Kembar Kak Ti

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca setia Fiksyen Shasha. Terima kasih admins yang sudi pamerkan coretan aku yang ini dan yang sebelum ini.

Tak mahu intro panjang-panjang, kita straight forward ke kisah benar yang seterusnya.

Suatu malam di kampung aku pada tahun 1988 ke 1989 gitu.

“Ediii…pi kedai sat beli nyok kukoq” Jerit mak aku dari dapur. Tau tak nyok kukoq tu apa? Bahasa bukunya adalah kelapa parut.

Aku yang baru pulang dari Isya’ kat masjid belum sempat nak tukar kain dah kena pi kedai pula. Tercangak-cangak aku dalam rumah mencari dua orang abang aku yang lejen tu. Tak ada! Lupa depa dah balik asrama siang tadi. Yang ada cuma kakak dan adik perempuan aku kat rumah. Alamak. Sapa nak teman pi kedai ni?

“Mak. Esok pagi tak boleh ka?” Tanya aku pada mak. Kalau boleh takmau la pi kedai waktu macam ni.

“Boleh. Tapi esok pagi nak pi sekolah makan tepung ja. Tadak inti nyok tak jadi la kueh ketayap ni” Balas mak dari dapur. Tu tandanya mak camdek(sindir). Jadi hang kena pi juga la cari nyok tengah malam kelam ni.

Selalunya mak kukoq sendiri ja nyok tu tapi kadang-kadang buah nyoknya tak ada kena la pi beli kat kedai. Kedai runcit kat kampung aku ada dua. Satu kedai Mat Cerek yang biasanya jam 7 dah tutup bisnes. Kedai ni dekat dengan rumah aku. 5 minit ja jalan kaki. Satu lagi kedai mapley yang bisnes sampai 10.30malam, dok kat sempadan kampung nun. Kena lalu tepi kubur lama. Aduh! Tu pasal aku berat nak pi.

Ayah pula masih kat masjid, ada sesi mengaji tauhid orang dewasa malam ni. Biasanya jam 11 baru ayah balik. Maka dalam rumah ni ada aku sorang ja jantan, anak jantan ni lah kena kerah pi kedai.

Aku pun langsung pi ketuk bilik kakak aku. Harapan aku kini hanya pada dia seorang.

“Kak Ti, jom teman aku pi kedai mamak” Kata aku sambil ketuk-ketuk pintu bilik dia.

Sekejap ja dia keluar dengan muka serabai berambut Tina Turner. Allahu…orang perempuan kalau kat rumah memang macam ni ka?

“Sat…aku siap!” Booommm. Dia tutup balik pintu tu dengan keras. Marah gamaknya kena teman pi kedai waktu macam tu.

Kakak aku ni tak jauh beza umur dengan aku. Beza 3 tahun ja. Kami semua ada 10 beradik. 4 hero remaja yang lain mak lampir. Jadi aku dengan kakak yang sorang ni sangat kamceng. Dia la kawan dia la kakak. Kakak-kakak yang lain dah besar dan dah merantau ke tempat orang. Ada yang ke universiti ada yang dah berkerjaya. Harapkan Kak Ti aku ni ja yang banyak membantu kat rumah. Adik perempuan aku kecil lagi waktu tu.

Selang beberapa minit Kak Ti pun keluar dengan berbaju kelawar, tudung simpul pengakap dan berbedak sejuk penuh muka. Ya Rabbi…belum apa-apa dah buat aku seram.

Lepas ambil duit dari mak, kami pun kayuh basikal membelah kegelapan jalan kampung yang kian sunyi. Jalan kampung aku ni masih belum berturap masa tu. Jalan tanah ja. Kalau hujan berlopak-lopak jalan tu. Jenuh juga aku nak kayuh dengan Kak Ti membonceng di belakang.

“Hang kayuh elok sikit Edi. Gelap ni. Jaga parit tu” Ujarnya supaya aku berhati-hati dengan parit kat tepi jalan. Parit tu besar tapi tak dalam. Airnya jernih kalau tak disentuh, dasarnya dipenuhi pokok lumut dan lumpur hitam. Aku pernah terjun parit tu. Bila timbul balik bertukar jadi orang minyak.

