Assalamualaikum warga FS. Harini nak cerita tentang pengalaman yang baru aku lalui bulan lepas. Ini cerita tentang family tunang aku( shah) yang diganggu oleh Jin dan syaitan yang disuruh oleh tuannya untuk menyakiti mereka sekeluarga. Cerita ini telah mendapat persetujuan dari Shah untuk disiarkan di sini, namun dari segi nama, lokasi dan tarikh kejadian dirahsiakan. Begitu jugak dengan gaya penceritaan yang diminta untuk diubah sedikit demi menjaga perkara perkara yang tidak diingini atau hal yang mengaibkan.
Menurut shah, sepupu sepupu belah mummy dia ni ada kelebihan yang mana ada diantara mereka yang dapat merasai kehadiran makhluk ghaib, ada diantara mereka jugak yang mampu melihat makhluk makhluk ghaib ini serta sebahagian dari mereka akan menunjukan tanda tanda awal sebelom berlakunya kejadian rasuk, histeria dan sebagainya.. kesemua yang memiliki kebolehan ini adalah remaja wanita yang berusia antara 13 tahun hingga 7 tahun.
Mira : 10 tahun :- boleh merasai kehadiran makhluk halus.
fika : 12tahun :- boleh melihat makhluk halus
Aria : 13tahun :-mampu mengesan kelemahan seseorang, tak tahu nak terangkan macam mana tapi aria ni dia boleh scan orang.Nanti aku cerita.
Dan last sekali farhah :7 tahun, dia adalah petanda atau permulaan. Dia akan bagitahu orang yang akan kene rasuk tu dulu, selalu dia akan ckp ” bu, itu nenek tua”. 10 minit lepas tu ibu dia akan meracau.
Diringkaskan cerita, aku menghadiri majlis perkahwinan sepupu shah. Masa mula mula aku sampai rumah shah, first permainan jin ni, dia main sorok sorok barang. Mula mula handbag aku kat sofa, bila aku kedapur sekejap, tiba tiba handbag aku kat dalam bilik.( puas la aku tanya semua orang ada sesiapa nampak ke tak, semua jawab tak termasok shah, jadi aku masok bilik, tup tup ada kat dalam bilik) Ok fine, dah ada dalam bilik, aku letak la atas meja solek, pastu aku iron baju kat ruang tamu, bila masok je bilik handbag aku dah tergantung pada paku yang sepatutnya aku gantungkan baju untuk majlis nanti. Aku panggil shah, cerita semua, dia boleh loya buruk ngan aku, katanya “benda” tu nak main sembunyi sembunyi barang dengan aku. Atok dia hijau. So, shah suruh aku abaikan dan jangan banyak pikir. Esoknya waktu makan tengah hari, dah siap hidang semua, aku panggil shah makan, dia datang makan..Amboii sampai 3 kali tambah. Perkara biasa mungkin bagi lelaki, tapi sepanjang pertunangan aku dengan dia, tak pernah nampak lagi shah makan tambah sampai 3 kali. Dah selesai makan, lauk pauk pun dah habis yang tinggal cuma kuah kari ikan saja tiba tiba shah muncul dari pintu belakang dengan baju habis basah dek peluh sambil bawa parang bagitau aku yang dia lapar nak makan, tapi lepas dia mandi. Aku agak blur masa tu, sebab tadi dah makan kot dengan aku sampai 3 kali tambah, takkan nak makan lagi. Lepas dia mandi aku hidangkan nasi berlaukkan kuah kari ikan dengan telur dadar, then aku tanya dia ‘ Bie, maaf nak tanya, awak dari mana?, ” laa, dari belakang rumah la, kan saya bagitahu malam tadi, esok nak kemas belakang ni, balas shah. Aku tergamam kemudian aku terus menceritakan perkara sebenar kepada shah. Dia membisu sambil meneruskan santapan. Perlahan lahan dia bagitahu aku, bahawa yang makan bersama aku sebentar tadi bukanlah dia. Perasaan bercampur baur tetapi yang menguasai perasaan aku masa tu adalah TAKUT. Mesti korang tanya kan dimana gadis gadis istimewa tu? Mereka semua telah berada di rumah si pengantin.
