Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pembaca di ruangan FS. Apa pun aku nak ucap terima kasih pada korang yang sudi membaca kisah pengalaman aku bersama abang-abang aku, yang aku kongsikan disini. Kepada anda semua yang memberikan komen positif, terima kasih banyak-banyak aku ucapkan. Cuma aku boleh mendoakan kalian agar senantiasa diberikan kesihatan dan rahmat olehNya. Terima kasih jugak buat FS kerana sudi menyiarkan kisah pengalaman nakal aku bersama abang-abang aku tanpa sebarang editing. Jadi untuk kali ini, ingin aku kongsikan satu lagi pengalaman nakal yang agak misteri aku lalui bersama-sama dengan abang-abang aku. Memandangkan sekarang ni musim durian dimana-mana saje, jadi aku nak kongsikan kisah ini buat kalian sebagai satu pengajaran.
Kisahnya bermula kalau tak silap aku dalam tahun 1995, masa ni aku masih sekolah lagi. Umur baru 12 tahun…korang teka la berapa usia aku sekarang (takde hadiah untuk soalan ini ye???) Abang-abang aku pun masa nie tengah muda belia dan masing-masing belum berumah tangga lagi. Oleh kerana pada ketika itu musim buah-buahan, jadi sepanjang kejiranan aku semerbak la kadang-kadang bau durian menusuk ke hidung. Kadang-kadang bau cempedak, bacang pun ada. Keluarga kami ni sebenarnya hidup sederhana. Tak macam jiran yang lain-lain, ada dusun. Yang berkemampuan pulak beli je dekat gerai buah-buahan atau mana-mana tempat yang ada jual. Harga pun..hm…boleh tahan la jugak masa tu. Nak dijadikan cerita, suatu hari abang uteh aku ni ternampak la satu dusun ni dah mula berbuah. Kebetulan beliau hari-hari melalui jalan dihadapan dusun ni untuk pergi dan pulang bekerja. Dusun tu sebenarnya dusun terbiar dan tidak lagi terjaga. Ini kerana, pemilik dusun telah meninggal dunia, waris tunggalnya pula telah berpindah ke luar negara jauhnya serta tiada siapa yang menguruskan lagi (..sekarang dah jadi taman perumahan separa mewah dah..). Oleh kerana beliau sebagai abang yang paling tua dan berkuasa (asyik nak kena ikut cakap die je..), abang uteh aku nie merancangla sedikit sebanyak program masa lapang kami. Beliau merancang untuk mengutip durian dekat dusun tinggal yang agak tidak jauh dari rumah kami.
Atas rasa simpati terhadap dusun yang terbiar tu (kih..kih..kih..), maka kami berempat bersetuju dengan cadangan tersebut. Masalahnya program yang akan kami aturkan nie sebenarnya sebelah malam (siang tak boleh…Line is not clear…hihihi..). Sampai la masa yang ditunggu-tunggu. Jam didinding terus bergetak aaa…eh ternyanyi pulak, menunjukkan pukul 9.30 malam (lepas siap kerja sekolah….abang uteh aku cakap kalo tak siap jangan ikut…) Segala kelengkapan seperti pisau (seminggu mak aku cari pisau dia nie…), parang, lampu suluh dekat dahi, lampu suluh biasa yang besar tu, guni putih..(guni baja ni…kutip dekat tepi ladang sawit..) dan tali sebagai persediaan (Mak dengan ayah tak tau pun apa yang kami rancang…hihihi). Seperti biasa, abang uteh aku akan masuk ke dalam dusun tu (dusun nie semak tau…tapi ada laluan macam denai…). Dapat je isyarat…lebih kurang 10 minit kemudian abang tam aku pulak masuk…kemudian abang chik aku…aku pulak tercongok sorang-sorang, tunggu punya tunggu punya tunggu…tak dipanggil-panggilnya. Hampir setengah jam, aku pun redah je masuk ke dalam dusun tu. Sampai disatu lokasi dalam dusun tersebut. Aku tengok, diorang bertiga tengah mencangkung, syok dok layan durian (hampeh tul la…). Macam nak mengamuk pun ada, nak menangis pun ada. Geram punya pasal.
