Kisah Zaman Belajar

Terima kasih Fiksyen Shasha sebab sudi published cerita aku – Jiran Shah Alam. Seperti yg aku janjikan, aku akan bercerita tentang roommate ku di UiTM yg boleh dikatakan dia dikurniakan ability untuk melihat benda benda mistik ini. UiTM mana tu kita rahsiakan hihi. UiTM aku yg ini memang banyak kisah misterinya. Maklumlah dekat 2 tahun setengah menuntut ilmu di sana. Tapi kali ni aku akan up kan 2 kisah dulu.

Kisah 1

Yaya adalah antara roommate yg paling paling paling aku sayang semasa belajar zaman Diploma dulu. Dan dia memang mempunyai kelebihan untuk melihat. Bukan selalu tapi ada ada masa bila benda tu pilih untuk muncul depan dia. Aku dan dia telah menjadi roommate pada salah satu semester sahaja. Aku namakan bilik kami B1. Masa tu bilik kami dekat tingkat satu rasanya dan bersebelahan dengan tangga. Kadang kadang masa mulut dia tengah jahat dia akan cakap “kau kalau nakgi toilet ajak aku. Ada “budak budak” tengah main lari lari kat tepi tangga bilik kita ni”. Apa jelah yg mampu aku respon time tu…..

Jadi, pada semester seterusnya, aku dan Yaya ditempatkan di bilik yg berlainan tapi masih dekat satu floor yg sama dan masih boleh jumpa di toilet bila nak mandi sebab toilet kami dulu macam dekat dorm, jenis mandi ramai ramai. Nak dijadikan cerita, malam itu Nana (roommate semester baru bilik B5) nak pergi library sama sama dengan membe dia yg masa tu berada dalam bilik kami juga. Yaya juga kebetulan berada dalam bilik aku tengah melepak. Maksudnya kami berempat berada dalam bilik yg sama iaitu bilik aku dan Nana. Tak sampai 5 minit Nana keluar dari bilik untuk berjalan keluar menuju ke library, dia dan kawannya patah balik berlari nak masuk bilik kami sambil jerit nama aku “Kak Lana!!!!” aku dan Yaya apa lagi keluar bilik lah dalam keadaan dan perasaan terkejut gila “apo ni jejerit panggil nama aku”. Yaya masa tu dah rasa tak sedap hati. Bila Nana dan membe dia tu masuk bilik, diorang terus naik katil dan nangis. Yaya mula bertanya “korang ni kenapa”. After awhile Nana menjawab, “tadi masa nak lalu depan dewan tu ktorang Nampak benda berbungkus macam pocong”

Gulp! Aku yg tersenyap! Bulu roma jangan cakaplah tegak dia cemana. Lepastu si Yaya ni terus ajak aku,
Yaya : Weh jom ikut aku. Aku nak tengok
Aku : Kau gila ke! Taknak aku!
Yaya : Dia takkan ganggu kau punya and kau takkan Nampak dia.
Aku pon dengan berat hati cecepat keluar bilik ikut dia. Aku berjalan belakang dialah of course sambil bisik “kau jangan jalan laju sangat, mana tahu dia bukan dekat situ dah ke”. Yaya ni seekor punya berani punya manusia jalan menonong laju sampai lah nak dekat dengan blok bilik ktorang bahagian depan. Masa tu baru pukul 9 lebih malam tapi keadaan sunyi time tu masyaAllah, bulu roma aku sumpah merinding habis! Bila dah sampai depan blok bilik kami maknanya dah berada dekat sangat dah dengan dewan yg Nana maksudkan tu. Aku pon mula toleh kiri kanan belakang, bukan ape takut tetiber benda alah tu main cak cak pulak! Dahlah kolej kami ni dia memang hujung dunia dalam UiTM tu and sekeliling kolej memang penuh dengan hutan. Dalam 10 saat ktorang sampai depan blok tu Yaya pon bersuara
Yaya : Dia ada tu tengah diri lagik
Aku : Kau jangan tegur boleh tak syaiton aku tinggalkan kau kang!!! Jom ah balik bodo. Ke kau nak sembur dia ???
Yaya : Takdelah. Jom. “Dia” pon dah nak balik dah tu.