Selepas solat jumaat, kami semua( mummy shah dengan adik-adik dia, ayah dia ada urusan kerja) ke rumah pengantin dan akan bermalam disana. Rumah pengantin dan rumah shah dalam 2km, dan majlis akan berlangsung pada hari sabtu di dewan orang ramai. Malam berinai dibuat didewan, Alhamdulillah berjalan lancar. Aku makan dengan shah, lepak lepak kat khemah dengan shah, tiba tiba salah seorang dari makcik shah(auntie ema) datang tepuk bahu aku dari belakang.. ”Ana??, gelak dengan siapa??”.. aku pusing toleh ke arah shah, tengok kosong.. “Eh?? Dengan shah la tadi makcik, dia pergi tandas kot” balas ku. mereka yang lain datang kepadaku termasok Shah yang menyatakan, mereka semua didalam dewan untuk sesi bergambar. Kebetulan Auntie Ema keluar dewan untuk ke kereta mengambil barang lalu ternampak aku makan sorang sorang dekat khemah yang masa tu hampir semua tetamu dah balik. Auntie Ema berkata lagi, dia nampak aku gelak gelak sambil makan seorang diri. mungkin aku memegang phone bervideo call atau oncall, tidak pula nampak sebarang telepon berdekatan aku. Itu yang Auntie Ema terus datang ke arah aku dan pada masa yang sama Auntie Ema telah membuat panggilan video kepada Shah untuk menunjukan keadaan aku. Sebab itu, mereka semua datang dekat aku di khemah. Terpikir juga kenapa aku yang selalu kene kacau dengan benda-benda macam tu. Cuma kehadiran makhluk tersebut tidak disedari oleh mana mana gadis istimewa tesebut.
Aku ringkaskan lagi cerita, setelah selesai majlis perkahwinan tersebut, kami pulang ke rumah pengantin terlebih dahulu untuk sesi ” pilih hadiah”. Dalam pada suka suka membuka hadiah tu, tiba-tiba 3 orang pengsan serentak yaitu mummy shah, nikki dan rai ( masing masing berusia 25 tahun juga supupu kepada shah). Kami cuma berpikir yang diorang ni penat tapi sebenarnya tidak. Apabila mereka tersedar dari pengsan, dicapainya hadiah-hadiah tersebut dan dibaling secara rawak tanpa kira baby atau kanak-kanak. Shah dan pakcik saudaranya cuba menenangkan mereka, namun malangnya, shah dan pakciknya terpelanting hingga kepala mereka berdua terhentak di sofa yang berdekatan, dan seorang lagi pakciknya sempat mengelak atas bantuan fika. Fika memaklumkan kepada kami bahawa makhluk berbulu itu menendang Shah dan pakciknya. Kerana ketangkasan makhluk itu, fika tidak mampu menghalangnya. Mira yang mampu merasai kehadiran makhluk tersebut cuba bangun dari tidurnya namun gagal. Keadaan dia yang menggigil dan kesakitan di seluruh badan hanya mampu memandang kami dari matanya yang kuyu sambil menunjuk 3 jari ke arah kami. 3 jari yang dimaksudkan adalah dia dapat merasai kehadiran lebih dari satu makhluk tersebut. Farhah pula hanya memeluk ibunya dan tidak menunjukkan sebarang kelakuan pelik. Mummy Shah kemudian duduk seperti seseorang yang sedang bertapa dengan ngomelan bahasa Siam, manakala Nikki dan Rai masing masing sedang menari. Aku tak pasti