Assalamualaikum kepada para admin dan pembaca FS sekalian. Nama saya Noir dan ini merupakan kali pertama saya menghantar cerita saya di Fiksyen Shasha. Cerita ini merupakan berdasarkan pengalaman saya sendiri semasa saya kecil. Saya memohon maaf jika terdapat kesalahan tatabahasa kerana Bahasa Malaysia bukan bahasa pertama saya. Selamat membaca semua.
Kuma merupakan seorang budak lelaki berumur 5 tahun yang mempunyai satu kebolehan yang tidak dimiliki oleh ramai orang iaitu melihat benda-benda ghaib atau benda-benda yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Sejak dia lahir, Kuma tidak dapat membezakan benda yang ghaib dengan yang nyata.
Pada suatu hari, Kuma dan ayahnya mengunjung ke satu rumah tua milik moyangnya yang merupakan seorang yang kuat mengamalkan ilmu-ilmu batin pada waktu petang selepas solat Asar di masjid berdekatan. Semasa ayahnya sedang mengemas rumah dan mencari barang-barang rosak untuk dibuang atau dijual, Kuma dibiarkan sendiri bermain dihadapan pintu rumah yang terbuka luas.
Tiba-tiba seorang lelaki yang sangat tua muncul di hadapan rumah tersebut dan menyapa Kuma dengan suara yang lembut.
“Aga Kareba (Apa khabar), nak?” lelaki tua tu menyapa Kuma dengan bahasa Bugis
“Kareba medeceng (khabar baik), atok. Ada apa, tok?” Tanya Kuma dengan sopan
Lelaki tua itu pun senyum dan menjawab soalan Kuma dengan soalan.
“Ndak. Atok mau tanya bha. Laki-laki yang ada dalam rumah itu…bapak kamu ya?”
“Iya tok. Bapakku ku itu. Atok dari mana ya?”
Lelaki itu pun duduk di sebelah Kuma dan memberikan senyuman yang manis kepadanya.
“Atok dulu pernah tinggal disini. Lama sudah Atok ndak pergi rumah ni. Rindu pulak.”
Kuma melihat lelaki tua itu dengan penuh kehairanan.
“Tapi kan tok… rumah ni moyangku yang punya. Atok ni saudara moyang ku ka?”
Lelaki itu ketawa dan menjawab.
“Saudara? Boleh dikatakan begitula. Atok ni dulu rapat betul dengan moyang kamu. Sehinggakan kami susah mau dipisahkan,” kata lelaki tersebut sambil ketawa dengan halus.
Lelaki tua itu menepuk tangannya seperti teringat sesuatu.
“Oh ya. Atok hampir lupa pulak. Kasi tau bapak mu ada satu buku hijau di almari besar dalam rumah ni. Penting betul ni. Cepat kau pergi kasi tau bapak mu,” kata lelaki itu sambil menunjukkan muka serius.
“Oh yakah? Kejap ya, tok. Aku pergi kasi tau bapakku dulu”
Kuma pun pergi ke dalam rumah itu untuk mencari ayahnya yang sedang mengemas barang-barang. Ketika dia sedang mencari ayahnya, dia ternampak beberapa gambar potret yang bergantung diatas dinding ruang tamu dan ternampak gambar orang tua yang bercakap dengan dia tadi.
“Ooooh. Betul la atok tu pernah tinggal di rumah. Ok la. Cari bapak dulu la.”
Kuma naik ke tingkat satu dan akhirnya berjumpa dengan ayahnya yang sedang mengangkat kerusi sofa keluar dari bilik tidur. Kuma memanggil ayahnya dengan suara yang sangat kuat.
“Pak! Oh Pak!” kata Kuma untuk menarik perhatian ayahnya
Ayahnya, David, terus menurunkan kerusi sofa tersebut dan pergi kepada Kuma untuk mengusap kepala anaknya.
“Kenapa Kuma? Bapak sibuk sekarang ni.” Kata ayahnya degan suara yang dalam.
“Anu pak. Tadi ada satu atok ni cakap ada buku dalam almari besar. Ndak tau buku yang mana satu.” Balas Kuma
David meminta Kuma membawanya kepada lelaki tua yand dijumpai anaknya dan apabila mereka tiba di hadapan pintu rumah, lelaki tua itu sudah tiada.
