Pengalaman Mistik Penyelam Bawah Laut (2)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera untuk semua pembaca FS. Saya #TokanMistik ingin berterima kasih kepada admin kerana approved cerita sebelum ini dan terima kasih juga kepada anda yang teruja membaca kisah yang saya alih bahasakan ini. Ramai juga yang komen baik-baik dan tak kurang juga ada yang bash. But, tak apa niat saya sekadar berkongsi cerita.

Sebelum saya sambung kisah penyelam bawah laut ini jika ada yang belum terbaca kisah saya sebelum ini boleh search Pengalaman Mistik Penyelam Bawah Laut (1).

Baiklah saya sambungkan kisah penyelam bawah laut bahagian ke-2….

Kenangan 4 : Ikankah??

Saya ada seorang kenalan Indon yang asalnya datang dari Makassar. Dia ni sekarang dah kahwin dengan orang kita dan dah jadi PR pun. Kenal sebab pernah buat projek sama-sama dekat company lama. Mamat ni saya panggil Dwen je. Orangnya peramah tapi dari raut muka dan mata, saya tahu dia ni “berisi” orangnya. Kekadang tu bila tidak ada orang, saya pernah tanya dia pasal kampung dia dan sebagainya. Makassar tu tempat sebelah laut dan dia memang keluarga dari orang-orang yang tinggal di pantai.

Dia pernah ceritakan masa kecik-kecik dulu, pernah satu kumpulan nelayan membawa balik seekor binatang air yang agak pelik. Nak cakap dugong bukan dugong. Tapi dia dapat ingat lagi time tu…binatang tu bawahnya bersisik macam ikan semua tapi paras atasnya binatang tu ada macam ketumbuhan daging siap ada macam jari kecil-kecil lagi di hujung tu. Sirip pula tiada dan muka binatang tu macam ikan tapi mata dia buntang dan yang anehnya mata dia boleh berkelip-kelip.

Nelayan tu pun ceritakan yang masa makhluk tu terlekat di jala, bunyinya macam orang menjerit kedengaran sangat nyaring boleh dengar di dalam air. Diorang apa lagi, dah menggelabah terus naikkan jala dan terus balik ke pantai. Malam tu jugak, bunyi macam ada kepala ribut kuat kedengaran berlaku dan mereka semua dah ready tutup pintu tingkap semua nak prepare hujan lebat. Anehnya, bunyi angin bertiup selama 15 minit dan kemudian terus reda. Bila diorang jenguk di luar, tak nampak pun apa-apa tanda yang ribut melanda, sedangkan bunyinya memang confirm seperti dah terbalik di luar tu.

Kemudian kecoh pula nelayan yang tangkap ikan misteri tu tak dijumpai di rumahnya. Keluarga dia kata dia asyik cakap ada orang panggil dia di luar masa ribut berlaku. Puas orang cari tapi tak jumpa-jumpa. Last-last hasil dari pencarian beramai-ramai diorang jumpa mayat lelaki tu di gigi pantai dengan separuh badannya putus macam digigit binatang yang giginya tajam dan bergerigi. Ikan yang ditangkap hari tu pula dah tak ada di dalam tempat takungan dia.

Peristiwa 4 : Penyelamat tidak diundang

Sebahagian dari tugas saya sebagai penyelam laut dalam, dalam syarikat ini memerlukan kami menjalankan aktiviti sosial korporat (CSR) untuk masyarakat setempat bergantung kepada kepakaran kami. Salah satunya adalah menolong pihak berkuasa tempatan dalam operasi penyelamat jika berlaku sebarang bencana alam atau kemalangan. Saya masih lagi ingat satu tragedi di mana sebuah jambatan gantung telah roboh dan mengakibatkan berpuluh kenderaan jatuh ke dalam sungai di bawahnya. Kami dipanggil oleh pihak berkuasa untuk membantu operasi menyelamat dan mengenalpasti jika ada mangsa yang hidup atau m**i di dalam sungai.

Kami sebagai juruselam profesional dengan bertahun pengalaman sudah lali melihat bangkai kenderaan terhempas atau karam di dasar lautan. Kebiasaannya ia adalah kenderaan tentera atau komersial dan mangsa atau mayat yang ditemui merupakan orang dewasa. Tetapi dalam kes ini ia amat tragis kerana dalam kes ini ia melibatkan kenderaan awam dan mayat-mayat yang dikenalpasti terdiri daripada keluarga dan kanak-kanak yang dalam perjalanan bercuti sekolah.

