Ini Kisah Angel

Terima kasih kerana sudi untuk publish kan cerita aku yang tidak seberapa ini. Sebelum itu aku memohon maaf sekiranya jalan cerita yang aku olah ini tidak mampu dihadam oleh pembaca. Cerita ini original 98% dan 2% adalah garam dan ajinamoto untuk menampakkan lagi cerita aku lebih menarik. Sebelum itu, aku adalah Non-muslim. Nama aku Angel dan ini adalah cerita aku:

Kisah 1:

Rumah moing (nenek dan datuk) aku hanya berdepan dengan pantai saja. Keluar saja dari pintu rumah memang kaki sudah menjejak pasir. Sebelum itu, rumah moing aku jenis rumah kayu dan bertiang persis macam rumah Melayu tradisonal zaman dulu, cuma lantai rumah boleh nampak sedikit tapak bawah rumah dan yang pasti rumah pada masa itu tandas memang dibuat di luar rumah. Rumah moing aku juga ada perigi dan aku takkan sekali-kali nak mandi sana. Pada waktu siang suasana memang nampak tenang dan indah tapi apabila bertukar malam, suasana yang tenang itu bertukar menjadi kelam dan suram.

Aku, dan empat orang sepupu Aisy, San, Chik dan Ara mencabar diri masing masing untuk ke tandas seorang diri malam itu sebab kakak sepupu kami mengatakan kami masih budak hingusan sekiranya hendak ke tandas pun masih meminta teman. Untuk membuktikan kami sudah capai tahap remaja.

“Ba, sapa duluan?” soal si San. Aku hanya berdiam diri sebab kalau berbunyi nanti memang aku jadi orang pertama.
“Si Angel dulu la, sebab dia gumuk,” jawab si Chik. Semua memandang aku sambil angguk angguk kepala tanda setuju.
“Buduh, mana boleh ini macam. Buyuk ba (main tipu). Si San la sebab tua,” jawabku membangkang cadangan mereka semua untuk memilih aku sebagai player pertama.
“Bukan lama pun ba Angel. Lima minit saja,” balas si San.
“Ba kau la duluan, bukan lama pun, 5 minit ja ko bilang kan,” balasku geram. Baru saja si San mahu berkata-kata, kami terdengar bunyi pintu tandas seakan di buka dan dihempas kembali, semua mata kami memandang pintu tandas itu, Ya, pintu itu bergerak sendiri seakan digerakkan oleh manusia.

“ angin saja kan. Sebab itu pintu bergerak kan” soal Ara untuk kepastian.
“ mustahil angin. Rambut si aisy panjang pun enda bergerak.” Kata si Chik. Selepas saja si Chik bersuara, dengan bunyi yang kuat kami mendengar suara orang yang seakan merengus kemarahan. Pintu tersebut berhenti bergerak tapi bunyi itu semakin kuat dan seakan-akan makin mendekati kami.
“ ui! Apa kamu bikin sana? Malam sudah ni. Naik sapat sebelum ku tutup pintu ni rumah. Sapat balik !!” teriak seseorang dari belakang. Terus kami menoleh belakang untuk melihat empunya suara. Rupanya moing ondu kami sambil membetulkan kain batiknya untuk megejar kami supaya masuk rumah. Dengan kuasa yang ada kami semua berlari sebelum disebat. Seperti biasa, aku yang berbadan comel ini lah yang selalu di tinggalkan di belakang.
“ gila kamu main di luar malam malam. Kamu pikir ini bandar ka?” marah nenek tapi telinga aku yang panas sebab hanya aku saja yang berjaya di tangkap oleh moing ondu.
“ si San yang gila ba moing. Dia suruh aku sendiri di tandas” jawab ku hampir menangis. Terus ku berlari masuk dalam tapi kaki ku berhenti bila tersedar bahawa moing seakan berkata-kata di luar pintu. Terus aku pergi dekat dengan pintu, untuk dengar lebih lagi.
“ jangan ko kacau lagi cucu aku. Mereka masih kecil.” Bilang moing
“ uhmmmmmm” benda itu seakan membalas kata-kata moing.
“ mereka Cuma bergurau saja. Jangan kau ambil hati. Nanti aku taulah ajar diurang tu.” Kata moing aku lagi, dalam hati aku pada masa tu, punya hebat moing aku translate bunyi tu.
“ ya, aku tau dia dengar perbualan kita” kata moing terus masuk rumah dan kunci pintu dapur itu terus. Aku terkejut beruk sebab kata-kata terakhir perbualan nenek aku seakan-akan benda itu tau aku tengah pasang telinga perbulan mereka. “gulp”
“ moing, apa benda tu?” soal aku.
“ ko rasa apa? “ soal moing pada aku
“ rogon toi ( hantu ka) ?” soal aku lagi. Moing cuma bagi senyuman saja dan aku terus lari tinggalkan moing di dapur tanpa toleh di belakang.

