Assalamualaikum. Salam sejahtera. Aku ada satu cerita yang dah lama aku simpan sendiri. Harini baru aku tergerak nak buka cerita. Ianya berkisahkan pengalaman diri aku sewaktu di alam matrikulasi londong. Aku ni nak cerita tak reti nak buat-buat ayat bunga sangat atau nak penanda wacana sangat semua memang aku tak reti. Objektif aku cerita ni pun sebab nak share pengalaman yang aku rasa hanya orang pernah kena first time je memahami nya. Bila aku ingat balik pun aku yang sendiri seram. Hm.
Terlebih dahulu izin kan aku bercerita pasal diri aku sikit lah ya. Aku penghuni blok B5 dan aku bukan jenis belajar stay up burning in the the midnight oil tu semua bukan aku. Jadi dipendekkan cerita, dekat matrik ni satu bilik empat orang. Katil aku pula bila kau masuk dari pintu je, katil aku belah kanan pintu. Okay, selalunya bila tiba waktu hujung minggu room mate aku semua pakat balik so hari jumaat tu habis je waktu mentor mentee diorang dah get ready tunggu nak blah balik rumah diorang. Jadi aku redha je lah sebab memang dah biasa ditinggalkan sensorang waktu weekend.
Aku ni pula malam harinya selalu lepas waktu isyak aku acah-acah rajin check atau buat tutorial lah. Sebab stay sorang kan tak tahu nak buat apa. So habis buat tutorial dalam pukul 11.30 malam aku dah tutup buku, caj fon, tutup lampu. Aku jenis kalau tidur memang kena gelap baru senang lena. Dah tidur macamtu dalam pukul 3pagi aku terjaga sebab dengar bunyi seretan almari. Korang boleh bayang tak eh almari tu almari lama tau dekat matrik londong tu. Almari yang jenis berat zaman dulu-dulu yang kalau kau dah sangkut baju semua kat dalam tu confirm almari tu berat lah. Aku ni pula dah lah tinggal sorang dalam bilik malam tu, punya positif lah aku fikir budak-budak tingkat atas tengah sibuk ubah-ubah almari bilik diorang sambil nak sambung balik lena aku.
Tup tup, tak jadi aku sambung lena sebab tiba-tiba terdengar lagi sekali bunyi seretan almari macam kena tolak tadi tu real wei kali ni bunyinya. Hm syaitonnirojimmmm. Huaaaaa! terkejut betul aku time tu! sebab bunyi seret tu dekat sangat dengan aku! almari aku pula kat hujung kaki katil je wei. Aku tidur kepala sebelah meja study, jadi kaki ke arah almari. Aku confirm tu bunyi seret almari. Dan tiba-tiba aku jadi kaku terbaring mungkin sebab aku takut atau terkejut ke aku pun tak sure yang penting badan aku kaku, sampai aku sanggup tahan nafas mana tahu ada lagi bunyi yang aku patut dengar dan mata aku masih tak henti lagi perhati je hujung almari yang dekat ruangan kipas atas tu kot lah almari bergerak ke bunyi lagi ke kan.
Rupanya betul lagi sekali aku dengar bunyi kurang menyenangkan tapi kali ni bukan bunyi almari tapi bunyi tingkap. Hm aku tahu mesti korang rasa benda ni pelik. Tapi memang aku dengar bunyi tingkap gerak. Maksud aku kau pernah dengar tak orang cuba buka tingkap yang engselnya dah karat. Bunyi tu. Hm. Iya bunyi tingkap engsel karat tu. Time ni aku dah rasa tak sedap hati. Iyalah tadi bunyi almari ni bunyi tingkap karat takkan sendiri gerak kot takkan angin kot sampai boleh bunyi macamtu? Hmmm tapi aku abaikan dan sambung pandang hujung almari tadi. Sebenarnya terang bilik aku ni hanya dengan bantuan cahaya bulan je dari batu bata tempat ampaian baju dalam bilik tu, sebab bilik aku ni bahagian papan atas pintu tu kitorang dah siap cover dengan kain waktu tu. Tu yang cahaya lampu koridor tak boleh masuk tu, jadi memang gelap.
