Blok R

Hai semua pembaca Fiksyen Shasha. Aku di sini ingin berkongsi tentang kisah seram yang terjadi pada diri aku sendiri. Aku seorang pelajar dari kolej di Kuantan, Pahang (tak perlulah tahu nama kolej tu). Aku rasa kepada sesiapa pembaca yang membaca kisah aku ni mungkin tahu di mana kolej ini.

Okay, bermulalah kisahnya…

Pada masa itu aku pelajar baru di kolej tersebut. Semasa berdaftar di kolej tersebut, aku dapat bilik di Blok R, aras 3. Masa mula-mula tu okay aje. Tapi bila dah lama nak dekat final exam macam tu, benda tu dah mula mengacau sedikit demi sedikit.

First yang kena ialah kawan sebelah bilik. Masa tu aku dengan roomate aku ni pergilah teman kawan yang sorang lagi ke hospital. Dalam jam 3:00 pagi jugalah kami pulang ke hostel. Tetapi yang peliknya, kawan sebelah bilik aku tu dengar orang main ketuk pintu kuat-kuat, sedangkan tiada orang di bilik kami masa tu. Maklumlah, satu bilik cuma dua orang sahaja. Siapa yang ketuk tu?

Dan pada waktu yang sama juga, masa tu aku dan roommate aku ni dah sampai hostel. Pukul 3:00 pagi kan, manalah ada orang. Nak-nak pulak esok bukannya weekend. Nak dijadikan cerita, aras 3 tu memang selalu tiada air, so terpaksalah aku mandi seorang, manakala roommate aku tu mandi dekat aras 2. Nak dijadikan cerita lagi, aku siap mandi dulu. Aku masuklah bilik sorang-sorang (maklumlah aku ni jiwa kental sikit). Tengah syok cari baju, tiba-tiba ada orang menyanyi sambil mengilai tepi tingkap bilik. Aku pun apa lagi, jantung dah berdenyut kencang sekencang kencangnya!

Okay, cerita kali ni hari lain pula. Masa tu ada game badminton Chong wei vs Lin dan. Aku dengan kawan bilik sebelah ni pergilah turun bawah, kononnya nak pergi tengok game tu. Masa tu aku tak bawak kunci bilik, sebab roommate aku tu ada dalam bilik. So, bila bosan tengok game tu, aku ajak si kawan bilik sebelah tu naik ke bilik. Aku ketuk punya ketuk, roommate aku tu tak menyahut pulak. Aku ingatkan roomate aku tu tidur mati. Maklumlah, hobi dia memang suka tidur. Tapi nasib baiklah kawan sebelah bilik tu dia bawak kunci bilik dia. So, aku tumpanglah dalam bilik dia.

Dalam masa yang sama aku cuba ketuk dinding bilik, kononnya untuk kejutkan roomate aku tu lah. Dinding hostel tu ialah dinding papan, so boleh dengar sangatlah, kan. Ketuk punya ketuk sambil panggil roommate aku tu, tiba-tiba dengar orang menyahut, “huhhh, huhhh!” Suara dia macam orang lelaki baru bangun tidur, tapi slow. Kawan aku tu dengar bunyi yang sama. Hah, apa lagi, melompatlah dia dari katil sebelah ke tempat katil yang aku duduk tu.

Okaylah, masa tu fikir positif lagi. Mungkin itu cuma perasaan kami. Masa tu aku tetap tak puas hati. Aku whatsapp lah dengan kawan aras 2 tu. Sebab roomate aku tu selalu jugalah lepak bilik dia. Dalam WhatsApp tu aku tanya, “si roommate aku tu ada tak dalam bilik kau?”

Then dia hantar gambar roomate aku sambil makan potato chips. Habis tu, siapa yang menyahut tadi?

Aku dengan kawan aku tu apa lagi, lintang-pukanglah kami berlari dari aras 3 ke aras 2. Masa tu hilang semua penat semput yang ada. Dalam fikiran, cepatlah sampai dekat bilik bawah. Takut tahu, takut. So, kepada adik-adik junior dekat hostel tu, aku nak nasihat, hati-hatilah sebelum terkena. Kalau boleh, jangan bergalak sangat. Sekian, sampai sini sahaja kisah cerita aku.  Ini bukan rekaan, ya. Ini kisah benar

18 thoughts on “Blok R”

  1. Fiqa,

    Pengalaman yg ringkas. Mcm aku cakap, selagi namanya cerita benar, memang tiada tokok tambah mahupun rencah utk sedapkan cerita. Terbaik. Kongsilah lagi.✌🏻😊

    Reply

Leave a Comment