Kisah 2:

Kisah ini pula berlaku di rumah aku. Rumah moing yang dipantai sudah dirobohkan dan moing aku tinggal di atas bukit dan rumah kami hanya di sebelah tetapi bahagian bawah bukit. Di antara rumah moing dengan kami ada kubur lama. Kubur nenek-atok moyang dulu lagi. Jadi kalau mahu ke rumah moing kami mesti melalui kubur lama tersebut. Ini hanya untuk bayangan korang dimana terletaknya rumah moing yang baharu dan rumah kami sebab ada cerita yang akan disampaikan tetapi bukan dalam kisah ini.

Masa ni pada waktu malam, mak bapa aku keluar ke majlis orang bertunang. Yang tinggal di rumah masa itu aku, kakak aku si Eva dan uncle Dius ( adik mak aku paling bongsu). Sepupu aku San dan Chik datang lepak sebab kami ada set rancangan untuk main judi ( maklumlah kampung kami dikenali pusat casino kecil-kecilan), masa itu kami dah set kan meja di luar rumah hdapan untuk permainan perjudian dan kakak dan uncle tengah sibuk memanggang di belakang rumah. (jangan mengikuti gejala perjudian kami)

Kami masa itu tengah riuh ketawa mengilai gara-gara si San sudah kalah dan duit tingal syiling sahaja lagi. Tiba-tiba kami senyap serentak ibarat seperti ada malaikat lalu dan tanpa sebab semua serentak diam. Kemudian dalam beberapa saat kami sambung ketawa lagi. Masa itu aku dah terdengar seakan orang tarik tali besi. Seakan-akan orang mengheret besi. Memang bunyi sangat dekat. Si Chik dah mengelabah, habis mata kami scan sekeliling tapi tiada apa yang muncul yang ada hanya bunyi besi yang diseret.

“ uncleeeeee !” teriak aku. Terus kedengaran orang berlarian menuju ke arah kami bertiga.
“ kenapa?” muka uncle aku masa itu memang dah merah gara-gara moginum (minum air beer) sambil memanggang ayam.
“ bunyi apa tu?” soal Chik
“ shhhhhhhhh” arah uncle untuk kami berhenti menyoal
“ macam bunyi berantai kan.” Kata si San. Aku terus menjeling sebab mulut dia celupar betul sebut nama benda tu.
“ macamlah” jawab uncle. Aku dah tak tentu arah. Kakak aku dah tarik-tarik tangan aku masuk dalam rumah. Semakin lama bunyi tu semakin menjauh.
“ habislah kita begini, masuk cepat.” Arah uncle aku untuk masuk ke rumah. Si san and Chik masih berdiri di luar sambil buat muka excited untuk mendengar lagi bunyi tu.
“ apa mau takut, bunyi sudah jauh pun” kata si San.
“ jangan juga jadi buduh kan, makin jauh bunyi makin dekatlah dengau kau” uncle dius terus membalas kata-kta si San.
Bunyi itu semakin menjauh dan bau bangkai menyerpa kami dan kami sudah pasti “benda” itu sudah berada dekat dengan kami. Mungkin disebelah antara kami. Siapa juga yang tahu sebab dia antara kami bukan ada gift 6th sense untuk melihat. Bulu tengkuk kami sudah meremang dan tangan aku makin sakit digengam kakak aku disebab ketakutan.

“ mulut ko kan San jangan celupar. Seakan-akan kau mencabar dia” marah uncle dius.
“ mana aku tau kalau makin jauh tu bunyi makin dekat sama kita” balas San.
“ sebab itu urang bilang kalau ada benda pelik jangan tegur” kata kakak ku. Aku dan chik diam sahaja malas banyak bunyi takut makin lain pula jadinya. Bau bangkai itu makin kuat lagi dan bunyi itu sudah tidak kedengaran. Pastinya “benda” tu tidak lagi bergerak dan mesti tengah memerhatikan kami sebab itu bau bangkai itu makin terserlah.
Dari atas bukit kami ternampak cahaya lampu. Seperti cahaya motorsikal. Rupanya moing kusoi (datuk) yang datang. Dia terus minta kerusi dan duduk di tiang luar rumah kami.
“ tulah, lain kali kalau memanggang bagi sikit la dengan dia. Kan dia sudah datang minta sendiri” marah moing aku kepada uncle.
“ lupa pula ku bagi tadi pak” balas uncle. Terus uncle aku berlalu ke dapur dan ambil seketul chicken wing dan baling ke luar rumah.
“ moing , apa juga tu?” soal Si San. Aku dah makin geram dengan si San ni suka menyoal masa benda itu belum confirm sudah pulang atau masih lagi di situ.
“ orang dulu bilang jin berantai” balas moing
“ jadi apa masalah dia sampai mau muncul segala?” kata si San lagi.
“ yalah. Dia datang mau tengok kamu sebab buat bising lepas itu terhidu lagi asap memanggang. Mereka kan suka asap” jawab moing.
“ kenapa juga dia tu berantai?”si san menyoal lagi.
“ kaki dia kena rantai dengan bola besi. Sebab tu berbunyi” jawab moing aku lagi
“ siapa kasi rantai dia?” soal si San tidak pandai habis-habis.
“ entahlah, mana juga moing tau.” Balas moing yang dah annoying. Terus moing masuk dalam rumah. Terkejar-kejar si San masuk rumah sebab dia tidak mahu orang paling last masuk rumah. Kotoh.

Kami budak-budak masa tu hilang sudah takut sebab moing ada bersama kami sementara tunggu mama bapa aku pulang. Dan si San, si Chik tidur di rumah itu malam gara-gara takut terserempak dengan itu benda.

Penat sudah aku menaip, ini baru 2 kisah pertama, banyak lagi kisah lain yang belum diceritakan, kalau cerita yang disampaikan ini kurang seram, syukurlah itu, sebab tiada juga orang yang mahu menjalani hari-hari yang seram. Hahahha. Kalau aku ada masa terluang, aku akan ceritakan kisah-kisah yang lain.

Terima kasih

Angel yang comel

17 thoughts on “Ini Kisah Angel”

  1. yg kat rumah aku lagi best. spy. pastu balik kt tuan dia report smua pergerakan aku. pastu pengubat datang, smua disusahkannya sampai hampir2 putus asa lah dorg nak mengubat aku. ni aku taip komen ni pun sebok dia tgu nak baca sekali.

    tahi

    Reply
  2. Seram citer angel…moing kamu mmg byk pengalaman yg menyeramkn.. kwsan kampung pedalaman..nak2 tepi kaki bukit… mcm2 mistik diluar jangkaan kite…

    Reply

Leave a Comment