#Izzitot-Tanah pusaka ll

Asalamualaikum pembaca fs. Maaf kalau penulisan aku sebelum ni aku dok melalut ke lain dan tak seram. Biasa la, first time tu Maaf sekali lagi sebab aku malas tulis bab gangguan tu. Nanti kalau aku sambung, jadi panjang lebar pula.so aku sambung di sini bab gangguan tu. Gangguan ni sebelum keluarga aku pergi berubat.

#Siapa yang alihkan?

Kejadian ni masa aku form 1.waktu tu hujan renyai². Masa tu aku baru balik dari sekolah petang dalam 7:00 pm macamtu. Masuk masuk je,aku tengok mak aku sorang je dalam rumah tu.aku tengok kasut luar terabur , aku dah dapat agak yang abang aku kedua tu gaduh dengan mak bapak aku.

Abang aku kedua ni jenis panas baran sikit.tapi allhamdulillah, lepas berubat. Baran dia kurang.kata ustazah, baran ni ada kena mengena dengan gangguan rumah ni juga.
Back to story, aku pergi la tanya mak aku kenapa. Pastu mak aku cerita la kat aku. Pastu mak aku suruh pergi bilik depan,tolong alihkan meja komputer yang ‘abang’ aku alihkan.

“tadi mak ada buat juga, tapi sikit je la yang meja tu gerak.haih macam macam abang kamu ni.” Kata mak.

Aku pergi la bilik depan tu,buka² ja,tak boleh masuk. Pintu pun terbuka sikit ja. Aku nak tolak. Perghhh. Berat.kesudahannya, satu cm pun tak berganjak masa aku tolak tu haha.Aku terfikir, kenapa meja komputer boleh ada kat belakang pintu.betul betul ada kat belakang pintu pula tu meja komputer ni dah lah berat.Kalau abang aku alihkan, dia nak keluar tang mana? Melainkan ada 2 pintu.

Pastu aku tanya mak aku pasal kepelikan ni. Mak aku pun ada juga perasan benda yang sama.dan sampai lah Abang dan ayah aku balik. Masa abang aku nak buka pintu tu,susah. Dan disebabkan itu dia marah dan tuduh aku kata aku alih meja tu .

aku nangis + takut tengok abang aku marah dengan muka bengis dia.pastu dia suruh aku ubah balik kedudukan asal.aku pun dengan bengapnya, pergi ubah sambil tersendu sendan walaupun aku tak salah apa.apa boleh buat kalau dah takut kan, akur je la. (biasala, dulu aku takut sikit dengan abang aku.sekarang aku marah dia balik kalau dia marah aku.heh)

Pastu mak aku marah balik.

“Adik hang baru ja balik sekolah. Adik hang tak salah apa apa pun. Tadi masa mak masuk memang dia block macamtu.bukan hang ka yang buat tu hah?”

Abang aku terkejut. Dia kat masa dia keluar tu memang dia tak tutup pintu langsung . apatah lagi nak alihkan meja tu pergi kat belakang pintu. Lagipun , meja tu dah la tak dak roda. Memang tak la dia nak alihkan meja komputer yang berat tu.

Semuanya terdiam.malam tu, kami semua solat berjemaah pastu  kitaorang mengaji sama sama.sampai sekarang jadi persoalan.

#kum kum

Ni kisah terjadi dekat mak dan abang kedua aku.masa tu kami semua duduk dekat ruang tamu dan layan la cita p.ramlee. gelak punya gelak tak ingat dunia.

Pastu mak aku terdengarla bunyi.

“Kum,kum.”bunyi tu dari arah pintu dapur.

Dalam hati mak aku ‘sarimah( jiran sebelah rumah) ke yang datang?’

Mak aku tengok lah jam, pukul 11 lebih.

‘Takkan sarimah kut.dah pukul 11 lebih dah ni. Kalau datang nak beli bedak sejuk pun, mesti pergi ikut pintu depan.’

Pastu dia suruh kami semua tidur. Aku pun merungutlah. Alasan mak aku, esok sekolah.aku pun peliknya, selalu okay ja duk layan cita p.ramlee sampai tengah malam.Abang aku lah orang pertama yang tak membantah dan dia lah yang pertama tidur.

Keesokanya, mak tanya.

“Adik, hang dengar tak semalam ada orang bagi salam?”

“Orang bagi salam? Bila?”

“Masa kita tengok cerita p.ramlee tu.”

Aku geleng tak. Pastu aku tanya kenapa dan mak pun cerita.kebetulan abang aku lalu. Dia pon join sekaki. Dia kata dia pun dengar juga. Tapi bila tengok jam.terbantut hasrat nak kata kat mak aku.so dia dengar je la cakap mak And tidur. Kureng, tak bagitahu aku pun.huhu.

