Kawan Baik Cuba Diganggu

Assalamualaikum wbt. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat baginda.

Baik, aku terpanggil untuk cerita lagi. Tak adalah seram pun tapi aku cuma nak berkongsi pengalaman hidup. Selepas apa yang berlaku dekat PLKN dulu, boleh baca kisah di sini https://fiksyenshasha.com/plkn-pagar-dorm/, aku cuba untuk jauhi mana-mana orang yang histeria dan sewaktu dengannya.

Bukan apa, aku jadi seram. Tengkuk aku mudah rasa seriau. Sebelum tu, zaman sekolah dulu ada juga aku tolong pegang orang histeria dekat asrama, tapi zaman universiti ni aku cuba jauhkan diri sejauh-jauhnya sehinggalah sem 3 & 4 aku memegang jawatan sebagai jawatankuasa dekat kolej.

Adalah jenguk juga atas rasa tanggungjawab. Itu pun tengok dari jauh je. Tak tolong tak apa sehinggalah kawan baik aku cuba diganggu. Aku gelarkan diri dia Syaa.

Aku balik mesy jam 1.30 pagi. Mesy apa lama-lama macam tu tak tahulah campur bersembang jugak. Aku nak mandi dan solat isyak, jadi aku buka lampu dalam bilik. Syaa, kawan sebilik terjaga.

Syaa bangun tidur gosok-gosok dada. Urut-urut kaki serba tak kena. “Panas!!” Adu Syaa sambil buat muka berkerut. Dia bangun pergi bilik air. Masuk bilik, dia pasang orang mengaji di telefon. Nampak usaha dia nak lawan rasa panas dia tu. Aku tanya dia okay ke tak? Dia cuma angguk-angguk tapi tak pandang aku. Aku sentuh dahi dia. Biasa. Tak panas pun. Aku sentuh kaki dia. Dia merengus sikit, tanda tak suka.

Aku risau, tapi nak solat isyak dulu. Nanti aku tengok balik dia. Waktu aku solat, rasa tak khusyuk. Terasa ada renungan tajam dari belakang. Apakah perasaan ini? Aku jadi tak sedap hati. Setelah beri salam, dilihat Syaa masih seperti tadi. Untungnya, Syaa cuba kawal diri.

Aku dapat merasakan ada “sesuatu”. Naluri deria keenamku memberontak. Tengkuk seriau maha hebat. Dilihat jam. 1.45 lagi. Aku tak mahu buat kecoh. “Ya Allah, bantu kami.” Bisik aku dalam hati. Ketar lutut aku weh. Allah sahajalah yang tahu keadaan aku macam tu.

Aku buat-buat tak tahu. Buat selamba macam tak ada apa-apa berlaku. Jangan layan, jangan provok Syaa. Nanti mengamuk, menjerit susah. Semua orang dah tidur ni.

Aku ambil Al-Quran. Air sebotol juga ditadah. Mula-mula baca surah Al-Baqarah ayat 1-10 (aku ingat nak baca satu surah penuh tapi aku penat dah, hehehe ) ,Yassin, Ayat Qursi 3 Qul dan zikir-zikir dari Matsurat yang terlintas di kepala. Tangan aku juga menggeletar. Suara aku mengaji pun menggeletar. Aku cuba kawal rasa takut dalam diri.

Syaa renung aku dengan tajam dari katil dia. Kali ini aku bukan nak memandai-mandai macam kes aku pernah pagar dorm PLKN dulu, tapi aku niat nak bantu sahabat aku sahaja. Aku juga tak mahu susahkan kawan2 serumah aku yang sedang tidur. “Jangan takut, kau tengah baca Quran kan.” Aku bagi sokongan moral dekat diri aku sendiri. Hahahaha.

Aku ambil air yang dibaca ayat-ayat suci tadi, bawa ke Syaa. “Sya, minum ni. Sapu dekat muka sikit.” Takut-takut berani je ni. Aku tak tengok pun mata dia.

“Saya tak kena rasuk, Anna.” Kata Syaa secara tiba-tiba. Nada tak puas hati.

“Siapa kata awak kena rasuk? Saya tahu awak okay, jadi minum air ni. Bismillah”. Syaa minum juga. Mujur minum. Kalau dia lempar air tu? Tak ke haru.

Syaa minum seteguk. Amboi, sikit benor. Sejurus minum, Syaa sedawa angin. Dia enggan minum lagi. Aku pun tak nak paksa.

Syaa sambung baring. Alhamdulillah, tak gosok-gosok dada dan mengadu panas macam tadi lagi walaupun mungkin masih tak baik sepenuhnya.

Sebab apa aku tahu tak baik sepenuhnya? Sebab Syaa baring atas katilnya tapi mata tu…mata tu masih renung aku yang kini sambung membaca Al-Quran. Isshh. Seram. Cucuk mata kan.

Aku nak halau ke nak ubatkan ke aku tak pandai. Nak tidur, scary weh. Jadi aku baca, baca dan baca Quran…jam sudah menunjukkan pukul 3.30 pagi dah. Aku pun sudah penat. Seharian tak tidur, ada program sambung mesy pulak tengah malam. Tawakal sahajalah tidur ni. Agak2 tengah tidur kena terkam ke apa, itu cerita lain pula.

Aku tidur dalam keadaan bertawakkal dan berserah. Ayat Qursi, ayat 3 Qul dan zikir pelindung diri dari Mathurat dibaca. Aku hembus di tapak tangan dan sapu di seluruh tubuh. Macam yang ustaz ajar.

“Auzubika limatillahi tammati min syarima kholaq. “Ya ALLAH, hamba berlindung kepadaMu dari kalimahMu yg sempurna, dari godaan kejahatan mahlukMu.

