AMARAN KERAS: Kisah ini adalah sebuah kisah benar yang difiksyenkan beberapa plot untuk tujuan keselamatan penulis dan pencetus idea yang dirahsiakan. Diklasifikasikan sebagai 18PA kerana sedikit berunsur keagamaan. Kisah ini bukanlah untuk menegakkan agama tertentu sebagai benar, manakala agama yang lain adalah salah. Mesej yang cuba diketengahkan adalah untuk para pembaca menilai kembali keperluan untuk menyiapkan diri menghadapi dunia akhir zaman yang penuh dengan muslihat dan tipu daya ‘tangan-tangan’ di belakang tabir.
Lapangkan dada, kosongkan minda. Terima dengan hati yang terbuka. Jauhi, jika anda takuti. Sebarkan, jika anda rasa ini satu pengajaran. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Mulakan dengan bacaan bismillah. Semoga terhibur.
********
Aku pernah melawat ayah sahabat karibku yang sedang terlantar sakit. Dimasukkan ke hospital, dan memerlukan bantuan sewajarnya untuk terus hidup. Kanser, tahap tiga. Masih ada peluang untuk terus hidup.
Aku membantu apa yang patut, seberadanya beliau di hospital. Mereka sekeluarga menganggap aku seperti anak sendiri. Aku tidak menduga bahawa si ayah bakal pergi buat selama-lamanya. Sehinggalah, ‘dia’, memberi isyarat kepadaku. ‘Dia’, dalam bentuk jasad tipis, datang di samping si ayah. Berbicara kepadaku, tanpa sesiapa sedari.
“Aku mahu ‘ambil’ dia,” ujar jasad kabur itu.
“Kejap. Bagi aku tukar pampers dia dulu. Lepas tukar, kau nak ambil, ambillah.” Aku meneruskan tugasku, sehingga selesai.
“Nak…” Panggil si ayah, tiba-tiba. Aku terkejut dengan panggilan si ayah. Jasad itu sudah berlalu. Tiada lagi di sekeliling.
“Ya, pak cik. Ada apa?”
“Nak air. Pak cik haus…”
Aku pendam perasaan, melihatkan si ayah masih mampu berbicara. Benarkah dia akan pergi?
********
“Assalamualaikum, Dil. Apa khabar? Ayah kau, macam mana?”
“Waalaikumussalam, Di. Ada ni, ha. Kami nak siapkan barang untuk discaj.” Jantungku berdegup pantas. Perlukah aku memberitahu ‘perkhabaran’ dari langit, tentang ayahnya?
“Padil, aku minta maaf awal-awal, kalau ayat aku ni kasar. Tapi…”
“Tapi apa?” Soal Fadhil.
“Kau banyak-banyak bersabar, ya. Ada orang nak datang ambil ayah kau.”
“Apa kau merepek ni? Ni dah okay jer ni. Dah boleh jalan pun.” Panggilan dimatikan. Bahana terlalu berterus terang. Aku menarik nafas panjang.
“Innalillahiwainna ilahi roji’un.” Hanya doa dapat aku hadiahkan untuk si ayah.
Tiga jam selepas itu, satu mesej tiba di telefon bimbitku.
“Hadi, aku minta maaf tentang panggilan tadi. Ayah aku dah meninggal. Kau ada masa, kita jumpa? Maafkan aku.”
Apa yang perlu aku lakukan? Aku hanya mengkhabarkan, supaya mereka lebih bersedia. Aku bukan Izrail. Aku bukanlah pencabut nyawa. Aku, manusia yang hina di sisiNya.
********
Bukan itu sahaja beban di hati. Jika tiada pertalian darah itu sudah berat, bagaimana jika perkhabaran kematian melalui aroma ini, mengkhabarkan kematian ahli keluarga? Aku sudah laluinya. Aku berasa khilaf. Aku tahu, tetapi aku hanya boleh ‘melihat’, ‘mendengar’, dan ‘menghidu’. Nauzubillah, jauhkanlah aku daripada perasaan tidak bersyukur, ya Allah.
