MEDAN WARISAN

Assalamualaikum kepada semua pembaca Fiksyen Shasha. semoga cerita ini bermanfaat untuk semua.

Kisah yang akan saya kongsikan ini adalah kisah sebenar yang saya alami sendiri.

Pada umur 13 tahun saya telah berpindah ke Medan warisan disebabkan rumah lama ingin diroboh. Bagi sesiapa yang mengenali tempat ini, tempat ini memang sangat gelap dan seram.

Nak dijadikan cerita, kami sekeluarga telah keluar berjalan-jalan pada malam itu dan pulang agak lewat. Semasa ingin sampai ke blok yang kami tinggal, kami terpaksa melalui jalan yang sebelahnya ada sungai dan hutan. keadaan di situ sangat gelap.

Semasa saya sedang duduk sebelah cermin kereta di bahagian tempat duduk belakang, saya memerhati akan tempat tersebut. Sedang melihat-lihat keindahan malam, saya ternampak sekujur tubuh manusia sedang pandang ke arah sungai dengan berpakaian putih.

Kemudian saya melihat bahagian bawah badannya seperti tali yang berjuntai… BANYAK!
Saya perhati lagi dan tanpa saya sedar mulut saya berbunyi, tapi perlahan… MANA KAKI?!

Sedang memikirkan imej tadi, kami telahpun sampai di rumah. Berjalan menaiki tangga; membuka pintu rumah tanpa seorang pun memberikan salam.

Malam itu seperti biasa, kami (ibu,adik dan saya) tidur di dalam bilik yang sama. Masa itu saya tidur di bahagian tengah, ibu saya tidur di bahagian kiri, adik di bahagian kanan. Ibu dan adik sudah lena dibuai mimpi, entah kenapa malam tu terasa sejuk sangat. Saya pun mengambil selimut dan menutupi separuh badan saya. Di saat saya memejamkan mata, tiba-tiba badan terasa berat! Mulut begitu payah untuk dibuka dan rasanya sukar untuk bernafas! Ya Allah… inikah yang dinamakan ditindih oleh hantu?

Subhanallah!

Masa itu saya tidak terlintas untuk membaca ayat-ayat suci disebabkan perasaan takut dan panik. Lalu saya teringat ibu yang berada di sebelah kiri saya, saya cuba untuk gerakkan tangan saya ke arah badannya.

Cuba dan cuba, akhirnya saya berjaya merasa kulit badannya; cubit… kuiss… pelbagai cara saya cuba untuk menyedarkan dia bahawa saya memerlukan pertolongan darinya, namun tak berhasil.

Di saat itulah baru saya terfikir untuk membaca ayat-ayat suci. Lalu benda tersebut pergi secara perlahan- lahan. Lantas saya membuka mata,, GELAP!!! saya di bawah selimut!! entah bila saya menyelimutkan semua badan dan kepala saya ke dalam selimut. Saya buka selimut untuk melihat ke arah sekeliling!! saya pandang ke kiri.. ibu saya tidur sangat jauh dari saya.. lalu siapa yang dikuis dicubit tadi??

Perkara ini tidak berhenti di sini,, semenjak malam itu saya sering ditindih bukan itu sahaja penyewa bilik sebelah pom turut ditindih dan dia cakap bahawa dia boleh merasakan RAMBUT benda tu.

Jadi itu sahaja yang dapat saya kongsikan, maaf kalau tak menakutkan siapa-siapa. Setakat ini, hantu tu mungkin dah ada rumah…

Pokok besar di belakang blok.

Hati-hati.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

37 thoughts on “MEDAN WARISAN”

  1. 6/10
    * Setori tak seram sangat..
    * Tok nampak sebijik typo di situ.. Tapi tak jadi masalah.. Sbb tok pernah baca setori yang typo dia lagi banyak dari itu (Nasa bukan nama sebenar)..
    * Boleh baiki teknik penceritaan..
    * Cantikkan lagi ayat..
    * Kipidap dongibab

    Reply
  2. 5/10
    * selepas tanda noktaf (.) huruf besar.
    * typo.
    * tatabahasa boleh diperbaiki lagi.
    * banyakkan membaca dan menulis untuk cantikkan gaya penceritaan.
    ** teruskan menulis ya!! =)

    Reply

Leave a Comment