Institut Kemahiran MARA Jasin

Selamat sejahtera kepada semua pembaca. Terima kasih Fiksyen Shasha kalau publish cerita ni. Ini adalah kisah kedua yang aku nak kongsikan bersama. Ini merupakan pengalaman aku sendiri. Samada seram atau tidak itu adalah pendapat setiap pembaca. Kisah pertama aku adalah yang bertajuk “Pengalaman Freshie”.

Untuk slot kali ini aku nak kongsi pengalaman aku melanjutkan pelajaran di tempat lain di Melaka.
Aku tidak meneruskan pelajaran di IPTA Segamat sebab tak boleh bawa. Jadi aku sambung pelajaran aku ke Institut Kemahiran Jasin, Melaka.

First impression aku bila daftar ke IPTA tu memang rasa nak menangis. Pertama sebab pelajar perempuan hanya seramai tak lebih 30 orang. Asrama hanya sebuah dan yang digunakan cuma aras 2, 3 dan 4 sahaja. Ground floor dijadikan store untuk letak katil – katil patah dan baru, tilam – tilam dan segala atok nenek khazanah ada.

Keseluruhan pelajar di situ termasuk pelajar lelaki lebih kurang 1000 orang sahaja. Asrama lelaki ada 4 block. Warden yang ditugaskan untuk tinggal di kawasan kediaman pelajar lebih kurang 5 orang dan berkeluarga. Jurusan yang ditawarkan lebih kurang 10 jurusan dan semua melibatkan kemahiran.

Cerita aku bermula bila aku ditempatkan di sebuah bilik di tingkat 3. Satu bilik seramai 4 orang sahaja dan keluasan bilik memang besar. Kedudukan katil kami rapatkan jadi 4 buah katil di bahagian tengah dan almari pakaian kami susun di bahagian belakang. Bahagian depan kami susun meja belajar. Ada pantri kecil di tepi tingkap dan rak kasut di sebelah pintu masuk. Ampaian baju di hadapan bilik dan laluan depan asrama kami ada gelanggang bola jaring. Dari bilik aku memang akan terus nampak dewan makan di mana tempat pelajar-pelajar lelaki lepak sampai lewat malam.

Masa sem 1 senior selalu cerita dulu ada perempuan nama Salmah mati bunuh diri kat kolej ni sebab dia dirogol oleh pelajar lelaki. Dia bunuh diri kat dalam perigi yang ada di belakang institut kami. Dan aku pernah pergi ke perigi masa cuti hujung minggu dengan kawan – kawan. Tapi masa pergi tu takde rasa apa-apa pon.

Pada suatu hari, aku tengah on call dengan mak aku. Tiba – tiba pelajar dari bilik sebelah berlari keluar sambal menjerit dan diikuti oleh jeritan budak bilik dia. Aku dengan budak bilik aku terus keluar dan ikut kejar pelajar yang mula – mula berlari tadi.

Sampai kat tangga aku tengok pelajar perempuan tu dah terbaring kat bawah. Jadi kami angkatlah dia. Masa angkat tu memang berat sangat badan dia. Letak dia kat bilik tv. Beberapa orang pelajar pergi panggil warden dan ustaz sebab pelajar ni dirasuk. Aku tak tahu lah kenapa aku berani sangat. Kawan – kawan yang lain semua dah tunggu luar bilik. Hanya aku dengan Shah, kawan baik aku yang teman pelajar tadi. Kitaorang memang bukan jenis penakutlah. Sebab mak aku pesan, kena berani. Jadi aku pula dapat kawan memang sama kepala, so on jelah.

Jadi sementara ustaz dengan warden sampai, aku duduk hujung kaki dia pegang ibu jari kaki dia, aku bacalah ayat Kursi. Lepastu dia tiba-tiba duduk ngadap aku. Aku tengok mata dia memang tepat pandang mata aku, lepastu dia senyum. Masa tu memang terkejut tapi cepat – cepat aku istigfar. Terus si Shah ni panggil aku untuk sedarkan aku. Lepastu ustaz dengan warden datang. Masa sesi berubat tu aku dengan Shah sendiri yang tolong warden dengan ustaz dan ustazah aku sampai budak tu tersedar.

