Kisah Seram Di Sebuah Hotel Di Gua Musang

KISAH SERAM DI SEBUAH HOTEL DI GUA MUSANG

Kisahnya bermula ketika aku dan keluarga bercuti di Gua Musang. Di sebuah Hotel Gua Musang (tidak dapat nyatakan nama hotel tersebut), kami sekeluarga menyewa sebuah bilik di tingkat tiga selama 3 hari 2 malam.

Pada malam pertama di bilik hotel tersebut, ibu dan nenek sedang berehat di atas katil sambil menonton televesyen, manakala kedua adik aku sedang bermain bersama. Aku pula ingin mandi.
Terasa teruja ingin mandi di bilik air yang mempunyai “bath tub”, di dalam hati seronok dapat berendam di “bath tub”. Ketika baru sahaja penuhkan air di “bath tub” dan baru sahaja nak mandi, tiba-tiba…

Anak mata aku terus tertumpu di satu penjuru di atas sinki!

Kelihatan satu susuk tubuh di atas sinki yang sedang memeluk tubuh dan memerhatikan aku dengan sepasang mata merah biji saga.
Hasrat aku untuk mandi bersuka ria berendam dalam “bath tub” terus punah, aku terus bergegas keluar dari bilik air dengan perasaan takut.
Aku tidak bercerita dengan sesiapa sebab takut mereka risau.
Alhmdulilah malam itu aku tidur tanpa gangguan.

Keesokkan harinya ibuku ingin menukar bilik. Akubterkejut dan bertanya kenapa?
Ibu aku berkata, mereka juga diganggu pada malam semalam.
Ketika aku keluar untuk membeli makan malam di bawah, ibu dan yang lain sedang menonton televisyen. Tiba-tiba kad kunci yang diletakkan untuk menghidupkan elektrik di bilik hotel tersebut tercabut. Yang peliknya ia tercabut dan tercampak di tengah tengah hall. Yang peliknya lagi, kedudukan kunci itu sangat jauh.

Mulanya ibu ingatkan blackout. Untuk mendapatkan cahaya, ibu membuka pintu bilik hotel, kemudian baru mereka ternampak kad kunci itu berada ditengah tengah hall bilik. Sungguh pelik, tapi ibu abaikan saja dan meletakkn semula kad kunci ketempat asalnya.

Adikku juga mengalami gangguan pada malam tersebut. Ketika semua sedang tidur, mereka berdua sedang bermain berdua; biasalah budak-budak, seronok bermain.
Tiba-tiba mereka terlihat lampu bilik air terbuka.

Kemudian, dengar bunyi “flush” seperti ada orang yang menggunakan tandas. Adikku ingat ada antara ahli keluarga yang menggunakan tandas. Mereka berdua menanti siapakah yang akan keluar dari bilik air tersebut.

Tiba- tiba… “pap!”
Lampu bilik air terpadam. Seakan ada orang yang memadamkannya.
Berlari adik aku dan lompat ke atas katil dan terus memaksa diri untuk tidur.

Kiranya semua orang diganggu di bilik hotel tersebut. Itulah kali pertama dan terakhir aku sekeluarga menginap di hotel tersebut.

Sekian

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 3.6]
Julia

26 thoughts on “Kisah Seram Di Sebuah Hotel Di Gua Musang”

  1. huhuhh
    aku paham perasaan ko dik.sebab selalu kene dekat hotel..dapat hotel yang tade gangguan syukur sangt tapi kalo tade pilihan wlpn tahu hotel tue ade gangguan redha je la.

    Reply
  2. Dulu duk kuarters kt taman wangi,gua musang..kt pintu gerbang nak masuk tmn wangi tu,mama sy ckp angker..ramai dah kena kacao..huhu…benda tu men sekat2 depan kenderaan..pstu kuar laa bau wangi semacam gitu..mmg cam laa benda tu nak mai..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.