Salam perkenalan untuk warga fiksyen Shasha. Nama pena aku Mama Mia. Baru berkecimpung dalam penulisan kisah seram dan sekadar untuk berkongsi pengalaman dengan pembaca semua. Aku adalah seorang ibu yang mempunyai tiga orang anak berumur 3, 5 dan 7 tahun.
Kisah ini bermula pada awal bulan tahun lepas sewaktu kami sekeluarga dalam proses membersihkan rumah baru untuk diduduki. Bagi pengetahuan pembaca semua, rumah comel yang aku sekeluarga bakal duduki ini adalah rumah lot yang dibina di atas kawasan kebun kelapa sawit. Lokasinya terletak di kawasan kampung yang masih terdapat sisa hutan di belakang kebun tersebut. Seronoknya rumah tersebut hanya bersebelahan sahaja dengan rumah kedua orang tua ku. Senang untuk aku sekeluarga menjenguk dan melawat mereka bila-bila masa.
Sebulan sebelum memasuki rumah baru, suami sering membersihkan kawasan rumah sedikit demi sedikit daripada habuk dan debu binaan memandangkan anak-anak kecilku alah dengan habuk. Sehinggalah seminggu sebelum memindahkan perabot ke dalam rumah memandangkan eletrik dan air telah masuk, dia tergerak hati untuk membawa anak-anak menemani dengan niat untuk membiasakan mereka di sana. Manakala aku pula sibuk di rumah lama mengemas dan membuat kategori di atas kotak-kotak barang untuk memudahkan pekerja lori mengangkat barang-barang tersebut nanti.
Aku juga tidak risau jika anak-anak sehari suntuk di rumah baru memandangkan adik bongsuku dangan panggilan Mak Usu yang masih duduk di rumah orang tuaku boleh diharap menjaga mereka semasa suami sedang membersihkan rumah.
Tetapi entah kenapa pada hari itu dan bila menjelang malam aku rasa tidak sedap hati dan rasa serba tidak kena. Kerja rumah aku tinggalkan segera kerana tiba-tiba wajah anak-anak terbayang di mata. Allah telah gerakkan naluri ibu ku ini untuk mendapatkan anak-anak aku pada malam itu juga. Aku tidak tahu kenapa tapi aku turutkan rasa itu kerana aku tahu ada sesuatu yang tidak kena.
Sepantas kilat aku memandu kereta. Perjalanan yang hanya memakan masa 20 minit aku rasakan seperti 1 jam. Pada malam itu juga kebetulan jalan sesak kerana ada kemalangan menyesakkan lagi benak dan kepalaku yang risau keselamatan anak-anak. Dalam hati tidak henti-henti berdoa untuk keselamatan mereka.
Sesampainya di rumah baru, aku hanya meninjau jauh dari dalam kereta. Kelihatan kawasan rumah itu terang benderang tetapi seperti kosong dan sunyi di dalamnya. Terkocoh-kocoh pula aku berlari ke rumah ibu mencari anak-anak, namun rumah ibu juga elok berkunci dan berlampu terang. Ke mana pergi semua orang. Pening kepala memikirkan aku segera melihat telefon bimbit. Tiada sebarang panggilan masuk malah line coverage pun kosong.
Dengan ketiadakpuasan hati segera aku berlari kembali ke rumah baru. Perasaan ingin tahu terhadap anak menutup segala ketakutan dan kerisauan yang bersilih ganti. Tak senang jika hanya meninjau dari dalam kereta. Aku membuka pintu bilik satu persatu. Silapnya aku memanggil nama anak setiap seorang dan terdengar seperti suara perempuan menjawab sahutan aku. Sahutan yaaaa bergema seperti panjang dan halus menyebabkan aku terkedu dan takut semula.
Sebelum sebarang entiti menjelma aku membuat keputusan untuk pulang di rumah ibu sambil memasang radio IKIM. Tipulah jika aku katakan tidak menggigil seluruh badan tetapi aku amat puas hati kerana anak-anak tiada di dalam rumah itu.
