingkat lah kan. Ada gak yang nampak lembaga terbang. Punyalah pucat muka member aku ni. Ada gak kes pelancong yang datang and tidur kat resort tu dengar bunyi budak menjerit lah apa lah. So tulah kisah aku masa praktikal.

KISAH SEWAKTU BELAJAR DI KOLEJ
Ok aku belajar di Food Institute of Malaysia di Kelana Jaya. Depan Paradigm Mall. Huhu. Aku amek kos Dip in Pastry Bakery. Kisah ni time tu aku tido kat Pacific Place. Tingkat 19. Kiranya hostel ni memang berhantu. Kitorang tinggal seramai 12 orang. So kisahnya camni, aku tido dekat bilik tengah. Yang dua orang balik kampung, tinggal aku dengan kawan baik aku Nawa (kawan zaman sekolah form 3 sampai sekarang). Waktu kawan aku Nawa ni keluo dengan kawan lain, dia balik lewat so aku tido lah sorang2. Aku tutup lampu tutup pintu. So gelap gila lah kan. Nampak samar je sebab tingkap aku open sikit. So angin sepui menerpa aku and aku pun ngantuk and aku pun tido lah.

Dalam pukul 1 lebih macam tu aku terjaga sebab sejuk beb. So aku bukak selimut aku, aku selimut badan aku. And aku ngiring kan badan menghadap katil sebelah. Dalam samar samar, aku nampak ada orang tengah tido kat katil sebelah, tapi gelappp sangat. Aku cuba gosok mata, aku nampak Nawa tengah tido. Tapi dalam keadaan samar, aku pelik sebab bila dia balik. Biasanya aku jenis cepat terjaga, bila bukak lampu ke apa ke aku akan mudah terjaga. Tapi aku pelik bila masa si Nawa ni balik. Aku tutup mata dan dalam keadaan pelik sambil peluk bantal, aku terfikir kenapa muka Nawa nampak pelik sangat, nampak macam tua sangat. Then aku terlena. Tetiba aku dengar bunyi pintu bukak and lampu pun terbukak. Aku bukak mata, aku terkejut sebab aku nampak Nawa baru balik. Aku terus “eh Nawa! Kau baru balik?”.

“Ha lah, kau asal, macam terperanjat sgt”.

“Sekarang pukul bape”.

“Pukul 4 pagi, kenapa beb”.

“Esok aku citer, kau mandi then tidolah”.

Keesokannya aku cerita lah pengalaman aku kat dia. Ada banyak lagi kes tapi ada masa aku cerita k. Tak seram pun kisah aku cuma aku nak share pengalaman je. Hehehe. Terima kasih sudi buang masa baca kisah yang tak fiksyen ni heheheh tq

Wani

Leave a Reply

16 Comments on "Hantu Boneka"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
Kak Yulie

Apsal kembar ekau si wana tu tetbe ketakotan…???
Bkn die tgh syiok maen tipon ker…

Karipap Kentang

Kan Kak Yulie. Tetiba citernya macam amat mengkonpiuskan otak mak ni nak…

Kak Yulie

Buat hakak ghase mcm nk hentak kepala kt pondok tipon jeerrr…
Hahahahahah…

Lala

Xbes.. cm syok sdri je.

ely

beria cerita pasal patung projek kemahiran hidup tu..ingatkan patung tu yang berhantu…

zek senader

tu la psal. scene tak penting haha

Puan Memerang

Darjah 4-5 ade belajar kemahiran hidup ke? tu bukan form 1-3 ke? mula2 citer aku dh konpius

shaaa

dari darjah 4 memang dah ada kemahiran hidup

Asam pedas

pening la

Darm

pening skit overall ok

dawsa

kisah misteri yg pertama tu paling misteri sbb aku baca bnyk kali pun tetap penuh dgn tanda tanya…

eikorina

ermmm…. sekolah rendah dah ada kemahiran hidup ke??? biaq betoii??? cheq xdak pun… ke cheq lupa dah??

Kak Yulie

Ade…
Akk drjh 4-6 tahun 92-94…
Ade belajar KH…
Antara projeknye buat tempat letak alatulis gune buluh pastu lg buat monorel…

caca

waktu saya kena buat lampu tidur. hohoho

aein

F.i.m dip pastry bkry intake bila?

Wani

Bdak Fim rupanyaa…keciknya dunia

wpDiscuz