Aku pun tanya la mereka, kenapa tak panggil aku? Diorang cakap “Sorry la dik, lupa nak panggil ko..meh sini meh..kita makan sama-sama…lepas tu kita operasi..k???” Sambil tersenyum abang uteh aku boleh jawab macam tu. Kalau ikutkan hati, mau je aku tinggalkan diorang balik rumah layan komik Dragon Ball (kire merajukla nie…) lagi bagus. Seusai menikmati keenakkan durian tersebut (tak tau la…D24 ke…D8 ke atau D7..hihihihi…) kami mula beroperasi. Kami berempat berpecah untuk mencari durian yang terbaik sahaja.Untuk pengetahuan kalian, sebenarnya dusun tinggal ni ada banyak jenis pokok buah-buahan yang ditanam. Contohnya rambutan, durian, maggis, duku, langsat, bangsat….semua la ada. Boleh dikatakan pada ketika itu memang menjadi dusun tu walaupun tidak berjaga. Cuma kena pandai-pandai la pilih sebab ada yang elok ada yang rosak. Tapi tumpuan kami empat beradik memang nak cari durian je dulu untuk malam tu.
Misterinya bermula disini. Dalam ketika leka dok pilih dan kutip durian yang terbaik. ‘Gedebukk!!!’ Bunyi macam durian gugur. Dengan pantas dan tuntas aku berlari la kebawah sebatang pohon durian ni. Pohonnya agak besar dan agak tua sikit jika dibandingkan dengan pepohon yang lain (entah berapa tahun usianya…aku pun tak pasti…). Anggaran aku, ada dalam 20 kaki tingginye kot? Lagipun abang uteh aku cakap hanya pokok ini satu-satunya pokok yang mengeluarkan durian yang agak baik berbanding pokok-pokok yang lain. Sedang aku terbongkok-bongkok (bongkok ye…bukan bongok…) tiba-tiba terasa meremang bulu roma dan tengkuk aku mula rasa panas (ini perkara biasa kalo aku dapat rasakan adanya entiti yang berdekatan-meremang bulu roma tapi tak berapa nak takut…). Masa tu jugak seluruh alam….menyaksikan kesyahduan…(eh…ternyanyi pulak…hihihi..) sunyi sepi membisu. Cengkerik pun tak mau bunyik krik krik. Sesekali tu terimbas juga angin sepoi malam untuk menambahkan lagi suasana keheningan kegelapan malam.
Cari punya cari….tak ada…tapi bunyi jatuh tu memang dekat pokok tu. Sedang aku tercari-cari durian yang dimaksudkan tiba-tiba sayup-sayup je terdengar suara macam merengek nyaring tapi tak berapa kuat. Aku toleh ke belakang, tapi tiada siapa. Aku toleh kekiri nun jauh ternampak kelibat abang chik aku (pun sama terbongkok-bongkok jugak tengah pilih durian). Toleh kekanan, jalan aku masuk tadi. Depan pulak sebesar-besar pokok durian. Takkan pokok ni menangis aku ambik buah dia??? Dalam hati aku pun berkata ‘Agaknya musang kot??? Ni la yang dikatakan musang king agaknya??? Sebab nak ambil buah dia, dia menangis??’ Getus aku dalam hati. Tapi serius aku katakan nak kata bayi bukan, nak kate kucing pun bukan? Lagipun masa tu tak terlintas difikiran pasal hantu-hantu ni. Ah..lantaklah. Tiba-tiba ketiga-tiga abang aku datang hampiri aku. Perlahan abang uteh aku bagaikan berbisik…”Dik…dah..jom balik..esok ko nak sekolah…malam esok sambung..”. Aku baru dapat 3 biji durian yang agak baik, beliau dah ajak aku pulang. Bukan senang nak mencari dan memilih dalam gelap tu…sebab kebanyakkan duriannya rosak, yang busuk pun ada mungkin dimakan tupai atau haiwan liar. Malas nak layan aku pun capai guni yang aku bawak terus pulang bersama mereka.