Setengah jam kemudian keluargaku pulang. Aku tersangat lega anak-anak ada di dalam kereta. Rupa-rupanya mereka pergi menjemput ustaz dari Darul Syifa untuk menyelesaikan satu perkara. Kisahnya semasa suamiku membetulkan pintu rumah baru pada malam itu, lampu tiba-tiba terpadam. Anakku yang bernama Mia berumur 5 tahun tiba-tiba gelak mengekek. Suamiku bercerita lagi anak-anak lain menangis mendapatkannya tetapi Mia seakan berlari ke dapur sambil bercakap, βMak Usu jangan lari, Mia tau Mak Usu yang tutup lampuβ. Suami hanya mampu mendengar kerana retina mata masih dalam proses penyesuaian keadaan gelap.
Dengan bantuan cahaya bulan, suami terus mengejar Mia yang katanya berlari laju dan sukar untuk dikejar. Nasib baik rambut Mia panjang dan kerinting memudahkan suamiku menggapai dan mencengkam kuat. (Aku hampir memotong rambut Mia kerana ada kutu!). Syukur Mia selamat tetapi Mia meronta-ronta βnak ikut Mak Usu mainβ perkataan itu yang diulang-ulang.
Logik kerana Mak Usunya memang kaki mengusik tetapi tidak logik Mak Usu nya mengusik dalam gelap kerana dia sememangnya fobia kepada gelap. Aku segera mendapatkan Mia dan syukur sekali lagi dia masih becok seperti biasa. Versi cerita Mia pula dia ternampak Mak Usu datang dari pintu belakang sambil ketawa tutup mulut. Mak Usu pakai baju hitam dan seluar kelabu.. pakaian tidur yang selalu dipakainya. Sebelum menutup switch lampu Mak Usu membuat muka kelakar dan melambai-lambai Mia. Selepas lampu terpadam Mia kejar Mak Usu, nak cubit Mak Usu sebab main lampu. Aduh anak… berdegup jantung ibu mendengar cerita Mia. Sukar untuk dibayangkan apa jadi pada aku jika Mia mengikut βMak Usuβ itu.
Ustaz Darul Syifa menenangkan kami dengan mengatakan βMak Usuβ berkenan dan hanya ingin mengusik Mia. Ustaz berkata lagi tempat itu sebenarnya tempat tinggal βMak Usuβ.β Memandangkan rumahnya telah diusik maka βMak Usuβ hendak berpindah ke tempat lain tetapi berkenan pula dengan Mia. Geram pula aku mendengarnya. Tengok gaya bukan sekadar mengusik tetapi macam nak βkidnapβ budak tu pun ada. Syukur Allah Maha Pelindung. Terima kasih juga pada βMak Usuβ dalam jahat nak βkidnapβ anak orang masih juga nak berpindah. Rumah telah dipagar dan air zam-zam diberi kepada kami sekeluarga untuk diminum. Ustaz menasihati kami supaya rajin membaca quran terutamanya surah Al-Baqarah untuk melindungi keluarga daripada sebarang bahaya dengan izin Allah.
Sehingga kini tiada sebarang gangguan sepanjang kami menduduki rumah tersebut. Selepas kes itu aku kekalkan rambut Mia paras pinggang dengan syampoo kutunya setiap hari. Menjelang maghrib pula aku akan mengajar anak-anak mengaji dan mengingatkan mereka perihal βMak Usuβ yang akan datang semula jika malas mengaji. Alhamdulillah anak-anak mendengar kata tetapi kadang-kadang aku terdengar juga suara seakan budak gelak di dalam rumah walhal semua anak ke sekolah. Emm..Mungkin rindu anak ataupun masih ada perasaan fobia dengan βMak Usuβ agaknya.
Sampai disini sahaja kisah Mak Usu. Rajin-rajinkan mengaji untuk peringatan dan perlindungan bersama. Wassalam.
BESTT !!Mama Mia kalau ada cerita lagi kongsilah kat FS,okay?
Tq Mochi..Insyaallah lepas raya…mama tgh buzy melayan budak2 beraya lg nih
ORITE! β( ΰ² βΏΰ² )β
Best citer ni..ada sambungan tak.
Hihi..mama x cukup tgn raya ni..ramai dtg rmh baru
Mama ke mamat bodoh labah tagan lidid tau tagan tapi,menuduh pula,hhe,apa kebenda la kau ni no test me
Saya pun mak usu jugak.. Versi manusia
nasib baik manusia
Kalau bukan manusia habis tu apa.
Kat bawah tu,tersilap nma ya aku nak cakap,lagi sekali n.kalau bukan manusia habis tu siapa?