Tempat yang aku pandang hujung almari tu sedang aku khusyuk je sambung pandang situ tiba-tiba ada yang menjengah kat tempat aku pandang tu. Ya Allah! Terkejut nauzubillah aku tetiba nampak benda bergerak menjengah macam tu. Berderau jantung! Aku tak sure apa benda tu tapi aku yakin apa aku nampak ada yang bergerak sebab aku perhati je situ dari tadi tak ada apa2 tiba-tiba nampak ada yang bergerak jengah macamtu. Nak menangis aku rasa dah berapa kali istighfar kena cak-cak macamtu hm tak cukup dengan tu tiba-tiba aku dikejutkan lagi dengan bunyi kucing tak berheni mengiau kat luar terus aku tak tahu dari mana aku dapat kekuatan boleh berani lari buka pintu terus aku pecut lari pergi bilik kawan lain nak tumpang tidur, nasib baik ada yang belum tidur. Lagi aku tak seronok bila aku masuk bilik kawan aku tu dia tanya aku ‘akak kenapa macam nampak hantu je’ sambil gelak kecil. Tak tahu kenapa aku tak terasa berani nak cerita dengan dia waktu tu lalu aku pun buat2 gelak time tu, nak tutup rasa takut kot.
Esoknya hari Sabtu, aku tak tahu macam mana aku dah boleh meneutralkan fikiran aku dan tanpa ada fikir bukan-bukan aku pun boleh macam biasa lepas acah-acah rajin buat tutorial, masuk tidur dan tutup lampu macam takde apa pernah berlaku. Tapi sayangnya perasaan neutral itu diragut apabila aku sekali lagi dioermainkan. Waktu tidur tu aku dengar ada yang bisik kat telinga aku “jangan takut.. Aku ada” dan dalam masa yang sama aku merasa badan aku jadi berat dan aku dengar lagi bisikan garau ayat sama “jangan takut.. Aku ada” dan aku tersentak dari tidur dan iya wahai rakan-rakan, badan aku terkunci mulut aku terkunci.
Berulangkali aku cuba baca ayat kursi tapi hanya keluar dalam hati je sebab tak mampu nak bersuara. Nak gerak kaki tak boleh nak gerak tangan tak boleh. Terkunci kemas. Tiba-tiba jadi terngiang-ngiang apa yang aku dengar, bisikan garau tadi, “jangan takut, aku ada” jadi makin takut aku adalah. Waktu tu juga lah aku teringat balik kejadian semalam yg bunyi almari bunyi tingkap pastu benda menjengah hujung almari tu.
Tak tahu tiba-tiba aku rasa badan aku dah sikit-sikit makin ringan, dah boleh gerak perlahan2 aku capai handphone tengok jam, lebih kurang waktu semalam 3pagi aku apalagi laju2 buka pintu, keluar pergi bilik kawan aku yang sama semalam. Aku yakin aku tak bermimpi. Sebab bisikan itu aku rasa desahan bisik tu. Aku bukan mimpi. Kalau orang2 yang hebat sains diorang mungkin akan kata minda aku separuh sedar tahap 1 lah ke tahap 4 lah minda aku letih lah dan bla bla bla. Tapi kau kalau kat tempat aku kau akan fikir ke teori2 sains tu bila semalamnya kau dah kena macam2 gangguan? Tak ada, aku tak ada nya nak ingat teori sains separuh sedar ke apa ke semua tu. Sebab aku memang rasa meremang bulu tengkuk je tak henti waktu tu. Dah lah sorang. Gelap. Jarang pula aku meremang bulu tengkuk, malam ni tiba-tiba meremang-remang banyak kali pula.
Baru2 ni aku cerita kat sorang ex roommate aku yang katil dia sebelah kiri pintu. Which is dekat bahagian luar ada tong sampah hitam. Dan dia kata selalu dengar bunyi “orang” kumbah tong sampah waktu dia tidur. Wallahualam. Aku mula-mula positif lah kata kucing atau anjing. Tapi bila kawan aku kata macamtu. Hm dengan situasi aku pernah kena kacau aku pun entahlah. Wallahualam. Tapi itu lah cerita dua kali aku kena kacau di matrik londong.
Hari ahadnya bila roommate aku semua dah balik hostel, aku pergi dekat katil kawan aku tu sambil borak2. Kemudian aku tengok tingkap dia aku try katup buka. Hm hanya yang ada tenaga je mampu membunyikannya tak mungkin disebabkan angin je dia boleh berbunyi. Aku pun ada cuba berlakon berdiri dan sandar di hujung almari nak try tolak almari aku ke dinding dan rupanya bukan lah seringan yang aku sangka. Hm. Jadi korang rasa almari tu ditiup angin atau almari tu tetiba bergerak? Benda yang aku selalu fikir lepas kena tu.
Aku simpan cerita kena kacau tu tak kasitahu roommate aku pun waktu tu sebab roommate aku memang tak boleh dengar cerita-cerita macam ni.
Yang baru-baru ni aku cerita kat salah sorang ex roommate aku tu, kemudian lepas dia cerita tong sampah kena kumbah tu, kemudian barulah dia nak buka cerita kat aku yang bahawasanya dulu tempat aku tidur tu ada budak duduk sebelum aku masuk situ. Tapi budak tu dah berhenti sebab selalu juga kena kacau lah kena jerut lah dan lain-lain. Wallahualam. Tapi diorang sengaja rahsiakan dari aku tentang hal tu.