#lembaga hitam

Ni terjadi dekat aku.nak jadikan cerita, masa tu aku tengah solat isyak dalam pukul 11 lebih macamtu dan mak ayah aku tak tidur lagi, tengah sembang dekat dapur.(Allahu, solat di lewat lewatkan.huhu).masa tu aku solat kat luar, dan berhadapan dengan bilik.bukan berhadapan cuma tepi ja, ye la orang nak lalu lalang kan dan nampak lah bilik.

Tengah tengah solat tu, tiba tiba mata aku ni gatal sangat nak tengok kat bilik abang aku tu.dan tahu apa aku nampak?aku nampak lembaga besar bulat warna hitam dia duduk kat abang aku yang tidur dalam kelambu tu.walaupun lampu dari luar, tapi aku nampak jelas segala dalam kelambu tu.

Aku apalagi, batal solat aku, and solat sekali lagi dan pandang, masih ada.aku teruskan solat walaupun tak kusyuk , dengan bulu roma naik semacam. Lepas je habis solat tu. Aku pergi dekat katil abang aku dan switch on lampu. Benda tu hilang.

Aku tengok cara abang aku tidur.

‘Memang patut pun dia duduk atas hang, dah tidur melentang macamtu.’

Esoknya aku ceritala kat keluarga aku. Pastu abang aku cakap, patut lah rasa lenguh sikit.

#siapa mandi tu?

Ni terjadi dekat aku dan lima orang kawan aku.masa tu nak dekat tengah hari dan kami datang awal sebab ada kelas tambahan.check check beg aku ,Aku tertinggal buku latihan cikgu garang, aku tengok jam. Ada masa lagi nak balik rumah.so aku kata la siapa nak teman aku pergi rumah aku.memandangkan rumah aku dengan sekolah hanya 400 meter sahaja.

so 5 orang ni pun volunteer nak ikut aku.katanya nak tengok rumah aku, padahal nak ambil buku latihan je pun.Dah sampai rumah , aku pergi la ambil buku latihan.pastu aku terperasan abang aku tu, dia tidur kat bilik.

“Tak pergi sekolah la tu.” Kata aku.

Pastu aku pergi la kat depa yang ada kat dapur.kata abang aku ada,jangan bising sangat.depa pun okay. Lepak lepak dulu ,selfie selfie dulu dengan kawan kawan.awal lagi masa tu.pastu nak dekat waktu masuk sekolah. So kami pun terkocoh-kocoh pakai kasut sekolah.

Masa tu depa tengah tunggu aku duk ikat tali kasut ala ala puteri gitu.so kawan aku si A ni pergi lah dekat belakang kejap, nak tengok permandangan katanya.

Pastu dia mai balik dan kata.

“Weyh abang hang tengah mandi ke?sebab aku dengar air macam kena corok” Tanya A.

Aku pelik la, masa aku lalu tadi.aku rasa dia tengah tidur.untuk memastikan kebenaran aku bukak kasut balik dan masuk dalam. Masuk je dalam tengok bilik abang aku, aku nampak dia tengah tidur lagi. Ulang sekali lagi. Tidur weyh!

Pastu aku lari pergi depan. Tutup pintu pun ala kadar ja. Dengan kasut tak betul aku sarung juga.

“Weyh abang aku ada ja dalam bilik tu!”

Dengar ja aku cakap macam tu,semua lari .tinggal la aku yang sedang betulkan kasut.hampeh betul.nasib ada kawan aku yang setia temani aku huhu.

Malam tu aku tanya kat abang aku sebab aku tak puas lagi.

“Weyh, tadi tu hang ada mandi tak dalam pukul 11:30 macamtu?”

Dia geleng.

“Aku pun bangun 12 lebih. Aku mandi nak dekat pukul 1. Asal?”

Aku terkejut. Aku hanya geleng kepala sambil kata.

“Hah, takdak apa la.”

Esok pagi baru la cerita dekat mak aku dan petang tu juga aku cerita kat kawan aku 5 orang tu.pastu adalah sorang kawan aku cakap.

“Patut lah , tengok rumah hang pun rasa semacam ja.”