Jalan menuju ke kedai mapley tu ada sebatang pokok asam yang tinggi melangit tumbuh di tepi parit sebelah kiri jalan. Sebelum aku lahir lagi pokok asam tu dah wujud. Budak-budak kampung ni cukup takut dengan pokok asam tu. Belum pernah lagi ada rekod penampakan setan dari situ tapi rupa bentuk dia menyeramkan. Dengan batang pokoknya sebesar dua pemeluk. Ditambah lagi dahan dan rantingnya yang berselirat sudah cukup menggugat keberanian kami time balik masjid.

Lepas pada pokok asam tu akan jumpa satu simpang Y. Kanan ke masjid, kalau terus akan menuju ke hujung kampung, ke arah yang kami nak tuju, kedai mamak Potey. Sebelum jumpa kedai runcit tu kami kena lintas sebuah perkuburan lama yang dah tidak digunakan. Waktu itu kampung kami dah ada kubur baru yang lebih luas.

Kubur lama tu dah lama ada sejak zaman arwah tok ayah aku lagi. Batu-batu nisan di situ berukiran Acheh. Tok ayah aku sendiri orang Acheh dan dikuburkan disitu. Masa aku lahir ke dunia, tok ayah pun dah tak ada. Maknanya kubur tu memang lama betul. Nisan yang guna batu sungai dengan nisan kayu pun ada.

Masa lalu kat kubur tu aku bersembang dengan Kak Ti kuat-kuat. Topik sekolah la, topik artis dulu-dulu topik itu ini semata-mata taknak berasa seram. Kadang-kadang mata aku sempat melirik ke dalam kubur. Terlihat deretan batu-batu nisan lama disimbahi cahaya malam yang suram. Sesekali terdengar suara cengkerik bersahutan di kawasan sekitar. Meremang segala bulu ditubuh kalau dikenangkan balik.

Setelah 15 minit kayuh tibalah kami di kedai mamak Potey yang sedang bersiap-siap nak tutup kedai.

“Mamak, bagi nyok kukoq tengah kati” Pinta aku pada mamak. Tengah kati maksudnya 300gm.

“Wokey adeyykk. Ayah mana? Ada masjid ka??” Dia bertanya tentang ayah.

“Balik nanti kirim salam ayah ya thamby.” Ujarnya lagi.

“Baik mamak, insyaAllah” Jawab aku sambil menyambut bungkusan kelapa parut dari tangannya. Setelah dapatkan barang yang aku nak, aku pun keluar dari kedai. Waktu tu aku tersentap bercerau darah ke ubun-ubun hingga langkah aku terhenti sekejap. Ada sejenis makhluk aneh berwajah putih sedang lepak kat basikal. Kakak aku sedang menongkat dagu kat handle basikal dengan muka bertepung. Ya Allah…seram lagi sekali. Terkejut siot. Lupa tadi dia teman aku mai beli nyok.

Kami pun kembali kayuh menyusuri jalan kampung menuju ke rumah. Aku kayuh, kak aku dok belakang. Kakak aku ni nama ja kakak tapi ketot dari aku. Kadang-kadang tak berasa pun dia dok kat belakang.

Lampu basikal tua kami yang dijanakuasakan oleh dynamo menyuluhi jalan kampung yang kian sunyi. Kayuh laju dia terang, kayuh perlahan dia suram. Begitulah dynamo ni berkerja. Kalau nak terang hang kena kayuh laju-laju. Tapi bila dah ada peneman ni aku kayuh santai-santai makan angin. Kakak aku hanya diam di belakang. Mengantuk barangkali.

Langit malam yang tiada bulan tidak membantu perjalanan pulang. Sehinggalah tiba di simpang Y tadi tu, aku perasan yang lampu basikal kian malap. Tekan laju pun dia tak bertambah terang.

“Cepat sikit Edi. Dynamo macam nak rosak tu” Kakak aku dah susah hati.

“Ya la nak cepat tapi tak nampak jalan ni. Masuk parit satgi ha. Aku gak kena beletiaq dengan mak” Bebel aku sambil terus tekan padle segagah mungkin. Namun lampu basikal makin malap, malap dan malap dan terus padam sebaik kami tiba tepat di bawah pokok asam.

