PEJABAT BERHANTU

PEJABAT KU BERHANTU?

2014

Tahun di mana saya bergelar Novelis dan Display Artist. Waktu ini saya buat dua kerja dalam satu masa. (Tak ada kene mengena dengan Pak Menteri)

Nak dijadikan cerita… satu malam itu saya bekerja syiff malam. Dalam pukul 9-10 malam saya masih di dalam ofis. Siapkan beberapa kerja grafik sorang-sorang! Diulangi SORANG-SORANG.

Kebiasaannya ofis itu hanya ramai orang time siang. Start pukul 7 dah ramai pulang. Seperti biasa saya akan mengadap kerja-kerja yang dioder. Sesekali itu pasang lagu-lagu di dalam Note saya.

BAM…!

Bunyi pintu tandas ditolak kuat kat belakang. Saya memang dah sedia maklum, setiap malam pasti akan ada bunyi pintu tandas wanita dihempas kuat. Dan saya tak ambil kisah sebab saya banyak kerja nak buat. Saya tahu pasal cerita bunyi-bunyi pelik di laluan ke tandas Perempuan itu. Tapi saya buat bodoh je. Sesekali saya bersuara jugak.

“Aku nak buat kerja ni!”

Selepas saya bersuara itu suasana kembali seperti biasa. Muzik di Note saya berkumandang seperti biasa. Sudahlah pejabat itu boleh tahan besarnya. Hanya di meja saya sahaja ada lampu menyala. Kawasan lain gelap dan kelam.

Sedang asyik buat kerja telinga saya menangkap bunyi seperti telefon di salah satu meja rakan pejabat berbunyi

Trutt… trutt… trutt…

Kemudiannya diam!

Saya angkat kepala menjenguk mencari telefon dari meja mana berbunyi? Berkalih ke kiri dan kanan tapi tak nampak ada signal telefon menyala. Meja ofis ada dinding seperti papan yang menjadi sempadan antara satu meja dengan satu meja. Disebabkan itulah saya terpaksa memanjangkan leher mencari dari mana datangnya bunyi telefon.

Saya menyambung kerja-kerja saya kembali sambil diiringi muzik-muzik dari Note saya. Biasalah, sambil tangan buat kerja, mulut saya menyanyi.

Truut… truut… truuut..!

Bunyi seperti telefon berdering lagi. Kali ini lekas-lekas saya memperlahankan lagu dari Note saya. Memang jelas sekali bunyi deringan itu. Kuat dan… lain dari bunyi telefon yang ada dalam pejabat itu.

Saya menjenguk lagi kepala saya. Kali ini saya nampak telefon yang juga mesin fax di hadapan pejabat big bos menyala.

“Eh? Mesin fax? Sape plak yang call fax malam-malam macam ni?”

Itu yang saya bicarakan. Sebab utamanya, sebelum ini memang mesin fax itu jarang berbunyi. Dan kalau berbunyi pun hanya di siang hari. Tapi amat jarang sekali. Ini dah malam, lagilah menambah rasa hairan.

Saya nak bangun pergi tengok andai berbunyi lagi. Tapi baru nak bangun dia dah diam.

“Hish… kacau ajelah!” Rungut saya.

Saya kembali meneruskan kerja-kerja yang tertangguh. Muzik dari Note saya hanya kedengaran perlahan sahaja. Sengaja saya buat macam itu sebab nak dengar bunyi fax itu lagi.

Dan tak sampai dua minit, mesin fax itu berbunyi lagi. Baru sahaja saya nak menolak kerusi dan bangun telinga saya menangkap bunyi yang buat seluruh jantung saya terhenti sejenak.

Truut… truut… truut… klak…! Kkluk…!

Saya tercengang! Mata membulat! Bunyi gagang telefon fax itu diangkat dan diletak kembali ke tempatnya. Cukup jelas sekali! Dan saya bukan bermimpi. Saya bingkas bangun dan merenung tajam mesin fax itu. Ya TUHAN! Gagang telefon tu senget tak seperti awalnya kemas. Hati dah berdebar-debar. Saya berani kan diri bergerak ke arah mesin fax itu. Memang ada lampu merah kecil di mesin itu menyala kelip-kelip dan gagang telefon itu beralih dari kedudukannya.

Persoalannya… siapa yang angkat gagang telefon fax itu dan letakkan kembali ke tempatnya? Secara tiba-tiba terasa ada sambaran angin… diulangi seperti ada angin datang bergerak berhampiran dengan tempat saya berdiri. Bulu roma meremang tu memang tak dinafikan lagi. Besar terasa kepala saya. Menurut apa yang saya pelajari, andai meremang sehingga ke kepala, kita dihadiri kedatangan benda halus yang tak elok!

