Makhluk misteri

Assalammualaikum , hai pembaca fiksyen shasha . Cerita yang nak Yana kongsikan tak seram cuma hanya dari pendengaran dan kelibat saja tiada gangguan oleh makhluk halus . Maaf sebelum tu , jika cerita sebelum ni Yana gunakan bahasa yang agak kasar . Jika silap untuk kali ini harap pembaca sekalian menegur kesilapan Yana , Yana akan terima teguran tu dengan hati yang terbuka dan ikhlas . Actually , Yana dah tak bersekolah . Cuma habiskan pt3 Jee , dan sambung kerja . Minta maaf sekali lagi . Sebelum tu , Yana nak minta izin untuk mulakan cerita Yana dengan menggelar diri Yana “aku” . Bismillah .

Kita start dari cerita ni , masa tu waktu tengah hari tak silap , dalam jam 11 lebih dan aku masih berumur 15 tahun . Tak silap aku , masa tu hari minggu , masa cuti sekolah . Macam biasa rumah atok memang selalu sunyi bila waktu siang hingga ke petang . Lampu semua tertutup , tingkap rumah pun kadang² je bukak . Rumah atok ada 4 bilik , dan ada satu bilik di mana ruangan bilik tu hanya muat untuk atok dan arwah nenek . Tapi sekarang ruangan tu dah dirobohkan sebab tiada siapa yang nak duduk situ semenjak pemergian aruah nenek . Bilik 1 diruang tamu depan makcik yang duduk , bilik nombor 2 di ruang tamu depan pulak kosong , kalau kakak sepupu balik baru dia yang duduk situ . Kadang² kami tertanya tanya juga ada apa² pernampakan ke tak yang dia nampak dalam bilik tu . Bila kami tanya dia cakap ada , tapi selagi benda tu tak kacau dia buat selamba je Lahh . Tidur macam biasa . Kalau ada masa aku cerita tentang kakak sepupu aku .

Berbalik pada cerita tadi , ada 2 lagi bilik di ruang tamu belakang tapi kalau ikut kiraan dari depan hingga belakang ada 4 dan bilik yang aku nak ceritakan ni di bilik nombor 3 dimana kiraan jika dari ruang tamu dapur bilik nombor 1 . Tak silap aku masa tu aku nak berjalan menuju ke depan , aku perasan yang pintu bilik seakan di buka tapi aku nampak kakak sepupu aku masih lagi tidur di katilnya . Sedang aku berjalan meneruskan langkah , aku ternampak ada satu makhluk melintas depan aku . Tapi biasanya benda melintas ni cik Ponti atau makhluk yang bersaiz besar . Tapi apa yang aku nampak ni saiz nye sangat kecil . Mustahillah binatang sebab apa yg aku nampak bentuk badan yang seakan toyol keluar dari bilik tu, berwarna putih tapi saiz yang agak kecil macam saiz penutup botol mineral kecil. Mesti korang terfikir kan macam mana aku boleh perasan bentuk dia dengan jelas dan ceritakan kat sini ? Sebenarnya aku sendiri pun tak tau macam mana aku boleh nampak cuma aku buat reaksi terkejut je lah masa tu. Yee lah benda pelik yang melintas mestilah terkejut kan . Takut juga sebenarnya, tapi dalam takut tu aku nak tahu juga apa yang melintas . Kalau lipas ke cicak ke mesti akan nampak dibawah sofa atau masih berlegar-legar di lantai . Teliti aku cari binatang tu tapi memang tak jumpa. Persoalan sehingga sekarang apa yang aku nampak dan makhluk apa tu ? Tapi masih belum ada jawapan .

Satu lagi kisah , masa tu waktu pagi jam menunjukkan pukul 4 lebih macam tu. Samar² Je ingatan ni sebab peristiwa lama tapi nak dikongsi di sini . Waktu tu kami sedang mencari kakak yang first hilang tak tahu kemana . Kakak aku yang first ni memang jenis yang keras kepala, tak nak dengar cakap ayah . Masa tu kakak keluar rumah pakai seluar pendek yang ditutup dengan tuala. Kebetulan pula ayah tak tidur lagi . Ayah tanya kakak nak keluar pergi mana, lepastu kakak jawab nak pergi berak tapi sebaliknya dia nak keluar jumpa kawan dia di lorong depan. Ayah aku ni memang jenis tidur lambat. Kadang² masih boleh tahan mata sampai siang. Jadi burung hantu pula . Habis cerita pasal kakak aku.

Kita start masa aku dengan kakak aku yang second duduk dekat luar rumah sebab nak cari kakak aku. Sedang kami mencari tu , mula lah penat sebab cari tak jumpa lagipun kami cari di kawasan rumah . Kakak aku yg second ni nak duduk² rehat, sementara tu biar ayah dengan ibu yang cari kakak. Sedang kamirehat-rehat duduk, terdengar bunyi hilaian tawa yang sungguh nyaring dan membuatkan seluruh tubuh aku menggigil. mujurlah tak terkencing. Mula lah masa tu rasa tak sedap hati . Rasa macam nak masuk rumah terus sarungkan badan dalam selimut. Sebab bunyi tu je dah buat aku rasa seram sejuk . Aku cakap lah kat kakak aku , ajak dia masuk dalam tapi dia boleh pulak tanya bermacam macam soalan. Aku dah lah masa tu dah takut, doa² je tak berlaku pernampakan . Bila ditanya , yang aku mampu cakap tak de apa sebab dah ngantuk. Lama juga aku ajak, Tu pun dalam nak setengah jam juga baru lah dia setuju nak masuk rumah sebab dia pun dah ngantuk. Masuk je rumah mula lah aku sarung diri dalam selimut dalam keadaan menggigil. Esoknya aku tak berapa sihat , tambah sedih lagi sebab jumpa beg yang kakak aku sorokkan. Rupanya dia memang berniat nak keluar dari rumah, cuma tunggu masa je. Tapi alhamdulillah tu cerita lama , sekarang kakak dah tak macam dulu lagi . Kehidupan pun makin berubah , Sekian .

Maaf jika cerita aku pada kali ni tak seram . Dan maaf sekali lagi jika terkasar didalam ejaan cerita yang lepas . Jika masih terkasar di cerita kali ini , harap semua dapat perbetulkan . Assalammualaikum .

Yana
FOLLOW FB KAMI.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.