CrynathicPhobia : Deep Web dan Emosi

Terima kasih kepada Fiksyen Shasha dan para pembaca sekalian. Cerita yang akan aku kongsikan ini bukan lah kisah hantu atau mistik. Tapi ianya sangat menyeramkan pada aku.

Sebelum aku mula bercerita, aku ingin memperkenalkan diri aku secara ringkas, aku sangat obses dalam dunia teknologi pelayaran web. Aku gemar membaca kisah-kisah penggondam dan cara-cara mereka menterbalikkan teknologi dalam dunia perisian. Sehingga suatu hari aku terbaca tentang deep web/dark web dari satu artikel mengenai kewujudan data tersembunyi. Menurut data analisis, pelayar yang sedang kita gunakan sekarang adalah surface yang menyediakan ruang hanya 4% sahaja. Tetapi 96% lagi wujud didalam deep web/dark web yang saiznya melebihi 50ribu zetabyte. Termasuk fail sulit FBI, konspirasi CIA, dokumen yang dirahsiakan ketika perang dunia pertama dan kedua atau beberapa laman web yang sangat sulit dan tidak akan terpapar di surface web.

Aku mula mencuba dengan mengikuti beberapa langkah untuk mengakses deep web. Setelah berjaya, aku mula mencari beberapa link berkaitan artikel Area-51 yang kononnya wujud sebagai bekas tapak pendaratan UFO dan tempat ujian bom.

Ketika aku leka mencari artikel berkaitan, aku disapa oleh satu link “random recommended” yang tertulis “For the new user on Deep Web, take a look before you go more furthur, theres no way to turning back.” Aku sebagai pengguna baru, merasakan apa yang ingin disampaikan oleh link tersebut mungkin akan membantu aku untuk mencari artikel-artikel yang aku inginkan.

Aku klik pada pautan tersebut, terpapar satu lagi mesej tertulis “If you continue, you will involved in 1962 secret documentation lab test on subject 43 warehouse no.2” dan aku secara tidak sengaja tertekan “continue”. Video berdurasi 3 minit 42 saat memenuhi ruangan dekstop dan tidak ada button close window. Yang ada hanya video yang memenuhi ruang skrin dekstop aku. Terlihat seorang wanita berambut panjang dibogelkan, rambutnya diikat pada tiang dan badannya tergantung. Datang dua orang lelaki berpakaian makmal menghampiri wanita tersebut. Seorang lelaki memegang gergaji kayu, seorang lagi lelaki memegang seperti satu alat gas. Lelaki yang memegang alat gas itu menekup mulut wanita berkenaan beberapa saat dan secara tiba-tiba wanita itu ketawa. Ketawanya seolah-olah tidak dapat dikawal.

Aku mula syak itu mungkin nutrious gas atau gas ketawa. Manakla seorang lelaki lagi mula memotong leher wanita berkenaan. Tetapi wanita itu terus ketawa sehingga badannya terjatuh kebawah & kepalanya masih tergantung, dalam keadaan urat lehernya terburai, aku lihat masih ada sisa-sisa ketawanya. Memang sangat menganggu emosi aku, tapi aku seolah terpaku, badan menggigil dan hanya diam melihat ujian ngeri yang dilakukan pada seorang wanita. Setelah habis video itu, terpapar satu lagi mesej berbunyi “want to see more? Fill the form on link below” aku rasa sudah cukup dengan apa yang aku lihat, aku tutup website itu dan cuba teruskan dengan mencari artikel yang aku inginkan. Aku terjumpa satu link berkaitan Area – 51 yang tertulis “Black Hole Area – 51”. Aku klik pada pautan itu, apa yang ada hanya binary code. Aku copy binary code itu dan paste pada notepad. Untuk pengetahuan semua, ketika menggunakan deep web, kita dilarang menggunakan browser lain, kecuali browser yang disediakan khas untuk deep web. Jika kita langgar undang-undang ini dan pihak berkuasa antarabangsa dapat mengesan kita, mungkin kita akan diburu seumur hidup kerana terlalu banyak rahsia yang kita tahu melalui deep web. Dalam deep web, aku tidak jumpa apa-apa link yang boleh menyerjemahkan binary code yang aku copy paste tadi. Jadi aku keluar dari deep web, restart computer, dan mula google untuk encrypt binary code yang aku copy tadi. Selepas berjaya encrypt, mesej ringkas yang aku dapat dari binary code tadi hanyalah “You have seen enough”

Aku tidak faham apa yang dimaksudkan, aku terus delete file notepad yang mengandungi binary code tadi. Keesokannya apabila aku buka komputer, aku lihat di dekstop aku ada file notepad yang tertulis “Secret_Docu_Sub44.txt” disebabkan ianya berformat text, jadi aku tak perlu risaukan virus dan terus buka notepad tu. Dalam notepad tu tertulis “You wanna laugh?” Aku terus teringat video wanita yang digergaji lehernya hingga putus tetapi masih ketawa. Aku terus padam notepad tu, keesokannya file itu muncul semula di desktop aku. Ianya berlarutan selama seminggu. Aku ambil pendekatan drastik dengan format komputer aku. Semuanya kembali normal. Deep web/dark web bukan tempat berseronok.