Hari pertama kami membantu bomba dan medik untuk menyelam ke kawasan sungai yang arusnya deras dan agak dalam airnya. Keadaan air yang keruh dan kelam juga menyukarkan usaha kami untuk mencari mayat mangsa kemalangan ini. Kami dapat lihat kelibat pelbagai kenderaan berada dalam lubuk dan bertimpa antara satu sama lain. Saya dan seorang lagi penyelam ditugaskan mencari seberapa banyak mayat dan dibawa naik ke atas. Hari pertama kami berjaya mengeluarkan 6 mayat terdiri dari dewasa dan juga kanak-kanak. Masih banyak lagi mayat yang dipercayai belum dijumpai berdasarkan anggaran kematian dan kehilangan orang oleh ketua operasi menyelamat.

Esoknya saya menyelam berseorangan kerana rakan seorang lagi terpaksa membuat tugas lain. Saya mula menyelam dan mencari mangsa di dalam sebuah bas persiaran. Kelihatan bas sudah remuk kerana terhempas ke dasar sungai dan harapan untuk mencari badan mangsa dalam keadaan baik mungkin tipis. Saya masuk ke dalam mengikut tingkap bas dan pelik melihatkan keadaan dalam bas seolah-olah tidak ada penumpang. Bas tersebut hampir kosong. Saya mula risau jika ada pemangsa besar seperti ikan atau buaya yang mendiami sungai tersebut dan memakan mayat-mayat penumpang.

Kemudian saya beralih arah ke satu kenderaan minivan. Seperti tadi, tiada mayat yang dijumpai dan saya cuba untuk bersangka baik bahawa ada penyelam lain yang telah tolong membawa mayat ke daratan. Tiba-tiba dari jauh saya dapat lihat satu kelibat manusia berpakaian penyelam yang masuk ke dalam satu bangkai kereta tak jauh dari kedudukan saya. Hati saya mula rasa lega kerana tidak keseorangan dan ada penyelamat lain menolong. Saya berenang untuk menghampiri penyelam tersebut untuk membantunya.

Tetapi, ada sesuatu yang tidak kena pada penyelam tersebut. Pakaian selam dan peralatan skubanya kelihatan agak lusuh sementara tangki skubanya sudah ada kesan karat dan berlumut. Sebagai seorang penyelam, ini adalah satu perkara yang paling tidak selamat dan profesional. Saya hanya memerhati sahaja dari jarak kira-kira 4 meter utk memantau penyelam tersebut. Tiba-tiba saya perasan suatu perkara yang pelik dengan penyelam ni. Tiada buih udara yang keluar dari peralatan skubanya dan sepatutnya memang tidak ada penyelam lain yang ditugaskan untuk operasi penyelamatan selain syarikat saya. Saya menghampiri perlahan-lahan ke arah penyelam misteri tersebut dan saya cuba menarik perhatiannya. Dia masih sibuk mengeluarkan mangsa di dalam kereta tersebut. Tidak puas hati, saya berenang ke sebelahnya dan mencuit bahunya.

Apa yang berlaku kemudian membuatkan saya tergamam sekejap. Bila dia menoleh, saya dapat lihat ke dalam topeng skuba dan mukanya seperti daging reput yg telah lama di dalam air dan tiada mata dalam bebola matanya melainkan 2 biji cahaya merah. Lumut hijau menyelebungi badannya dan tangannya terasa seperti tulang. Saya mula panik dan terus berenang secepat mungkin naik ke atas permukaan air. Dari belakang saya dapat dengar suara dari makhluk penyelam itu berkata: “Come back here. We need to help them!”

Esoknya saya terus demam dan dikecualikan dari mengikuti operasi tersebut.

Peristiwa 5 : Makhluk apakah itu?