tarian apa, Ulik Mayang ke tarian siam ke zapin ke kuda kepang ke tapi ada la sikit gaya gaya tarian dalam cerita melayu puteri gunung ledang, harum sundal malam tu.Lebih kurang la. Jam 10 malam macam tu, ada dua orang lelaki datang. Entah la ustaz ke dukun ke bomoh ke apa entah, macam orang biasa je diorang. Masok je rumah, ketiga ketiga wanita dirasuk tadi berhenti dari melakukan aktiviti mereka dan hanya memerhatikan pergerakan dua orang lelaki tadi. Tak pasti apa yang lelaki itu bacakan, ketiga tiga mereka meracau racau. Selepas dirawat oleh lelaki tersebut, Ria dan Nikki tertidur mungkin kerana kepenatan manakala si mumy shah masih lagi menjerit-jerit dalam bahasa Siam..”Sawadikap… Sawadikap” itu antara perkataan yang kerap keluar dari mulut mummy Shah. Kemudian, dia menjerit sekuat hati sampai aku sendiri merasakan seram sejuk mendengar jeritan dan gelak tawanya. Aria datang ke arah aku sambil meletakan tapak tanganya ke dada aku, kemudian memaklumkan bahawa aku terlalu takut. Dia menasihati aku agar mengawal perasaan agar tidak terlalu beremosi serta sentiasa melafazkan zikir zikir dan jangan pernah berhenti berzikir. Aku mengikuti nasihat nya, dan aku dapat rasakan lenguh di kedua dua bahu.Puas aku memicit tapi rasa lenguh itu masih ada. Secara tiba tiba farhah menjerit kesakitan.. ” sakittttttt!!!!, aku sakittttt!!!!!! Pergiiii laaaaa bodohhhhh..sakitttt!!! Aaaaarggggghhhh” Aria bergegas menyapu tapak tangannya ke seluruh badan farhah ( aku gelar scan) dan terkumat kamit membaca sesuatu. Selesai ‘scan’, Aria memberitahu bahawa ” benda” itu sedang bergayut di buah pinggang nya sehingga dia merasakan sakit. Serius kesian budak 7 tahun kena macam tu. Tapi aku tak boleh buat apa sebab aku yakin mereka lagi kuat dari aku sebenarnya. Selepas diselesaikan oleh dua lelaki terbabit, farhah kembali tidur di pangkuan ibunya.Berbalik kepada mummy Shah, dia agak liat untuk ditumpaskan. Jadi, lelaki terbabit buat keputusan untuk mengadakan sesi perbincangan atau sesi soal jawab. Setelah didesak oleh mereka berdua, barulah makhluk ni bagitahu kenapa dia ganggu mummy shah dan yang lain. Katanya, tuan dia tak suka mummy shah ni sebab yang pertama baju mummy shah lagi cantik dari baju dia.Kedua, mummu shah kurus dan dia gemok. Ketiga, kerana perjanjian yang pernah dibuat oleh ayah shah kepada tuan makhluk terbabit.( bekas isteri) Perjanjian apa yang telah dipersetujui tidak boleh dinyatakan disini. Bagi aku, perjanjian tu hanya menguntungkan sebelah pihak, dan sebetulnya perjanjian tu dibuat semasa mereka masih lagi bergelar suami isteri. Disebabkan salah seorang dari mereka telah berpaling tadah, perjanjian itu terbatal namun angkara tamak dan dendam, perjanjian yang sekian lama terbatal dituntut walau apa juga caranya..Alhamdulillah, segala rawatan berjalan lancar walaupun memakan masa yang lama dan mummy shah terus tertidur akibat kepenatan.