Ps: Aku tidak akan bertanggungjawab jika ada pembaca yang mencuba untuk memasuki deep web/dark web dan mengalami gangguan emosi.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

57 thoughts on “CrynathicPhobia : Deep Web dan Emosi”

  1. Cukup la yg 4% surface web tu pun aku masih x abis kaji lg.. ni kan pula nk kaji yg 96%… x teringin langsung nk tengok yg kari ngeri tu… eeeeee

    Reply
  2. Macam2 penah baca pasal dark n deep web ni. Tapi kebanyakkannya pasal bende tak masuk akal jelah. Manusia ni..macam2.. cubalah elak masuk bende2 gini. Tapi makin org kata jangan lagi ko buat yedakkk!?

    Reply
  3. deep web tu tak dalam sangat act. paling dalam yang memang tahu pasal hal dunia ni. mariana’s web. and web ni hanya boleh dibuka guna komputer kuantum. komputer ni lagi canggih dari komputer yang sedia ada sekarang. para saintis nazi yang cipta komputer ni dekat makmal rahsia dorang dekat jerman tapi masa perang dunia tamat. komputer ni hilang dengan cara pembuatan dia sekali lenyap.

    Reply
    • Yup…bersempena dgn mariana bay…jurang yg paling dalam di dunia…tapi byk yg masuk dark web utk cari illegal porn….pnh cuba…tapi xpndai…gagal….dgr cerita…byk yg kata…the more we explore…will make we feel how unsafe the world is….blh hidup dlm ketakutan dibuatnya…kata org lagi…byk eksperimen2 nazi masih tersimpan mcm sleeping experiment & death experiment…..zaman nazi byk experiment2 gila….

      Lama x dgr pasal area 51….ada teori ckp…kawasan alien mendarat.ada jugak teori yg ckp ianya kawasan menguji senjata rahsia…

      Cuma one piece of advice…internet ni lombong data…yg menariknya…apa saja yg kita upload…akan kekal disitu…walaupon dh delete…sbb kita delete di page…website…tapi bukan dlm cloud….hati2 dgn apa yg kita upload..supaya tak menyusahkan kita di kemudian hari nanti….

      Reply
  4. Harap selepas ni akan ada lebih banyak lagi kisah seram yg tak melibatkan mistik atau makhluk halus seperti kisah ini. Genre thriller, non horror.

    Reply
  5. 01001000 01100101 01111001 00100000 01101001 01110100 00100111 01110011 00100000 01111001 01101111 01110101 00100000 01100001 01100111 01100001 01101001 01101110 00101110 00100000 01011001 01101111 01110101 00100111 01110110 01100101 00100000 01110100 01111001 01110000 01100101 00100000 01100101 01101110 01101111 01110101 01100111 01101000 00101110

    Reply
  6. Ya Allah ya Tuhan ku.. kenape ler ko tak mengkaji habis dan berfikir panjang terlebih dahulu sebelum layari mende2 tu ? ko taw tak bahaye dan risiko dark web deep web tu sebelum meninjau ? maklumat dan identity ko tu dah bocor terus sampai ke pemilik web tu.. sampai ke hacker, dalam web tu tempatnya para penjahat mencari mangsa selain ko nyer identiti terus sampai ke polis dunia selain mereka para penjahat. dark web deep web ni tempat sarangnye virus dan sarang nye aktiviti2 haram, antara nya perdagangan manusia, termasuk perdagangan organ tubuh manusia, pornografi kanak2, eksperimen2 ngeri terhadap manusia, gerak geri teroris, perdagangan dadah, perdagangan pelbagai dokumen palsu (jangan tanya kenapa warga asing boleh dapat IC sebiji macam kamu), dan sebagai nya.. aku berdoa pada Allah swt agar ko selamat dan nasihat aku sila belajar safety privasi sekarang… sebelum ni aku ade terpikir nak layari tapi aku kaji dan kaji segala risiko dulu last-last aku tak layari sbb bnyk buruk drpd baik nyer.. Nauzubillah min zalik..ameen..