Nenek sebelah ayahku, sebagai contoh. Aku terhidu bau kapur barus yang kuat, pada pukul 4 pagi. Fikiran kuat tentang nenek, suatu petanda tidak senang. Aku membuat panggilan kepada ayahku.
“Ayah, nek sihat?”
“Sihatlah. Kau dah kenapa?”
“Er, tak ada apa-apa, ayah. Maaf.” Aku hanya mendiamkan hal itu. Bimbang penerimaan orang lain, seperti yang berlaku kepada sahabatku Fadhil.
Tepat jam 6 pagi, perkhabaran tiba. Nenek aku meninggal dunia. Aku diarahkan segera pulang ke kampung, untuk menjelaskan maksud panggilan telefon kepada ayahku sebelum tiba waktu kejadian. Aku menceritakan apa yang aku lalui, termasuk mimpi pada malam itu, sebelum kedatangan bau kapur barus.
“Nenek datang kepada saya. Dia bawa dua ekor harimau. Besarnya sebesar kereta Alza. Kepala yang sangat besar. Seekor putih, manakala seekor lagi hitam. Nenek suruh saya ambil, kalau mahu. Saya ambil yang putih, sebab yang putih nampak jinak dengan saya. Nenek cakap, nenek nak pergi jauh. Jaga elok-elok harimau tu, dan solat jangan tinggal. Nenek pergi, bawa yang hitam sekali.”
Sudah pasti reaksi keluargaku dapat kuduga. Terpempan, tanpa kata. Antara percaya atau tidak. Aku tidak kisah. Aku tidak peduli. Kalian bertanya, mahukan jawapan. Inilah jawapannya. Semoga nenek dicucuri rahmat, dan kekal dalam iman.
Aku sangka hanya itu sahaja yang aku mampu. Kasyaf pada pandangan mata, pendengaran telinga, dan penghiduan hidung. Sangkaan aku meleset. Aku pernah berdoa untuk sepasang suami isteri yang meminta agar dikurniakan zuriat, setelah 13 tahun tidak dikurniakan anak. Dengan izin Allah, doa makbul. Aku bukan takbur. Itu juga mungkin kebetulan. Doa itu, senjata kita. Senjata aku juga, hendaknya.
Tidak kurang juga ada yang mengetahui tentang ‘anugerah’ yang aku miliki ini. Mereka membuat permintaan. Seperti kenalan kepada kawanku. Dia inginkan kepastian daripadaku, dengan meminta aku ‘menilik’ kesudahan ayahnya. Benarkah sudah tiba masanya?
Aku meminta gambar si ayah tersebut, lalu ditatap rapi. Dalam mimpi berturut-turut pada malam-malam seterusnya, aku terima perkhabaran tentang si ayah itu. Si ayah berbicara bahawa dia mahu pergi jauh. Maka, benarlah saat kehidupannya bakal berakhir. Aku nasihatkan kepada si anak (kenalan kepada rakan) itu agar dikemas rumah secukupnya, dilapangkan untuk orang datang. Berakhirlah satu lagi riwayat. Tiada aroma, kerana aku tidak ‘dekat’ dengan mereka. Tiada aroma, kerana tiada ikatan antara kami.
********
Hadi melipat lembaian surat itu. Ditulis sebaik mungkin, untuk diceritakan kepada Kristina kelak. Tidak perlu berbicara lagi. Biarkan penulisan ini menjadi wakil , hati kecil Hadi berbicara.
Teringat kembali saat-saat dia jatuh sakit. Lumpuh merana. Dia tahu, dia diburu. Dia tahu, ada musibah dalam anugerah ini. Dia tahu, ada yang mencari, melalui cara yang salah. Dia tahu, sakit ini sakit sihir.
Pernah dia pergi berubat secara Islam, untuk memulihkan semangat dan kekuatan fizikal ini. Dia secara lazimnya, seorang perawat, waima tidak bertauliah sekalipun. Namun, ‘serangan’ seperti ini, perlu ada yang benar-benar mampu untuk membantu. Masih teringat nasihat-nasihat yang diberikan oleh perawat tersebut.