Malam keesokkannya tanpa segan silu kami beroperasi lagi, tapi kali ini aku bertiga je. Abang tam aku takde, sebab ada kenduri dekat surau.(Dia nie kan islamik sikit-rujuk cerita aku yang mula-mula dulu) Macam biasa kene tunggu isyarat abang uteh aku dulu. Lupa nak bagitau sebenarnya abang uteh aku ni dulu TLDM (Tentera Laut DiRaja Malaysia) kemudian dia mohon tukar untuk masuk ATM (Angkatan Tentera Malaysia). Unit Komando kot?? Kire macam tu la. Tu sebab setiap kali nak masuk hutan ke semak ke?? Die mesti masuk dulu, kira keadaan mengizinkan baru la dia panggil masuk. Nanti aku akan ceritakan kisah beliau meneruskan kelangsungan hidup bersama kawan dia yang dah meninggal dunia dalam hutan balak Borneo. Seperti biasa bila dapat isyarat dari abang uteh aku nie, kitorang terus masuk serentak takde lagi sorang-sorang macam malam yang sebelumnya. Malam tu misi memetik manggis. Masing-masing bawak guni sorang satu (seperti malam sebelumnya la..) untuk mengutip manggis. Hampir separuh guni, tiba-tiba aku nampak abang chik aku terjun dari pokok manggis terus meluru jalan nak pulang kerumah sambil berteriak “Woi korang…balik…balik…” Tercengang aku dengan abang uteh melihat gelagat abang chik. Nak kata ada entiti, takde pulak terasa apa-apa. Tapi peliknya kenapa tiba-tiba je meluru ajak balik. Kami pun tanpa berlengah terus pulang ke rumah walaupun dalam hati tertanya-tanya kenapakah beliau??? Tapi yang peliknya waktu abang chik aku ni lari pulang, guni yang dia pegang tu tak terlepas pulak. Korang gambarkan la sendiri macam mana dia lari dengan suku guni yang berisi manggis???
Macam biasa seperti malam-malam yang sebelumnya, kami berempat kembali dah bersedia untuk masuk lagi ke dalam dusun tinggal tu. Kali ni sasaran kami apa yang ada jelah. Dengan masa yang sama hari yang berbeza kami melakukan la operasi kami. Aje gila masa nie. Tiga malam berturut-turut kot..operasinya. Tak silap aku abang uteh aku kutip durian, abang tam dengan abang chik aku petik duku dengan langsat dan aku petik manggis (tak panjat lagi dah…guna galah je..). Jarak setiap tempat ni jauh jugak dan terlindung. Sebab pokok-pokok disitu besar-besar dan daunnya merimbun. Sedang asyik memetik manggis, dengan tak semena-mena semerbak macam bau kambing (pesanan: kalau masuk hutan ke…terdengar, ternampak, terhidu..kalu boleh jangan tegur..buat tak tau je…kecuali kalau masuk air….tangankan aje tanpa berkata-kata…kih kih kih…). Bukan main kuat lagi baunya, kalau difikirkan dekat kampung aku tak ada orang bela kambing. Tiba-tiba tiga orang abang-abang aku ni datang mendapatkan aku termengah-mengah sambil memberi arahan untuk memanjat pokok manggis tu seberapa tinggi yang boleh. Aku pun tak lengah lagi campak je galah terus aja la panjat (…aku kan adik…kena dengar cakap abang-abang…). Manakala abang tam dengan abang chik aku pulak panjat pokok yang lagi satu bertentangan dengan pokok yang aku dan abang uteh aku panjat. Tingginya pokok manggis tu jangan lah cakap, kalau batangnya saja dah dekat hampir sepemeluk (maknanya pokok tu dah lama juga la hidup kot…).
Sunyi, sepi seketika. Segala lampu dekat dahi dengan tangan dimatikan. Abang uteh aku sesekali mendongak ke arah aku sambil menunjuk isyarat jari supaya diam dan senyap. ‘Prapp…’ bunyi ranting yang reput atas daun kering patah dipijak. Sesekali bunyi mendengus bagai.’Sape lagi yang datang ke dusun ni malam-malam buta nak cari buah-buahan ke apa???’. Getus dalam hati aku. Bau kambing tadi, semakin lama, semakin semerbak baunya. Lebih kurang hampir setengah jam…terlihatlah dalam tiga ekor ‘Pak Belang’ menyusuri laluan dibawah pokok tersebut. Masa ni bulu roma aku tegak entah berapa darjah la. Macam-macam rasa masa tu. Nak terberak ada, nak terkencing pun ada, nak pengsan pun ada. Peluh dekat badan nie dah macam mandi dalam kolam renang. Pendek kata memang tak tentu arah rasanya. Naluri aku pun tak tau nak pilih mana satu. Mana taknye, ‘Pak Belang’ yang kami nampak ni bukan jenis biasa-biasa tau tapi gambaran jelas yang aku boleh nampak, tingginya ibarat seekor kerbau jantan besarnya. Matanya agak merah (bukan sakit mata ye…). Yang lebih melemahkan semangat aku bila salah seekor ni menggesekkan perut dia ke batang pokok yang aku panjat ni kot??? Betul-betul bawah pokok tu. Dalam hati terdetik jugak ‘Kenapalah dalam banyak-banyak pokok, pokok ni jugak ko nak gesek perut ko yang gatal tu…Perut tu pun satu hal…Masa ni pulak la ko nak gatal…Harap cepat lah beredar…fikir nak pulang ke rumah je ni..yang adik beradik lain aku dah tak fikir dah..’ Kalau korang terkena macam ni pun aku rasa sama apa yang aku rasa masa tu. Tak pun mungkin lebih lagi kot dari tu.