“Aik? Tadi atok tu ada disini. Oh ya gambarnya pun ada dalam rumah.” Kata Kuma sambil mencari-cari lelaki tua itu.
David terdiam sejenak tetapi dia tetap mengikut Kuma untuk melihat gambar yang dimaksudkan. Setibanya mereka di ruang tamu, Kuma menunjuk gambar lelaki tua itu.
“Ahhh tu dia gambarnya! Itu lah atok yang cakap ada buku dalam almari tadi!” Kata Kuma dengan penuh semangat.
David pun tergamam kerana gambar yang ditunjuk oleh anaknya adalah milik arwah datuknya yang telah meninggal 30 tahun yang lalu. Mengetahui tentang amalan dan ilmu-ilmu datuknya, David pun pergi ke almari yang dimaksudkan oleh lelaki tua itu. Alangkah terkejutnya David menjumpai buku tersebut kerana didalam buku itu adalah geran tanah milik arwah datuknya dan geran itu telah lama hilang.
Sejak dari hari itu, Keluarga Kuma menjadi bertambah senang kerana David telah mengusahakan ladang kelapa sawit diatas tanah milik arwah datuknya.
-Tamat-
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Lawati laman facebook penulis: https://www.facebook.com/fadzilnoir
1st
Tahniah…. hahaha
jangan komen mcm ni juri. i taknak u kena kecam bertubi. hahahhah
2st
Dah baca habis ke tu ff???
HAHAHAHAHA belom lagi hehe. sat gi baca. komen dulu. sat gi ada orang kecam main nombor2 camni hahhahahaha
cu F ni mmg mintak kena kecam ni..nek da bertobat da…hahahaha
cu tobat dah nek. Sekarang ni cu duduk di kampung je nek. hahaha
hahahaha…nek pon nak ikot korang semua balik kg..baik kita bercucuk tanam di sana…
Jom nek. Ade gak hasil nanti. hehe
dapat hasil bole kita mkn kat luar erk cu…
Misteri.. Cerita digarap dgn baik..
Aduhhh ini bukan cerita seram!!! Kak KM tak relaaa membacanya! Ahhhhh!!! Kak KM rimas dgn FS sekarang semua cerita tak best!! Ahhh!!! AAhhhhh!!!! AHHHhhhhhh!!!!!! (komen sambil menonggeng)
Sabar kak,In Shaaa Allah, ada lah nanti cerita-cerita yang menarik akan keluar.Tapi,bagi saya cerita ni best!?
Mungkin penulis masih baru lagi dalam berkarya..Lama-lama nanti,mesti kisah penulis semakin menarik!Saya yakin!☝️?
hye noir..cerita ni berdasarkan pengalaman noir ms kecik..tapi kuma tu sape?
wpun bahasa malaysia bkn bahasa pertama noir, tp cara penulisan noir sgt bagus..
cerita simple & tiada unsur seram..cikbambam bg 5.5/10..terus kan berkarya..~
#cikbambamdahskema
Page last please
hahh??baik abang..
5/10
Kipidap Noir..cerita ringkas dan menarik?
errr…
Atok tua tu macam la saka la kiranya kan? Apa korang rasa?
Ada unsur seram but tak cukup meremang. Jalan cerita menarik.
Kuma tu apa?
Naseb baik atuk tu dtg nak bagi geran tanah je, kalau dia bagi ilmu atau belaan lagi naya je cu…mcm nenek ni takde harta, cuma ada sebatang penyapu je..ada sesapa tak nak warisinya? huhu..
nek.. cik bambam kata dia dah ambik penyapu nenek. betul ke nek? hahahaha
nek, meh pindah kampung nek.. semua cucu nenek tunggu nenek kat sana.
mana ada cu F..Cu tmbam pinjam je tu..dia tu mg suka curi2 naik penyapu nenek….ok, nek dtg jap lagi..
hahaha
uik cu elina..gelakkan ape tu?
just okay
Best?…
ermmm
?
cte ringkas tp best!
👎🏿
2/5
Not bad