toyol hitam wujud?

Assalammualaikum.

sebelum ini aku memang tak nak layan Fiksyen Shasha sebab pandangan skeptikal aku yang cerita seram di sini majoriti karangan semata-mata (aku lebih minat cerita benar dari rekaan).

Tapi entah kenapa terdetik di hati untuk aku menelaah cerita-cerita di sini dan akhirnya aku tak sedar aku dah habiskan masa hampir sejam membaca cerita-cerita seram di sini.

Baiklah, terus ke penceritaan aku (kisah benar). berlaku pada tahun 2008 masa aku tingkatan 4. aku budak harian pada asalnya, tapi bila aku masuk tingkatan 4, aku terus memohon untuk tinggal di asrama. masa di asrama, aku tinggal di bilik pengawas. di pendekkan cerita, satu hari tu entah kenapa tiba-tiba aku malas nak turun sekolah. masa tu dalam 6 setengah pagi, matahari baru nak timbul. jadi nak kata gelap tak gelap sangat dah masa tu. yang sengal nya aku siap boleh hantar kawan-kawan aku sampai ke koridor lagi ucap bye bye. balik je aku ke bilik, aku terus naik atas katil.

Dekat sinilah bermula cerita seram aku, masa aku baru nak lelap aku terus mimpi. dalam mimpi tu aku nampak seekor toyol warna hitam, berseluar pendek bertenggek dekat luar bilik tengah pandang aku. korang tau tak atas tingkap tu dia ada aliran angin, dia tutup dengan jaring halus dengan dawai sahaja. dekat situ la dia bertenggek.

Lepas je aku tengok toyol hitam tu, aku terus tersedar, tapi aku tak boleh gerak. kena tindih la kot, aku try jerit tak dapat, yang aku buat, aku try gerakkan ibu jari kaki, lepas tu aku jerit allahuakbar dalam hati sampai aku rasa badan aku ringan balik. yang tak boleh blah, lepas je aku rasa badan aku ringan, aku duduk aku tengok sekeliling dah terang, aku siap gelak kecil bila teringat toyol pakai seluar pendek dalam mimpi aku, lepas tu aku sambung tidur balik. haha ketulahan sebab escape sekolah.

Part seram kedua, aku tak ingat berapa lama selepas kejadian tu, sebulan atau 2 minggu macam tu lepas aku mimpi toyol hitam tu. aku balik la kampung, balik hujung minggu. aku pegi rumah nenek aku, masa tu aku dengar dorang dok sibuk bercerita, bila aku dengar betul-betul dorang dok bercerita pasal toyol.

Masa tu heboh dekat sebuah kampung daerah aku, ada toyol warna hitam berkeliaran, dikatakan ada orang mencuba ilmu. bila aku dengar, aku terus terdiam, sejuk satu badan. sebab cerita tu sama macam aku mimpi, TOYOL HITAM. toyol hitam yang aku rasa mainan tidur, sebab toyol biasa kita dengar warna hijau. sejak daripada tu, aku boleh dikatakan allergic apabila dengar atau nak sebut “toyol”. aku rasa tak selesa dan rasa takut. haha sekarang dah okay tak allergic lagi dah.
jadi, korang rasa memang wujud ke toyol hitam? kalau wujud kenapa kita biasa dengar yang hijau sahaja?

Hmm…

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

pembacadiurnal

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4]

21 thoughts on “toyol hitam wujud?”

  1. Konon nak cakap cerita dalam nih semua rekaan. Ingatkan best sangat cerita BENAR kau ni. Dah lah tk best. Bosan. Pendek. Tak seram. Buang masa je aku baca. Puih.

    Reply
  2. Ala takper la.. toksah kecam dia.. dia tk knl lg FS.. skali dia dh knl, ketagih la dia.. aku tk berapa nk kisah sgt toyol ni kaler apa sekalipun.. hatta kaler biru mcm doraemon tu pun aku tk nk ambik peduli sama skali.. yg pnting, toyol tu tk mncopet duit aku.. kopak aku nanti..

    Reply
  3. Pendek. Sebenarnya toyol ni aq tak kisah PON kaler apa janji tak kacau ketenteraman wang aq di dalam dompet. Naya woi naya

    Reply
  4. TOYOL

    Toyol merupakan budak kecil lelaki yang meninggal dunia dan di puja untuk tujuan mencuri. Toyol hanya mencuri wang dengan jumlah tertentu mengikut arahan tuan yang membelanya. makanan bagi toyol adalah d***h ibu jari kaki kiri tuannya sendiri. Toyol tidak menyakat manusia. Toyol mempunyai 3 jenis dan warna. Setiap jenis dan warna toyol ada kelebihan masing-masing. Antara jenis, warna dan kelebihan toyol seperti berikut:

    1- Toyol Hijau – Jenis Kecil – Mampu mencuri duit syiling dan duit kertas ringgit

    2- Toyol Hitam – Jenis Sederhana Besar – Mampu mencuri duit kertas puluhan
    ringgit hingga ratusan ringgit

    3- Toyol Merah – Jenis Besar – Mampu mencuri duit dari ratusan ringgit hingga
    ribuan ringgit

    Semua hasil curi itu di tetapkan oleh tuannya sendiri. Setiap jenis toyol ada kelemahannya sendiri. Tapi jangan risau.. toyol boleh di hapus dan di hancurkan.

    Sekian
    – Admin –

    Reply
  5. adoi kau gah kata cerite org dlm ni hanya karangan semata mata ..so aku ingat cerita kau sergah kata kata kau adik… terkejut aku bkn pasal kisah toyol kau adik.. tpi terkejut perceritaan kau sependek dan xmenarik seperti menarik nye mokadimah kau adik. . syg adik selalu muaaahhhhhxxxx

    Reply
  6. Geram tol ngn pembela toyol ni..disebabkan toyol2 ni laa byk duit ktorg hilang…bkn sekor dia htr,4 ekor taw! Dia igt kita bt duit pakai air ke..senang2 dia htr toyol amek duit..

    Reply
  7. adoiii bapakla perah santan dia ni dgn cerita y xseram langsung. dahla mngata fs ni reka cerita. kut dia x menjiwai penulisan dlm fs ni. aku y terjebak ah 2minggu ni pon baca balik rumah seram sejuk je rasa.. hahahah.. cuba lagi yek

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.