#SumandakSabah – Hantu Berkeliaran di Bulan Puasa?

“BANYAK ROH KAT LUAR TU! Banyak roh kat luar tu!”

Kakakku berkali-kali mengulangi kata-katanya sambil menjegilkan mata padaku. Aku hairan ‘Apa benda la dia ni mengarut time sahur-sahur ni… Dah tak betul ke apa ni? Aaahh..sudah!’ Tapi seram juga la sebab dia mengulangi ayat yang bagiku macam tak masuk akal. Mukanya kelihatan letih tak bermaya…

Hai. Aku wanita berusia awal-30an, garang tapi comel dan tak sumandak mana pun. Tapi sebab aku suka lagu tu so jangan tertipu dengan hashtag tu hehe. Kakakku 9 tahun lebih tua.

Kakak tinggal bersamaku. Dia ni lain macam sikit. Dia ada third eye, bahasa Melayunya hijab terbuka la kot. Terbuka level berapa aku kurang pasti. Sejak kecil dia sudah biasa melihat makhluk yang tidak terzahir di pandangan mata umum. Merupakan bekas pramugari, macam-macam telah dilihatnya dari muda sampai ke sudah. Bahkan dalam kapal terbang hingga di hotel penginapan sewaktu beliau bertugas dulu pun adalah satu kebiasaan baginya untuk mengalami kisah seram saban hari. Banyak sangat kisah seramnya, yang aku mampu tulis kisah ni je dulu. Tapi dalam diam aku kagum juga dengan kakak aku ni, walaupun selalu menghadapi kejadian menakutkan, tapi beliau cekal menggalas tugas sebagai pramugari selama bertahun-tahun, yang memerlukannya tidur berseorangan di merata hotel asing di seluruh pelusuk dunia. Almaklumlah, aku ni penakut sikit. Dok rumah sorang pun aku seram, apa tah lagi nak tidur sorang kat hotel.

Kembali kepada cerita pagi tadi. Aku tanya dia apa yang dia mengarut pepagi buta ni (orang nak sahur pun tak senang). Suamiku dah pelik, kesian dia kena hadap kakak ipar freaky macam ni haha.

Kakakku menyatakan dia susah nak menghadapi bulan Ramadhan kali ni. Terlalu banyak roh berkeliaran di sekeliling, dia dah tak tahan. Setiap kali memandu dia merasakan ada ramai penumpang ‘menumpang’ keretanya. Kadangkala benda tu bercakap-cakap dengannya.

Kenapa dia menggunakan istilah ‘roh’? Sebab katanya semua ‘orang’ yang dilihatnya berkeliaran beramai-ramai di bulan Ramadhan ni berbentuk telus. Secara fizikalnya seperti manusia, ada yang berpakaian moden ada yang berpakaian zaman dulu-dulu. Tapi tembus apabila berlanggar dengan apa-apa benda, seperti kereta contohnya. Dan mereka berkeliaran berjalan atau berdiri dengan pandangan kosong seperti zombie. Cerita kakakku ni memang aku bayangkan sebiji macam dalam filem-filem Hollywood, tapi itulah hakikat yang dia nampak setiap hari.

Kalau ikutkan trek rekod kakakku yang berani ni, dia memang takde hal berhadapan dengan benda-benda ni sebab dah biasa tengok semenjak kanak-kanak.

Tapi kali ni nampaknya dia betul-betul seriau. Kemuncaknya apabila bapa rakannya (ku namakan Haris) telah meninggal dunia baru-baru ni. Haris memberitahu kakakku yang dia agak terkilan kerana bapanya meninggal dunia seorang diri di rumah akibat strok, tanpa ahli keluarga di sisinya. Sewaktu si Haris ni menceritakan peristiwa itu, terdapat lembaga telus duduk di sebelah kakakku, menyatakan agar Haris tidak perlu bersedih (seolah-olah memujuk Haris) dan katanya akan menemani Haris menaiki motosikal sewaktu balik ke rumah nanti. Kakakku menangis di situ juga kerana sedih melihat semua ini di depan matanya. Mungkin lembaga itu arwah bapa si Haris secara fizikal (hakikatnya wallahualam).

Akibat peristiwa ni kakakku berasa agak tertekan sebab ‘roh-roh’ di sekelilingnya ini seolah-olah kerap mendatanginya untuk menyampaikan mesej kepada waris-waris mereka. Kakakku sedih, katanya dia bukannya kenal akan waris mereka-mereka ni, bagaimana untuk dia sampaikan? Lagipun bukan tugasnya untuk buat itu semua.

