Hilang Dalam Kandungan

Aku tinggal di sebuah rumah pangsa di Selangor. Kawasan tempat tinggal aku memang agak popular dengan kisah mistik sebab kawasan ni baru nak membangun.

Jiran sekeliling memang selalu kata ada nenek kebayan di kawasan rumah kami. Tapi suami aku tidak benarkan aku dengar atau percaya pada kisag jiran tetangga sebab pada dia semua tu halusinasi. Walaupun begitu , ayah aku seorang perawat perubatan islam, jadi aku dah biasa dengan kisah ghaib. Pernah beberapa kali masa ayah aku sedang ubat orang dirasuk, aku nampak benda putih terbang keluar dari ubun-ubun kepada mangsa. Bila berbeza pendapat macamni memang akan jadi masalah jugak sebab suami dan keluarga dia tak pernah nak percaya pantang larang dan ilmu ghaib.

Kisah pertama terjadi semasa usia anak aku 8 bulan, kami keluar sampai lewat malam bersama keluarga belah suami. Semasa melalui hutan, anak aku tiba-tiba menangis. Waktu ini ibu mertua aku pegang anak aku tempat duduk dibelakang. Anak aku meronta-ronta menangis dan tolak badannya kearah aku. Tapi mak mertua aku seboleh-boleh taknak beri anak aku duduk dengan aku. Katanya jangan manjakan anak, aku toleh kebelakang , aku nampak wajah anak aku ketakutan. Waktu ini cepat-cepat aku rampas anak aku dari tangan ibu mertua,matanya aku tutup dan sengaja aku baca ayat qursi kuat-kuat. Tangisan anak aku semakin perlahan dan akhirnya dia tenang.
Apabila sampai di rumah, aku baca ayat qursi dan niat dalam hati kalau ada yang ikut dia tak boleh ikut aku masuk. Keluarga mertua semua memang langsung tidak percaya benda ini semua , mereka peril aku katanya itu semua tahyul. Malam itu anak aku tidak boleh lelapkan mata, menjerit-jerit dia menangis. Keadaan dia seperti diganggu sesuatu.

Aku tahu sebab aku dapat rasa ada sesuatu yang tidak kena. Jadi aku ambil air sembahyang aku azan di telinga anak aku, aku bacakan ayat qursi 7 kali dan tiup kepadanya. Alhamdulillah anak aku tidur nyenyak. Suami ? katanya anak aku tidak boleh tidur sebab sakit perut kembung.

Kadang-kadang aku rasa suami aku ni bodoh. Aku tidak boleh berkongsi apa-apa kisah langsung dengannya sebab dia tidak pernah mahu percaya.
Setelah dua hari di kampung, kami pulang ke rumah kami semula. Sampai diperkarangan rumah jam 2 pagi, apabila masuk sahaja kedalam rumah aku dapat rasakan sesuatu tidak kena dengan rumah kami. Tetapi aku tidak boleh ceritakan kepada sesiapa hanya pendam didalam hati. Keesokkan harinya suami pergi kerja macam biasa, tetapi petang itu suami telefon dan mengatakan dia pulang lewat. Kebiasaan jika suami pulang lewat aku akan tunggu dia pulang di ruang tamu sambil menonton TV. Tapi kali ini aku duduk didalam bilik membuka Facebook menggunakan laptop manakala anak aku duduk diluar menonton kartun kegemarannya. Sedang asyik aku melayan Facebook tiba-tiba anak aku menjerit dan berlari kearah bilik. Aku bergegas keluar dan aku lihat siaran TV ditukar kesiaran lain. Wajah aku sudah mula berkerut sebab remote aku letak pada meja makan. Siapa yang tukar? Disebabkan aku malas hendak memanjangkan hal ini, aku ambil remote dan tukar semula siaran dan duduk disebelah anak aku menonton TV bersamanya. Tepat jam 1 pagi suami pulang ke rumah, disebabkan terlalu letih suami aku terus tidur disebelah anak.

Malam itu aku bermimpi didatangi oleh seorang perempuan merayu minta aku susukan anaknya kerana anaknya sudah nazak sudah lama tidak disusukan. Kata wanita itu dia orang susah.

