Mak

Aku Nabil razin, kisah yang bakal aku ceritakan di alami aku sendiri tanpa sebarang tokok tambah.
Kejadian berlaku sewaktu arwah mak aku masih hidup dan beberapa bulan selepas menjalani pembedahan jantung, Bak kata orang, dalam kondisi tersebut, memang senang diganggu oleh “benda”. Baik lah, mari kita mulakan

……………………………………………….

โ€œPuan dah boleh balik kerumah ya? Nanti jangan lupa untuk datang untuk follow up condition jantung puan ya?โ€

Beritahu doktor kepada Mak.

Mak hanya mengangguk tanda setuju, Berbekalkan kerusi roda, aku menolak mak menuju ke kereta ayah dan terus bawa mak pulang kerumah. Setiba dirumah, Mak jarang bercakap dek kerana letih dan sakit bekas pembedahan jantung yang belum lagi sembuh sepenuhnya.

Seperti rutin biasaku dengan mak, kami menonton rancangan kegemaran mak CSI pada malam tersebut dan kebiasaanya kami akan berborak panjang sambil mencelupkan biskut kering kedalam secawan nescafe hangat, Tapi kali ini, mak diam seribu bahasa, mukanya lemah tak bermaya.

“Dah malam ni, kita tidur ye mak,” tanyaku kepada mak.
Sekali lagi, Mak hanya mengangguk tanda setuju.

Aku tidur di tepi mak sambil beralaskan toto sedang mak pula hanya tidur di kerusi malas kerana mak masih tidak boleh untuk tidur baring seperti biasa. Lampu ditutup dan kamipun tidur untuk merehatkan diri.

Sedang asyik aku lena diulit mimpi, Terdengar bunyi hela nafas yang sangat kuat, Seperti orang yang nazak.

“eh, mak! kenapa ni?” Tanyaku risau, Aku menggosok dada mak.

“Mak sakit dada ke? mak susah bernafas ke?” tanyaku lagi.

Mak menarik nafas sedalamnya sambil mata tertutup rapat. Tiba-tiba, nafas di hela dengan begitu kuat, Mata mak terbelalak dan terus merenung tajam ke arahku sambil senyum yang agak menyeramkan.

“Mak! kenapa ni? mak okey tak?” Tanyaku lagi.

Perlahan-lahan mak menoleh pandangannya kearah sudut yang gelap, dibahagian yang jarang sekali kami guna.

Perlahan, Mak mengangkat jari telunjuknya dan letakkan di muncung bibirnya sambil memerhati ke arah gelap tersebut.

“Ssshhhhhh!!!” mak seakan menyuruh aku untuk berdiam.
Tetapi, mak masih menghadap ke arah yang gelap tersebut.

“Mak suruh siapa diam mak? mana ada sesiapa dekat situ, mak jangan la main-main” ucapku kepada mak sambil suara terketar.

Jarinya masih di mulut, Dan perlahan mak menoleh betul-betul menghadap muka aku.

“Jangan bagi tau aku dekat sini! kami tengah main sorok-sorok, kalau kau bagi aku kalah, Nahas kau!” Bisik mak kepada aku.

Aku dalam keadaan terkejut merasakan yang ini bukan mak aku, mungkin ada benda lain yang dah “masuk” dalam badan mak.

Aku agak risau dengan keadaan mak, bergegas untuk memanggil ayah. Aku takut untuk duduk berdua dengan mak dalam keadaan sebegitu. Sewaktu aku bangun hendak menuju ke bilik ayah, telinga kiri ku seperti ditiup lembut oleh seseorang. Bulu roma habis semua berdiri.

Aku mengalihkan pandangan ku kearah kerusi malas yang mak duduk tadi.

“Eh! Mana mak? Ya Allah” Getus hatiku risau.

Tiba-tiba mak tiada di kerusi tersebut. Mata aku meliar mencari mak di dalam gelap.

“Mak!, mana mak? ,jangan main-main malam-malam ni mak”

Mata aku terpaku di bahagian sudut yang gelap tadi dan rupanya mak berada disitu dalam keadaan mencangkung sambil memeluk tubuh seperti orang kedinginan. Kedengaran seperti suara orang menangis, dan apabila diamati, suara tersebut datang dari bahagian sudut mak berada.

Aku cuba mendekati kearah mak aku, Aku bongkokkan sedikit badan untuk menariknya dari tempat tersebut.

“Jangan bagitahu siapa-siapa aku dekat sini!!” Jerit mak kearah ku seperti seseorang yang sangat marah.

Mata mak berubah kemerah-merahan, Rambutnya kusut seperti tidak terurus. Aku terus membiarkan dia untuk beberapa ketika sehingga mak terbaring keletihan. Aku angkat mak dan letak kembali mak di kerusi malas.

