SIAPA PEMBUNUH HAKIM?

Assalamualaikum pembaca2 FS. Kalau admin FS lulusnka cerita aku yang ni, dah kali ke 3 aku post cerita sebelum ni #semangat arwah dan #dia ikut balik bilik-uitm

Kali ni aku terpanggil untuk menulis lagi disebabkan negara kita baru-baru gempar dengan kejadian buli dan b***h. Bermula dengan kes adik Thaqiff yang dirotan oleh warden sekolah tahfiz, yang menyebabkan kakinya terpaksa d******g dan umurnya tidak panjang, meninggal kemudiannya. Belum sejuk lagi cerita tu, masyarakat kita dikejutkan sekali lagi dengan kisah kematian tragis adik Zulfarhan pelajar UPNM yang didera dan dibuli sehingga m**i oleh kawan-kawan satu batch menggunakan seterika wap dan yang terbaru kes di Pulau Pinang adik T. Nhaveen, dipukul menggunakan helmet kemudian disula dengan objek tumpul oleh kawan-kawan sekolahnya sendiri.

Satu lagi kisah 17 Jun baru-baru ni seorang pemuda dari Pahang Amirul Ismad b***h diri dan sebelum b***h diri, berulang kali post kat FB, yang dia nak m**i. Dan, sekiranya pembaca masih ingat terdapat satu kes yang gempar pada masa ketika dulu sekitar hujung tahun 2013 di sebuah sekolah agama tahfiz yang popular di negeri pantai timur, seorang pelajar tahfiz ditemui m**i disyaki pada awalnya sebagai b***h diri dalam tandas asrama. Kisah aku kali ni berkisarkan kepada kes ni.

Sebelum ni aku ada cerita kat korang yang aku pernah ngajar kat uitm dulu kan. Pada awalnya aku dapat tahu cerita ni melalui student aku Azim (bukan nama sebenar), senior kepada pelajar tahfiz yang meninggal dalam tandas tu. Aku suka lepak dengan student sebab banyak terlibat aktiviti dengan dorang. Nak isi masa lapang sambil buat kerja-kerja lain timbul la banyak cerita. Tapi cerita yg paling banyak adalah cerita seram. Masing-masing buka cerita sampai la turn Azim bercerita, sampai aku rasakan cerita dia ni kalau buat novel, memang seronok dibaca.

Selepas aku dengar cerita dia aku banyak buat research pasal kejadian tu sampai lah hari ni terpanggil utk berkongsi cerita dgn pembaca-pembaca semua. Kalau korang masih ingat dan pandai teka ni kes apa, confirm korang semua dapat cari kisah ni kat berita-berita online dan boleh search kat google image gambar-gambar arwah tergantung dalam tandas. Maaf intro aku kali ni sangat panjang sebab aku nak ambik feeling menulis.

Ok aku start, pada hari kejadian, merupakan hari last persekolahan. Sebab dah hujung tahun dah masa tu. Exam SPM pun dah lepas. Azim pada masa tu form 5 manakala arwah pelajar tu aku namakan sebagai Hakim ni form 4. Detail mengenai arwah ni, dari kawan-kawan yang kenal dia, anak sulung, ada adik sorang masih kecik masa tu, mak ayah dah dalam 60 an. Seorang yang suka bercakap, peramah la lebih kurang, tidak sombong, boleh dikatakan hensem la jugak. Arwah merupakan pengawas asrama, salah sorang pemegang kunci pintu pagar asrama.

Dari sini pun kita dapat tau kan maybe ada siapa-siapa tak puas hati sebab nak keluar masuk asrama, arwah yang kena buka tutup pintu pagar. Mesti la sebagai pengawas, arwah tak boleh suka-suka hati buka pagar kan. Tapi tak tahu lah kalau ada sebab-sebab lain lagi. Aku dulu pun masa duduk asrama bertahan 3 bulan je. Sebab serabut dengan peraturan la, tak cukup tidur la, air tak ada, dan yang paling tak suka dengan geng-geng AJK. Dorang macam berebut tau nak cari salah orang, tapi tak semua la.