Saya bergerak ke arah meja kerja saya. Dan saya memasang surah yassin yang sudah tersedia ada dalam Note saya. Hati dah tak boleh nak fokus bekerja. Mulut terkumat kamit membaca ayatul Qursi.

Pada ketika saya sedang mengemas dan bersedia menutup komputer, terasa ada benda besar berdiri di belakang saya. Benda itu seperti marah. Iyelah… kau pasang surah yassin, lepas tu zikir 3 Qul dan Ayatul Qursi. Mau dia tak marah. Bunyi pintu tandas perempuan dihempas kuat. Saya dah rasa… ini waktu yang sesuai aku blah!

Esok pagi… saya ceritakan kepada kawan Display Artist saya. Lepas tu dia tak berani nak kerja lewat sorang2 di dalam pejabat lagi. Sebenarnya… mesin fax tu memang wayarnya tak bersambung. Heee…!

Berhantukah pejabat ku?

.

.

.

Setahun selepas saya berhenti kerja dia pejabat itu, saya diberitakan rakan sekerja saya dan team member dalam skuad kelab Badminton saya juga mengalami perkara yang menyeramkan di ofis tu. Tapi… Dia lebih

hebat sehingga trauma…!

Ya… Dia berhadapan dengan penunggu yang mengganggu saya ketika saya kerja di situ. Dia boleh dikatakan seorang yang keras hati dan semangat kuat. Tapi kalau dah berhadapan dengan benda yang bukan dari alam nyata ni, memang takla… Hilang semua kekuatan dalam diri.

Kisahnya hampir sama dengan kisah saya. Dia ke tandas pejabat saya pada ketika waktu sudah menjengah hampir pukul 9 malam. Dan pada ketika dia keluar dari tandas di hadapan matanya tercegat satu entiti bersaiz besar… Luar biasa besar berbanding manusia. Kalau kat tempat kerja itu ada seorang staf bertubuh besar mencecah enam kaki lebih, tetapi apa yang kawan saya lihat ini lebih tinggi lagi.

Ketinggian benda tu hampir mencecah siling ofis saya yang berketinggian 8 – 10 kaki itu. Dan sebenarnya… Saya juga pernah dapat melihat sosok penunggu ofis itu walaupun secara samar-samar.

Saya bertanya.

“Macamana rupa benda tu?”

Kawan saya menggelengkan kepala. Dia taknak bercerita sikit pun rupa sosok yang terserempak dengan dia itu. Jelas air mukanya berubah. Cuma apa yang dia ceritakan, makhluk tu tinggi, dan mencerlung dengan biji mata merah menyala kepada dia.

Saya tau dia tak akan bercerita rupa sosok itu. Lantas saya cuba meneka paras rupa sosok itu seperti mana mata saya pernah tersua pandang, walaupun dalam kekaburan dan tidak jelas.

“Mesti benda itu berambut panjang, tetapi bertocang dan hujung kepalanya hampir ke siling. Lepas tu kulit pucat bermata tirus atau menjungkit ke kening dan merah. Benda tu betina, betul tak?” teka saya.

Kawan saya menekup telinga dan menggelengkan kepala. Lambat2 dia mengiyakan apa yang saya utarakan sebentar tadi.

Dan selepas itu saya pun ceritalah beberapa kali saya berjumpa dengan helaian rambut wanita di dalam tandas lelaki. Anehnya helaian rambut itu luar biasa panjang dan hitamnya pekat likat! Seperti tandas lelaki diceroboh masuk oleh staf wanita. Hakikatnya tidak!

Sebelum itu setiap selepas pukul 9 malam, ofis saya itu akan sentiasa terdengar bunyi yang pelik2. Ketukan pintu tandas dah banyak kali saya dengar. Tetapi apa yang terjadi kepada rakan perempuan saya itu memang RARE! Dia jumpa depan mata beb. Betul2 depan mata. Kalau saya… Entahla… Antara saya bersilat atau purak2 pengsan.

Apa yang pasti rakan saya itu juga sudah berhenti kerja. Pengalaman seram itu akan dia simpan sampai m**i. Katanya.

Dia ada bertanya kat saya.

“Camana boleh tau rupa benda tu?”

Saya tersenyum dan menjawab sambil tersengih sengih.

“Kuasa ALLAH.” 😁

Berhantukah pejabat aku?

Taklah… Berpenunggu aje. 😁

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 41 Average: 4.4]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.