“Ah sudah. Gelap ni kak. Nampak sipi-sipi ja” kata aku kepada Kak Ti. Aku pun hentikan basikal dan ketuk-ketuk dynamo guna kaki.

“Alaaarr hang kayuh ja. Rumah tak jauh dah tu. Nampak gak jalan sikit-sikit.” Sound Kak Ti yang tak mahu turun dari basikal.

“Sat laa. Gelap kot depan tu. Mai aku katok sat natiang ni” aku pun turun dari basikal dan sepak-sepak benda dynamo tu. Kak Ti turun duduk bertinggung tepi aku. Aku belek benda alah tu cuba mencari kerosakan. Tapi tak nampak apa. Gelap…

“Jom la kita balik pelan-pelan. Kayuh jangan laju-laju.” Kak Ti dah mula menggelisah. Mata dia melilau pandang kiri kanan.

“Ok jom la” Aku pun bingkas bangun dan celapak naik basikal. Elok ja nak mula kayuh, basikal berasa ringan. Aku pusing belakang tengok Kak Ti. Dia tak naik, tapi dok berdiri terpacak menghadap semak samun belah kiri. Apasai pula dia ni? Tadi nak balik sangat.

“Kak…oit kak. Naik la cepat”

Dia masih diam berdiri terpacak macam tunggul kayu.

“Woi kak….cepat laaa” aku ajak buat kali kedua. Dia masih diam bagai terpana pada sesuatu. Aku pun kalih pandangan pada tempat yang dia pandang tu. Dalam samar-samar tu mata aku hanya nampak batang pokok asam.

“Kaaaakkk cepat la woi. Hang takmau balik ka apa?” Lagi sekali aku panggil dia. Dalam hati mula terbit benih-benih seram. Aku dah mula syak Kak Ti kena sampuk. Mampoih lagu ni. Dah la aku berdua ja dengan dia.

“Edi….lari..” Terpacul perintah tu dari mulut Kak Ti. Hah!! Pasaipa kena lari? Sekali lagi aku kalih tengok dia. Dan di depan dia sekarang ada lagi satu Kak Ti tengah berdiri bawah pokok asam. Baju kelawar yang sama, muka bertepung yang sama, tudung yang sama. Mereka saling memandang bertentang mata.

“Ya Allahuakbar” Sebaik terkeluar kalimah agung dari mulut aku, Kak Ti yang satu lagi kalih pandang aku. Senyum tak, berkata apa pun tidak. Matanya kosong melihat mata aku. Aku terbungkam diam atas basikal. Konfius. Aku taktau mana satu kakak kandung aku sendiri. Sama sebiji macam kembar seiras.

Tiba-tiba aku dengar tapak kaki orang berlari laju dari tepi aku.

Prap pap pap pap pap pap…

Nokhorom Kak Ti lari dulu tinggalkan aku yang masih tercengang-cengang taktau nak buat apa. Tak guna punya kakak.

Aku pun sepantas kilat tekan padle dan skreett kreett kreeeett…bergeraklah basikal tua tu dalam keadaan berat yang amat sangat sebab lutut aku dah goyang teruk.

“Adik lari cepaaaatt, lariiiiii…” Jerit Kak Ti yang sudah satu tiang di depan.

“Tunggu aku kaaaakk!! Tunggu la woii..!!” Termengah-mengah aku buat kayuhan amal di malam buta ni mengejar kakak aku yang nak kena carut kejap lagi. Dia masih berlari dan kayuhan aku pun makin laju sampailah aku dapat tarik bahu dia dari belakang.

“Naik belakang cepaaatt! Beskat ada hang penat-penat lari buat apa kak!?” Kata aku pada Kak Ti yang dah mula perlahankan lariannya. Terus dia celapak naik dan aku kayuh selaju mungkin membelah kegelapan malam. Tiba di satu selekoh lebih kurang 200 meter dari rumah kami, aku nampak sebatang tubuh berdiri di tepi jalan macam menanti kami dari jauh. Aku yang dah tercungap teruk pun perlahankan basikal sebab situ selekoh. Silap kona masuk parit.