#peniru

Yang ni gangguan yang sudah biasa bagi aku.tengah tengah mandi, dengar kereta ayah aku dah balik, pergi depan buka pintu tak dak sapa.
Dengar bunyi pagar macam buka.
Dengar macam orang main komputer(dengar bunyi mouse tu hah).pergi pergi takdak siapa.pernah suatu hari mak aku dengar aku bagi salam sekali ja.pastu mak tanya” tu adik ka?”. ‘Dia’ tak jawab.mak aku ni jenis yang orang bagi sekali ja salam, dia takkan jawab.senang cita, dia macam tiru suara/bunyi harian yang pernah kami sekeluarga buat la.huhu

#oh kucing ku.

1) masa ni aku di alam sekolah rendah lagi. Masa tu nak senja tapi tak buka lampu lagi sebab aku kusyuk main tab, tak perasan lah hari nak gelap.tiba -tiba mata aku teracap kat depan pintu bilik, nampak Tampok aku tengah meremang.

Bulu bulu dia semua naik sambil tengok aku seolah olah isyarat ‘kau blah’.aku rasa tak sedap hati dan bangun pergi kat Tampok.dia masih lagi tengok dekat satu sudut ni. Kebetulan, abang pertama aku lalu pastu dia kata.

“Hah, pok. Asal bulu hang terangkat.”

Pastu pok macam tersedar dan okay sikit dia pun berlalu pergi. Pastu abang aku kata dekat aku.

“Hah dia tengok apa dekat hang tu.haha.” dia gelak kat aku.aku dah start meremang and akhirnya aku duduk kat ruang tamu je lah.dia jenis berani sikit dan ada sedikit kelebihan sebab dia ada belajar ilmu silat.

(Dan sampailah aku terbaca salah satu cerita fs ni pasal kak pon yang 3 jenis tu.yang dia suka masuk rumah tu. Aku terfikir, adakah ‘dia’ membuat tampok ku meremang ? Huhu.wallahu’alam)

2)Ni kisah mak aku cerita dekat aku. Masa tu mak aku tengah mandi waktu senja. Tengah tengah mandi, tiba tiba ja tampok aku tengok atas dan bulu semua naik.salah satu bumbung diatas ada yang lut sinar untuk cahaya masuk waktu pagi.kata mak, jimat elektrik.jadi boleh la nampak burung lalu, pokok .back to story, mak aku cakap lah kat tampok.

“Apa yang hang tengok tu pok oi ?”

Pastu entah macamana , mak tergerak hati nak tengok kat atas.tahu mak nampak apa? Mak nampak kain putih dia meleret seperti tengah jalan .

Mak dah meremang bulu roma.dia baca juga ayat ayat kursi dalam hati sambil mandi cepat cepat.pastu keluar bilik air, buat muka macam tak dak apa apa.esoknya baru lah buka cerita.aku pula takut nak mandi senja senja, ye la aku budak sekolah petang masa tu. Tapi sekarang ni dah masuk pagi. Dan tiap kali nak masuk bilik airkan aku tengok dulu atas. Haha.

#tingkap dapur

Ni kisah ayah aku, masa tu malam dan kami sekeluarga tak tidur lagi. Tengah duduk layan cerita running man, gelak gelak tak ingat dunia gitu (Masya-Allah). Ayah pergi bilik air dan selesai tu, ayah pergi ambil cawan , minum minum dulu. Masa dia nak basuh cawan.tingkap ni jarak sikit dari sink.masa ayah aku pandang tingkap ,dia nampak kat tingkap tu ada benda putih. Putih dia macam highbeam kereta yang lampu putih tu. Ayah macam pelik sikit, kalau lampu mesin padi ,nak ambil padi malam² macam ni lampu dia warna kuning dan tak la sedekat ni memandangkan rumah ni jarak sikit dari bendang. Ayah aku baca sesuatu.perlahan lahan benda putih tu hilang.time tu ayah meremang juga,dia pergi dekat ruang tamu dengan muka selamba.

#ketuk-ketuk pulak

Kisah ni terjadi pada diri aku sendiri, memandangkan rumah aku ni papan di atas ,bawah tu batu.boleh bayangkan tak?okay. Masa tu aku tengah tidur, katil aku ni tepi dinding dan semestinya malam. Tengah tengah tidur tu aku terdengar bunyi ketukan.

“Tuk.tuk.tuk.”

Aku fikir ayah aku yang main main.sebab ayah selalu bangun awal basuh pakaian semua. Aku buka mata sikit.tak dak tanda tanda cahaya lampu dari bilik air.
Pastu aku terfikir, kalau ayah ketuk. Mesti dah ada cahaya lampu bilik air dari pintu bilik air tu. Kalau ayah tutup pintu memang tak logik sebab masa tu pagi pagi buta lagi, mesti dia perlukan cahaya juga.

Apalagi, selumbung lah aku dalam selimut. Terkumat kamit aku baca ayat kursi, azan semua lah. Sampai lah aku tertidur balik.