Kisah 2

Kisah ini jugak masa aku berada di UiTM yg sama. Tapi ni bukan roommate aku, tapi membe baik aku semasa MDS. Masa ni aku duduk bilik empat orang nombor bilik aku namakan sebagai B10. Aku dapat bilik dengan adik adik junior. Kami berempat memang boleh dikatakan rapat yelah dah duduk satu bilik. Ada satu hari ni, tetiba ada sorang roommate aku Didi dia berkelakuan pelik yg amat sangat. Dia ni terkenal dengan sikap dan sifatnya yg Happy Go Lucky; banyak cakap; suka sakat orang tapi pandai dan sangat baik hati. So bila dah dalam 2 hari dia nak pergi class pagi and dia sangat senyap, satu bilik lah pelik termasuklah kawan kawan dia yg lain (budak bilik depan kami antaranya). Bila tanya dia cakap takde masalah. Bila tanya dia cakap dia ok, walhal masa tu semua dah tahu ada benda yg macam mengganggu fikiran dia. Ada satu masa tu dia tido dari tengah hari sampai malam and dia tak solat. Bila tanya uzur, padahal baru 2 minggu lepas dia uzur. Satu bilik dah buntu nak cari jalan untuk tolong macam mana. Ada lah dalam seminggu dua jugak benda ni kami biarkan sampailah satu hari ni aku cuba minta tolong dekat membe baik aku time MDS – Mimi. And masa ni aku belom kenal lagi dengan si Yaya tu.

Mula mula aku bercerita secara rambang je dengan Mimi ni. Aku tahu dia pon ada kebolehan untuk melihat masa minggu MDS. Masa tu bilik kami jauh jauh tapi masih satu floor yg sama and aku banyak tumpang tido bilik dia masa minggu MDS sebab yelah aku kan penakut! Macam mana entah cerita permulaannya yg aku tahu, tapi aku memang tahu. Dia juga seorang yg sangat baik dan warak dan sesekali aku jugak kena dengar usrah daripada dia sebab aku ni jahil sikit dulu. Solat pon on off. Semorang ada zaman Jahiliah masing masing kan? Back to business!

Lepas dah cerita secara rambang tu, Mimi cakap dia akan cuba datang bilik aku and tengok sendiri situasi nya. Selang sehari dua selepas tu, Mimi datang dan pura pura nak melepak bilik ku. Sebelom Mimi datang aku dah inform roommate yg lain supaya jangan cakap apa apa pada Didi sebab Mimi memang kena tengok dia dulu before membantu. Mimi pon datang lepak lepak, borak borak dengan semua, bermesra bersama kejap sebelum dia pon balik ke biliknya. Malam itu, Mimi datang semula ke bilik kami selepas Didi pergi ke class tambahan.
Mimi : Didi ok sebenarnya Cuma dia dalam keadaan terkejut sebab memang ada sesuatu dekat bilik korang ni
Aku : Benda apa? Takpe ke bercakap dekat bilik ni?
Mimi : Takpe sebab dia tahu saya dah tahu. Tak Nampak sangat benda apa tapi dia dah bersarang dan dah selesa tinggal dekat sebelah almari Didi (sambil tunjuk exact tempat tu). Sekarang ni Didi macam dalam keadaan terkejut mungkin sebab pernah kena sergah dengan benda ni and sebabtu dia senyap. Sekarang ni saya nak cadangkan korang baca Yassin secara kerap dan kalau boleh buka surah Ruqyah dalam bilik ni sentiasa untuk sementara waktu ni. Air Yassin tu nanti sembur sembur dekat setiap sudut bucu bilik untuk the first 3 to 5 days ni. In shaa Allah segalanya dengan izin Allah dia akan pergi.
Aku dan Nini memang tahap tersentap tak tahu nak react macam mana. Tapi kami ikut segala cadangan Mimi, beri Didi minum air Yassin secara kerap tanpa dia tahu sebabnya. Akhirnya selepas 5 hari, Didi dah seakan akan kembali pada dirinya yg asal. Sebelum tu pon dah Nampak tanda tanda yg dia macam dah serba sedikit pulih tapi kami semua diam dan pura pura tak tahu. Dan satu hari ni dia mula bercerita dekat kami,
Didi : Ada 1 hari tu kan, Didi nak ambik barang bawah katil Didi tau. Lepastu tiba tiba Didi rasa ada orang pegang tangan Didi. Bila pandang, Nampak mata je lepastu terus Didi rasa nak nangis. Korang takde perasan ke?

Kitorang senyap sampai ke sudah!

14 thoughts on “Kisah Zaman Belajar”

  1. Lar, dh pernah publish ke..ptut mcm pernah baca..cerita aku dah 2 kali submit.. 2 bulan ada rasanya.. xde pun publish..🤔🤔🤔

    Reply

Leave a Comment