“Ilmu seperti ini, adalah rahsia alam. Rahsia Allah. Tidak semua perlu tahu, dan perlu merasakannya. Peliharalah sebaik-baiknya diri sendiri. Saya doakan yang terbaik untuk encik.”
Hadi bukan tidak mahu merahsiakan semua ini daripada pengetahuan orang yang rapat dengannya. Kadang-kadang, situasi itu tidak mengizinkan. Mereka yang pernah berkenalan rapat dengannya, lambat laun akan tahu juga. Cuma, dengan harapan, mereka bukanlah yang tergolong dalam golongan ‘pemburu’ yang Hadi risaukan.
Hadi buka komputer riba yang sedari tadi bisu membatu di atas meja. Kerja mahu diteruskan. Teringat tentang sebut harga (Quotation) yang sudah dibalas oleh Kristina dengan pesanan pembelian (Purchase Order) melalui emel. Hadi perasan akan sesuatu tentang Kristina, apabila berbincang tentang dokumen ini. Sedar juga Hadi yang Kristina mencuri-curi guna telefon pintarnya untuk mencari maksud Purchase Order yang Hadi minta sebagai susulan kepada quotation itu.
Siapakah Kristina? Fikiran Hadi mula meliar.
Benarkah Kristina itu klien? Hadi mula mencuriga.
Alamat di dalam Purchase Order diamati. Menulis pantas ke dalam buku nota kecil, sebagai simpanan. Niat di hati untuk ke tempat yang diperkatakan, tetapi hajatnya terbantut. Sarawak? Mana mungkin Hadi dapat tunaikan permintaan itu semata-mata kerana ingin tahu. Dia perlu bekerja. Dia perlu memohon cuti, dan menghabiskan sejumlah wang, hanya untuk itu.
Google Maps, terluah buah fikiran Hadi.
Tetingkap pautan dipilih, lalu ditaip aplikasi web tersebut. Alamat mula dicoretkan pada ruangan yang diberikan. Nah, inilah tempatnya!
Ge…gereja?
“This is absurd. Apa kena mengena gereja dengan kerja aku buat ni?” Hadi berkata sendirian. Dia mula ragu-ragu dengan identiti Kristina. Mula merasakan sesuatu yang tidak baik datang daripada gadis itu.
********
Kristina buntu. Dia tidak menjumpai Hadi di tempat kerja.
“Mikael. Kamu pasti, dia cuti seminggu? Ke mana?”
“Entahlah, Kristina. Ada apa-apa masalah berkaitan kerja Hadi untuk you?”
“No, nothing. Thanks, by the way,” jawab Kristina, acuh tak acuh. Identiti sudah terbongkar? Kristina mula memikirkan senario-senario buruk yang boleh terjadi kala ini.
Tidak mustahil, rahsianya sudah terbongkar. Dia leka dengan tugasannya. Mungkin, dia telah tersalah langkah? Mungkin.
Yes, that Purchase Order! Kristina mula menyedari kesilapannya. Alamat yang tidak sepatutnya ditulis di situ.
Kristina cuba menghubungi Hadi. Tidak dapat disambung. Sah, ada sesuatu yang Hadi sudah tahu. Kristina melangkah pergi, mengharapkan yang terbaik. Nyawanya juga dalam bahaya. ‘Lelaki’ itu, pasti tidak menerima sebarang kegagalan.
********
Suatu malam.
Kristina masih ragu-ragu samada mahu memasuki perkarangan rumah itu. Rumah Hadi, kini di depan mata. Sinaran bulan sabit di langit, tidak menarik perhatiannya lagi. Kristina perlu bertindak segera. Perhubungan melalui telefon sudah tidak berguna lagi. Hadi tidak menerima sebarang panggilan dan mesej. Seminggu Kristina cuba menjejaki Hadi, tetapi tidak berhasil.
Kristina cekalkan hati melangkah menuju ke hadapan pintu pagar. Aneh, tidak berkunci. Dari kejauhan itu, dilihat pintu juga tidak ditutup. Kristina galau.