Tekanan yang dihadapi menyebabkannya tidak suka berhadapan bulan Ramadhan. Setiap kali bulan puasa, kakakku terpaksa berjalan, bekerja, memandu sambil dikelilingi oleh ‘roh-roh’ ini yang pada zahirnya tampak seperti manusia biasa, tapi telus seperti asap dan kerap meminta pertolongannya untuk menyampaikan mesej kepada waris yang tidak sempat mereka temui sewaktu hidup dulu. Mereka seolah-olah terdesak untuk didengari oleh kakakku…

Paling seram ketika dia menceritakan semua ini, katanya ramai ‘benda’ tu tengah berdiri di luar pintu rumah kami (koridor apartment), sambil jarinya menunjuk ke pintu belakang rumah yang sedang terbuka luas menghala ke ruang koridor… Aku hanya mampu berhuhu jela, nak takut sangat pun bukannya nampak apa, nak gelak tengah mood seram pulak (huhu lagi).

Katanya kejadian nampak banyak roh ni semua hanya berlaku di waktu bulan Ramadhan je. Di luar bulan ni, biasa dia akan nampak lembaga-lembaga seram yang bukan manusia je, yang macam roh ni tak kerap muncul…

Hurmmm… Persoalannya, korang rasa betul ke tu roh ye? Atau apa? Cuba korang yang ada third eye ni bagitau kat komen pengalaman sendiri macam mana, aku pun berminat nak tau juga sebab aku berpegang pada pendapat yang mengatakan roh manusia dah tak boleh kembali ke alam dunia. Aku lebih percaya yang dia nampak mungkin adalah qarin semata-mata, tapi itu lah, pelik juga sebab katanya benda ni terlalu ramai dan berkeliaran di bulan puasa je. Lepas tu asyik datang pada kakak aku nak meninggalkan mesej, kakak aku pun naik rimas.

Sebelum mengakhiri kisah ini kakak aku pesan. Jangan sekali-kali tidur di waktu maghrib. Dia boleh nampak dengan jelas, natang tu (yang ni bukan berupa ‘roh’) tengah stanby je nak kacau orang yang ada niat nak tidur waktu tu. Hari pertama dia kacau manja-manja je, setakat bagi lovebite (lebam) sikit. Masuk hari ketiga kalau korang buat juga lagi, dia dah join korang tidur macam suami isteri hihi.

Harap jangan ada yang salah faham dengan perkongsian cerita ini, aku cuma ingin mengajak para pembaca untuk berfikir sejenak tentang kejadian yang sukar untuk dimengerti ini. Yang baik dijadikan teladan. Yang buruk dijadikan sempadan.

Wallahualam.

Kongsi kkisah anda: fiksyenshasha.com/submit

62 thoughts on “#SumandakSabah – Hantu Berkeliaran di Bulan Puasa?”

  1. Rasanya ‘qarin’.. saya pun tak berapa tau pasal qarin ni.. tapi memang ustaz ustazah kata, bulan puasa ni lah kita ziarah kubur arwah arwah.. bukannya pagi raya yang kebiasaan orang kita buat.. tapi wallahhualam..

    Reply
  2. Ada pendapat mengatakan ada roh yang diizinkan kembali ke rumah masing2 pada bulan ramadan ni. Roh mereka yg amalnya baik semasa hayatnya. Waallahualam.

    Reply
  3. Tak tau atau secara kebetulan, lepas kakak kite meninggal 2 tahun lepas, kita seperti mcm dpt predict sesorang tu punya life mcm dia hidup tak lama lagi. Selain tu, kite tak sengaja tetiba jer terlintas difikiran terpikir kalau dia punya sedara mara terdekat akan pergi tak lama lagi. Tak taula samada kebolehan atau apa.

    Reply
  4. Bulan puasa,syaitan diikat tp jin masih ada. Untuk kes ni,maybe roh orang baik atau qarin. Kan ada orang kata,Bulan puasa nilah roh roh baik balik jumpa keluarga.

    Reply
  5. yes itu roh . dunia ni terlalu padat dgn mereka . sbb sy pon pernah bukak hijab dlu . setiap kali sy tgk krpala sy mcm kene tekan dgn sesuatu . jumlah mereka terlalu padat . gelap sgt2. dan mereka boleh tahu yg kita boleh npak diorg , diorg akan dtg dpan kita . sy x boleh dgr ape yg meraka katakan . cuma jika diorg inginkan sesuatu diorg akan gambarkan kepada sy ape yg mereka mahukan . jin ni plak dia bermacam2 rupa . ade yg besar ade yg kecik . rupa diorg pon ade dua . cantik dan hodoh yg amat buruk sampai boleh termuntah sebab geli .

