‘Dia’ Ada

Assalamualaikum kepada semua pembaca FS, aku nak ucapkan terima kasih kat FS jika cerita aku disiarkan. Aku namakan diriku sebagai Sha kat sini hahaha bukan nama sebenar. Aku ada terbaca banyak kisah seram pasal uni dengan kolej kat page ni, okay aku pun nak kongsikan satu kisah seram pasal kolej aku tapi maaflah kalau bagi korang cerita ni tak seram.

Aku dapat sambung belajar kat satu kolej kat Sepang, nama kolej dirahsiakan. Nak dijadikan cerita masa aku sem 1 dan 2 aku duduk di apartment lain, dan masa aku sem 3 aku pindah ke apartment lain sebab aku dan kawan aku malas nak duduk kat tingkat 3 nanti nak angkut barang susah. So, kami pilih apartment di tingkat 1. Masa mula-mula masuk, rumah tu macam terbiar dengan tingkap terbukak semua. Aku masuk masa tu bulan puasa. Malam tu aku dan kawan aku semua kemas apa yang patut. Rumah tu ada 6 orang semuanya campur aku.

Dalam seminggu macam tu la tinggal kat situ, kawan aku ada cerita yang dia dengar bunyi kerusi diseret-seret banyak kali tapi masa tu aku macam percaya dengan tak percaya je sebab bulan puasa kan masa tu so, aku tak fikir apa-apa pun. Jadi cerita dia macam ni, malam tu aku dah tidur, kawan aku ada kejutkan aku nak ajak pergi makan sekali dengan sahur sebab nanti tak payah sahur dah lepas tu aku tak nak sebab tengah tidur. Yelah, takkan muka bangun tidur lepas tu nak pergi kedai makan hahaha.

Maka, tinggallah aku dengan sorang kawan aku je yang tak ikut tapi dia dah tidur kat katil atas. Masa tu dah pukul 2 pagi tak silap aku. Aku ni jenis kalau dah tidur lepas tu terjaga dah tak boleh tidur balik. Kawan aku yang kat atas tu dah tidur mati. Aku cuba la nak tidur balik. Dan, masa tu lah aku dengar bunyi kerusi seret-seret kat ruang tamu. Aku mula-mula buat tak kisah tapi lagi galak dia seret-seret kerusi sampai boleh dengar dekat je kat tepi telinga aku.

Lepas tu kat bilik aku ni ada karpet plastik macam kalau orang pijak ke berjalan boleh dengar. Benda tu boleh pulak berjalan kat situ main plastik kat katil kawan aku yang kosong tu. Lama jugak la benda tu kat situ. Aku nak toleh nak tengok pun tak berani. Jantung dah berdegup laju tak boleh tidur hahaha. Benda tu macam tahu kalau org belum tidur. Kawan-kawan aku yang pergi makan tu dah la balik lambat. Aku tengok jam dah pukul 3 pagi lebih dah tapi diorang belum balik lagi. Sepanjang tu aku tak boleh tidur sampai diorang balik baru boleh tidur.

Pagi tu aku cerita kat kawan aku. Dia kata patutlah rumah ni pernah takda orang 1 sem. Maknanya kosong untuk 1 sem lepas tu kitaorang pulak duduk. Dia macam nak buat salam perkenalan kot kat orang baru. Sejak tu, aku dengar la jugak banyak kali yang kerusi seret-seret tu tapi kawan aku cakap buat tak tahu je. Sekarang aku dah sem 4 dan aku masih lagi kekal tinggal kat situ sebab senang tingkat 1. Okay tu je la cerita aku tapi sebenarnya banyak lagi hahaha. Maaflah kalau tak seram, okay bye enjoy your day!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *