IA WUJUD

Hai semua, kalini aku nak share dengan korang kisah yang pernah aku alami sekitar 2 tahun lalu. Kisah ni terjadi waktu aku belajar dulu. Tempat aku study dulu memang terkenal dengan kisah-kisah seram, even masa first orientasi pun senior-senior dah cakap untuk hati-hati. So let’s get started.

Aku, Mai dan Ifan merupakan sahabat baik sejak hari pertama aku menjejakkan kaki di Politeknik. Kebetulan sehari sebelum pendaftaran kami bertiga sudah berkenalan itupun kerana homestay yang kami sewa bersebelahan. Aku dan Mai disatu fakulti yang sama iaitu Muzik manakala Ifan pula di aliran Sains. Berbeza tapi hati kami satu.

Ifan merupakan anak tunggal dari Aunty Sue dan Uncle Meor dan disebabkan itu juga Ifan ini memiliki sifat yang sangat manja. Manakala aku dan Mai memang gentle habis lah, maklum la kami berdua memang menyertai Badan Beruniform Wataniah. Jadi kami berdua memang lasak dan sangat aktif. Aku dan Mai mempunyai pendirian dimana kami berdua tidak percaya akan makhluk ghaib tapi kami berdua juga tahu bahwa “mereka” memang wujud.

Sejak kecil Ifan diberi penglihatan mata yang istimewa, dia mampu melihat sesuatu yang tidak dapat kita lihat pada umumnya. Dia selalu menjadi mata-mata untuk aku dan Mai. Disebabkan itu jugalah kami tidak takut, . Ayat yang paling selalu dia gunakan ‘korang jangan lalu situ,!’, ‘baca ayat kursi dalam hati,!’ ataupun ‘tunggu sekejap, bagi “DIA” lalu dulu,!’. Kadang dia hanya memberi isyarat seperti berhenti tiba-tiba atau melalui matanya saja.

Nak dijadikan cerita, suatu hari tu kami bertiga outing sebentar ke sebuah pantai yang terletak di Perak. Kami agak lewat sampai ke Kolej malam itu, tapi untungnya warden belum mengunci pintu asrama. Sedang kami berpecah untuk ke asrama masing-masing tiba-tiba Ifan memanggil.
“Kila… Mai..” sayup-sayup kedengaran.
Kami berdua menoleh. Sepenglihatan aku, muka Ifan sangat pucat dan kaku. Aku menganggukkan kepala untuk mendapatkan jawapan darinya. Ifan tidak berkata apa seraya mengangkat telefon nya dan menyuruh aku menjawab panggilannya.
“Kila, patah balik dekat aku dan jangan pusing belakang. Tarik mai sekali, CEPAT.!” Suaranya kedengaran panik dan tegas.

Sepantas kilat kami berlari kearah Ifan. Tangannya pantas memegang erat kedua tangan kami seraya berlari kearah kereta yang terletak tidak jauh dari situ. Kami ketakutan, mulut terkunci rapat. Sunyi. Hanya kedengaran derapan kasut yang berbunyi.
“ Huuuuuuuuhuuuuuuhuuuuuuuu”..
Ada tangisan halus kedengaran, Ifan memegang tangan kami dengan lebih erat dan kuat. Jarak yang sepatutnya mengambil masa cuma 5minit dari pintu asrama ke kereta menjadi sangat lama. Aku mengigil. Mai menangis. Sesampai di kereta, Ifan membuka ayat kursi dengan sangat kuat. Lalu memandu kereta keluar dari Kolej.
‘Ifan, aku takut..!’ hanya tu. Hanya tu je yang mampu keluar dari mulut aku. Suara yang sangat perlahan dan mengigil. ‘Kuatkan hati, baca apa-apa surah yang korang hafal!’ Ifan berkata sambil mencapai kedua tangan kami.
GEDEBUK !
Kami bertiga tersentak. Ada sesuatu yang jatuh diatas bumbung kereta. Aku terus memandang Mai. Nafasku saat itu turun naik dengan laju. Kepala aku pusing. Pandanganku kabur. Aku hanya mampu berdoa dalam hati, mulutku terkunci rapat seolah-olah peti suaraku rosak.
‘Kreekkreekkk!’ cakaran halus berbunyi dari atas. Beberapa buah kereta yang melintasi kami memasang lampu high beam untuk menandakan ada sesuatu disekitar kami saat itu. Suasana menjadi sangat dingin sehinggakan bulu roma kami tegak.

Aku hanya mampu menutup mata serapat yang mungkin sambil memegang erat tangan Ifan dan Mai. Mai ketika itu menangis halus. Matanya juga tertutup rapat. Ifan pula fokus memandu kereta. Kami semampunya menahan segala perasaan yang bercampur didalam hati kerna tidak mahu Ifan hilang fokus pada pemanduan nya.
Setelah beberapa minit, bunyi cakaran tidak lagi kedengaran. Aku membuka mata, tapi pandanganku kabur. Penglihatanku terhad dek kerana air mata yang tidak henti keluar sadari tadi.
‘Mai..!’ aku memanggil.
Mai membuka matanya seraya mulutnya menyebut ‘demi Allah, aku takut!’ Aku mengangguk menandakan aku juga merasakannya. Aku meletakkan tanganku kedada sambil berkata ‘istighfar banyak-banyak, doa pada-NYA !’
Dari hujung lirik mataku, aku terlihat sesuatu yang menyeramkan. Mengucap panjang aku ketika itu, perasaan ku ketika itu hanya ALLAH yang tahu. Mataku tidak berkedip, aku terpaku. Jelas saat ini dimataku, sehelai kain panjang yang meleret dari atas bumbung kereta hingga ke jalan. Kain yang sangat kotor seolah baru keluar dari tanah. Jantungku tidak berfungsi, badanku hanya mampu tegak setegak tiang, seluruh tubuhku mengeletar.
‘YA ALLAH, andai “DIA” ingin menunjukkan dirinya. Aku redha YA ALLAH tapi aku memohon padamu tunjukkan sosok tubuhnya sahaja jangan sesekali KAU tunjukkan wajahnya ‘ aku berdoa didalam hati.