Ada yang lain telah memburu sebelum aku? Kristina mula memikirkan senario baru apa yang telah terjadi kepada Hadi.
Kristina bagai tidak percaya. Digeleng-geleng kepalanya, menafikan di dalam hati, semua itu tidak terjadi.
Kristina membuka pintu pagar tidak terkunci itu dengan cermat, lagak si pencuri. Melangkah dengan penuh debaran di hati. Jantung mengepam melebihi kepantasan kakinya. Mengharapkan Hadi baik-baik sahaja.
Melangkah masuk, kelam ruang tamu. Waima tiada sebarang cahaya dapat dilihat dari dalam. Hanya bertemankan cahaya dari rembulan di luar. Kristina cuba mencari suis lampu dalam kekelaman itu. Tiba-tiba, dirasakan sesuatu ditusuk dari belakang. Tidak terlalu kuat, tidak menembusi tubuh mungilnya. Cukup untuk menghadirkan jeritan kecil dari mulut Kristina.
“Aku dah agak, kau ini sesuatu! Aku dah agak, bau kematian itu bukan kau punya!” Jelas jeritan Hadi menampar gegendang telinga Kristina.
“Wait, Hadi. We can talk about this. Just calm down,” rayu Kristina.
“Talk about what, Kristina? Love? Am I look like a dumb to you?!” Amarah Hadi membuak. Tiada zikir yang dapat menenangkan si gila ini.
Kristina mempertaruhkan nyawanya. Dia sedar, dia dalam situasi maut, dalam apa sahaja tindakan susulannya itu. Bezanya, siapa pembunuhnya nanti. Hadi? Atau lelaki misteri itu? Kristina mengalihkan badan, tidak menghiraukan bahaya yang menanti jika Hadi bertindak melulu.
Tiada tikaman susulan daripada Hadi. Kini, sudah jelas pandangan Kristina, dengan bantuan sinaran bulan dari luar. Hadi yang kini di hadapan pintu rumah yang terbuka, dalam keadaan kusut masai. Entah apa yang telah berlaku dalam seminggu ini. Kristina mengangkat kedua-dua tangannya, tanda menyerah diri. Hadi masih dalam kedudukan mengacukan pisau tajam ke arah dada Kristina.
“Okay, calm down, sayang. This is not you. I know this is not you. What happened to you?”
“Sayang? Sayang jenis apa yang kau cuba buktikan di sini?!” Hadi masih belum reda. Meskipun tiada tikaman dibuat, belum pasti sama ada Hadi akan mengalah begitu sahaja. Kristina mula bingung. Tidak dapat mengawal keadaan lagi.
“Okay, okay. I’ll talk, Hadi. I’ll talk. Just, just put that knife down first. Jangan jadi bodoh, Hadi.” Perbualan psikologi berbalik cuba diterapkan dengan provokasi lembut. Hadi hanya tersenyum sumbing.
“Siapa kau? Who do you work for?”
“Beat me. I want to know that too. Sumpah! I am forced to follow you.”
“Forced? Siapa yang paksa kau? Apa kerja kau, sampai kena paksa bekerja dengan orang yang kau tak tahu?!”
“I work for missionary. Well, like you read. Church work. Tapi, I tak tahu untuk misi kali ni, kenapa dia target you. You seorang. That’s why I need to know more about you.” Jawapan sejujurnya oleh Kristina. Dia pasrah. Alang-alang mati kelak, biar yang tersayang ketahuan punca dia dibunuh. Biar Hadi tahu serba sedikit punca segalanya berlaku. Punca Hadi diburu. Sebab musabab mereka berkenalan selama ini.
“You don’t even know who instruct you this time?”
“Yes. I mean, no. I don’t know him. I hanya tahu, dia lelaki. Dia juga bukan orang yang sama memerhatikan sister-sister lain di rumah sewa kami. Dia hanya memberi tugas untuk I seorang. Basically, tiada siapa tahu siapa dia. Orang gereja mungkin tahu, tetapi kami tiada kuasa untuk menyoal.”
