Salam warga FS. Bertemu lagi kita dalam Siri #SiCelupar.
Perkongsian cerita aku kali ni terjadi sewaktu aku dalam semester 5 di universiti. Kat mana aku belajar? Korang teka-teka sendiri je la.
Setiap pelajar dalam course yang aku ambik tu diwajibkan untuk ambik bahasa ketiga selama tiga semester berturut-turut. Aku memilih untuk ambik kelas bahasa jepun ataupun dipanggil, Nihongo. Dan selama 3 semester ini tugasan yang paling best semestinya Short Movie. Bentuk satu kumpulan dalam 4 ke 5 orang, buat skrip dalam bahasa yang kita ambil tu, dan lakonkan dalam bentuk visual video menjadi short movie berdurasi 10-15 minit. Haaa..mesti ramai dah tau aku belajar mana kan?
Kisahnya bermula apabila aku dan ahli kumpulan aku nak buat short movie yang bertemakan “hantu”. Maka, terciptalah skrip yang boleh tahan lah jalan ceritanya. Dan salah satu lokasi pengambaran kitorang adalah di bangunan fakulti yang sememangnya kaya dengan cerita mistik.
Aku ni jenis malas nak dengar cerita orang. Tak takut selagi tak kena. Siap duk celupar menyakat si Lisa lagi, “hopefully ada benda sakat kau karang Lisa..hihihihi.”
Buat movie hantu, mestilah nak kena berlakon malam hari. Masa tu hari Sabtu, so tak ada orang kat fakulti malam-malam. Bila tak ada orang, banyak scene yang boleh kitorang buat. Adalah scene berlari-lari dekat sepanjang laluan depan kelas. Scene dekat depan cermin dalam toilet fakulti. Scene dekat lif. Semua shot dapat dirakam dengan kemas. Boleh katakan semua lancar je malam tu. Sehinggalah satu scene yang mana aku perlu tunggu kat luar lif dan geng lain akan muncul dari dalam lif dari tingkat atas. Tujuannya, sebab aku nak rakam nombor lif tu bergerak dari 13, 12, 11, 10 sampailah tingkat 3 yang aku berada ketika tu dan aku nak rakam diorang keluar dari lif.
Tengah duk tunggu tu, tiba-tiba lampu kawasan luar lif di tingkat 3 tu terpadam semuanya. Membuatkan sekeliling jadi gelap gelita. Laju aku keluarkan phone dari poket lepas tu hidupkan lampu kamera. Aku suluh ke arah pintu menuju ke tangga. Pintu tu ada cermin kaca yang boleh nampak luar pintu. Tau tak aku nampak apa kat situ? Aku nampak member satu group aku, Lisa, yang berlakon jadi watak hantu dalam short movie kitorang ni, tengah duduk situ sambil sengih menyeringai dekat aku. Apa lagi terus aku mencarut semua perkataan yang aku tau. Siap bagi middle finger kat minah tu.
Aku keluar la ke arah tangga tu. Rupanya ahli geng lain ada kat situ duk tergelak terkekek-kekek. “Kau patut tengok muka kau tengah cuak tadi dowh” salah sorang dari diorang duk perli aku.
Bengong diorang ni. Kerja tak siap lagi tapi sibuk nak menyakat orang. Gurau-gurau jugak tapi kerja kena beres. Aku ajak diorang masuk ke kawasan depan lif semula. Lampu pun dah ada balik. Masa aku nak tekan butang kat tepi pintu lif no 1, lif no 2 yang datang dari atas berhenti dan terbukak. Mengucap panjang aku masa tu! Geng-geng aku keluar dari lif tu. Siap bebel “la..kata nak record scene kitorang keluar lif, apasal tak on kamera?”. Sumpah aku terus terduduk atas lantai. Lutut aku lemah. Muka aku pucat gila masa tu.
Aku toleh ke arah belakang, ke arah luar pintu menuju ke tangga, dan ke sekeliling kawasan lif tersebut. Nothing. Tak ada sesiapa pun kat situ. Tak ada sesiapa pun di belakang aku. Jadi,siapa yang duk tergelak ramai-ramai terkekek-kekek gelakkan aku masa kat tangga tadi.
Damn. Aku terkena malam ni.