Sebaik tiba di tempat manusia tu berdiri dengan jelas aku nampak muka orang tu…Kak Ti..!!

Dia mengangkat tangan menahan basikal aku. Hah sudah!! Tadi yang naik belakang aku tu sapa? Aku kalih belakang, seat kosong!! Barua betoi kena tipu hidup-hidup.

Kak Ti pun melompat naik belakang basikal masa aku tengah kayuh lagi. Tak sempat dah nak tekan brek. Terus aku pecut dengan laju menuju ke rumah. Tiba di halaman rumah, aku hempaskan basikal dan lari masuk ke dalam panggil mak aku.

“Maaakk….maaakk!! Tolong mak. Setaaann!!!!” jerit aku memecah keheningan malam. Mak aku yang ada kat dapur berlari keluar dengan senduk kayu di tangan.

“Hah?? Cek pasaipa? Setan apa??” Tanya mak aku dengan muka panik.

“Setan mak…setaaaan!!” Berjurai jurai air mata aku masa explain kat mak yang tadi aku nampak hantu.

“Mana setan? Mana setan? Kak hang mana???”

Aku terjelepuk di lantai memeluk kaki mak kuat-kuat. Tak semena-semena aku pandang ke pintu dan nampak satu makhluh hodoh sedang berdiri di luar rumah. Wajahnya hitam berlumpur. Pakaiannya basah dengan selut dan kepalanya hijau dipenuhi lumut. Ya Allah…hantu ayaq pulak daaahh!!!

“Tu maaakk…tu setaaann!!!! Pi taboh dia maaakk!!” Terpekik-pekik aku macam orang histeria sambil menyorok celah kain mak. Makhluk tu berdiri kat luar pintu sambil memandang aku dengan pandangan yang tajam. Takkanlah mak tak nampak? Aku sorang ja ka yang kesurupan ni ya Allaaahh!!!

“Ni aku la bongoookk..aku laaa. Kakak hang” Makhluk tu bersuara lantang sambil hentak-hentak kaki macam sedih bercampur marah.

“Tadi masa aku lompat hang kayuh laju sangat. Aku jatuh parit bukan reti nak tolong” Eh eh…itu Kak Ti laa. Aku baru tersedar yang hantu ayaq tu kakak aku.

Dari belakang Kak Ti muncul ayah tersengeh-sengeh.

“Kak hang jatuh parit hang tinggai macam tu ja nuh. Baik punya adik. Mujoq ayah nampak tadi” Ujar ayah aku dalam keadaan nak gelak tak gelak sama banyak.

“Laaa…Siti ka tu? Awat teruk sangat rupa??” Sahut mak aku. Senduk yang diangkat tinggi tadi diturunkan ke bawah semula. Nyaris senduk tu nak melayang ke kepala Kak Ti.

“Ya mak!!. Anak jantan mak tu la punya pasai ni. Haram penakut teruk dari cek!!” Kak Ti mengadu pada mak. Eleeh, dia yang lari dulu tadi.

“Ampa pasai pa ni? Mak suruh pi beli nyok ja pun. Awat jadi lagu ni?? Nyok mak mana???” Mak aku pun mulakan kompangnya bertalu-talu. Aku yang tengah menggigil cuma dengar apa yang Kak Ti ceritakan pada mak.

“Pokok asam tu memang tempat dia. Rezeki ampa la dapat tengok. Sebab tu ayah pesan nak keluar rumah tu paling kurang pun baca Al-Fatihah dulu. Doa keluar rumah pun dah ajar tapi takmau buat.” Ayah aku pun mulakan khutbahnya pada aku dan Kak Ti.

“Dah. La ni dua-dua orang sekali kena mandi. Cuci badan. Sat lagi ayah buat ayaq penawaq” Sambung ayah aku. Aku pandang muka Kak Ti. Marah dia dah reda. Tapi makin terserlah rupa paras Tina Turner pada wajahnya. Rambutnya mengerbang dipenuhi lumut dan selut. Bau parit menerjah ke lubang hidung aku. Esoknya dia demam 3 hari dan aku demam seminggu. Jenuh ayah tawarkan trauma aku dengan macam-macam rawatan. Lepas seminggu baru kebah.

