Assalamualaikum. Terima kasih yang membaca kisah aku panggil hantu dulu. Memang itu salah satu pekerjaan bodoh yang dilakukan remaja macam aku. Aku fikir hampir semua yang melalui zaman remaja pernah buat benda tak masuk akal terutama ketika era telefon awam menguasai medium perhubungan ketika itu. Saluran tv pun ada 3 je. Orang tua-tua panggil “Takde Keje!”
Sebagai orang Islam kita percaya pada wujudnya benda ghaib cuma yang pastinya kita hanya beriktikad dan bergantung penuh pada Allah s.w.t semata-mata.
Ada orang dikurniakan hijab terbuka dan boleh melihat (aku tak mahu kurniaan ini.. hehehe). Ada pula yang dapat merasai benda-benda ghaib menerusi kata hatinya. Aku mungkin sikit-sikit atau sekali sekala ada benda perasaan ini.
Mari aku nukilkan kisah yang pendek dan boleh dijadikan iktibar untuk semua. Situasi ini berlaku sama ketika aku zaman cari hantu dulu iaitu tahun 1996 ketika family kakak aku dan aku tinggal bersama ibuku. Masa tu nak 2 hari lagi nak menyambut aidil adha. Disebabkan esok pagi kakak aku plan nak masak rendang. Maka dia telah memastikan semua bahan telah ada termasuklah lengkuas. Masalahnya lengkuas tidak ditanam rumah aku tetapi kena ambil di rumah arwah nenek aku yang terletak 10 minit bermotorsikal. Rumah lama arwah nenek aku tidak lagi berpenghuni semenjak arwah nenek aku meninggal. Walaupun keadaannya agak baik namun, rumah papan lama yang bertangga dan sebahagiannya atap nipah tetap menarik unsur keseraman jika ke situ.
Kakak aku telah meminta abang iparku ke rumah arwah nenek untuk mengambil lengkuas. Akibat bertangguh pekerjaan yang diminta kakakku, maka menjelang jam 7 malam lebih baru abang aku pergi. Dia balik seusai 10 minit azan maghrib. Maknanya dia cabut lengkuas tu waktu azan maghrib.
Malam berlalu diiringi tangisan anak kakak aku berusia sekitar 2 tahun. Bagi aku yang sedang lepak bilik itu perkara biasa budak nak tidur. Menjelang sekitar tengah malam aku tersedar budak ni masih berterusan menangis sambil dipujuk kakakku. Kakak aku tahu aku konon2 ada la belajar sikit-sikit, terus mengetuk pintu bilik aku. Bila aku bukak pintu, emak aku pun ada dan mereka tak tahu nak buat apa. Anak buah aku berada dalam pelukan kakak aku sambil menunding jari di dapur. Bila aku jengah, aku seperti perasan seperti seorang nenek bongkok tiga berada di dapur. Aku yakin aku bukan jenis terbuka hijab. Aku terus minta abang ipar aku lemparkan lengkuas itu menerusi pintu dapur sejauh mungkin tanpa perlu dia keluar rumah.
Selepas tu aku ambil anak buah aku bacakan ayat al fatihah dan ayatul kursi beberapa kali. Sambil pujuk dia bahawa aku ada, ibu ada dan sebagainya. Alhamdulillah kembalik dia dalam pangkuan ibunya dan terus tidur keletihan. Aku pagar juga dirinya untuk elakkan dia kena kacau lagi, takut aku pulak yang tak dapat tidur kang.
Menurut cerita abang iparku, dia cangkul tanah pokok lengkuas ketika azan sedang berkumandang dan tiba-tiba angin terhembus ke telinga dia.
Alhamdulillah gangguan tersebut tidak berlarutan. Bagi aku ‘dia’ tak berniat mengganggu tetapi kebetulan anak buah aku yang masih kecil ini nampak dia dan ketakutan.
Bila aku renung kejadian ini, aku sedar patutlah mak bapak kita melenting bila senja baru nak balik rumah. Wallahualam
First hehe
96 bru tingkatan 1..bleh kira sezaman la dgn hang..kami dok gila cari hantu ngesot kt blakang hospital sik ada kubur cina di kaki bkit engang..ralit main kt kubur tu smpai lupa tujuan utama..abih buah limau atas kubur kami kutip main tuju2..tingkatan 5 aku prnah sesat dibukit engang tu..sampai di punca mata air bukit mcm2 tapak binatang buas jmpa kt situ masih bru..pakat lari lah mujur lari brkumpulan..sesat sama..ptg tu bru jmpa jln blik
Ada kubur cina ke kat sik…ni br tau…
Tu laa kan org tua2 kata,siap kan kerja sebelum azan kumandang/senja waallahuallam
Maghrib tu memang waktu dia.
Kesian anak kecik..
Ank mama pun pernh kena sakat… Mngis ketakutan tak berhenti mcm org pukul dia..kesian..
dulu dekat rumah arwah atok aku tandas dekat luar..koi 6 semua dah kene siap2 mandi n tutup semua tingkap lamabt mandi bernanah telinge kene bebeal n marah.
Senja kan zon merah.. Mmg waktu dia lah..
Apa jadi lps lempar lengkuas keluar umah tu? Nenek bongkok tiga tu pun keluar sekali ke?
Wallahualam. Aku fikir begitulah dengan izin Allah. Kerana aku tak nampak lagi nenek tu di dapur dan anak buah aku terus tidur senyenyaknya hingga ke pagi. Alhamdulillah.
byk yg bermain di minda nii…pokok lengkuas tu berpenunggu ke mmg terbawak balik hantu sbb kuar waktu zon merah ke acaner??
Wallahualam. Kawasan rumah terbiar agak lama tanpa penghuni. Namun jawapan zon merah berkemungkinan lebih kuat.
Dari sahabat Jabir radhiallahu’anhu, bahwa Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:
“Jika malam datang menjelang, atau kalian berada menjelang maghrib maka tahanlah anak-anak kalian (di rumah), kerana ketika itu syaitan sedang bertebaran. Jika telah berlalu sesaat dari waktu malam, maka biarkan mereka (jika ingin keluar). Tutuplah pintu dan berzikirlah kepada Allah, kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat membuka pintu yang tertutup. Tutup pula bekas minuman dan makanan kalian walau sekadar dengan meletakkan sesuatu di atasnya dan matikanlah lampu-lampu kalian” (HR. Bukhari 3280, Muslim 2012).