Ada benda tumpang tidur

Salam..

Nama Aku yana, Aku akan kongsikan cerita seram aku berdasarkan pengalaman aku sendiri yang berlaku 15 tahun lepas. Masa ni aku baru sekolah menengah tingkatan 4, Jadi korang mesti tahu umur aku sekarang ni dah berapa. Okay, kisah ni berlaku di Dalam blik aku, rumah aku sendiri.
Sebenar nya rumah ni aku tinggal dengan family aku. Rumah Pangsapuri tapi tingkat bawah sekali.

Nak jadi kan cerita blakang rumah aku tu semak, biasa lah, masa tu Jalan depan rumah tu belum ada Jalan besar Lagi, jadi laluan situ agak sempit dan penuh dengan pokok besar.
Aku ni jenis orang yang suka tidur lambat, pukul 2-3 pagi pon susah nk tidur. Mak ayah aku pulak tiada di rumah masa tu, kalau korang nak tahu mak ayah aku ni meniaga, ada restoran sendiri, jadi dari petang sampai pukul 5 pagi memang tak ada dekat rumah, dan nak dijadikan cerita yang ada masa tu tinggal aku dengan adik lelaki aku tiga orang.

Pada malam tu tak seperti malam biasa, agak sunyi, jam menunujuk kan pukul 12.30 tapi aku rasa tak mengantuk, making fresh pulak, adik aku semua dah tidur, bilik aku tu pulak memang menghadap semak, kalau bukak tingkap memang akan nampak semak tu, masa tu aku da habis siap kan kerja sekolah. Aku perasan malam tu memang agak sunyi, tiada kedengaran apa-apa bunyi dari jiran-jiran lain, memang pelik, sebab biasanya malam-malam yang sebelumya dengar jugak bunyi orang-orang bising, melepak, dengar jugak bunyik gitar budak-budak tu.

Tapi malam tu tak ada langsung, sunyi sepi. Kebetulan bulan memang penuh masa tu, aku Tetap tak boleh nk lelap kan mata, Aku rasa nk minum air panas masa tu, ak pergi dapur nk buat air milo,dengan harapan lepas minum ni boleh lah tidur. Masa aku nak masuk bilik aku, terdengar ada sesuatu bunyi kat tingkap seperti bunyi orang mencakar,aku buat tak tahu jela sangkaan aku mungkin tak ada apa-apa, rasa nye kucing kot. Tapi tak lama lepas tu dengar lagi bunyi tu, aku pon selak lah langsir aku nak pasti kan bunyi apa, aku bukak tingkap memang tiada apa-apa.
“Haih ape benda tadi eh? Soal aku” kacau betol lah” masa aku nak tutup tingkap tu, aku dapat rasa desupan angin ke arah telinga aku, angin seperti sepantas kilat, yang pelik nya takde angin pon masa tu, malam tu memang panas, lepas aku tutup tingkap aku rasa nak ke tandas, entah kenapa aku rasa tak sedap hati, bila aku kat tandas aku rasa macam ada seseorang perhati kan aku, mungkin perasaan aku kot masa tu. Aku masuk bilik adik aku, nak jengok dorang, mana tahu belum tidur lagi ke? Aku tengok mereka lena tidur, aku cuba tak nak fikir bukan – bukan, aku masuk bilik aku, aku rasa mengantuk pulak, sedang kan sebelum tu bukan main segar lagi mata aku.

Aku memang tak fikir apa-apa masa tu. Yang aku tahu aku nak tidur, jam da pukul 1 dah, Aku dengan yakin nya tutup lampu terus baring, baru nak tarik selimut aku terbau sesuatu benda yang sangat busuk, busuk sangat susah nak gambar kan, takkan lah ada bau busuk dalam bilik aku, tadi tak ada, mana bau tu datang pulak? bau macam bangkai, betol-betol menusuk hidung, aku pon nak bangun nak bukak lampu, entah kenapa badan aku seolah olah rasa kaku.

Aku tiba-tiba je tak boleh nak bangun. Mulut aku nak menjerit panggil adik aku, tapi masa tu terasa mulut aku terkunci, bau tadi semakin menusuk hidung. Aku tak boleh gerak kan badan aku. Aku menoleh sebelah kiri kepala aku alangkah terkejut nya aku bila nampak sekujur tubuh baring di sebelah aku, betul-betul sebelah aku dekat atas katil, jantung aku seolah olah nak gugur, hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan aku masa tu.

Aku tak mampu nak berkata kata, mulut seolah olah terkunci, badan pon tak boleh nak bergerak langsung. Tapi mujur jugak aku tak nampak muka dia, sebab terlindung dengan rambut yang panjang dan kusut masai. Aku tak pasti makhluk apa, sebab bilik gelap, tapi aku tak tutup pintu bilik jadi cahaya dekat luar boleh masuk dalam bilik tu. Aku boleh nampak samar samar, kuku dia memang panjang, dia baring sebelah aku pulak tu, haihh memang seram, aku hanya mampu pejam kan mata, masa tu tak payah cakap lah, dah menggelabah, takut yang teramat sangat, semua doa keluar, berterabur, dengan doa makan pon aku baca.

Aku hanya mampu sebut Allahuakbar berulang ulang kali, sambil mata pejam rapat, aku buka mata aku semula, kali ni aku tengok memang dia ada lagi, “ada lagi? Aku rasa nak menangis masa tu, aku hanya mampu pejam mata rapat rapat je, aku buka mata semula, Aku tengok makhluk tu ada lagi.” Eh ada lagi benda ni?” tanya aku dalam hati, aku tenang kan diri dalam ketakutan, tangan aku hampir kebas, aku dapat jugak baca ayat kursi sambal pejam mata mulut aku kumat kamit, lepas tu aku buka mata perlahan lahan, makhluk tu dah tiada, tiba tiba badan aku yang kaku tadi dapat bergerak semula, aku lari ke luar bilik sambil menjerit, aku sedar jam masa tu hampir 5 pagi, aku tak tahu lah berapa lama aku baring dengan benda tu, rasa macam sekejap je, aku dengar bunyi pintu dekat luar, dalam hati aku, tak kan lah mkhluk tu ada lagi? Aku brani kan diri selak langsir, rupa nya masa tu mak ayah aku baru balik, fuhh lega sekejap “kak long kenapa tak tidur Lagi”? tanya ayah aku, aku dengan keadaan pucat lesu, aku cerita kan semua apa yang berlaku, ayah aku terus mengazan kan bilik tu, yang pelik nya adik aku kata malam kejadian tu dia pon rasa mengantuk, dan tak sedar langsung pon masa aku menjerit, memang adik adik aku dah tidur awal juga masa tu.

Pagi tu aku tak pergi sekolah , mungkin Allah nak uji aku masa tu, sejak kejadian tu aku tak berani lagi nak tidur lewat, apa lagi nak tidur sorang, sebulan lebih jugak aku tak tidur bilik,fobia dengan apa yang berlaku, Aku mesti terbayang benda tu kalo masuk bilik, aku tidur di ruang tamu sahaja.
Walaupun kisah ni sudah lama berlalu, tapi aku masih tetap tak dapat lupakan sehingga kini. Sampai sekarang aku masih takut nak tidur sorang diri
Itu sahaja perkongsian dari aku. Sekian terima kasih..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Yana

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4.5]

2 thoughts on “Ada benda tumpang tidur”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.