Yee, dua cerita sye pun belum di publish lgi huhu nk dekat 2 minggu dah rasanya
mama punye story pun send ms bln pose aritu..admin buzy buat kuih kut..tq admin release gak akhirnye
ALAHAII MAK USU
nakal mak usu tu
Kau ni lagi
Sadang2 wang kan mengomen anu larap2 ani@kundum ..
Orang burnei erk???
Korang ni tak terfikir ke, mungkin admin sedang sebuk, mungkin dia tengah buat kerja, mungkin dia tengah study, mungkin dia sakit, mungkin dia jaga orang sakit. Korang tak terfikir ke???
Korang jangan lah cakap ikut rasa korang je, fikirlah juga perasaan admin. Kenapa teruk sangat ni??
Tegur boleh tegur tapi biarlah sekarang baik. Ini tak, keluar semua perkataan yang tak baik.
Aku bukan cakap utk seorang je, aku mention untuk semua. Fikirlah sikit, jaga percakapan tu.
Ko ingat Admin page ni sorang ke..ada ramai la bahlol..tp semua pemaleh..ko dengan Admin sama lembab..mcm kelentit kerbau..haram jadah..terhegeh-hegeh..dah la dubur hitam..berbulu lak tu..
Suka hati koranglah, aku dah nasihat. Terpulanglah kalau korang nak terima atau tak.
Nak nasihat la konog.
Amboi pajang nya kau cakap,biar aku cakap pulak ni tapi aku nak cakp ni baik apa bendanya kau nak mampus ke apa ah,
Kau cakap siapa ah ini malam tak malam tau tak kau patut insaf lah,kau gila ke apa ah,belum apa2 lagi nak marah2,apa lah nisib kau
Kalau nak tau nak tau nia aku cita,
Jangan nak ubah2 huruf kau tulis ada yang salah faham sendiri sikit ya,hajin kau lah bodoh,babi,sial abang boleh buli kau nak cakap ni bila kau nak jadi bdoh i mention tau tak.
Ni aku nak mengucap selamat hari raya aidilfitri by2 to the best turns
nasib tak dibawa mia “pergi”.
Ye lah..anak harta dunia akhirat
Best..nasib sempat tarik mia..
TQ Honey
Admin masih raya kot kat kampung..husnudzon geng..Ω©( α )Ω
Antah… Kn m’ngomen atu. Bisai2 tah… Klau kn larap2 atu nda pyh th kn bgtau jua… Sdang2 th… Memalu kn bngsa sndri sja…. Krang apa th org fkr… Org bngsa ani sngap kn b’anu2 sja… Brunei ani vilayah yg smua org tau kuat agama nya… Jah th m’malukn bngsa sndri bh….
Klau kn cmplan atu nda bulh kn jan d cmpur dangan cmment yg bg org b’gali….
Nasipla mak usu tu baik hati jugak..x bw mia main jauh2..adik mia comel sgt kot…tu yg mak usu ajak main sblm mak usu pindahπ
Mulut bising agaknye yg berkenan tu..eh.. ada hati ke mak usu tu ye hihi
Mia jangan nakal sangat kesian mama asyik susah hati. Nasib lah “mak usu” tu tak nakal sangat dia main area area situ ja itu pun ada bunyi kena “mak usu” main bisik bisik , habis lahh . Jenuh mama mia cari mia. Saya ada anak saudara nama mia. Memang becok dan nakal. Hahahah.
becok+nakal=bijak anak buah Cikpuan Keliru tu
Pening .. memang pening . Mama dia lagi pening . Baru 6 tahun bercakap macam org dewasa ada saja jawapan yang dipulangkan. Kadang tu macam makcik makcik sebab dia garang dan dia kakak. Hihihi..
Sila asah bakat dia hihi
Saya amat suka π
Najib razak vs tun mahathir sape yng meng,cub ckp?
Tq najib razak
Spe tulis nma Najib razak bik mpus lah?
hai la budak…suke de “mak usu” bergurau dgn dye
gurau nakal
Nasib baik juga “mak usu” tu nk brpindah kan.baknye dia bagi syarat pelik2?..camne reaksi mak usu “ori” bila kjdian ni brlaku ye?
mak usu ori turut rajin mengaji hari-hari.. π
gelak sambil tutup mulut, eeee seram le pulak
ye Alia poporing..ntah mcm mn le gayenye tu
tiba2 kisah kutu pun dimasukkan sekali…