“Bismillahilladzi la yadhurru ma’asmihi syaiun fillardhi wala fissamai wahuwassami’ul ‘alim” “Dengan nama Allah yang bila disebut, segala sesuatu di bumi dan langit tidak akan berbahaya, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Alunan surah al-Baqarah dari telefon juga dipasang menemani tidur, agar bergema seluruh bilik. Sebelum menutup mata, sempat dijeling Syaa disebelah sana. Masih seperti tadi. Memerhatikan gerak geri aku tanpa berkelip mata. Seram memang seram, tapi badan aku sudah penat. Mahu berehat. Lampu bilik juga aku tutup. Aku nak tidur. Esok kelas jam 8 pagi.

Beberapa jam kemudian, aku terjaga dengan suara azan subuh. Aku merenung Syaa yang sedang tidur. Tidurkah dia semalam? Syaa dikejutkan. “Bangun, solat subuh.” Syaa bangun mengambil wuduk.

Aku masih ragu-ragu. Betulkah Syaa sudah seperti sedia kala? Bagi memastikan Syaa sudah baik atau belum, aku mengajaknya solat subuh berjemaah dan aku suruh dia jadi imam.

Syaa mengimami solat subuh seperti biasa. Bacaan al-Fatihah baik. Bacaan surah-surah lain juga baik. Jadi aku menganggap Syaa sudah pulih.

Tanpa bertanya pun, Syaa bercerita. “Saya tak tahu kenapa dengan saya semalam. Saya nak marah sangat awak. Kalau awak cakap lebih-lebih semalam, memang saya akan mengamuk dekat awak. Tapi saya tahan diri saya. Badan saya, dada saya panas sangat-sangat. Kaki saya pun lain macam rasanya.”

Aku mengangguk-angguk tanda faham. “Tak apalah. Kita lupakan saja. Yang penting, alhamdulillah semua sudah selamat. Apa yang berlaku, Allah sahaja yang mengetahuinya.” Tutup cerita.

Walaupun kami tidak membicarakan hal itu lagi, namun aku pasti ada “benda” yang mengikut aku pulang semalam. Sampai bilik, dia pergi kepada Syaa yang kebetulan sedang tak sihat badan. Apapun, Allah lebih mengetahui.

Pengajaran, selepas kejadian itu aku sentiasa beringat. Sebelum masuk rumah kena beri salam. Baca ayat Qursi lebih baik. Syukur Alhamdulillah. Pengajaran hidup yang bermakna.

Wallahualam. Tamat.

Miss Najwa
Kawan Baik Cuba Diganggu
Rate this post

7 comments

  1. Berdasarkan pengalaman yg sy alami semasa di asrama dan plkn, sy syak ada sesuatu yg tidak mengenai syaa. Utk makluman semua sy dianugerahi utk melihat dan mengubat benda2 mcm nie. Berdasarkan kisah adik nie sy dpt lihat bahawa abg kandung syaa yg menhantar hantu raya supaya menakutkan dan membuatkan syaa supaya pulang ke rumah. Kerana syaa dan abgnye mempunyai hubungan incest. Dan abgnye ingin sgt pd waktu itu

  2. Sedar atau tidak selepas kabilah Barisan Nasional (BN) menjadi pembangkang sesudah Pilihan Raya Umun ke-14 (May 9, 2018) dunia masih belum kiamat.

    Sebelum berlakunya PRU-14 — heboh — kononnya Malaysia akan huru-hara, negara kucar-kacir, negara tunggang-langgang, negara terbalik-bokong.

    Realitinya, makhluk yang kucar-kacir, makhluk yang tunggang-langgang, makhluk yang terbalik-bokong hanyalah kabilah BN — MCA kalah teruk — MIC kalah teruk — UMNO okay sikit, tapi tetap meroyan seperti tersampuk syaitan.

    Sebelum berlakunya PRU-14 pada bulan May 9, 2018 — aku sebenarnya betul-betul risau memikirkan laman web hantu Fiksyen Shasha (FS).

    Kenapa aku risau?

    Punca utama aku risau — ketika malam pengumuman PRU pada 10 May 2018 — keputusan PRU-14 menjadi takdir kabilah BN kalah teruk.

    Sesudah kabilah BN kalah teruk — aku risau tak dapat baca laman web hantu FS — pabila kabilah BN kalah teruk, aku terbayang Malaysia akan huru-hara, kucar-kacir, tunggang-langgang, dan terbalik-bokong — pendak kata, dunia akan berlaku kiamat.

    Tidak! Dunia tidak kiamat — pabila kabilah BN kalah teruk.

    Aku mengucapkan Alhamdulillah (Segala puji bagi Allah) kerana aku masih dapat melayari/membaca laman web hantu FS — pabila kabilah BN kalah teruk.

    Aku masih boleh bergembira jika aku tidak dengar ceramah Imam Muda di peti televisyen.

    Aku masih boleh bergembira jika aku tidak dengar ceramah Ustazah Dara di glasswall — peti televisyen.

    Aku tidak gembira jika aku tidak dapat melayari/membaca laman web hantu FS.

    Sedar atau tidak — suasana kiamat yang berlaku sekarang ini — hanya sedang memporak-perandakan kabilah BN — bukan memporak-perandakan laman web hantu FS.

    Akhirulkalam — kiamat sebenar hanya rahsia Allah — kiamat dalam maksud porak-peranda sesudah PRU-14 hanya berlaku kepada kabilah BN — segala puji hanya bagi Allah kerana aku masih bergembira melayari/membaca laman web hantu FS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.