Sambung balik cerita ni, Azim cerita kat aku, 2, 3 hari sebelum kematian arwah Hakim, arwah sempat bertanya kepada Azim, “Susah ke SPM?”. Itu last dorang borak-borak. Pada malam kematian Hakim, geng-geng Azim form 5 ramai-ramai keluar main futsal dalam 1 pagi sampai 4 pagi. Maklumlah SPM dah habis, main tak ingat dunia la dorang. Keesokkan harinya ramai student tahfiz dah balik ke rumah masing-masing sebab sesi persekolahan pada tahun tu dah tamat termasuklah Azim. Yang masih tinggal kat sekolah lebih kurang dalam 22 orang je, untuk kelas intensif Al-Quran. So, parent arwah Hakim pun tak syak apa-apa la kenapa anak mereka tak balik lagi sebab setiap hujung tahun memang akan ada program macam ni.

Selepas beberapa hari kematian, tak ada sesiapa yang perasan ketiadaan arwah Hakim. Maybe dorang ingat Hakim pun dah balik macam kawan-kawan yang lain. Pada hari penemuan mayat tu, warden asrama buat rutin kebersihan, buat clearance la kan sebab dah akhir tahun. Masa tu, Warden masuk tandas paling bawah dan dia ada terhidu bau busuk. Sebelum tu aku cerita dulu, level paling bawah, bukan asrama pelajar, hanya ada pejabat asrama dan bilik kosong, tingkat 2 dan 3 baru lah asrama pelajar dan setiap level ada tandas. Tandas pulak ada 10, 5 kanan dan 5 kiri. Tandas level ni jarang orang guna. Ok sambung semula, selepas ada terhidu bau, warden cuba untuk cari sumber bau tersebut dan ada salah satu tandas yang tertutup, berkunci dari dalam. Tandas tu kedudukan dia ketiga sebelah kanan. Warden meminta pelajar yang masih ada kat asrama untuk panjat melalui tandas sebelah dan tengok dari atas. Kan kebanyakan tandas di asrama ni dia terbuka belah atas, orang sebelah boleh skodeng kalau nak.

Apa yang memeranjatkan adalah, mereka ternampak ada mayat tergantung dengan kain pelikat. Kain pelikat tersimpul di tengah-tengah sebijik macam tali gantung. Pelikat tu terikat di palang kayu yang di letakkan atas dinding tandas kiri dan kanan. Korang boleh imagine tak? Pasni korang boleh google tengok gambar dia. Melalui siasatan polis, kayu tu diambil dari site berdekatan dalam sekolah tu jugak yang tengah buat renovation, baiki longkang dan mengecat. Selepas pintu tandas dibuka, mayat arwah Hakim dijumpai dalam keadaan separuh bogel. Seluar ditanggalkan, arwah hanya memakai baju t shirt warna merah dan sweater. Di lantai lak dijumpai spek arwah dan selipar tersusun cantik je. Bawah mayat arwah lak terdapat najis dan d***h. Keadaan mangsa masa tu tidak terjelir pun macam sesetengah mayat yang m**i tergantung.

Terdapat keterangan saksi (pelajar) bagitau, pada hari Sabtu 7/12/2013 pelajar tersebut ada masuk dalam tandas level bawah untuk mandi dan mendapati pintu yang ketiga sebelah kanan tu dah sedia tertutup dan tiada terhidu apa-apa bau. Dan kemudian, mayat dijumpai pada 12/12/2013 hari Khamis. Boleh imagine tak dah berapa hari mayat arwah Hakim terseksa. 2, 3 bulan kes ni, polis ada memanggil semula saksi-saksi yang ada pada masa kejadian, yang aku bagitau dalam 22 orang pelajar masih kat sana untuk intensif kelas Al-Quran kan. Salah sorang kawan Azim yang berada di Mesir pun dipanggil balik untuk bagi keterangan.