Bila dah selesai semua, aku ikut warden aku sebab aku dengan Shah rapat dengan warden ni, kami panggil dia madam. Lepas tu tiba – tiba ustaz cakap kat madam, supaya jaga aku elok – elok, sebab aku berani dan ada yang jaga aku sebenarnya. Terus semua tenung aku. Dan aku mampu senyum sahaja. Sejak dari kejadian tu aku selalu sakit bahu. Lepas tu selalu jelah nampak benda – benda yang tak sepatutnya sebab aku selalu balik asrama lewat sebab siapkan kerja dekat kelas.

Masuk sem 3 aku jadi ketua pelajar perempuan ( MPP ) dan Shah jadi timbalan aku. Memang kami berdua akan selalu pulang lewat ke bilik. Selalunya kami berdua orang terakhir yang akan balik ke bilik dan semua sudah tidur. Kejadian ni memang aku tak boleh lupa. Masa tu hujung minggu. Hanya aku bertiga tak balik. Sebab aku nak balik Johor jauh, Shah teman aku, dan roommate aku orang Kelantan. Jadi asrama perempuan memang sunyilah. Cuti 3 hari. Yang lain semua balik.

Nak di jadikan cerita, kelas terakhir hari Jumaat tu warden whatsapp aku untuk mintak senarai nama pelajar yang tak balik. Jadi bila dah confirmkan dengan semua pelajar perempuan hanya kami bertiga tak balik kampung. Jadi Jumaat malam lepas kelas kitorang bertiga keluar ke bandar Jasin beli makanan.

Kami balik dalam pukul 9 malam.

Masa masuk kawasan asrama memang terasa sunyi walaupun ada pelajar lelaki yang belum keluar lagi. Shah naik bilik atas, aku dengan Arash masuk bilik kami. Shah yang berani tu naik bilik dia, tiba – tiba call aku dan permintaan dia supaya aku teman dia sepanjang dia ambil barang – barang dia dan turun ke bilik aku. Pelik juga, tapi teman jelah dia borak.

Bila dia dah turun, kami mandilah saing – saing sebab memang sunyi gile tandas. Siap mandi makan semua, semua naik katil untuk tidur. 3 orang kongsi 2 katil yang dirapatkan. Arash, Shah tengah dan aku tepi. Jenis aku ni akan tidur dalam pukul 10 dan mesti akan terjaga jam 2 atau 3 pagi dan aku tak boleh tidur sampai subuh nanti.

Jadi malam tu aku tersedar jam 2.30 pagi. Sunyi amat rasanya. Terus sumbat telinga dengan earphone and aku bukalah cerita hantu kat handphone. Makin lama baca, makin rasa meremang badan. Makin aku buat tak tahu, makin aku rasa aku diperhatikan. Berpeluh – peluh aku masa tu.

Aku rapatkan badan aku ke Shah… tiba–tiba Shah bisik kat aku, “kau rasa tak apa aku rasa?”

Terus aku peluk dia… yelah sebab dua orang yang berani ni tiba-tiba jadi takut. Dalam kami tengah takut, tiba–tiba dengar bunyi palang besi kat koridor depan bilik aku kena ketuk sepanjang kaki lima aras kami. Makin cuak wey. Kejut Arash, Arash tanya, “bunyi apa tu?”

Masa tu kami baring terlentang atas katil dalam selimut yang sama tutup sampai hujung kepala. 3 orang ni menangis wey sebab takut sangat. Lepas tu Arash bukak ayat Kursi kat telephone dia. Bunyi bising tu senyap. Tak lama lepas tu pintu bilik macam nak roboh kena ketuk. Aku yang dah menangis ni terus bangun selak gebor (selimut) dan jerit, “kau nak apa si** ?!”

Benda tu senyap… tapi tak lama.

Dia goncang pintu bilik tu macam nak roboh wey. Kami bangun bertiga. Diri depan pintu, Arash kuatkan lagi volume handphone dia dan kami ikut baca kuat-kuat. Benda tu menangis wey… lepastu senyap… sunyi sesepi-sepinya.

