#Seri – Lin

Hi, ini bukan kali pertama aku menulis. Tulisan pertama aku korang boleh baca dengan tajuk ‘Seri-Buangan’. Kali ini aku nak berkongsi pengalaman dikacau yang bagi aku tak lah seseram mana. Ya, memang tak seram pun. Cuma aku nak share sahaja. Aku pun tak sure sama ada aku benar-benar dikacau atau pun itu semua mainan perasaan aku. Kejadian ini terjadi sewaktu aku masih lagi seorang pelajar tingkatan 5 yang bersekolah di sekolah berasrama.

Bismillah, dekat asrama aku akan ada satu unit ni yang dinamakan Unit Warung. Unit ni merupakan sebuah unit pernigaan kecil-kecilan yang menjual pelbagai makanan untuk santapan aspura aspuri yang ‘laparudin’ tengah2 malam lepas habis waktu prep dan golongan aspura aspuri yang tak boleh nak berpuas hati dengan hanya sekeping roti dicicah milo sahaja. Jadi kalau waktu dewan makan serve makanan yg tak memuaskan hati ni, unit warung la yang mereka cari. Diorang jual makanan ikut hari. Hari isnin menu lain begitulah dengan hari-hari yg seterusnya. Menu paling laku time tu ialah nasi goreng hailam. Masih terasa-rasa di hidung aroma nasi goreng tu, aduii!

Ok, nak dijadikan cerita, aku adalah salah seorang ahli unit warung. AJK warung ni dibenarkan keluar prep awal untuk solat Isyak bersendirian sebelum menyambung tugas jualan selaku AJK warung. Malam tu aku ingat lagi aku bertugas dengan Lin MK. Tapi si Lin ni dah blah ke surau awal2 sebab apa aku pun tak tahu lah. Jadi nak tak nak aku berseorangan lah melalui satu-satu dorm sebelum aku akan jumpa tangga yang berhadapan dengan bilik dobi dan tandas yang terletak paling hujung. Aku dah siap dengan telekung berjalan setenang tenangnya nak ke surau.

Aku ni rabun jauh. Nak kata teruk tu tak lah, tapi kalau nampak orang dalam jarak 100m daripada aku pun, aku cuma tahu itu orang tanpa boleh cam rupa dia. Orang tengah senyum ke apa ke aku memang takkan nampak sebab memang blur gila kalau tak pakai spect. Jadi tengah2 aku berjalan tu. Dah melepasi dorm pertama, aku nampak macam Lin dekat bilik dobi. Badan dia dekat dalam bilik dobi, tapi kepala dia dijengahkan tengok aku.

Aku happy lah, at least tak payah nak redah perjalanan ke surau tu dalam keadaan gelap gelita seorang diri kan. Yass! Lepas Lin jengahkan kepala tengok aku dia masuk dalam bilik dobi. Eh si Lin ni nak main sorok2 pulak dengan aku. Orang ajak bergurau, aku layankan jela. Aku pun cepatkan langkah kaki dengan harapan nak terkejutkan si Lin yang tengah menyorok dalam bilik dobi. Aku pun dah sampai depan bilik dobi.

Aku laung lah “Linn!”

Senyap, takde langsung bunyi apa-apa. Ish budak ni betul-betul nak main dengan aku. Lin ni memang suka bergurau orangnya, jadi aku layankan jela. Masa tu pintu kayu bilik dobi tu tertutup sikit, jadi aku expect si Lin ni mungkin menyorok di balik pintu jadi aku tanpa fikir apa-apa terus tolak pintu bilik dobi tu dengan kuat sampai bunyi gedegang. Tapi hampa sebabnya belakang pintu tak ada apa-apa. Ok, Lin tak menyorok belakang pintu macam yang aku fikir.

Aku tak fikir panjang aku terus masuk dalam bilik dobi. Bilik dobi tu rekabentuk dia, masuk je akan ada rak-rak kayu yang aspuri akan letakkan baldi-baldi berisi toiletries lah sabun basuh baju semua tu. Lepas tu ada tempat membasuh yang ada dinding batu tinggi. Jadi aku fikir si Lin ni mesti nyorok dekat tempat basuh tu. Ada dinding kan mestilah dia sorok kat situ. Jadi aku jalan terus dengan harapan pencarian aku akan berakhir. Aku akan menemukan Lin tengah nyorok dekat situ dan kitorang akan ke surau menunaikan solat Isyak bersama-sama. Ok, macam tulah fikiran aku.

Tapi bila aku dah sampai je kat tempat membasuh tu . . . tiada sesiapa di situ gais! Ya, aku tak ternampak makhluk mengerikan atau apa2 tapi aku tak nampak apa2. Senang cerita cuma aku dekat dalam bilik dobi tu! Lin illek!! Aku memang tak tunggu lama lah kan. Terus aku keluar terkocoh kocoh dari bilik dobi tu terus turun tangga dan masuk surau. Berkenaan si Lin tu aku cuba ignore. Lantak pi lah apa benda sekalipun si Lin tu aku dah tak nak ambil pusing.

Sampai sekarang, cerita ni rasanya aku tak ceritakan kat sesiapa pun kecuali family. Aku ni nak kata berani memang taklah. Aku memang penakut. Sampai sekarang aku akan ingat kejadian ni. Sebab Lin yang aku nampak dekat bilik dobi tu memang real! Tak nampak macam hantu pun. Nasib baik kejadian tu habis kat situ je. Tak nak aku fikirkan apa yang akan jadi kalau Lin tu menjelmakan dirinya yang sebenar. Anyway, terima kasih sudi baca perkongsian aku yang tak seberapa ni. Bye!

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

12 thoughts on “#Seri – Lin”

    • try to make your own story , alah biasa la , kat asrama ni ada seribu satu kisah seram and kisah seram dia ni jenis yg pendek. so yg pendek tu takkan nak ditokok tmbhkan lagi? mesti la writer tu rasa tak syok sbb kita kalau nak tulis , tulis kisah yg sebnar. baru ada feel

      Reply
  1. Baca cite ni tetiba teringat masa ddk asrama dulu. Senior kitorng ada saka and sempat cik ponti dia buat introduction dkt bilik prep. Sampai sekarang kalau teringat balik mcm mana cik ponti tu berpusing mengadqp kitorng mesti meremang bulu roma. Tp time nmpk tu ramai la geng kitorng. Siap sambil lari gelak2. Sekali hambik kau, kak senior aku kena rasuk sampai pkl 4 kitorng takleh tido. Part yg paling sedih, esok nya warden tetap suruh pergi sekolah wargghh ngantok yg amat.

    Reply
  2. Gambar bilik asrama mana tu? Apsal katil dia dah kena meja study? macamana nak guna kalau katil tu dah sampai ke meja? Tak boleh letak kerusi. Failed. kontraktor ni mesti dapat tender guna kabel.

    Reply

Leave a Comment