Saka Penanggal Keturunan

Mimi, itulah nama ku. Kisah ini bermula sekitar tahun 1999. Pada ketika itu Umurku baru sahaja 10 Tahun. Masih segar di ingatan mengenai kisah yang aku ingin kongsikan.

Kampung ku diberi nama Kampung Bunga (Bukan Nama Sebenar). Kisah ini mengenai seorang wanita yang menduduki kampung tersebut yang bernama Mastura (Bukan nama sebenar). Mastura Mempunyai 5 orang adik dan Mastura Merupakan anak Sulung dalam keluarga tersebut. Mereka adalah anak yatim piatu.

Ayah Mastura, Pak Ali telah meninggal dunia pada tahun 1996. Manakala ibunya pula meninggal dunia beberapa bulan selepas ayahnya meninggal. Mastura terpaksa bertungkus lumus  bekerja untuk menyara adik-adiknya yang lain untuk sekolah. Mastura berkorban demi melihat adik-adiknya berjaya dalam pelajaran. Sebagai kakak sulung. Mastura mengambil tanggungjawab menjaga adik-adiknya. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah keadaan Mastura adik beradik.

Di sebalik kisah susah Mastura tersebut, keluarga Mastura mempunyai saka keturunan dan saka tersebut adalah saka penanggal. Disebabkan Mastura anak sulung, setelah ibunya meninggal, ibu Mastura meninggalkan saka tersebut kepada Mastura. Walaupun ianya tanpa kerelaan Mastura sendiri kerana Mastura tahu akan akibatnya apabila menerima saka tersebut. Tiada seorang pun mengetahui mengenai Mastura lah pewaris kepada saka keturunan ibunya.

Apakah Penanggalan. Penanggal merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi tujuan memelihara harta dan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Hantu penanggalan dipercayai diberi makan darah daripada ibu yang mengandung / baru melahirkan anak oleh tuannya.

Hantu penanggalan dikatakan membolehkan tuannya mampu menjelma sebagai sejenis makhluk berkepala dengan urat perut yang bercahaya dan terbang mencari mangsa. Penanggalan akan terbang kerumah yang dikenal pasti mempunyai wanita yang baru bersalin dan kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka.

Cara menghalang gangguan Penanggalan dikatakan dengan cara meletakkan daun berduri, seperti daun mengkuang, di bawah rumah ibu yang baru bersalin. Ini dikatakan kerana hantu Penanggalan takut menghampiri rumah yang berduri kerana bimbangkan tali perut mereka tersangkut pada duri tersebut.

Mereka yang memelihara Penanggalan dikatakan mampu menanggalkan kepala dan urat perut mereka dan terbang mencari wanita bersalin bagi memberi makan kepada Penanggalan. Selepas mereka makan, dikatakan pengamal Penanggalan akan merendam urat perut mereka kedalam tempayan yang berisi cuka bagi mengecutkan perut sebelum masuk kembali ke dalam badan asal mereka.

Salah satu cara yang dikatakan paling berkesan bagi mengenal pasti pemilik Penanggalan adalah dengan memusingkan jasad tanpa kepala yang ditinggalkan ketika mereka keluar mencari mangsa. Ini kerana apabila mereka kembali, kepala tersebut akan bercantum songsang dengan jasad mereka menyebabkan kepala mereka bercantum kearah kebelakang. Kepala menghadap kebelakang tubuh.

Pada suatu hari ada sepasang pasangan yang baru berpindah ke kampung tersebut. Nama pasangan tersebut ialah Jalil dan Hamidah(bukan nama sebenar).  Dan secara kebetulan rumah mereka terletak di sebelah rumah Mastura. Semasa pasangan tersebut mula-mula berpindah ke kampung tersebut,  Mastura rajin membantu mereka mengangkat barang beserta mengemas rumah tersebut. Mastura memang sorang yang rajin dan suka membantu orang.

Jalil dan Hamidah amat mengagumi dan amat senang dengan sikap Mastura yang suka membantu itu. Dalam pada itu, Mastura selalu melirik ke arah Hamidah memandangkan Hamidah sedang hamil 7 bulan anak sulung tanpa Jalil dan Hamidah ketahui. Pasti para pembaca tertanya-tanya kenapa Mastura suka melirik ke arah Hamidah kan.? Jawapannya akan diketahui nanti.

Setelah kandungan Hamidah genap 9 bulan, maka pada suatu malam, Hamidah pun terasa ingin melahirkan. Lalu Jalil pun bergegas mencari bidan kampung untuk membidankan isterinya yang hendak bersalin. Tidak lama selepas itu, Jalil pun berjaya membawa bidan ke rumahnya.

Selepas Hamidah selamat melahirkan, bidan tersebut seakan dapat melihat sesuatu seakan bebola api dari jauh. Setelah di amati, barulah bidan tersebut mengetahui bahawa benda tersebut ialah penanggal. Penanggal memang suka akan darah orang yang bersalin. Sebelum Bidan balik ke rumah, bidan telah memberikan beberapa petua bagi menghindarkan dari gangguan hantu penanggal. Biasanya kalau dulu di kampung-kampung, bila ada seseorang melahirkan anak, maka tuan rumah akan menggantung, ranting-ranting pokok berduri di setiap tingkap dan pintu utama.

Memandangkan Jalil suka bercucuk tanam, maka di halaman rumah tersebut telah jalil tanamkan nenas. Pokok nenas merupakan salah satu pantang kepada Penanggal. Setiap pokok yang berduri, adalah pantang kepada hantu Penanggal. Maka Mastura pun tidak dapat masuk ke dalam rumah tersebut dan hanya mampu memantau dari jauh. Mastura terpaksa memendam rasa dan tidak ingin mengambil risiko tersangkut akan isi perutnya pada duri.

Oleh kerana Penanggal selalu berkunjung ke rumah Hamidah, maka beberapa orang kampung yang lalu kawasan rumah Hamidah pernah terlihat akan Hantu Penanggal. maka hebohlah cerita tentang Penanggal yang cuba menghampiri rumah Hamidah yang baru bersalin. Disebabkan di kampung tersebut hanya keluarga Mastura sahaja yang ada saka Penanggal, maka mereka mula mengesyaki bahawa saka tersebut telah menjadi milik Mastura.

Setelah sekian lama, baru lah penduduk kampung tahu bahawa Mastura lah si Penanggal yang cuba untuk masuk ke rumah Hamidah tersebut. Sejak itu semua penduduk kampung menanam tanaman tajam di halaman rumah untuk berjaga-jaga tentang penanggal bak kata pepatah, sediakan Payung sebelum Hujan.

Sekian terima kasih.

Mimi
FOLLOW FB KAMI.

6 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.