Sebagai seorang penyelam laut dalam, sudah banyak jenis binatang laut dan ikan yang saya jumpai. Ada yang biasa, ada yang jarang ditemui dan ada juga yang tidak dikenalpasti spesis apakah binatang tersebut. Salah satu peristiwa yang menakutkan berlaku ketika kami membuat operasi mencari serpihan kapal di sebuat tempat di perairan Caribbean. Ia salah satu tempat yang lain dari biasa kerana airnya sangat jernih dan tidak sesejuk lautan atlantik.

Untuk tugasan ini, saya dan seorang lagi rakan penyelam diturunkan menggunakan platform besi dengan dinding kawat besi disekelilingnya. Walau bagaimanapun platform tersebut terbuka di atasnya, untuk memudahkan kami keluar dan naik ke atas permukaan. Pemandangan yang jelas di dalam air yang jernih membolehkan kami menikmati suasana di dalam laut ketika diturunkan. Pelbagai hidupan air di terumbu karang dapat dilihat dan kawanan ikan berenang ke sana sini.

Ketika kami di kedalaman kira-kira 50 meter, suasana sudah berubah dan air kelihatan biru dan kelam. Tidak ada bunyi atau ikan-ikan kelihatan melainkan kami sahaja. Suasana hening itu tiba-tiba berubah menjadi cemas kerana secara tiba-tiba kami terasa seperti ada sesuatu benda yang besar melanggar platform kami dari bawah. Kami yang terkejut & cemas terus melihat ke bawah platform. Apa yang dapat dilihat sangat menakutkan kami.

Kami dapat melihat satu bayangan makhluk berupa ikan gergasi berukuran kira-kira 15 meter panjang dan 6 meter lebar sedang berenang di bawah platform kami. Ia berlegar-legar mengelilingi kami seolah-olah mengawasi penurunan platform tersebut. Saya cuba mengecam jenis ikan tetapi sukar kerana penglihatan kelam dan ikan tersebut berada kira-kira 200 kaki dari kami. Kami segera memberi isyarat ke atas kapal menandakan ada kecemasan.

Tiba-tiba kami merasakan suasana menjadi kelam dan ada bayangan bergerak diatas kami. Ikan gergasi itu kini sedang berenang di atas platform dan kali ini saya dapat lihat dengan lebih jelas makhluk tersebut. Ia lebih menyerupai seekor jerung tetapi kulitnya berwarna coklat kehitaman dan bersisik-sisik seperti cengkerang. Giginya pula bertaring kecil tetapi berlapis-lapis dan sangat tajam seperti pengisar. Mengikut pengalaman, kami tidak pernah melihat ikan tersebut sepanjang kami menyelam atau terpampang dimana-mana buku atau gambar. Ia berenang-renang di atas kami seolah-olah sedang menunggu masa untuk kami keluar dari platform tersebut.

Kali ini rakan penyelam saya sudah mula panik dan memberi isyarat untuk naik ke atas. Tiba-tiba saya terasa satu hentakan yang kuat di tepi dinding platform sehingga kami terhumban ke tepi. Dinding keluli tersebut remuk dan ternampak satu bentuk hentakan sehingga jelas kelihatan seperti muncung ikan. Saya terus menggunakan flare kecemasan dan membakar dan membalingnya ke luar platform.

Kami dapat lihat ikan gergasi tersebut menjauhi platform dan kami terus memberi isyarat kepada kapal kami untuk menarik kami ke atas. Kami tidak sanggup untuk meneruskan operasi ini lagi. Ini b***h diri namanya. Sebaik sahaja kami naik ke atas, kami dapat melihat dengan jelas betapa remuknya dinding tersebut dan satu kali sahaja lagi hentakan sudah pasti akan meruntuhkan dinding dan kami akan terdedah pada lautan….

Peristiwa 6: Keepers of The Deep (Penghuni Laut Dalam)

Sepanjang penglibatan saya sebagai seorang penyelam laut dalam, kami telah belajar dan didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan seperti sains marin, pembacaan peta, kaji cuaca dan lain-lain ilmu saintifik yang wajib dipelajari agar sentiasa bersedia menghadapi apa jua keadaan. Tetapi ada juga benda lain yang walaupun tidak termasuk di dalam silibus, tetapi setiap penyelam laut dalam perlu tahu dan ini diturunkan dari penyelam senior kepada penyelam-penyelam yang lain. Salah satunya adalah mengenai kewujudan “Keepers of The Deep” (Penghuni Laut Dalam).