Lebih kurang satu jam jugak menunggu, naik kebas kaki tangan aku melekap dekat pokok manggis tu. Pipi ni kalau ditoreh, darah pun segan mau keluar. Nasib kami agak baik dan lega kerana malam tu turunnya hujan. Walaupun tak lebat mana tapi mampu membuatkan ‘Pak Belang’ tiga ekor ni lari menuju ke dalam hutan yang bersempadan dengan dusun tinggal ini. Dengan pantas abang uteh aku terjun dari pokok dan berteriak “Dah…jom balik…cepat…cepat…” (ingat kita nie rekrut die agaknye…). Sebagai mengetuai misi ini, abang uteh aku akan memastikan yang adik-adik dia selamat dalam operasi ini. Bila semua dah ada, ape lagi…pecut la masing-masing balik ke rumah beserta denga hasil tuaiannya (hi..hi..hi…). Sampai dirumah, kami pun keluarkanlah hasil ‘tuaian’ masing-masing. Sambil menikmatinya sambil bersembang. Ooo ye..untuk pengetahuan kalian, setiap gerak-geri kami, mak dan ayah memang tak tau. Pertama kedua-duanya tidur awal. Kedua pintu untuk kami masuk rumah tidak berkunci dan hanya kami yang tau dimana kedudukannya (rumah kampung jenis limas).
Malam tu abang uteh aku mulakan ceritanya. Pada malam pertama operasi bermula, mengapa beliau bertiga datang pada aku dan berbisik ajak pulang ke rumah. Pertama, bunyi durian gugur tu sebenarnya adalah benda berbungkus warna putih (pocong kot???) berguling disebalik (belakang pokok) pokok durian tu. Kedua, bunyi yang merengek bagai tu sebenarnya pontianak. Bunyinya macam jauh, tapi makhluk tu berada betul-betul atas dahan dekat pokok yang aku dok cari durian tu. Cis! Nasib baik aku tak tergamak nak mendongak atau nak pergi belakang pokok waktu tu, kalau tak….mesti aku yang sampai dulu ke rumah. Kejadian tu disedari oleh abang tam aku sebenarnya sewaktu aku tengah mencari durian, dia berpakat dengan abang uteh aku nak buat jenayah nak kenakan aku tapi serentak dengan waktu tu dia terdengar bunyi durian gugur serta macam kucing mengerang nyaring. Lalu mereka cuba mengekori dari mana datangnya bunyi itu dan dari kejauhan ternampaklah lembaga berbungkus putih berguling pangkal banir pokok tersebut. Sewaktu cuba menghampiri aku yang berada dibawah pokok itu, mereka mendongak keatas maka ternampaklah selembar kain putih yang duduk diatas dahan. Dengan niat yang suci murni, diorang terus mengajak aku pulang (patutla bukan main berhemah lagi…).
Untuk malam kedua pula ceritanya begini, ini apa yang disampaikan oleh abang chik aku pulak. Mengapa dia meluru untuk pulang dalam keadaan yang tergesa-gesa. Lepas makan malam, dia mula dah rasa tak selesa, sebab masa mak aku masak daging goreng kicap, beliau tersalah masukkan ramuan. Ingatkan halia, rupanya lengkuas. Entah sape hawau agaknya pi letak lengkuas tu satu asrama dengan halia. Jadi masa operasi malam kedua tu, oleh kerana abang chik aku tak mau melukakan hati adik dan abangnya ini memandangkan abang tam aku pi kenduri surau. Dia dengan terpaksa relanya ikut la kami pi petik manggis. Masa dalam perjalanan lagi katenye perut die dah mula memulas-mulas. Tapi dia cuba bertahan untuk sampai ke destinasi yang kami tujui itu. Malangnya sewaktu menjalankan tugas bagi operasi kami itu, beliau dah tak tertahan menanggung ksulitan serta kepedihan yang dialaminya. Masa tu dah nak tercirit dah. Tu yang dia lari lebih dari dikejar hantu tu. Nasib baik tak makan daging masak kicap tu, kalau tidak..mesti operasi terpaksa dibatalkan.