Aku tahu korang mesti kata cerita aku tak seram kan. Cuba korang kat tempat aku?
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
londong ke londang.
london laa..haha
salah satu tanda ada gangguan dalam rumah adalah bunyi seret perabut tengah2 malam..bunyi orang ketuk lesung batu..bunyi guli bertaburan/melantun…bunyi orang paku dinding…bunyi berdentum…kalau ada semua or majoriti dr ni…konfirm rumah tu x clean..heheh
londang la wei.. blok aku tu!!!
Owh so nostalgic. Siap letak pic sebenar bilik kat matrik londang lagi. Tido malam kalau mengiring ngadap dinding, silap2 bercalar muka sebab bergeser dgn dinding konkrit yg tak berplaster tu hehe…
Anyway memang banyak cerita hantu yg aku pernah dengar time aku dok study situ dulu. Hantu orang sebelah lah, budak cam Ju-On lah dan macam2 lagi. Tapi Alhamdulillah tak pernah kena. Rasa meremang2 pun takde langsung.
oh my kmm….akak 2nd batch kmm dik…B2…ada salah satu gambar yg kitaorg amik ramai2…tangan terlebih 1…contohnya, gambar ber6 tetibe tangan ada 13….
Londong mende ni hahaha adoi pepelik jelah
kenangan aku kat matrik londang, setiap kali nk exam kimia, konfem buku kimia kitorg akan ilang… bukan semua la, tp dalam 1 wing, tak sah, klu xde yg ilang..pastu jumpa balik buku lps abis exam, tp jumpa buku tu kt tmpt yg xdisangka2 contoh, dlm drawer meja study member bilik lain, bawah tilam roomate n kdg2 terselit kt celah tangga. aku alami bende ni masa duk blok a4. brg2 len pon cm tu gak. paling xleh bla, gmbr pakwe wingmate aku yg duk paling dkt dgn meja gosok ( meja gosok duk kt tangga tgh), kitorg jumpa bawah tilam rumate yg sebelah toilet.. ( harap leh bygkan la sape2 yg pnh study kt sini)
Kalau tak silap aku, time aku dulu ade satu blok A (tak ingat A yg mana satu) langsung tak berpenghuni. Kosong je. Tak tau la apa sebabnya. Yg ni paling depan sekali dekat dgn pintu masuk.
Positive thinking? Sebab student dah abis penuhkan blok2 yg lain, so yg tu kosong je la.
Negative thinking? Ade hantu la, ape lagi! Hehe….
a1 la tu.. hahahha… zmn aku, masih berpenghuni blok tu.. cumanya, maybe jauh dr crowd kot sbb paling depan n bwh bukit…
blok saya. batch 15/16, alhamdulillh takde apa. blok tu pun penuh je sampai lvl 4
Blok A1..blok saya tu..bilik level 4.. paling hujung skali. Bilik tu tingkap dia satu aras ngan cafe. First batch. Alhamdulillah x de dgr apa2..
selama aku duk matrik londang.. paling aku rasa takut bila time kera-kera menyerang tiap petang..hahahaha
Alhamdulillah sepanjang saya duduk kat kmm ni tak de gangguan pun. Seronok je. Lagi lagi bila duduk B1 . Fellow dia baik sangat. Kami selalu amalkan al mulk mungkin sebab tu allah lindungi kami. So goodluck kepada sesiapa nak masuk londang
Aah… Hai x kmm..kah kah.. Jin jin tu sllu temn aku mlm2.. Riuh rendah bunyi org masak membasuh bdk2 main tgga..puas rasanya dengar..
#B5.1….
Hurm…saya lagi teruk kena mase kt KMJ…
segala anak branak jin ganggu i. tapi i redhaa…..dia jeles la tu sbb i pandai kan,,lps kena ganggu trus jadi tak pandai sbb penat n letih n xckup tido n ketakutan… sedihhh
kMJ belah mana kena lelaki gojes. Hehehehee tangki? Padang?
Ya Allah terkejut aku dgr citer pasal B5 ni, sbb aku pon dulu penghuni B5 gak. Pernah la dulu nmpk cik candy crush pepagi buta. Hahaha mmg salah aku pon sbb gi merayau pepagi sebelum subuh. Ha padan muka kan dah kena! Anyways, nk tau gak duduk aras berapa? Manalah tau sama aras ke hihihi
Hmm.. Awak ex kmm batch brape ye?
Sape kata x seram. Berdebar2 jantung aku mase bace
Dulu situ famous dengan Amoi gigi tajam. Saya first batch kat situ tahun 1999.