Selaku ketua projek, aku putuskan untuk tangguhkan dulu shooting malam tu. Kitorang terus cabut. Lepas tu lepak dekat mamak. Aku macam biasa, lepaskan rasa penat dengan segelas teh ais dan sepinggan megi gorang, telor goyang. Lepas tu, mula la masing-masing tanya apa yang berlaku dekat aku. Aku cerita la apa yang berlaku. Lisa gelak-gelak je. Dia cakap tu balasan untuk aku suka menyakat dia. Bila aku bagitau yang kita perlu lakukan lagi beberapa scene, masing-masing mula tunjuk riak kecut perut. Ha! Tau takut!
Malam esoknya. Kitorang decide nak siapkan semuanya hari tu juga. Kalau ikut plan, kitoran nak shoot dalam 3 hari. Tapi, takut punya pasal, kitorang cut jadi 2 hari je.
Pengambaran pada hari kedua ni berjalan lancar je. Sehinggalah shot terakhir. Stil tak ada apa-apa yang kacau. Lega la kitorang. Tapi, langit tak selalunya cerah. Masa kitorang nak balik. Tragedi kedua bermula!
Kitorang habiskan scene kitorang dekat tingkat 8. lepas kemas semua barang, kitorang pun nak turun la ke tingkat satu guna lif. Masa lif berada dekat tingkat 3 tiba-tiba lif berhenti. Dapat rasa la kan lif tu berhenti. Langsung tak bergerak. Tapi, pintu tak terbukak pun. Dan, tak ada pun antara kitorang yang tertekan butang no 3. Memang butang yang menyala kat situ pun cuma butang No.1 je.
“Aphal plak ni!” aku start membebel. Padahal aku dah start takut sebenarnya. Jemal duk tekan butang Open pun still pintu lif tu tak terbuka.
“Sial la! Kitorang tak kacau kau, kau jangan kacau kitorang!!” aku marah betul masa tu. Elok je aku habis ayat aku tu, paammm!!! Pintu lif tu terbukak laju. Bukan buka perlahan sopan tu tau. Buka laju. Laju sampai gedegang bunyi dia. Bila terbuka je kawasan luar lif tu gelap gelita. Masing-masing duk lari ke belakang, semua taknak duduk depan dekat dengan pintu.
Zamir dah start baca-baca dah. Kitorang lima orang masa tu, lima-lima tak boleh pakai. Nasib baiklah si Zamir ni masih waras nak baca ayat kursi. Tengah dia baca tu, tiba-tiba pintu lif tu tertutup pulak. Laju! Laju macam masa dia terbukak tadi. Kalau ada orang kat tengah pintu tu sumpah boleh pecah kepala rasanya. Bila dua pintu lif tu laju bertembung, paammm!! Kuat gila bunyi berlaga.
Entah camane kitorang dapat rasa lif bergerak naik. Bukannya menurun. Memang menaik. Lampu pada nombor dekat skrin pun tunjuk kiraan menaik. Dari tingkat 3 naik ke 4, naik ke 5, naik ke 6 sampailah ke tingkat 10. Kemudian dia senyap semula. Pintu lif terbuka. Suasana luar sama, kelam gelap.
Elok je pintu terbuka penuh, tiba-tiba buzzer amaran muatan berat berbunyi. Skrin pun tulis “Overload”. Berpeluh weh masa ni. Ada 5 orang je dalam lif tu tapi overload. Masa ni agak-agak korang akan buat apa. Nak stay, maknanya kau stay dengan “benda” yang baru masuk dan buat lif tu overload. Nak keluar, entah apa ada kat luar pulak. Masing-masing pandang muka masing-masing seolah-olah macam cakap, kau la keluar, kau la keluar.
Masing-masing taknak, so aku beranikan diri melangkah keluar. Zamir ikut aku. Elok je aku ngan zamir dah sepenuhnya kat luar. Paaammm!!! Pintu lift u tertutup laju lepas tu aku dengar member-member kat dalam lif menjerit.
Aku dan Zamir tak tunggu dah, terus lari ke bawah guna tangga. Bayangkan la dari tingkat sepuluh tu kitorang turun berlari guna tangga tu nak pergi tingkat satu. Masa tengah menapak turun tu, kitorang terdengar bunyi orang tepuk tangan ramai-ramai dari arah atas. Seolah-oleh macam happy tengok kitorang berlari takut. Aku ngan Zamir memang tak berani nak toleh ke atas. Laju je kaki ni berlari turun tangga. Zamir baca ayat kursi kuat-kuat. Aku baca jugak tapi entahlah. Berterabur rasanya.