Untuk malam ketiga dan yang terakhir pulak. Bau kambing tu memang bau harimau. Sebab ayah aku pernah pesan, kalau terbau semacam jangan tegur. Ayah aku pernah ceritakan kisah ini kepada abang uteh aku da abang uteh aku ceritakan kembali kepada kami yang suatu masa dahulu (masa tu abang uteh aku kecik lagi…aku lom lahir..) kampung yang kami tinggal tu memang hutan tebal pada asalnya. Sewaktu buka belah kampung tersebut, memang banyak perkara aneh dan mistik berlaku. Antaranya lelaki misteri tanpa kepala, kelibat gadis (Islam) berbaju gaun yang meninggal dalam keadaan murtad, ular badan berbulu dan berbagai lagi la….(malas nak tulis..). Boleh juga dikatakan dekat kampung kami tu macam perumahan untuk mahkluk halus la. Tapi kata ayah lagi, sewaktu dahulu penduduk kampung sering dikacau dan diganggu oleh makhluk halus ini. Tidak kira tempat tidak kira waktu. Ada yang menjelma menjadi orang meninggal siang malamnya pulang ke rumah. Ada juga yang menyamar menjadi suami atau isteri orang kampung sedang salah sorang pergi bekerja dan sebagainya. Yang berupa arnab pun ada, kejar punya kejar nak tangkap dah jauh tersesat dalam hutan.
Bacaan Yaasiin dah dibuat, kenduri doa selamat dah dilakukan, solat hajat dah dilaksanakan tapi perkara ni sering terjadi walaupun tidak sekerap masa mula-mula dulu tapak ini dibuka. Suatu hari, ada seorang tua menaiki motorsikal, singgah diwarung (Warung Pak Abu) ditepi jalan kampung ini. Beliau memesan secawan kopi ‘o’. Waktu yang sama ada la beberapa orang kampung yang bersembang mengenai kejadian-kejadian aneh dikampung kami. Kebetulan orang tua tersebut terdengar, lalu bingkas bangun dan menuju kearah kelompok orang kampung (ala…geng kedai kopi la…) yang sedang bercerita itu. Menghulurkan salam, menyapa mesra penduduk kampung yang berbual disitu. Beliau bertanyakan tentang apakah masalah yang dihadapi penduduk kampung. Maka salah seorang dari mereka pun menceritakanlah masalah yang timbul dikalangan penduduk kampung. Untuk pengetahuan kalian, orang tua ini merupakan pawang kata ayah aku, jadi beliau la yang cuba selesaikan masalah ini. Dengan cara melepaskan tiga ekor harimau penjaga, untuk menjaga kampung tersebut. Macam mana caranya??? Wallahualam Bissawab. Sejak dari itulah, penduduk kampung tak lagi diganggu dengan perkara-perkara mistik. Namun kepada sesiapa yang terserempak, mohon untuk keizinan untuk tumpang lalu dan sebagainya. Jika tidak berlaku la musibah (Huh..lari dari mulut buaya termasuk mulut puaka pulak…). Walau bagaimana pun… Alhamdulillah kami adik-beradik takde la sampai kena musibah seperti yang dikatakan.
Sejak dari peristiwa itulah, kami adik-beradik pun takde la lagi nak buat kerja-kerja macam tu. Bayangkan tiga malam berturut-turut semata-mata nak pergi kutip buah-buahan. Hm.. satu lagi nak bagitau kalian…sepanjang operasi yang kami jalankan ni..takde pulak seekor nyamuk yang nak hinggap dekat kami. Biasanya kalau dusun-dusun macam ni memang ada la nyamuk walau sesekor dua pun. Apa pun harap pembaca dekat luar sana, jangan ikut cara apa yang kami lakukan. Biar ianya menjadi suatu kenangan buat kami dan pedoman buat anda semua.