    Reply
    • Setuju. Kalau belum cukup terer. Jangan surf dark web ni. Melainkan PC/Notebook baru yang langsung tak ada personal data user.

      Reply
      • Btui. Tapi pstikan pc/notebook yg dbli tu guna identiti org lain. Sbb klau guna identiti sndri blh kna detect.. fufufu

        Have fun in there. Make sure you know what you are doing before going in there….

        Once I saw a sale in there…. You know what the goods is??? Human… Ahahahaha

        Reply
  7. Dah pernah access byk kali deep web. Dinasihatkan at least kene tau basic hacking. Sebab itu akan selamatkan korang jika terjadi apa2. Macam2 rahsia dpt tgk kt situ. Bygkan nk upah bunuh org pun boleh. Ko nk buatkan jadi kes kemalangan pun boleh. Pembunuh tu akan uruskan. Last aku masuk web tu dgn 4 org kawan aku. Macam2 kita org explore. Sapa mental x kuat jgn la masuk. Nyawa leh dlm bahaya, mental boleh x stabil. 3 org kawan aku hilang smpi sekarang, dh 10 tahun hilang ( rasanya dh kene target). Yg sorang lagi dh jadi gila sebab kene brainwash.
    Aku nasihatkan kalau syg nyawa jgn memandai masuk

    Reply
  8. Baca kisah video durasi 3 minit 42 saat pun dah cukup meracun fikiran aku, inikan nak search further. Nauzubillah himinzalik.

    Reply
  9. apa bnda la yg kau buat nih… kau tau tak hacker dr deep web ni blh ceroboh camera pc ko dengn mudah… so setiap gerak geri dan muka kau pun dpat dikesan.. thats why semua camera pc dan hanphone aq.. aq tutup guna selotep berwarna tu bila aq x guna… korg yang baca pun klw blh tutup la juga.. sdgkn org yg cuba hack wechat pun boleh tersnap muka dia bila dia trsalah bagi password (yang ni ada caranya la)… klw x silap mark zuckerberg pun buat bnda sama.. tutup semua camera pc dia guna selotep sbb dia dh bnyk kali kena hack.

    Reply
  10. Prnh cb step by step nk surf deep weeb dkt hp. Tp xberjaya. Gna nord vpn dgn tor/onion tu. Lps give up. Asalnya mmg interested dgn cerita2 pelik2. Lg2 bila khairul yoi slalu share psl deep web sblm dia aktif kempen anti produk timbang kilo. Nt la, ada msa aku try lg. Mgkn sb hp aku dlu line 3g ja, so jd slow.

    Reply
  11. seramnyaa . Bendaa pelik pelik cenggini janganlaa dicubaa .Tak pasal pasal kitaa darii nak suka suka cuba terus jadi bendaa lain😄

    Reply
  12. deep web ngn dark web sama le?pernah tbaca ckp deep web lain drpd dark web..tp lt deep web tu mmg mcm2 bnde y xmasuk dek akal ada..n kt situ ramai set2 mafia,polis berkeliaran…mcm2 trading dorg bt kan including drugs,trade organ etc..bnde2 xelok ler..mcm video2 child abuse cth DD..scary jgk nk masuk sana..

    Reply
  13. apa yang kau masuk tu basic je bro.. ingat senang2 ke masuk dunia internet gelap ni klau pakai phone & computer basic yg ada kat pasaran skang.. intel i3? i5? i7? RAM 5GB? RAM10? TOR BROWSER?? hahahhhah tak semudah ckap nak akses ke lapisan dalam mariana web tu bro. minimum pun quatum pc baru dpat terjah beberapa sisi gelap internet ni

    Reply
  14. apa yang kau masuk tu basic je bro.. ingat senang2 ke masuk dunia internet gelap ni klau pakai phone & computer basic yg ada kat pasaran skang.. intel i3? i5? i7? RAM 5GB? RAM10? TOR BROWSER?? hahahhhah tak semudah ckap nak akses ke lapisan dalam mariana web tu bro. minimum pun quatum pc baru dpat terjah beberapa sisi gelap internet ni

    Reply
  15. Apakah ini !
    Macam main spirit coin tu kah?
    Whatever or whoever makes u involve in difficulty, just dont ever try it. DON’T

    Cuba² la bawa solat taubat ke.. solat dhuha ke.. 😄

    Reply
  16. i pernah masuk sana. tapi not sure sebab i dapat masuk web yang untuk beli dadah / beli senjata merbahaya. yang video ngeri i tak dapat access 😌 alotsss of drugs crazy

    Reply

Leave a Comment