Illuminati? Knight Templar? New World Order? Ligat pemikiran Hadi, meneka punca kenapa dia diburu.
“Hadi, I am no one anymore. My cover’s blown. They need you, more than they need me. Lepas I cakap semua ni dekat you, I am done. Either you submit to them, or you die. For me, accomplish this mission, or I die. Or…”
“Or?”
“You just kill me here. I am okay with that. Just, let it less painful, sayang.” Hadi mula menyedari sesuatu. Dia yang menyangkakan aroma kematian itu miliknya, mula merasakan aroma itu sememangnya milik Kristina. Semuanya terletak di tangannya. Barulah dia faham. Tiada sebarang petanda lain sebagai rujukan lagi. Ini adalah keputusannya sendiri.
“I’m sorry, Kristina. I’m sorry.”
********
Kecoh pejabat apabila khabar Hadi meletakkan jawatan dalam notis 24 jam diketahui oleh rakan-rakan sekerjanya. Maisara yang menaruh hati kepada Hadi, tidak putus-putus mencari sebab pemergian mengejut Hadi tanpa sebarang ucapan selamat tinggal. Rashid mengangkat bahu, Mikael pula masih sibuk dengan bacaan di komputernya. Tidak kuasa melayan kerenah Maisara. Riak Mikael mula berubah, apabila terbaca berita terkini di media sosial.
“Aku rasa aku tahu kenapa Hadi resign serta merta, guys.” Semua perhatian beralih ke arah Mikael.
“Apa? Kenapa weh?” Maisara, masih kecoh.
“Dia lari, sebab dia tahu Kristina mati. Ni,” ujar Mikael sambil menunjukkan berita yang terpampang di monitor komputernya.
“Dia tahu? Atau, dia yang bunuh?” Bacul mulut si Rashid, walaupun tidak tahu pucuk pangkalnya.
Mikael bergegas keluar dari pejabat, berdiri cemas di hadapan pintu utama. Menekan sesuatu di telefon pintarnya. Bagaikan cuba menghubungi Hadi sendiri. Rashid dan Maisara ingin tahu, tetapi tidak berani membuat kecoh pada waktu pejabat. Menangguhkan perasaan ingin tahu masing-masing.
Panggilan gagal disambung. Mikael menulis sesuatu, kepada seseorang, melalui mesej.
“It’s true. Kristina failed. She’s gone. I lost Hadi too. Advise for next action.”
********
“Jadi, Kristina mati?” aku menyoal Hadi. Hadi membawakan kopi untuk jamuan ringan temuramah kami.
“Aku rasa macam tu, Pek. Dua tiga hari lepas tu, aku pack semua barang, aku lari. Bau busuk kematian yang selama ni aku hidu pada Kristina, sudah hilang.”
“Kau tak bunuh dia?” Aku menduga lagi.
Tiada apa yang mustahil di dunia ini.
“Kau meragui aku, Pek?” Aku hanya mengangkat bahuku. Aku juga manusia. Penuh dengan tanda tanya.
“Aku sumpah, demi Allah. Aku tidak menipu apa yang aku lalui dan ceritakan, sebelum, sekarang, dan selepas ini.”
“Baik, Hadi. Aku juga bersumpah, demi Allah, akan menulis tentang yang benar belaka, berkenaan kau. Tidak akan menukar fakta dengan fiksyen, dan akan menukar fakta dengan fiksyen, hanya dengan kebenaran dari kau.” Suasana tegang tadi, kembali reda.
“Jika kau ada kuasa menghidu aroma kematian, adakah kau sendiri akan membunuh untuk menghilangkan aroma itu?” Satu persoalan dilontarkan kepadaku.
“Mungkin. Kau sudah jelek dengan bau-bau itu. Jadi, apa kata kau hapuskan semua itu, dengan menghapuskan puncanya?” Telahan aku dibalas dengan ketawa Hadi. Tersinggung barangkali?
“Buat apa aku menangis, menyesali akan dosa aku, jika kesudahannya aku membuat dosa yang lebih besar daripada yang aku pernah lakukan, sebelum bersumpah demi Allah di dalam mimpi itu?”