Walaupun kebanyakan kami berfikiran moden dan tidak peduli dengan mitos dan legenda tersebut, tetapi bila ia melibatkan keselamatan diri dan nyawa, nak tak nak kami terpaksa akui dan mempercayai benda-benda ni. Apatah lagi bila sudah pernah terjadi kes kematian rakan-rakan penyelam lain di dalam laut dalam yang sehingga kini masih menjadi misteri. Salah satu kejadian yang meragut nyawa penyelam laut dalam pernah berlaku pada tahun 2012. Kami telah dipanggil untuk melakukan operasi penyelamatan oleh pihak kerajaan bagi menaikkan mayat penyelam yang tersesat di dalam ekspedisi gua bawah laut. Ini memerlukan kepakaran penyelaman dan pengetahuan laut yang tinggi kerana bukan calang-calang penyelam mampu menyusuri laluan gua laut dalam yang gelap gelita dan banyak laluan mengelirukan.

2 orang penyelam ditugaskan untuk ekspedisi menarik mayat ini. Seorang mempunyai 13 tahun pengalaman menyelam dan seorang lagi walaupun kurang pengalaman kira-kira 5 tahun, tetapi sangat arif dengan arus dan laluan gua laut di situ. Mereka menyelam menggunakan peralatan skuba khas dan laut di situ terkenal dengan suhu airnya antara 3-5 darjah Celsius. Setelah diberi taklimat, mereka berdua pun turun ke dalam dan masuk ke dalam gua laut yang terkenal sebagai salah satu gua laut yang terdalam dan terpanjang di lautan yang pernah ditemui.

Mereka diberi koordinat dan anggaran lokasi mayat penyelam berdasarkan maklumat dari pihak kerajaan. Penyelam senior (kita panggil Will) bergerak di hadapan manakala penyelam kedua (Zack) di belakang. Menggunakan lampu spotlight dan tali sebagai marker, mereka menyusuri laluan di dalam gua tersebut dengan penuh cemas dan berhati-hati. Kira-kira 30 minit kemudian, akhirnya mereka sampai ke lokasi mayat penyelam lemas itu dan mula menjalankan operasi menarik mayat bersama mereka. Tali dipasang kemas pada mayat penyelam agar dapat dibawa naik.

Tiba-tiba mereka dapat lihat di depan mereka ada cahaya samar-samar seperti spotlight dan kelibat seorang penyelam lain tak jauh dari mereka. Walaupun air laut itu gelap, mereka nampak dengan jelas ada kelibat manusia lain di dalam gua laut itu bersama mereka. Sayup-sayup mereka terdengar suara orang minta tolong dari kelibat tersebut dan semakin jauh ke depan. Sebagai seorang penyelam, naluri pertama mereka adalah untuk menyelamatkan penyelam tersebut kerana itu memang dah jadi tugas mereka. Zack yang lebih muda mahu pergi membantu tetapi segera ditahan oleh Will. Will yang menjadi ketua penyelamat memberi isyarat supaya abaikan dan fokus kepada tugas mereka. Zack yang junior pun rasa hairan kerana berdasarkan bacaan tangki oksigen, dia confirm mereka boleh sampai ke penyelam tu dan menarik dia sekali.

Tetapi Zack yang hairan dengan keadaan itu pun teringat kembali taklimat diatas kapal bahwa tidak ada sebarang ekspedisi lain dijalankan di bawah gua laut tersebut dan tiada yang akan turun untuk membantu operasi mereka. Tambahan pula, tidak masuk akal penyelam tersebut boleh berenang lebih laju dari mereka kerana mereka sudah sangat pasti tidak ada orang di depan mereka. Tiba-tiba suara sayup meminta tolong berubah menjadi suara ketawa seperti seorang kanak-kanak yang mengejek.

Zack terus berubah dari niat mahu menolong terus berenang naik ke atas secepat mungkin. Dia pun fokuskan kepada operasi menyelamat bersama Will. Setelah segala-galanya siap, mereka terus menyusuri balik jalan keluar dari gua tersebut dengan mayat penyelam lemas yang telah diikat sekali. Sepanjang perjalanan, Zack dapat mendengar di belakang mereka bunyi hingar bingar seperti pergerakan orang dan bercakap-cakap di dalam bahasa aneh dan tidak difahami. Dia yang dari awalnya pelik kini berubah menjadi ketakutan dan hanya mahu naik secepat mungkin.

