Dalam Perjalanan

Assalamualaikum dan salam sejahtera… Bertemu lagi kita semula dalam kisah yang lain.. Terima kasih kepada admin sebab dah menyiarkan kisah aku yang sebelumnya ” Kisah Pertamaku ” . Kepada yang belum mengenali aku, aku ” Panggua ” berasal dari Sabah.

Untuk kisah kali ini, aku akan sajikan korang dengan dua cerita iaitu kisah seram yang aku lalui dan kisah seram pacik aku lalui.

KISAH PERTAMA…

Seperti yang kita tahu, tidak semua orang yang akan dapat melihat benda-benda halus ni iaitu makhluk ghaib. Orang yang dapat melihat ini bukan juga satu kelebihan atau kekurangan tapi ianya satu keistimewaan yang tiada dekat orang lain.

Bagi aku pula setelah melihat “makhluk” ni iainya bukan satu keistimewaan, tapi ianya mungkin satu kebetulan yang aku telah terpilih untuk melihat benda ni dan juga satu ujian dalam hidup.

Malam tu, aku dengan kawan aku yang lain iaitu Hafiz ( samaran ) , Rash (samaran ) dan Mail ( samaran ). Semua kawan aku ni dari zaman sekolah lagi. Biasanya kawan sekolah dari tingkatan ni ditambah pula dengan rumah yang berdekatan, kawan ni lah yang selalu ada.

Sedang kami berbual-bual di restoran dengan cerita-cerita kosong, tanpa perasan jam sudah menunjukkan 2 pagi. Masa ni Covid belum ada lagi, sebab tu dapat lepak sampai pagi. Aku pun ajak mereka untuk bersurai….
Aku : Jomlah balik…Esok ada lagi bah..nanti lepak lagi la..
Hafiz : Awal bah… aku ni boleh saja balik ni, sekarang ni masalahnya siapa nak hantar Mail ni balik.

“Mail ni kampung dia tak sama dengan kampung kita yang lain, Aku, Hafiz dan Rash satu kampung. Awalnya memang aku yang jemput dia dengan kereta. Tapi masalahnya nak balik tempat dia tu memang seram. Dengan kawasan yang sunyi sepi, lampu jalan yang tak menyala…memang seram. Ada pun lampu jalan yang menyala itu pun dekat dengan perumahan dah…

Aku : Bah aku hantarlah Mail, jadi kamu terus balik lah ni kan…
Hafiz : Yala…. nanti jumpa esok lagi lah kalau jadi.

Kami pun bersurai dari restoran tu. Aku terus hantar Mail ke rumahnya yang tidak jauh dari kampung aku juga. Jarak dari restoran tu ke rumah Mail ni kira-kira mengambil masa dalam 5-8 minit sahaja. Dan disinilah bermulanya detik hitam dalam hidup.

Selesai saja aku hantar Mail balik, aku terus pulang dan tinggallah aku seoarang diri dalam perjalanan pulang kerumah. Masa dalam perjalanan tu aku lalui satu jalan yang gelap, dan tanpa aku sedari aku nampak seorang budak kecil melintas jalan dekat depan kereta. Aku apa lagi terus tekan pedal break… Aku mengucap panjang …… dan beristighfar…

Perasaan aku masa ni memang dah tak sedap, tipulah kalau tak takut masa tu…dahlah lewat pagi dah… entah anak siapa juga yang nak jalan tempat yang gelap. Aku sendiri pun memang tak berani nak jalan kat tempat tu. Di tambah pula kalau ada apa-apa dengan budak tu. Aku terus terkaku dalam kereta, bukan tak nak bertanggungjawab tapi keadaan tidak memaksa untuk aku turun dari kereta.

Aku undur sedikit kenderaan, tengok depan tiada pula budak tu, kiri kanan memang tak nampak dari awal dah. Seakan budak kecil tu lenyap dari pandangan. Aku mengeluh panjang disusuri dengan istighfar, dan terus berlalu pergi tanpa melihat lagi kiri kanan.

Memang betul depan mata aku budak tu melintas jalan. Entak manusia ka atau makhluk halus yang cuba untuk menakutiku masa tu, memang seram aku rasa masa tu.

Esoknya aku tak jadi nak ikut lepak dan untuk beberapa hari juga. Selepas berberapa hari begitu barulah aku ceritakan dengan kawan aku yang lain. Dalam sebulan dua tu memang tak lepak malamlah kitaorang..

Kejadian ni masih segar di ingatan, tapi aku tak lah nak fikir sangat, takut jadi gangguan pula setiap kali balik malam…

KISAH KEDUA…

Kisah kedua ni adalah kisah dari pacik aku yang mana dia pernah ternampak makhluk halus ni. Sebenarnya ada beberapa kisah seram juga dari pacik aku ni. Tapi biar aku kongsikan dahulu salah satu kisah dari pacik aku yang aku rasa cukup seram pada mereka yang melaluinya.

Pacik aku ni setiap kali nak solat subuh, pacik aku akan ke masjid. Jarak ke masid dari rumah ni tak jauh juga dalam 3-5 minit rasanya ( berjalan kaki ). Jadi nak diceritakan kisah seram, entah kenapa hari tu awal sedikit pacik aku ke masjid dan nak dijadikan cerita juga masa ni la juga pacik aku nampak benda ni.

Waktu dalam perjalanan tu, seperti biasa tiada sekali pun terlintas dalam fikiran mengenai makhluk-makhluk halus ni. Entah mengapa ternampak pula makhluk ni, Mungkin ini adalah salah satu dari ujian yang diberikan.

Dah kata subuh memang sunyi lah jawabnya. Sedang pacik aku ni tengok kiri kanan, tiba-tiba pacik aku ni ternampak satu kelibat putih ” Pacik aku kata dah macam perempuan pakai baju kahwin pula, berambut pajang.” Makhluk ni seperti melihat tempat lain, sebab tu pacik aku tak nampak muka depan dia. Pacik aku beristighfar dan teruskan saja perjalanan tanpa memikir panjang mengenai makhluk tu.

Pacik aku kata ” dalam maksud orang dulu-dulu kata “, kalau kau yang nampak makhluk halus ni dulu syukurlah tak terkejut sangat, tapi kalau makhluk tu yang nampak kau dulu..sabar saja lah dengan perasaan yang seram akan kau lalui… “…

Rasanya sampai disini saja kisah aku kali ni… Insyaallah.. di lain episod kita jumpa lagi…sekian.. dari aku “Panggua”

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 1]

1 thought on “Dalam Perjalanan”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.