Begitulah serba sedikit peristiwa yang aku alami sendiri. Aku mohon maaf andai cerita ini agak panjang, tak seram dan membosankan. Aku tak pandai nak ubah suai cerita bagai. Sebab pengalaman tu aku lalui sendiri. Aku bukan penulis yang baik dan aku menulis bukan kerana nama. Tapi apapun aku ikhlas berkongsi dengan pembaca FS semua. Inshaa Allah, jika diberi lagi keizinan, akan aku ceritakan lagi pengalaman lain dalam hidup aku. Terima kasih pada yang sudi membaca cerita nie. Komen yang murni-murni ye. Sebenarnya ada banyak lagi pengalaman yang aku lalui, itu pun jika ada yang berminat dan diizinkan. Inshaa Allah. Wassalam.
-John Jenin-
Menarik…ade lg x hihi
Teruskan bercerita..suka baca pengalaman orang tentang hal mistik² ni
best!!!
Baca sambil ketawa tp mmg best 🙂
ok la.bagus jln cerita ni.mcm ni la admin.pilih cerita yg bermutu.jgn main tangkap muat je.mcm sangap xde cerite je nampak.
setiap wilayah atau perkampungan mmg ada ‘ penjaga ‘ khas dia. Begitu juga dengan dusun, itu antara pemilik dengan pihak ‘ ghaib ‘.
Pernah bertembung dengan ‘ penjaga ‘ dengan secara kebetulan. Namun yg hairannye ‘ dia ‘ yg lari dulu. ‘ Dia ‘ mungkin terkejut agaknya.
Best.keep it up. Ganbatte ne!
ok la bes cite nie
best*
mlm ke 2 tu x de ape2 pun rupenye…musibat perut memulas…adoi…yg ni lawak…
adoii tak sampai seram Nye jadi kelakar lak aku bace hahahhaa
kelakar seram best!
Good job 💯 keep it up ! 🎉
siap boleh ternyanyi pulak ye… hehehe seram + kelakar
Cerita sebelum ni tajuk apa? sila share
Sewaktu buka belah kampung tersebut, memang banyak perkara aneh dan mistik berlaku. Antaranya lelaki misteri tanpa kepala, kelibat gadis (Islam) berbaju gaun yang meninggal dalam keadaan murtad, ular badan berbulu dan berbagai lagi la….(malas nak tulis..). Boleh juga dikatakan dekat kampung kami tu macam perumahan untuk mahkluk halus la. Tapi kata ayah lagi, sewaktu dahulu penduduk kampung sering dikacau dan diganggu oleh makhluk halus ini. Tidak kira tempat tidak kira waktu. Ada yang menjelma menjadi orang meninggal siang malamnya pulang ke rumah. Ada juga yang menyamar menjadi suami atau isteri orang kampung sedang salah sorang pergi bekerja dan sebagainya. Yang berupa arnab pun ada, kejar punya kejar nak tangkap dah jauh tersesat dalam hutan.
tuan tanah sila la cter satu2 kisah di atas ni. sape setuju?
Satujuuuu!!🙋🙋
Cerita semua pengalaman pls syok gila baca!
malam pertama dah terserempak malam kedua teruskan misi juga.
hebat anak muda.
Best!
teruskan berkarya mat jenin.. nice story
Terbaik!! Bab harimau tu gerun beb,sbb rimau bkey gak pnjat pokok walau x tggi.
Nnt citer pasal abg yg jd askar tu..pls letak #sng cari.
Seram..kelakar…pngalaman yg tak boleh dilupakan… Seronok bila tringat balik zman kenalan masa kecik2 brsama adik beradik .. Teruskn bercerita yea john jenin..
Bestt! X sabar tggu cerita abg uteh dn kwn dia yg mnggal dlm hutan tu..
Kenape ek kene lari kalau nmpk geng hantu? Saje tanye.
harimau tu perghhhhhhh nasib baik semua bole panjat pokok kot ada yg tak bole
dapat dibayangkan keadaan nya. jalan cerita best dan padu. berapa la umur penulis ni skang
hehheee saje jer tanyaaaaa ..
Perghh.. cerita ni telah membuatkan aku lapar durian di tengah malam.
Biasalah budak2 kampung…sama gak ngan teman..buas…mmg best cerita korang ni…budak2 skrg mn nk merasa zaman payah cam kiter ni
boleh tlg ceritakan sikit pasal gadis meninggal dlm keadaan murtad tu? sbb mcmana org kampung boleh tau dia murtad?
Ingatkan babi hutan..rupenye lagi dasyat,harimau…tapi tertanya2 kenapa takde nyamuk..
cite best! cite la lagiiii
pehh sheram yg pak belang tu weh..