Sebaik sahaja mereka menaikkan mayat penyelam ke kapal dan keluar dari sut selam mereka, baru lah Will mengingatkan Zack apa yang mereka nampak bukanlah manusia, sebaliknya digelar di kalangan komuniti penyelam laut dalam sebagai “Keepers of The Deep”. Mereka inilah yang kerjanya bermain ilusi dan menarik penyelam ke dasar laut sehingga hilang orientasi dan akhirnya lemas kerana kehabisan oksigen. Mayat penyelam yang dibawa naik ke atas tersebut disyaki salah seorang mangsa terbaru makhluk ini.

Dikutip dari Live Science pada 9/6/2016, masih lebih banyak yang diketahui manusia tentang permukaan Bulan daripada dalamnya lautan. Ada seramai 12 orang yang pernah menjejakkan kaki di permukaan Bulan, tetapi hanya 3 orang sahaja yang pernah menuruni Jurang Mariana yang merupakan bahagian terdalam dalam lautan, sedalam kira-kira 11 km (6.8 batu).

Sekian saja perkongsian ke-2 saya maaf tak sempat nak translate dan atur ayat semuanya untuk habiskan kisah ini InsyaAllah akan ada sambungan lagi … #TokanMisteri

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 5]
#TokanMistik

47 thoughts on “Pengalaman Mistik Penyelam Bawah Laut (2)”

  1. ALLAHU !
    saya memang dari dulu agak fobia dengan laut dalam..
    saya tak boleh tengok air laut yang biru pekat dan gelap tu..
    sebab ia menunjukkan betapa dalam nya lautan itu, automatik saya terasa aneh dan rasa lemas!
    kita manusia, pemikiran itu terhad dan terbatas..
    terkadang yang orang lain tak percaya, ada kebenaran kewujudannya..
    dan semakin dalam kita ‘ gali ‘ sesuatu hal, semakin banyak yang kita tak tahu..
    benda ghaib, pelik dan mistik dalam laut ni saya rasa lagi hebat dari yang ada kat darat tu..
    terbaik penulis! tersuka tanpa sengaja kat penulisan awak ni..
    awak membawa pembaca ke satu dimensi yang lebih mencabar..
    teruskan berkongsi.. saya menunggu!

    Reply
  2. Memang menarik dia punya cerita dan pengalaman. Kawan saya dia kerja navy prnah cerita mcm2 pengalaman dalam laut,ad trserempak dgn ikan gergasi dan ad jugak pernah terjumpa satu perkampungan dalam laut.Macam macam lagi la,terpulang pada seseorang la utk prcaya atau x,hnya org y prnah alami je tau prasaan tu..

    Reply
  3. “Dari belakang saya dapat dengar suara dari makhluk penyelam itu berkata: “Come back here. We need to help them!””

    Sayu plak bace part atas ni…
    Perikemanusiaan tak terbatas utk manusia sahaja rupenye…

    Cerita2 yg ko translated ni mmg misteri…
    Mudahnye mendongak ke langit tapi agak mustahil utk menyelam ke laut dalam…
    Sooo terase debaran pd setiap selaman…

    Reply
  4. saya penah lemas ditarik ombak kat desaru johor , saya penah kene gigit obor-obor kat melaka .. saya penah ditarik ombak jauh ke tengah pantai masa tuu saya baring atas pelampung , ayah yang selamatkan (terimakasih ayah) umur saya dalam lingkungan 10 tahun mcm tuu .. so sejak tu saye memang takutkan laut, laut yang hitam gelap pekat .. rasa mcm ada something.. saya memang fobia dengan laut. lepas kejadian tuu semua sampai laa sekarang saya memang tak pergi laut dah…..