Mataku masih tak boleh dipejamkan dek kerana bunyi nafas mak yang makin kuat, Aku merasakan seperti diperhatikan.aku memalingkan badan ku kearah berlainan kerana takut untuk melihat mak. Risau keadaan mak aku. Aku cuba untuk melihat keadaan mak dengan menoleh kearahnya.

Mak menggelupur seperti cacing kepanasan, matanya terbuntang luas dan mulutnya terbuka seluasnya.

“Adik! panggil ayah kau cepat! ada benda nak masuk dalam badan mak, Cepatt!” jerit mak suaranya tersekat-sekat.

Akupun bingkas bangun terus ke bilik ayah.
“Ayah, mak kene rasuk!!”
“Yelah! Ha kau tunggu dalam bilik ayah tengok mak”

Ayah terus keluar dari bilik mendapatkan mak, sambil menunggu keadaan reda, aku duduk di dalam bilik ayah.
Aku merebahkan papan punggungku di atas tilam tempat tidur ayah.

Tiba-tiba aku rasakan seperti ada orang yang sedang baring di belakang ku. Peluh membasahi dahi, airmata keluar oleh kerana terlampau takut, mataku ku tutup rapat sambil di dalam hati membaca surah yang terlintas di fikiran. Bahuku terasa seperti dipegang.

“Adik, buat apa kat dalam bilik ayah ni? kenapa adik menggigil?”

Suara seakan ku kenal, aku menoleh untuk melihat siapa yang menepuk bahu aku tersebut.

” Eh! ayah? ha..ha..haabis siapa yang keluar tadi?” Tanyaku sambil mulut terketar-ketar.

“Apa yang adik mengarut? ayah tengah tidur la, ini pun terbangun sebab adik duduk tadi” kata ayah

“eh?Mak mana?adik tinggalkan mak sorang ke?” tanya ayah risau.

” Mak kat luar, dia kata ada benda nak masuk badan dia, ayah pergila tengok cepat” ucapku kepada ayah.

“Yelah! Ha kau tunggu dalam bilik ayah tengok mak”

Aku memerhatikan setiap gerak geri ayah bagi memastikan yang itu betul-betul ayah aku. Badan aku terasa sangat lesu kerana ketakutan yang teramat tadi. Aku menghamparkan tubuh badan ku di tilam ayah.

Aku menolehkan muka ku ke tepi. Tiba-tiba, ayahku masih lagi tidur betul-betul di tepi aku. Badan ku terasa lumpuh kerana terlampau takut.

” AARRGGHHH!” aku menjerit sekuat hati.

Ayah terbangun lalu menghidupkan suis lampu.

” Kenapa adik menjerit?” tanya ayah cemas

“Ayah dah pergi tolong mak ke belum?” tanyaku kepada ayah dalam keadaan ketakutan.

“Apa kau cakap ni? mak kan tidur tepi ayah” kata ayah sambil menuding jari kearah tepi katil yang ada kerusi malas dan mak tidur di atasnya!..

Fikiran aku berkecamuk, Siapa yang tidur dengan aku di ruang tamu tadi?. Aku memutuskan untuk berdiam sahaja dan biar perkara ini dilupakan dan tidak menceritakan kepada siapapun.

28 thoughts on “Mak”

  1. eh..npe sume org xpaham…saya phm je.

    penulis tgk tv ngn mak dia..dia sangkakan itu mak yang betul.
    1. “mak” yg depan tv, disangkakan kna rasuk…(scary cara dia kna rasuk)
    2. dia panggil ayah dia, ayah dia menyahut n suh dia tggu dlm bilik.
    3. time dia ddk ats katil, dia rse ada orang baring blakang dia, tgk2 ayah. so yg kluar nk konon ye nk tolong “mak” yg kna rasuk..rupa2 ye “bende” tu.
    4. dia engat kali ni btul2 “ayah” dia yg kluar tolong mak dia, then dia baring, tym dia menghadap ke tepi, tiba2 dia nampak ayah dia, which is kali ni btul2 ayah dia.
    5. Ayah dia tunjuk mak yg sebenar ats kerusi malas, dalam bilik, bukan kt depan tv.

    Kesimpulan, dia kna kacau dari dpn tv ag. benda tu menyamar jdi mak dia skali, jdi ayah dia skali.

    Seram je…don’t worry, saya faham cerita u. keep writing!

    Reply
  2. senang ja nak faham story ni, sekali baca ja dah paham. klu ada y kata xpaham tu penulis jgn kecewa kena paham la, klu dlm satu kelas semua cemerlang, xkan ler ada ranking 1, 2, 3.

    Reply

Leave a Comment