Jam 3 pagi, kami dikejutkan dengan suara wanita mengilai. Katanya, dalam 1 minit lamanya. Tapi aku tak dengar pun Cuma disebabkan salah seorang dari mereka terkejut, secara spontannya mereka berkata
“ wehhh, dengar tak kat luar tu, ada suara perempuan”. Semua bangun, dan dengan beraninya Fika membuka pintu dan berkata “ cukuplah ganggu keluarga aku harini, balik lah. Pergilah ke tuan kau”. Selepas tu, fika masok seperti biasa. Kini giliran aria pula menjalankan tugas. Seorang demi seorang di periksanya termasuk dua lelaki terabit. Dan Alhamdulillah, tiada perkara yang diingini atau dijumpai namun kami difahamkan, salah seorang dari lelaki terbabit mengalami kecederaan yang agak serius di bahagian kaki dan tangan mungkin disebabkan pergelutan beliau dengan makhluk tersebut. Hanya mereja yang ada ilmu batin sahaja boleh melihat dan merawat kecederaan yang dialami secara batin. Jam 4 pagi, sekali lagi kami di ganggu dengan bunyi-bunyian. Cakaran di atap “creeet” “creeeeeeettttttttttt” dan ketukan di cermin ruang tamu “tukk tukk” “tukk” “ tukk” “tukk tukkk”.Disebabkan mira berada disisi aku, aku kembali nyenyak walau di dalam ketakutan. Alhamdulillah, semuanya selamat dan aku tak pasti akankah muncul lagi gangguan gangguan ini kepada mereka sekeluarga kerana pada hari ahad aku telah pulang untuk meneruskan kerjayaku.
Pernah jugak aku tanya diorang ni, kat sekolah macam mana? Diorang jawab,” bila masuk je kelas,kalau nampak ‘dia’ saya akan pergi tempat lain. Jangan pernah pergi tempat yang ‘dia’ lepak tu. Saya tak pernah bagitahu kawan kawan sebab tak nak diorang rasa takot. Selalunya banyak jumpa dekat toilet. Kat situ muka diorang ni hancur teruk dan busuk. Kadang pernah jugak lalu kat rumah rumah orang, ada nampak makhluk ni. Dari situ saya boleh tahu yang mana satu belaan atau dihantar.”
Bagi aku, mereka gadis cilik yang hebat.
Thank baca story aku
Menarik..bersyukr sbb diberi anugerah sprti tu.xsume org dpt.smoga mereka dpt gunakn utk kebaikn ..sy dpt jg sprti mereka tp xla seistimewa mereka..
secomd and xfaham sangat
rezeki…tak semua hijabnya terbuka
Best!
hati kene cekal nie..
Maaf…cerita best, tp gaya penceritaan agak berterabur. Keep it up, teruskan menulis..
Perit weiii bila di kurnia instint ketiga mcm tu. baik jd normal je mcm org lain. aku yg ada spider sense ni pn dh rasa nk gila bila mata belah kiri start gerak2
Peminat Shah,Fika dengan husna ke cane ni 😂
kahkahkahhh. akak pn pk cmni. nasib baik x de watak husna dlm story ni.
Fuh..dah mcm geng marvels diorang ni..
hahahahaha betul tu.. nasib baik tak keluar api kepul2. apa – apa pun memang best baca cerita ni..
ok la citenye..kne tabah la di kurnia kelebihan camni
best kisahnya. nanti sambung lagi kisah keluarga tunang kau ni…
berserabut jalan ceritanya
nice story!
nama pun nak mcm drama tv3..aiyoyooo hahhahahahahah
Kisah benar kepala hotak, atuk kau la hijau!
Cerita pun tunggang langgang, sekejap bebudak tu dah pegi kat pengantin eh sekejap pas jumaat baru nak pegi sama-sama. Sembang kari!
bebudak tu sepupu sepupu shah la..yg nak pegi lpas jumaat tu dia dan mumy n adik2 shah..sila baca balik sblum kecam org..
Bnyk tul konon hijab terbuka dlm Malaysia kat blog rekaan ni saja, dah berribu haha kencing tul la!
Kau jeles en sebenarnya
Mula2 tgk2 je, pastu bacalah 1,2 cerita tapi lama2 ter’syok’ plak baca cerita kt fiksyen Sasha ni sampai berjam-jam stay baca cerita kt dlm page ni, lg pn x rugi rasanya sebab cerita2 yg dipaparkan semua best2 dan meremangkan bulu roma ku.. Keep it up guys.. Congrats.
Best story ever.. Keep it up guys.. Congrats.