#biawak sesat kat lubang jamban.

Terjadi dekat semua ahli keluarga aku except Abang pertama. Bila dia balik ja, biawak tu takdak. Maklum la abang pertama aku ada ilmu silat.masuk ja tandas tu.tengah tengah nak buang hajat, nampak biawak.

“Makkkkkkkk”

Tak jadi weyh nak buang hajat.pastu mak suruh baca baca juga dan flush. Keesokannya, biawak tu ada lagi.dan sampai lah kami pergi berubat. Ustaz hanya tersenyum ja. Dia kata, pergi sembur dengan air 7 kolah masjid. Kami pun buatlah apa yang ustaz suruh.

Keesokannya, biawak tu takdak.ajaib tak? Huhu

#berjalan atas bumbung

1)Yang ni aku dah cerita kan.sat sat dia jalan, sat sat dia lari. Macam marathon.bila pagi, aku dengan keluarga aku cerita pasal ni. Kadang kadang aku dengan keluarga aku buat benda ni bahan lawak. Tapi makin lama makin awal dia muncul. Kalau tak , dalam pukul 4 pagi baru muncul.pastu paling awal, 1 pagi. Kadang kadang aku terjaga sebab nak pergi tandas. Tapi bila dengar, tak pi dah. Terus selumbung dengan selimut sampai esok pagi. Sanggup tahan daripada pergi woo. Haha.

2) ni kisah jiran aku yang aku gelarkan Cik Ro (bukan nama sebenar).memandangkan rumah aku, rumah sarimah dan rumah ro ni adalah satu tanah. Asal tanah tu adalah dari atok sarimah yang ‘membela’.bila tuan dia mati, dia macam kacau la kiranya .

Nak dijadikan cerita, Ro ni ada seorang pekerja dari bangladesh dan dia menginap dekat rumah majikan dia satu lagi.aku gelarkan dia Bangla la. Bangla ni pun macam aku, terdengar bunyi macam tapak kaki macam orang berjalan. Sifat yang ingin tahu, dia pun keluar nak tengok ada apa kat atas ( tak tau la nak cakap berani ke bengap). Bangla tu kata yang dia nampak lembaga hitam, besar dan berbulu.esoknya, bangla tu cerita la dekat Ro ni.

#ular hitam

Kejadian ni terjadi kepada mak aku. Waktu tu senja tapi masih lagi kelihatan matahari. Masa tu aku dengan keluarga baru je balik dari suatu tempat ni. Mak aku keluar dari kereta dan dia terus pergi dekat belakang saja nak tengok kucing. mak aku baca ayat kursi.memang rutin mak aku bila balik rumah.tiba tiba entah dari mana muncul ular dari dekat dengan mak aku . mak aku terkejut juga mak aku, dia mengelak takut kena patuk. Tapi yang peliknya ular hitam tu seolah olah lari kepanasan lalu pergi beredar ke semak samun. Masa tu mak tersedar yang tu bukan ular sebenar. Kalau ular sebenar dah lama dia patuk mak, atau pun dia buat bunyi ‘sssss’ .so mak aku pun cepat cepat masuk dalam.

×××××××××××××××

Allhamdulillah,fuh.habis juga antara antara kisah aku yang diganggu di rumah ni.dan aku allhamdulillah, dia hanya nampak kelibat sahaja dan tidak munculkan diri.kita kena ingat, dalam bumi Allah ni ada makhluk lain selain kita.jangan berani sangat dan jangan takut sangat.banyakkan mengingati Allah. maaf jika terlalu panjang gila dan banyak kekurangan. aku dah baiki sebaik mungkin dalam penulisan aku.jika ada masa aku share pula pengalaman abang abang aku masa duduk asrama. Semoga Allah melindungi kita dari Segala kejahatan iblis dan syaitan. Aminnn….

-izzitot-

4 thoughts on “#Izzitot-Tanah pusaka ll”

    • Kena carik 7 buah masjid, di mana setiap masjid InsyaAllah ada kolah, maka amik air kolah dari setiap masjid tersebut.

      Reply
  1. Cara adik citer ni..satu maybe berkait ngan saka yg ditinggalkan tu kot…n satu lg maybe dia cam suka kt abg adik yg cpt baran tu….agaknyer lah…wallahualam.

    Reply
  2. “Sifat yang ingin tahu, dia pun keluar nak tengok ada apa kat atas ( tak tau la nak cakap berani ke bengap).”
    Ok cikwan suka part ni..mengekek cikwan gelak dik non oiii..

    Reply

Leave a Comment