Lepas kejadian tu, mak dah tak bagi aku pi kedai tengah malam. Ayah ja yang pi. Aku cuma pi waktu siang. Hubungan aku dengan Kak Ti makin akrab. Hingga ke hari ni, kalau ada family reunion kami akan ulang kisah-kisah kami 10 beradik pada anak-anak kami pula. Biaq depa tau yang orang tua depa ni dulu dah hadap macam-macam jenis setan. Setan betul mahupun setan bertopeng manusia. Hidup ni kena sentiasa berwaspada. Jangan sampai aqidah kita dipesong oleh iblis yang cuba menyesatkan manusia.

Kepada saudara-saudara aku yang jauh di mata. Hampa semua sentiasa ada dalam ingatan. Biarpun mak ayah dah tak ada. Kita tetap bersaudara sampai bila-bila. Jumpa lagi pada reunion akan datang.

Sekian

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Edy Arjuna
Kembar Kak Ti
9.7 (96.92%) 208 votes

28 comments

  1. Cerita hang sempoi, Edy. Stail menawan. Kalau tadak cerita hang memang terasa rindu. Bukan rindu kat hang tapi rindu loghat utara yang santai dan natural itu. Juga rindu suasana kekeluargaan penuh kasih sayang yang digambarkan dengan baik sekali dalam cerita hang. Teruskan berkoongsi ya. Terima kasih.

  2. Syok baca. Baru nak dok gaya takut teruih bantai gelak gulin2. Nahaii terjun parit! πŸ˜‚ Aku betui2 paham perasaan kakak hang tu sebab aku pon pernah merasa lagumana terjun parit πŸ˜‚. Apa2 pon, tahniah penulis. Ceghita hang mmg terbaikπŸ‘πŸ‘

  3. salah satu yg buat cita seram ni menarik adalah dsebabkn loqhat utara hilir @ hiliaq (agak kasaq dan hingaq sikit)..utara tengah (agak lambut,manja sikit)..utara hulu@ reman (lbh kurang patani tp ada beza skit)…so kalau nk ceria slalu pastikan pasangan anda org utara..haha (baik punya promote) -serata-rata

  4. Best! Bole terimagine situation sambil baca. Mesti best Kan membesar Kat kampung where things are so much simpler. Sedeh pula ending Bab kata mak ayah da takde. Suka sgt crita berlatarkan zaman Dulu, persis mcm time tok awang ngah membesar.

  5. Teman baca citer miker ni mmg tak sah tak ketawa mengekek…mmg ajer lawak…malang lah Kak Ti miker tu dpt adik penakut nakharom mcm tu…naya jer kt Kak Ti dok msk parit…ajer lawak

  6. tak skrg ni masalahnya aku pun nak tau nyoq mak hg mana? awat hg tak jwb soalan mak hg? tak pasai aku curious jugak dapat ka dak hg makan kuih ketayap esok pagi tu.

  7. hahahahahahahahah part kau nampak kakak kau dalam rumah tu kelakar wehh hahaha.. brdekak aku ktawe smpai adik aku trbangonπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

  8. Aduii la.. Dlm menggigil baca cite bila kak ti jadi duaorg dh gelak sakan pulak dgn keadaan kak ti muncul kt pintu dlm keadaan mcm tu dengan penulis menjerit suh taboh setan tu.. Terbaik la en edi..

  9. Baru sat ni baca msa tgh makan nasi ngn lauk rendang ayam seb baik x tersembur nsi baca part pakai tudung simpul pengakap ngn bedak sejuk hahhaa intro je da gelakkkk bro the best bro

  10. adui hang la bang..ceq kt ofis ni pulun la dok baca pasai ngantuk..awai2 da gelak da dgn bedak sejuk tudung simpoi pengakap..hat tu gelak da..mai part ada kembaq kak ti kluar tu..tgh2 seram tudia aih..kluar makkkkkk tlg makkk setan..nk gelak kuat2 x boleh ceq oii..sat g boss pelangkung senduk pulak kt pala ceq..x pasai la kak ti tu hang dok ingt hantu ayaq la apa bagai…sian la kak ti kena pedajai dek setan..

    btw, kami suka la creta2 ampa..lawak ada seram ada..good job..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.