Aku susukan anak itu sebab terlalu kesian melihat kedhaifan ibu tersebut. Tahukah kalian apa maksud mimpi menyusukan bayi? Ya! Saka!!

Semenjak mimpi tersebut badan aku menjadi terlalu lesu , kami suami isteri selalu bergaduh. Kadang-kala pergaduhan kami itu tanpa punca, kemanisan di dalam perkahwinan kami hilang. Perkara ini berlanjutan sehingga 3 bulan, dan dalam waktu itu jugak aku selalu rasa ada pergerakan didalam perut aku. Pergerakan seperti ada bayi didalam perut. Aku beritahu suami mengenai hal ini, selepas pulang dari kerja suami belikan aku pregnancy test 10 keping dibelinya. Keesokkan paginya dua dari PT aku guna secara serentak. Keputusan negative.

Tak apalah belum rezeki, aku malas untuk memikirkan hal ini. Jadi aku biarkan sahaja. malam itu aku bermimpi didatangi seorang lelaki tua, aku kenal lelaki itu. Dia adalah atokku.
“kau mengandung, jaga kandungan kau elok-elok”
“mana ada tok, Ifa tak mengandung lah”
“percaya kata aku kau mengandung, kau rasa setiap pergerakan anak kau kan? Jaga dia jangan sampai ada yang ambil”
Katanya itu buat aku tersentak dan terjaga dari tidur,jantung aku berdegup sangat laju. Badan aku menggigil, aku jadi sangat takut terus aku pegang perut aku dan aku tekan-tekan beberapa kali. Tiada tindak balas. Lantas aku capai PT dan buat ujian air kencing untuk memastikan kehamilan. NEGATIVE
“mimpi rupanya”
Semenjak malam itu aku selalu bermimpi mengenai keadaan rumah aku dan ada penghuni lain yang tinggal disitu iaitu seekor ular hitam sangat besar. Dia baik dengan suamiku dan anak tetapi ular tersebut sangat membenci aku. Setiap hari aku bermimpi ular tersebut Cuma untuk mengejar dan mematukku namun belum sempat dipatuk aku pasti akan terjaga.

Sehinggalah satu malam yang sangat hening, suami memberitahu dia pulang lewat jadi aku duduk di meja makan sampai makan keropok, sewaktu sedang asyik mengunyah aku nampak cawan aku tiba-tiba melambung ke atas seperti dibaling keatas dan jatuh ke lantai sangat kuat. Lantas aku berlari masuk ke bilik dan tidur disebelah anak. Seperti malam sebelumnya ular itu dating lagi kedalam mimpiku, kali ini dia sangat ganas badan aku lemah, aku biarkan diri aku dipatuk beberapakali sehinggi berlaku pendarahan.

Keesokkan harinya aku dating haid selepas 4 bulan tidak datang haid. Selepas dua hari dating haid, hari ketiga pinggang aku terasa sangat sakit, aku rasa seperti ingin bersalin. Aku tidak boleh bergerak langsung kerana sangat sakit, aku hubungi suami dan memaklumkan hal ini kepadanya. Dua kali aku muntah kerana terlalu sakit. Anak aku di ruang tamu menjerit-jerit menangis merangkak kearahku yang berada di atas katil.
Aku nekad untuk lakukan sesuatu, suami dalam perjalanan pulang dalam mengambil masa sejam untuk sampai ke rumah. Aku tahu ada sesuatu yang besar ingin keluar tetapi tersangkut, jadi aku cangkung dan cuba untuk tarik apa yang tersangkut di dalam kemaluanku. Rupanya uri ! selepas mengeluarkan uri sendiri aku cuci uri tersebut dan letakkan kedalam plastik.PT berbaki satu keeping lagi, aku ambil dan lakukan ujian kehamilan.POSITIF !