Setelah hampir setengah jam memandu, akhirnya kami sampai di hadapan MCD, mungkin saat ni MCD merupakan tempat yang selamat mungkin untuk kami malam itu. Yelah kawasan kolej kami memang pedalaman. Semasa keluar dari kereta, kakiku lemah dan aku hampir terjatuh.
(AKU disini merujuk kepada Ifan)
‘Parking kereta dekat sini je lah dekat sikit nak keluar nanti !’ bisikku dalam hati.
Pandanganku tertancap pada sesosok tubuh yang memandang kami dari kejauhan. Aku istigfhar. Mataku tertutup rapat. Sedari membuka mata, Mai dan Kila sudah separuh jalan kedepan.
‘YA ALLAH !’ aku terjerit dalam hati.
Aku mengejar mereka dibelakang, belum sempat aku memanggil mereka. “DIA” terlebih dahulu dihadapan mereka berdua. “DIA” tidak mengacau mereka berdua tapi apa yang aku nampak “DIA” seolah-olah tertarik pada kawanku ini (MAI) kerna saat itu dia didalam keadaan kotor. ‘DIA’ mengikuti kawanku, pakaian nya melilit ketubuh Mai.
‘Kila.. Mai..!’ suaraku kuat tapi seakan halus kedengaran di telinga mereka. Mereka berpaling, “DIA” merenungku. Aku kelu, lidahku seolah-olah keras. Aku menguatkan diri untuk mencapai telefon didalam poketku. Aku mendail nombor kila.

‘ Datang sini, jangan toleh belakang. Bawa Mai sekali !’ itu saja yang mampu aku katakan. Aku mencapai kedua tangan sahabatku ini. Mengigil, sejuk.. pucat.! Itulah yang mampu aku terangkan tentang kondisi mereka berdua. ”DIA” mengikuti kami dari belakang, pakaiannya masih terlilit rapi ditubuh Mai. Aku memandu kereta keluar dari kawasan asrama.

Sepanjang perjalanan Mai dan Kila hanya mampu duduk kaku dikerusi belakang. Tidak mungkin aku biarkan salah sorang dibelakang sendirian. Mereka lemah. Semangat mereka hilang tatkala terdengar tangisan “DIA”. Aku cuba menenangkan mereka dengan memegang erat tangannya. Itu saja kudratku ketika itu.
High beam diberikan oleh pemandu lain, aku tahu “DIA” diatas keretaku. Aku hanya diam membatu. Mulutku hanya mampu membaca surah-surah yang aku hafal. Sebenarnya bukan saja pakaiannya yang meleret kejalan malah, “D***H” mengalir laju turun ke cermin sisi dan belakang kereta ku. “D***H” yang berbau hanyir bukan seperti sepatutnya.
Cakaran yang mereka dengar bukanlah cakaran seutuhnya melainkan suara “DIA” yang meminta aku untuk memberikan Mai kepadanya.
‘Dia hak aku !! hiihiihiiihihiii’ suara hilaiannya kedengaran dikupingku.
Tiba-tiba otakku memutar kembali memori saat seorang ustaz memberitahuku tentang satu surah (MAAF AKU LUPA SURAH APA). Aku cuba mengingatinya. ALHAMDULILLAH. “DIA” hilang tapi aku pasti “DIA” pasti kembali kerna “DIA” merupakan penunggu diasrama kami.
(DIDALAM MCD)

Suasana kembali tenang. Kami mengambil keputusan untuk stay up di MCD malam itu. Bukan kudrat kami untuk pulang ke asrama. Dimerit yang bakal diterima tidak kami hiraukan. Sebenarnya Ifan cerita bahwa “DIA” tertarik dengan Mai kerna ketika itu Mai dalam keadaan kotor dan belum mencuci darahnya. Dan sememangnya Mai antara yang paling lemah.

Keesokkan kami pulang ke asrama. Alhamdulillah “DIA” tidak pernah memunculkan diri lagi selepas itu. Tapi semenjak kejadian itu, acapkali terjadi kes hysteria di blok-blok asrama wanita. Yang paling teruk sehingga para siswi menari di ruang antara blok (nanti aku cerita di slot lain).
Take note ye kawan-kawan perempuanku. Jangan sesekali korang hiraukan tentang d***h period. Itu merupakan salah satu tarikan “Mereka”. Cuci sebersih-bersihnya sebelum buang.
Maaflah kalau ceritaku kalini agak meleret. Harap korang senang untuk membaca. Terima kasih.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Kilaa Fazli

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.3]

3 thoughts on “IA WUJUD”

  1. “Aku dan Mai mempunyai pendirian dimana kami berdua tidak percaya akan makhluk ghaib tapi kami berdua juga tahu bahwa “mereka” memang wujud.”

    Pakcik tak berapa faham ayat ko ni nak

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.