Last-last kami tidur bersila depan pintu sampai ke subuh.

Lepas azan terus bangun mandi cepat-cepat solat, pack baju, call Grab, terus pergi bandar Melaka, lepak sampai Isnin petang baru balik.

Lepas tu tengok kat Facebook warden, dia update status, “hai Salmah, akhirnya kau muncul juga setelah sekian lama kau tak kembali.”

Tersentap kami 3 orang. Nasib masa tu kami dah kat Melaka. Tak tahulah macam mana warden tahu sebab kami memang tak bukak cerita apa pon. Mungkin guard nampak dia merayau kot masa buat rondaan.

Sejak dari tu aku 3 orang memang selalulah kena kacau, tapi kami tak rasa apa pon, nak – nak dengan mata aku ni yang kadang-kadang takde penapis. Sampailah batch kami dah graduate sekarang. Dan cerita tu aku kongsi dengan madam aku masa hari konvo kami di PICC Putrajaya.

Banyak sebenarnya aku nak kongsi pengalaman aku kat kelas. inshaAllah, kalau ada peluang aku akan cerita kat sini lagi. Maaf ye kalau panjang sangat dan bosan. Tapi ini memang pengalaman aku sendiri. Kalau Shah dan Arash layan cerita ni, mereka mesti akan ingat.

Sekian.

CHE'NA
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

37 comments

  1. Sebab aku nak balik Johor jauh, Shah teman aku, dan roommate aku orang Kelantan. Jadi asrama perempuan memang sunyilah. Cuti 3 hari. Yang lain semua balik.

    Johor ngn Jasin tu x jauh pun? maybe johor area lain la kot sb Johor luas kan.

    1. apa yg saya tahu, kalau utk org2 Johor, bila diorg sebut “Johor” ni usually diorang refer to Johor Bahru. which is nun di Selatan negeri Johor. Jasin pulak belah atas2 dlm Melaka tu. geographically, kira jauh la juga around 2hrs++.

      1. Kan..org johor pgil jb, “johor”..maybe org jb.tp aku stdy s.alm dlu hampir tiap mgu blik johor..lg jauh..xsnggup dok hostel kalau xramai org..😅

  2. Penulis ni pmpuan ke laki senarnye?nama kwn, shah ngn arash tu nama laki…tp…..all of you acting like girls…confuse kt situ..hehe

  3. Sebenarnya bukan perigi Salmah…tapi kolam Sarimah yang disebut-sebut penduduk tempatan….nasib awak baik…balik malam-malam…tak jumpa ular besar melintang dekat tengah-tengah jalan antara kebun sawit sebelum sampai ke pintu utama IKM tu…ular tu agak besar jenis sawa…kepala dengan hujung ekor pun tak nampak….

  4. “Bandar Jasin” dik? (aku assume ko muda lagi la sbb dah ada Grab bagai mcm baru2 je lagi kan).

    dulu masa belajar sana level PEKAN je Jasin tu. ada lah Family Store sebijik, pasaraya Sakan seketul, KFC sebutir. selalu gi mkn kat waterfront tu dulu time outing. pastu pegi pasar malam dkt dgn kedai Avon.

    Hahaha. saya ex MRSM Jasin (now Tun Ghafar Baba) dulu.

    1. Rindu pekan koboi tu. Nak outing tunggu bas, kekadang terlepas jugak le ke Ayer Keroh, dapat singgah Jaya Jusco. Kalau tak, dapat tapau mee goreng dengan ayam goreng kat pasar malam tu pun dah bersyukur.

      – saya pun budak MRSM Jasin jugak.

    2. maaf .. dah terbiasa ckp bandar.. sebnrnya pekan je..sbb dlu ada fmly stor, kfc, pizzahut, dgn jauh skit ada mydin.. hahaha.. grab tu klu bhsa skrg lah.. bhsa dlu kami panggil kereta sapu.. nk fahamkan pnggil grab je.. krang sbut kerta sapu dak2 wechat xpham.. hehehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.