Akhirnya suami aku pulang, aku dibawa ke hospital kecemasan, berkali-kali doc mencari janin tetapi tiada. Doc bertanya untuk kepastian adakah aku yakin tiada lagi cebisan yang keluar.
Suami bawa aku pulang ke kampung keluargaku, aku ceritakan segalanya didepan muka suami dan keluargaku, waktu ini aku nampak kekesalan pada wajah suami kerana tidak pernah mempercayaiku. Sebulan aku berpantang dan berubat. Alhamdulillah selepas kejadian tersebut suami lebih peka mengenai setiap yang aku ceritakan padanya lebih-lebih lagi hal mistik..

littlelight
Kini cuma tinggal 1 unit iklan sahaja dalam web FS. Web Makin laju. Jika rasa iklan menarik perhatian anda, mohon view untuk sentiasa support FS. TQ
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Support FS

9 comments

  1. Aku pernah alami benda ni. Menyusukan baby tak payah cakap, banyak kali. Baran menjadi-jadi. Rasa panas je.

    Bulan 2 yang lepas aku decided berubat secara details. Before this aku just buat pendinding diri and rumah. So aku jumpa sorang ustaz yang duduk di perumahan parents aku and buat appointment nak datang hari Ahad (masa jumpa tu Jumaat). Alih-alih, subuh Sabtu perut aku memulas macam kena hentak. And ada symptom keguguran. Pi hospital, scan and doc tanya berapa minggu. Aku jawab 9 minggu. Dia kerutkan kening and cakap macam besar je ni. Nasib baik masa tu kandungan still in place.

    Tapi pagi Ahad, aku keguguran terus. Kembar. Bukan rezeki. So abah aku pi jumpa balik ustaz tu and bagitahu yang aku tak jadi berubat sebab keguguran. Istighfar panjang dia sambil geleng-geleng kepala. Dia kata, nak tak nak aku kena berubat juga. So sekarang tengah plan masa yang sesuai. Sebab bila dah decide time, ada je halangan masa tu. Terus tak jadi.

    Semoga urusan kita semua dipermudahkan Allah.

  2. “aku duduk di meja makan sampai makan keropok,” sepatutnya sambil. Autocorrect untuk perkataan ‘datang’ ditukar menjadi ‘dating’. Ular dating, dating haid. Sampai di bahagian ini, saya tergelak. Gaya penceritaan yang biasa dan bersahaja. Geram dengan sikap sesetengah orang yang hanya mempercayai ‘logik’ semata-mata, dan hanya bertindak bila perkara buruk telah berlaku. Kepada penulis, semoga tabah.
    7/10

  3. Say hampir 4tahun kawen..Saya pernah 2x janin hilang dlm kandungan..pergi brubat merata,sehinggalah 1 hari tu saya & suami pergi berubat dgn seorang ustaz ni..katanya janin hilang dlm kandungan 2x sbab ada “benda” mkn.. Dan bnda tu x nak saya ada zuriat…😢😢😢.. Pastu ada la seisi berubat..tak lama lpas tu saya pergi berubat skali lgi dgn seorang ustaz yg lain,utk pastikan btol ke x saya pernah hilang janin dlm kandungan…ternyata ustaz ni pun kata perkara yg sama,janin hilang 2x..sdih btol saya & suami..ustaz tnya penah turun darah bnyk x?? Saya ckap pnah 2x darah kluar bnyk sangat smpai berketol-ketol..smpai sya naik takut..ustaz kata masa tu la janin saya dah xda..mcm kguguran..ustaz kata,kalau pergi check dkat hospital,doktor akan kata x mengandung..sbab janin xada…cuma tanda dia turun darah ketol2 tu bnyak…smpai skarang saya masih berubat..doakan saya moga 1 hari nnti sya d kurniakan zuriat… By the way,saya slalu jgak mimpi mnyusu beby..kata ustaz ,ada saka kat saya yg sebelah ibu punya..tpi saka ni bkn yg ibu,tpi yg nenek moyang sbelah ibu..hummm…skarang msih berubat jgak pasai buang saka ni..

  4. semoga tabah dan harap suami lbh prihatin.. susah kalau pasangan x nk pcya ape kita ckp ni. tlalu moden, x nk pcya benda2 gini

  5. satu jer yg dia tertinggal…saka tu dri sape? belah family die atau belah family suami die.. itu yg die tak ceritakan. musykil ni. mungkin dari moyang2 terdaluhu gak nye..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.