Sampai kat bawah aku tengok 3 ahli kumpulan aku tu dah ada kat bawah. Mira dah nangis sambil peluk Lisa. Aku tanya la, kenapa? Diorang cakap masa pintu tu dah tertutup, lampu lif terpadam. Lepas tu lif tu turun laju ke bawah, rasa macam free fall. Dan dalam masa yang sama. Ada bnyak tangan pegang-pegang badan diorang. Rasa ada kuku tajam. Tak kena cakar, just pegang macam kena raba-raba satu badan. Dan lepas tu masa berselisih dengan tingkat tiga, diorang dengar suara jeritan pompuan cukup kuat, sampai boleh dengar dari dalam lif.
Aku tanya la, jeritan? Aku pelik la sebab kitorang ikut tangga. Kawasan tangga tu bergema. Kalau ada benda menjerit konfem kitorang dengar. Lepas tu Zamir tanya, jeritan macam mana?
“Aaaaaaarrgghh!!!!” terus satu suara jeritan bergema dari tingkat atas, dari arah tangga yang kitorang turun tadi.
Lintang pukang kitorang berlari ke kereta.
Dan Alhamdulillah, tak ada yang tak elok berlaku lepas tu. Filem Pendek Nihongo 2 kitorang pun lecturer suka dan dapat A untuk semester tu. Tapi, aku and the geng ni memang jenis tak pernah serik. Sebabnya, untuk Nihongo 3, kitorang still buat filem pendek bertemakan “hantu” tapi lokasi yang berbeza dan tragedi yang berbeza..hahahhahhaa.
Note: Kitorang check video yang kitorang record dan gambar yang kitorang ambik semasa shooting tu, takde plak apa-apa seram yang muncul..hmmm..Dan lagi satu, aku pelik mana pak guard yang jaga bangunan tu. Dua malam kitorang datang, dua malam tak nampak batang idung.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Pak guard curi tulang la tu. Hehe
best
waaa….seramnye cerita ni! seriau baca..tepuk ramai2. adoi
cerita ni best sgt (antara yg ter”best” yg ada kat FS ni)…
aduhhhh lom ditayangkn dh ada org tepuk tangan
tp syabas utk korang sbb still berani lg nk hadapi seme tu…
klu sy… hahahaha… pengsan bangun balik n pengsan balik
Sambung citer pls 😀
Pak guard pun seriau nak jaga mlm2 kot..
Sambungg critaaaa lagii . Best sgt sgt sgt . Nk tahu smbgn lagii pleasee . Heheh. Seram plus best sgt
Cerita yg plg best…terbaiklah
TERBAIK!
ni cerita ciplak dr movie ke apa?! mcm tipu je…
Try ko pergi..uitm shah alam,menara saas..menara yg bila cat tak tahan lama..jd pudar/jd buruk semula..nak cari paranormal syok sini..haha.janji stamina kuat nak lari turun tangga..haha
tak kira lah citer nih tipu atau tak tapi still best. terhibur + seriau !
kau ni Duman bising argh……!
Best apa cerita dia.
budak UITM. KONFEM! Haha
Kalau menara SAAS mmg tingkat 3 dan 10 tu scary. penah kena jugak
dalam kelas tengahari pun kena kacau. habis histeria
aku baru nak ckp, pak guardnya mana. takkan tak bising budak budak ni masuk blok fakulti tgh malam.. tp cite ni best beb!
erm..rasenye bende tu tengah shooting jugak tu..huhu..
5 bintang ^_^
UiTM Shah Alam. Ni mesti shoot kat menara ni. Hehehe.
Best Laa Mmg Tak Jemu Mmbaca Sedar Tak Sedar Btery Plk Nk Hbs..#SiCelupar
mulut kau ni memang celupar gila. aku kalau dapat kwn cmni aku cili2 je mulut tu. takut kan org lain last2 diri sendiri yang kena dulu. haha
ada yang tajuk “Aku, Dia dan Skrip Hitam”.. lecturer hang kah?? haha
Menara saas,uitm..ak pernah kena..mmg celakat sgguh jin2 dekat menara tu..tgh hari pom nak bergurau..
aku pelik ngn si duman ni. asyik bj kondem org je. kau dh kenapa setan? hati busuk?mane kau punye story?x de pon kan?anat punya bangkai..tekanan lak aku ngn si kuman ni. eh duman
I have noticed you don’t monetize your blog, don’t waste your traffic, you can earn extra bucks every month because you’ve got hi quality
content. If you want to know how to make extra bucks,
search for: Mrdalekjd methods for $$$
pak guard mngulor
ni namanye xmkn saman..da kena still degil nak buat lagi
ish kalau aku tknk join dah tapi still kena fikir pasal markah en
Best