Saya ingin berkongsi cerita yang saya alami, yang saya rasakan dari banyak koleksi seram yang pernah menyelubungi hidup saya sepanjang bergelar seorang pelajar, inilah peristiwa secara langsung yang saya rasakan paling memberi impak pada saya. Kisah ini berlaku kira-kira 5 tahun lepas.
Semasa saya masih menuntut disebuah IPTA di Perlis. Jam waktu itu menunjukkan hampir pukul 11 malam. Saya dalam perjalanan pulang ke kampus bersama teman saya setelah kami selesai dalam tugasan mencari lokasi untuk pengambaran filem pendek sebagai FYP (Final Year Project) untuk menyelesaikan tugasan kuliah kami.
Dalam perjalanan itu saya dan teman saya berbual mengenai kesesuaian beberapa tempat yang kami pergi siang tadi untuk pengambaran. Perbualan kami terhenti seketika apabila kami melalui satu kawasan suram, biarpun disitu ada lampu jalan tapi keadaannya sunyi sepi.
Jarang kereta melalui kawasan itu selepas jam 9 malam, tapi disebabkan agak lewat kami mengikuti jalan itu supaya cepat sampai ke kampus. Ketika melepasi satu selekoh disitu saya ternampak satu susuk tubuh, seorang wanita pertengahan umur menahan kenderaan kami.
“Riz, mak cik tu tahan kita tu, nak stop ke tak nak?”
Teman saya memandang saya dengan muka yang kehairanan, dia diam. Dia tidak menjawab soalan saya sebaliknya dia berkata
“Aku nak tido jap. Dah sampai nanti kejut.”
Saya pun buat keputusan sendiri, saya berhentikan kenderaan saya untuk bertantanyakan jika ada apa-apa yang boleh saya bantu. Hati saya berbelah bagi, kalau itu bukan manusia, macam mana? Tapi dikawasan itu memang ada rumah-rumah kampung. Dan mungkin juga mak cik itu nak minta tolong sesuatu. Saya pun beranikan diri untuk memberhentikan kenderaan.
“Zam, pesal neh kau berhenti sini. Nak cari tempat shuting pun tunggu siang esok la”
Saya jawab
“Tu ha, mak cik tu, dia tahan kereta kita neh, aku stop nak tanya apa yang boleh kita tolong”
Sambil menunjukkan arah mak cik itu berdiri. Teman saya merenung ke arah yang saya tunjuk, sesekali dia berpaling ke arah saya
“Zam, mak cik mana kau tunjuk? Tak da orang pun”
Saya hairan, mak cik itu betul-betul berdiri depan kereta saya.
“Itu la, mak cik tu. Pakai baju mcm baju hospital tu”
Kawan saya masih mempersoalkan apa yang saya nampak kerana dia tidak nampak seorang pun dihadapan kereta saya.
“Zam, skarang kau jalan je. Jangan buat drama.”
“Habis mak cik tu depan tu, aku jalan karang terlanggar plak.”
“Aku tak nampak dia sekarang ni, kalau dia orang, aku boleh nampak. Masalahnya kau ja yang nampak. Sah-sah tu bukan orang.”
Saya undurkan sedikit kenderaan saya kerana saya berhenti terlalu hampir dengan mak cik itu, supaya ada ruang untuk saya belok kereta saya. Takut nanti terlanggar mak cik tu.
“Zam, kau reverse kenapa. Langgar je la. Bukan nampak pun.”
“Kau tak nampak, habis aku yang nampak ni. Orang tua-tua pesan, kalau nampak benda macam neh atas jalan kita jangan langgar, nanti dia tumpang kita balik”
Saya pun berlalu dari tempat itu. Kawan saya bertanya pada saya
“Macam mana rupa mak cik tu?”
“Macam biasa ja la. Tak da plak macam hantu”
“Memang la tak macam hantu, kalau macam hantu confirm kau dah tak berhenti tadi”
Sedang kami berbual, tiba-tiba ada suatu suara menyapa kami dari belakang
“Nak, mak cik nak balik rumah. Hantar mak cik ya”
Waktu itu hanya Allah sahaja yang faham keadaan saya & teman saya. Kaki saya secara tiba-tiba keras, tak boleh nak berhenti kenderaan. Saya dan teman saya cuma diam, tak berani nak jawab apa-apa.
Agak lama kami menumpangkan makhluk itu, saya dan teman saya memang tak berani langsung bersuara, nak toleh kiri kanan pun tak berani, sesekali saya cuba memandang cermin belakang, memang tak ada apa-apa pun dibelakang. Tapi saya tak mahu ambil risiko untuk toleh & lihat.
Setelah agak lama, saya kira dalam 20 minit saya dan teman saya tak cakap sepatah pun setelah di sapa oleh makhluk itu, suara tadi berkata
“Berhenti nak, mak cik dah sampai rumah.”
Saya dengan sendirinya, tak boleh nak control kaki saya pun, seolah-olah ada benda mendorong saya untuk tekan brek. Selepas beberapa saat saya pun bergerak dari situ. Saya tengok keadaan diluar tingkap bahagian penumpang hadapan, jelas sekali itu kawasan tanaman kelapa sawit. samar-samar kelihatan seperti ada sesuatu yang memerhatikan kami disebalik salah satu pokok kelapa sawit. Tidak jelas, tapi pantulan cahaya kenderaan saya menampakkan bentuk separuh dari bahagian badannya terkeluar dari celahan pokok kelapa sawit seakan-akan mengintai kami dan memandang kearah kami. Saya tidak endahkan dan terus pulang ke kampus.
Saya dan teman saya diam. Sampai ke kampus, masuk bilik tidur, memang tak berani nak buka cerita apa-apa. Keesokannya baru lah kami berbual tentang apa yang kami dengar. Teman saya memberitahu saya, waktu suara itu menyapa kami, kawan saya terdengar ada sesuatu bisik ke telinganya
“Mak cik tinggal lama disini. Jangan biadap dengan mak cik”
Teman saya beritahu saya, suara itu berulang-ulang kali dia dengar sampai suara itu suruh berhentikan kenderaan. Lepas saya berhentikan kenderaan, bisikan itu pun hilang.
Itulah pengalaman saya yang paling seram yang pernah saya alami. Menurut beberapa teman saya yang lain, mereka juga pernah terserempak dengan makhluk itu, tak perlu risau, jika tidak mahu dia tumpang, jangan berhenti. Terus jalan dan dia tak kan ganggu kita.
Sekian, kisah yang tak pernah saya lupa.
::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
ok..yg ni seram..”Mak cik tinggal lama disini. Jangan biadap dengan mak cik”
Haha..aku pon nak balas yang sama, aku belaja ipta perlis, tang mana yang ada kelapa sawit? Utan aji?
gengster makcik ni, akak kawasan
yg dye ckp jgn biadap dgn mak cik tu menakutkan