    Reply
    • Laut yg gelap hitam pekat…

      Akk bace pon dh meremang…
      Dlu mse dok area Tg Balau, bile musim angin kuat, air yg biasenye tenang+sgt jernih akan jadi sgt bergelora+airnye hitam keruh…
      Time cenggitu, lalu depan pantai tu pon akk dh lemah lutut takot…
      Lg ngeri ble ade mak pak dgn anak2 kecik yg hati kering dok tepi2 air tu…

      Reply
      • saya sampai nanges2 naik ferry kalau pergi langkawi.. haahah takut punya pasal.. so terpaksa pejam mata buat2 tido.. kalau tak meroyan aku kakkkk oii.. haha

        Reply
  5. Kadang benda yang tersimpan rapi ni bila diungkap, tak tercapai dek akal memikior. Bila baca cerita ni, lagi rasa nak tahu apa yang ada dalam laut tu.

    Reply
    • betul ! rasa ingin tahu tu semakin membuak – buak dalam dada..
      i want more ! makin banyak tahu makin seronok ..

      Reply
  6. kisah misteri di lautan dalam dah ada yang berkongsi cerita..
    bagaimana pula dengan yang di udara?
    kalau sesiapa ada pengalaman mistik dan aneh serta seangkatan dengannya gitau lah..
    cer habaq maii.. hehehehe

    Reply
      • kak yulie, alang alang suruh m, baik jerry ngan sepul jelah yang taip terus! tup tup sepul yang jadi penulis pulak.. hehe kalau jerry tu saya tak yakin sangat rajin ke idok menulis nyaa.. hahaha

        Reply
      • Diorg xleh jd penulis berasingan…
        Nnt peminat berpecah kuranglah peminat tegar M…
        Sbb dlm peminat tegar M ade peminat Jerry…
        Heheheheheh…

        Reply
  7. 10 bintang utk cerita best ni..please sambung lg..semakin dibaca semakin membuak2 perasaan ingin tahu..dlm byk2 story, yg ni rasanya yg paling rare dan paling mencetuskan perasaan ingin tahu yg membuak2..ye la, cerita hantu dan seangkatan dgnnya mgkin kita dh biasa dgr kan..

    Reply
  8. Sebab aku dah baca yang original, versi ko ni macam meh..try hard sangat. Aku rasa lebih baik ko ikut cerita asal dari tambah2 nasi kot. But good effort in translating the stories, I know it’s not easy 🙂

    Reply
  9. tahniah penulis. awak telah membawa pembaca ke satu dimensi lain. byangkan daratan yg terbuka luas pun tak semua dpt diteroka, apatah lagi lautan dan dasarnya. gaya bahasa dan penceritaan menarik tanpa dicemari perkataan yg digunakan oleh ‘bdk2 tgh up’.
    ceritalah lagi. terjemahkanlah lagi. pedulikan mereka yang suka ‘bash’. awak tak berhutang dgn mereka.

    Reply
  10. Tq..sy suka membaca dan ingun tahu pengalaman org lain..dan tak mungkin sy boleh menyelam..jd penulisan begini je yg dpt legakan sifat ingin tahu sy..hihihi puas hati ^_^

    Reply
  11. Laut menyimpan seribu satu misteri yg masih belum terungkai. Bukan setakat ikan je, rasanya ada mcm2 lagi yg kita tak tahu dan agak mustahil utk kita tahu dgn mudah. Nak2 plak lautan dalam kalo kita tengok sendiri dari permukaan pun wujud satu perasaan yg tak tergambar mcm rasa sesuatu. Mcm ada sesuatu kat dlm tu.

    Reply
  12. Menarik.. Sy pernh membaca entri ini di laman lain.. Adakah penulis yg sama or cc.. Pape pn thnks share this story.. ?.. Laut adalah sesuatu kwsan yg susah untk diterokai manusia.. Terlalu dlm n bnyk benda yg xdpt di capai dek akal manusia..

    Reply
  13. Min kenapa tak dikeluarkan cerita ni kat fb,kenapa cerita yg kemudian ko dulukan,ada beberapa lagi cerita yg ko tak keluarkan lagi sama tarikh ngan cerita ni….

    Reply
  14. Pernah baca tulisan sorang ustaz , jin yg paling ganas singgahsanya di lautan. Dan penah baca 1 cerita, rasulullah tempatkn jin islam di kwasn pgunungan dan jin kafir di lautan. Kalau mnusia dikacau oleh jin di gunung inshaallah msih boleh diubati tp sebaliknya jika dikacau oleh jin di lautan. Wallahua’lam.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.