Selepas tu, dari laporan awal polis mengklasifikasikan kematian ni sebagai m**i mengejut means B***H DIRI tiada unsur khianat. Tetapi banyak persoalan yang timbul lebih-lebih lagi arwah ni seseorang yang tahu hukum hakam agama. Dah dapat hafal Al-Quran hampir 20 juz. Parent arwah tidak puas hati dan meminta disiasat dengan lebih terperinci dan selepas dibedah siasat, terdapat kesan tikaman pada perut arwah. Terdapat juga kesan lebam-lebam. Menurut laporan, arwah dipercayai d*****h dahulu sebelum digantung.

Sehingga sekarang, kematian arwah Hakim tidak terbela lagi. Aku ada search kat internet cari berita latest mengenai arwah, Jun 2016, parent arwah bersyukur keputusan mahkamah korener mengesahkan arwah bukan b***h diri tetapi d*****h. Alhamdulillah, syukur kepada Allah sebagai orang Islam arwah m**i bukan dengan cara yang dilaknat Allah. Selepas aku dapat tau cerita ni dari Azim, aku selalu terbayang smpai sekarang, camne agaknya kehidupan pembunuh-pembunuh arwah Hakim? Bahagia ke? Boleh tidur ke? Tak terbayang-bayang ke wajah arwah detik-detik terakhir nafas dihembus depan mata dorang? Tak terbayangkan ke detik-detik masa dorang berhempas pulas gantung mayat yang tak bernyawa dalam tandas tu? Dan tergamak pulak dorang tanggalkan seluar arwah?

Masyarakat kita kena beringat dan hati-hati, pembunuh arwah Hakim masih di luar sana. Mungkin mereka tu saudara kita? Kawan kita? Anak menantu kita? Dan aku percaya kalau si pelaku-pelaku tu pelajar kat sana, dorang tergolong dalam pelajar yang bijak pandai. Nak masuk sekolah tu perlu result yang cemerlang. Kalau mereka dah berkerja sekarang, mungkin ada yang dah jadi ustaz atau Hafiz, dan mungkin juga dah jadi guru.

Aku berharap, setiap tidur mereka dihantui oleh kejadian-kejadian tu dan hidup mereka tak tenteram sebagaimana mak ayah arwah Hakim yang masih lagi tertanya-tanya siapa yang sanggup merampas nyawa anak kesayangan, anak harapan mereka. Al- Fatihah untuk arwah,.. Sekian. Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin.

Ziel
Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]

7 thoughts on “SIAPA PEMBUNUH HAKIM?”

  1. Wpun pembunuh belum ditangkap, sekurgnya nasib arwah di akhirat terbela, pembunuh tu patut kena sumpah x bahagia seumuq hidup,

    Mcm mana dgn kes nurse yg hilang kat swak/ sabah, dh lama sgt dia hilang, x dak jumpa mayat, cuma ada baju seragam biru ja, ntah kat kg bunian tak,

    Reply
  2. Kesian Arwah.. semoga Allah memasukkannya di klgn org2 yg beriman.. sy google ttg cerita ni, menurut berita, ibu Arwah seorg jururawat terlatih 20 thn. Klu m**i b***h diri biasenye lidah akan terjelir keluar. Tapi anak dia tak. Kmungkinan dh meninggal baru dipsg kain pelikat mcm b***h diri. Pembunuhan yg licik dan teliti. Smpai skrg tak tau sape pelakunye

    Reply
  3. Terima kasih atas perkongsian cerita ttg kes ini. Saya mmg tertarik dgan kes ni sejak terbaca berita ttg nya dlm akhbar bbrapa tahun lepas. Benda jahat sampai bila nak sorok. Truth will gonna be prevail. ?

    Reply
  4. Sy dapat rumusknpwmbunuh itu dikalangan 22 pelajar tu… mungkin pembunuh die seorang homoseks… arwah mungkin pegang rahsia besar suspek…

    Reply
  5. Mmg tragis kisah ni , dan aq tau kisah ni . Aq harap sgt si pelaku di beri gnjaran yg stimpal dan di beri hidayah kpd kita semua as pendosa tnpa noktah

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.