“Entahlah, Di. Aku cuma nak tahu, kenapa kau diburu.”
“Curiosity kills, Topek.” Hadi tersenyum. Signal yang membuatkan aku tidak senang.
“Soalan terakhir, bro. Serius, last.”
“Aku enggan menjawab, Topek. Sorry. Aku tahu apa yang kau mahu tanyakan. Biarlah itu menjadi rahsia di atas sana. Dia lebih berhak untuk mengadili, Dia lebih berhak untuk menyampaikan sesuatu, kepada yang tidak tahu. Dan menyembunyikan sesuatu, daripada yang tidak berhak untuk tahu.”
Aku mengeluh akur. Kesudian Hadi untuk bercerita ini pun sudah cukup berharga buatku. Kami menamatkan perbualan dengan borak-borak kosong tentang teori konspirasi, tentang novel, dan tentang perancangan masa hadapan. Kopi dihabiskan sedaya mungkin. Sungguh pekat. Aroma juga harum. Adakah? Adakah?
“Kau buat kopi ni, nak cover bau kematian aku ke, Hadi?” Hadi ketawa lagi.
“Ini tabiat, bukan nak bagi hint, gila! Ha ha ha!” Aku tersenyum kelat. Bersalaman, lalu melangkah pergi.
Semoga bertemu lagi, sahabat. Semoga kita di jalan yang lurus.
********
Iman dan amal. Kuatkah kita dari segi itu? Cukupkah bekalan kita untuk menghadapi mati? Dekatkah kematian kita itu? Perlukah kita tahu sesebuah kematian itu, barulah kita meletakkan harga pada nyawa kita? Fikirkan kembali. Muhasabah diri.
Aku merasakan semua dugaan ini, tidak akan diberikan kepada yang tidak mampu. Aku tidak mampu. Aku hanya menjadi pencetus karya ini, agar yang bersembunyi itu dapat memberi amaran kepada kita. Dunia ini, ada yang cuba melawan lumrahnya. Persinggahan sementara ini, ada yang cuba menjadi Tuhannya. Walaupun kita ada Tuhan Yang Maha Melihat.
Tidak perlu lagi digali rahsia kematian. Cukuplah yang benar-benar yang hak mengetahuinya. Kita, insan lemah ini, teruskan dengan usaha kita mendekatkan diri kepadaNya. Tiada beza, jika kita tahu akan kematian kita. Kematian itu pasti, hanya bila menjadi persoalan. Maka, bersiap sedialah untuk itu, sebelum maut itu menjengah.
Soalan terakhir yang cuba aku utarakan kepada Hadi:
“Bagaimanakah bau aroma kematian aku?”
BAGAIMANAKAH BAU AROMA KEMATIAN KITA?
-TAMAT-
Nota kaki
-Kasyaf itu adalah hijab yang terbuka, membolehkan seseorang itu melihat, mendengar, berkata-kata, dan menghidu sesuatu yang tidak dapat manusia biasa lakukan.
– Hadi bukanlah berseorangan di dunia ini. Dia adalah salah seorang yang masih bersembunyi daripada diganggu oleh ‘pemburu’ yang menyeksa secara fizikal dan mental, juga secara halus. Ini adalah fail penyelidikan kedua penulis, berkenaan manusia yang melalui ‘cahaya’ dalam mimpi.
– Semoga pembaca sekalian dapat berlapang dada dengan kisah ini
“Mungkin. Kau sudah jelek dengan bau-bau itu. Jadi, apa kata kau hapuskan semua itu, dengan menghapuskan puncanya?”
aku pn pikir benda sama..haha
Terbaek pek..ko dh sihat lom?..lama x nmpk ko kt sban..just memerhati..x bran nk tegur..😊
Waduh, siapa pula ni? tegur sahaja. tak makan orang. haha.
Sekarang dah menyorok. Seremban sekali sekala sahaja ada. kena menyorok, diri sendiri pun diburu. Entahlah puncanya.
Apapun, terima kasih sudi baca kisah ni.
