Qarin Menguasai Roh

Assalamualaikum kepada semua pembaca dan moderator FS. Aku mempunyai satu perkongsian tentang perkara pelik mengenai diri aku. Ini bukan cerita seram. Aku merupakan perempuan berusia awal 20-an yang agak panas baran walaupun sekadar hal-hal kecil.

Ceritanya begini, setiap kali apabila aku berasa marah pada seseorang, akan ada sesuatu yang seakan-akan menguasai diri aku untuk menyumpah agar individu tersebut ditimpa kemalangan. Aku tidak boleh membendung perasaan amarah aku ini. Perkara ini aku hanya sedari apabila mendapat berita individu tersebut ditimpa kemalangan. Aku seakan-akan teringat bahawa sebelum ini aku pernah meminta insiden tersebut berlaku padanya walhal sebelum kejadian berlaku perkara ini tidak terlintas langsung pada fikiran aku.

Perkara ini aku sedari semasa aku masih berada di bangku sekolah menengah dimana kemalangan kecil menimpa rakan sekelas yang sering menganggu aku. Aku merupakan seorang pengawas dan kurang bergaul dengan rakan lelaki sekelas aku. Oleh kerana tugasan aku sebagai seorang pengawas menyebabkan mereka terbatas dalam melakukan hal yang digemari mereka contohnya ponteng kelas. Jadi mereka akan menghilangkan botol air, buku teks dan barang kepunyaan aku. Amarah yang aku pendam mula meletus setelah aku kembali ke kelas pada waktu rehat dan mendapati barangan aku bertaburan di lantai seolah-olah ada yang mencampaknya. Tekaan aku benar bahawa mereka yang melakukannya setelah mereka ditimpa kemalangan. Ya, aku ada meminta agar mereka mengalami kemalangan dalam keadaan tidak sedar apabila marah menguasai aku.

Kejadian berikutnya semasa pertama kali aku mula bekerja di sebuah syarikat F&B. Bekas majikan aku sering mengherdik pekerja di hadapan pelanggan ketika mengambil dan menyediakan pesanan. Dia juga akan bersikap baik secara tiba-tiba apabila memerlukan pertolongan serta melebihkan seorang pekerja yang merupakan adik iparnya. Walaupun kesalahan adik iparnya, dia akan terus membela dan menuduh pada orang lain. Restoran fast-food akan sibuk apabila dua tiga hari menjelang Hari Raya Aidilfitri, dan dia bercuti pada hari tersebut kerana akan berkerja pada hari pertama perayaan.

Keadaan sibuk di premis dan menyebabkan ada customer yang cancel order kerana lambat. Dia berterusan membuat panggilan ke premis dan memaki hamun kami semua kerana lembab membuat kerja sehingga banyak bad order dan komplain diterima. Aku yang bekerja ketika itu berasa panas hati dan ingin dia merasakan seksanya bekerja dalam keadaan genting sebegitu dengan keadaan staff yang kurang. Ternyata hal itu menjadi kenyataan apabila dia mengalami kemalangan teruk yang menyebabkan tulang belakangnya retak pada dua hari sebelum perayaan dan terpaksa bekerja dengan susah payah pada hari pertama perayaan.

Kisah berikutnya berlaku semasa awal Perintah Kawalan Pergerakan diarahkan, aku berselisih faham dengan bekas rakan sekerja aku atas urusan kerja. Ini merupakan pekerjaan aku yang kedua. Di tempat kerja, dia dikenali sebagai seorang yang mengampu majikan, jadi segala urusan pekerjaan melalui majikan akan dibantu oleh dia. Semasa awal PKP dijalankan, dia telah memaksa aku untuk pergi bekerja dengan memakai pakaian biasa kerana pintu premis akan dibuka separuh sahaja. Aku enggan kerana risau akan penularan penyakit namun dia mengugut akan memberitahu majikan untuk tidak memberi aku gaji. Aku dalam keadaan marah mengatakan ‘Gaji aku hang sentuh. Hang tengok la gaji hang selama ni tahan lama mana’. 2 hari selepas mendapat gaji, aku mendapat tahu bahawa rumah dia ditimpa kebakaran.

Aku juga sering mengalami mimpi-mimpi pelik dimana aku akan melihat pocong didalam bilik aku, pontianak menangis meminta tolong pada aku dan setelah aku bacakan sesuatu sambil memegang kepalanya dia menghilang, melihat banyak haiwan berbisa dilantai bilik dan terjaga setelah menutup mata semula ternampak lagi dan aku tidak meneruskan tidur. Aku juga sering mendengar bunyi guli, bunyi seretan di atas rumah dan bunyi itu berhenti tepat diatas tempat pembaringan aku.

Jujur aku tak tahu sama ada perkara ini kebetulan atau ada sesuatu bersama aku. Aku cuba mengawal emosi baran aku akan hal-hal kecil tapi tak boleh, tahu-tahu individu yang aku marahi ditimpa kemalangan. Antara komen yang aku pernah terima adalah kemungkinan qarin telah menguasai roh aku, aku mempunyai saka (aku boleh mengurut walaupun tidak menuntut) dan mulut masin. Mungkin para pembaca boleh membuat kesimpulan sama ada ia sekadar kebetulan atau sesuatu bersama aku. Terima kasih.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

N Syaa

9 thoughts on “Qarin Menguasai Roh”

  1. Tak de kena mengena dgn qarin cik kak oii…saka la tu..pegi lah berubat cepat..sampai memudaratkan org lagi…🤦‍♀️

    Reply
  2. biar ja benda tu.. senang kalo musuh datang nak buat mudharat gunakan “wish” ang tu.. yang penting cara nak harvest dan kawal diri.. kisah cam ang nie banyak diguna sebagai rujukan dalam manga jepun.. contoh ajin – demi human.. bukan semua kita ada kuasa dan supernatural.. ang kena banyakkan membaca dan memahami kelebihan serta kekurangan diri.. malas aku nak tulih panjang panjang satg dah jadi cam writer manga pula.. dan satu lagi mengenal diri bukan ikut cara lepat atau ikut cara gila terdesak nak dapat jawapan dari tuhan melalui agama.. contoh cam kawan aku yang manusia biasa terjun masuk ke manusia perawat.. setiap satu perkara harus masuk dengan slow dan adab.. kerana dengan adab dan slow ang dapat keluar dan pencen dengan mudah dan cuci tangan total habis..

    Reply
  3. Kisah awk sama dgn sy, Slalu mimpi ada bnd dtg cari, slalu trjaga pukul 2 tak pun 3 pagi, sifat baran xlih control pdhal dh try kawal tetap xblh, kdg2 mimpi akan ada org m**i lpas 2/3 hari mmg betul ada org m**i, “mulut masin”, blh mngurut/ubat org pdhal xpnh mnuntut, Kdg nmpk klibat, rasa ada org prati… Dh pnh berubat dkat darulsyifa tapi xjln, mcm biasa takde rasa sakit…try berubat sndiri guna daun bidara ayat ruqyah apa semua tetap xde rasa sakit.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.