    Reply
    • Sumandak ni lebih kurang kepada Ayat

      Gadis/anak dara/gadis cantik..
      Maaf kalau salah..
      Kebiasaan ayat sumandak ni di guna kan khusus untuk gadis2 muda di sabahan..

      Reply
  6. Ap yg aku tau memang bulan puasa ni bulan yg ditunggu² oleh penghuni kubur @ roh . Sebb bebas dari seksaan kubur dan boleh melawat saudara mara .

    Reply
  7. Ntah la. Nak katakan roh, Allah je yang tau. Dalam quran ada bagitau. Tapi mungkin sesuatu yang lain menggantikan roh orang dah meninggal. Kena tanya yang lebih pakar.

    Kesian kakaknya stress. Tutup la mata ketiga tu…..

    Reply
    • Bak kata Dr. Danial Zainal Abidin,roh yang dimaksudkan dan disebutkan dalam kitab Al-Quran ialah malaikat khusus iaitu Malaikat Jibrail,bukannya roh manusia sebab semua yang sudah meninggal akan terus berada di alam lain,iaitu Alam Barzakh.

      Reply
  8. bulan puasa memang roh2 akan turun ke bumi untuk ‘melawat’ sanak saudara dia dan akan pergi balik bila tiba malam raya

    Reply
  9. Hmm xsure.
    Tp mengikut kajian sy. Roh xboleh kembali semula ke dunia. Roh Akan kekal Di alam barzakh/alam kubur smpi kiamat.

    Reply
  10. Berhati – hati dengan third eye….. Maybe ianya satu anugerah… maybe juga vision yang kakak nampak tu telah dipesongkan / compromise…. atau maybe vision yang dilihat tu sebenarnya mainan mahluk halus yang berniat jahat

    Reply
  11. Admin fs!!! Mana cite lain lg. Lu org ni cpt lh upload. Gua nk bc. Pusing2 citer yg sm je. Ingt gua x da prasaan ke ha!

    Reply
  12. Bukan roh tu..orang yang dah meninggal dunia hanya akan kekal di alam barzarkh.Alam barzakh ni merupakan alam bagi orang yang dah meninggal dunia sementara menunggu hari kebangkitan semula pada hari kiamat kelak.Dan sesudah berada di alam barzakh,manusia akan disoal mengenai amalan-amalannya semasa hidup di dunia.Jadi,kesimpulannya,orang yang dah meninggal dunia tak akan kembali ke dunia semula..gittew~

    Reply
  13. mana ada manusia boleh tengok benda2 gitu kecuali perdayaan syaitan sahaja.
    ibarat camne je. kau nak tengok benda yang kecik cam kuman so kau pakai microskop lepas tu cam2 kau jumpa.
    sama juga nga mata manusia. sekali syaitan berengek kat mata kau and buat port so kau akan mampu tengok bayangan yg dilayarkan oleh syaitan tu. kau akan rase semua itu real sedangkan mata manusia biasa xder ape2. ape yg dipaparkan membuat kau rase semua itu benar dan itulah dikenali perdayaan syaitan untuk merpercayaainya.
    so lam2a akidah pun terpesong. panjang aku lebong, cam betul sngat.

    Reply
  14. Aku pun pernah kena mcm ni.. sampai aku tak dapat beza tu manusia or bkn.. tp aku tak rase tu roh.. sbb aku pk tu adlh syaitan yg nk mnyesatkn..

    Reply
  15. Aduhai ko ni tk pernah dengar hijab terbuka er aq ni bukan ustaz tapi aq tahu lah sikit²..Hijab ada terbuka tertutup,kita yg tk nmpk ni hjb terttp…Hijab terbuka ni allah benarkan dia lihat kaum jin dengan syaitan..Ni bukan permainan syaitan ni mmg betul izin allah

    Reply
  16. Tapi bukan ke ustaz ada cakap yang manusia kalau dah mati roh nya di angkat. Makna nya dah takde kene mengena dengan dunia. Part yang tido maghrib tu memang menggerunkan betol la.. sebab nya aku suka tido time tu. Konon nak taking nap la.. Lepas baca ni janji untuk cuba tak buat dah.. huhu

    Reply

Leave a Comment