#08.
Ada masa leh lepak minam..roger melalui bro fud..ibnu Ahmad..member den jugak tu..hehe..semoga dipermudahkan segala urusanmu sahabat…
Laa member dengan abg fud ka. Baik, baik. InsyaAllah.
Terima kasih atas doa. Didoakan juga yang terbaik untukmu.
semoga Hadi selamat dari ‘pemburu’ dan teruskan hidup seperti biasa mcm manusia yg lain.
satu anugerah yg Tuhan bagi pd Hadi sgt besar utk dipikul nye dan gunakan ”kelebihan” tu sebaik mngkin.
Tiada yang mustahil dalam dunia. Rahsianya terlalu banyak. Allah beri kita kesempatan utk tahu salah satu darinya. Allah maha berkuasa.
hebat betul kelebihan yang Hadi ada ni…sampai dia diburu oleh orang lain
Kesian ko Hadi. Aku paham perasaan ko. Mungkin ramai yg igt, itu satu kelebihan yg di anugerahkan pd ko sedangkan mereka tdk pnh merasa bagaimana sukar nya si penerima utk menghadapi setiap ‘hint’ yg tiba bila tiap kali ‘sesuatu’ itu akan berlaku.
Sekadar nasihat bg pemilik ‘kasyaf’ spt hadi, seelok nya diam2 shj dgn ‘anugerah’ tersebut .. jgn smpi ketahuan pd sesiapa, kerana kesan nya akan lebih buruk dr apa yg di jangka
Niat baik kita selalu nya akan di pndg jelik, malah ada yg keterlaluan mengatakan yg kita ini gila!!
Asal saja petanda itu dtg, byk2 la berdoa .. moga diri kita atau mereka tdk akan apa2 …
.Sekian Terima Kasih.
Bacul mulut si Rashid… salah
Cabul mulut si Rashid… betul
Bacul = timid, spiritless = penakut
Cabul = licentious, outrageous = Mulut x dak lesen
Maaf…
Writer, xmahu buat novel ke? Sy akan jd org pertama beli!
Hadii kena keluar 3h, pahtu 40h.. Insyaallah
menarik sangt cerita nie..
Aku sorg je ke xfaham part kristina tu ? tolong explainkan boleh?
Meh tlg jawapkan…part mana yg tak paham tu..
Thumbs up! Jatuh cinta dengan jalan cerita yg misteri dan penuh tanda tanya
Aku sorang je ke yang rasa mikael tu bersubahat utk buru hadi? Sebab dari ayat hadi “It’s true. Kristina failed. She’s gone. I lost Hadi too. Advise for next action.”
Sorry….dari ayat mikael not hadi😅
Alhamdulillah amanah yg diberikn Hendon lah dijage elok…best nye..
**hendaklah
dah 3 kali ulang baca..menarik sgt cerita ni
Semoga kita semua di lindungi oleh Pencipta kita. Diharap sihat sentiasa kawan, pek. Hadi pun. Assalamualaikum dari kengkawan Seremban.
Semoga kita semua di lindungi oleh Pencipta kita. Diharap sihat sentiasa kawan, pek. Hadi pun. Assalamualaikum dari kengkawan Seremban.
Maaf nak tanya…kalau petanda awal dri mimpi mcm mana pula…org selalu ckp mimpi mainan tdo..tp mimpi saya selalu jd kenyataan…minggu lepas saya bermimpi ada 2,3 org meninggal secara serentak…di daerah saya tp kampung berlainan…dan mimpi jadi kenyataan dua hari yg lalu…meninggal kerana sakit yg sama…alllahu…nauzubillahminzalik..mintak di jauhkan lah..cukup lah selama ni org anggap saya gila..dan tiap kali ada org meninggal saya akan terhidu bau kapur barus dan bau tanah…kadang2 bau ubat2an hospital…serik dah mcm ni…benda ni blh hilang dgn cara berubat ke? Sebenarnya saya start dapat smua ni start umur 5 tahun..masa tu saya tak faham lg pasal benda2 mistik ni
Mohon pencerahan..