Rumah Besar

Assalamualaikum dan salam sejahtera. terima kasih sekiranya terseiarnya kisah saya ini.

Kisah ini berlaku dalam tahun 2015 semasa saya berumur 15 tahun (cuti sekolah). Masa ini mak dengan ayah tiri saya berkerja sebagai tukang kebun dan pembantu rumah separuh masa di rumah seorang Datuk ini.

Rumah dia terletak di Jalan Gasing, Petaling Jaya. Rumah yang agak besar, mempunyai dua setengah tingkat. Datuk telah menyediakan kami rumah kecil di tingkat satu, sama level dengan pintu utama rumah beliau, yang juga bersebelahan dengan swimming pool.

Mereka hanya tinggal berdua di rumah tersebut, kerana anak-anak beliau masih belajar di luar negara.

saya tidak pasti sama ada saya diberi anugerah “sixth sense” atau apa, tapi saya boleh nampak makhluk halus.
Cuma pada usia sekarang, saya tidak lagi nampak “dia” dengan jelas seperti dulu. Saya nampak bayangan atau rasa kehadiran beliau.

Baiklah, ceritanya bermula begini…

Semasa kami menetap di rumah tersebut, Datuk dan isterinya sering tiada di rumah, atas urusan kerja di luar kawasan. Tinggallah kami empat beranak (mak, ayah tiri, saya dan adik berumur lima tahun).

Minggu pertama menetap di situ, saya dah rasa tidak sedap hati sebab rumah Datuk ini adalah yang paling hujung sebelah bukit. Saya sering rasa macam ada sesuatu sedang memandang setiap kali saya sedang menonton TV berseorangan. Selang beberapa hari selepas duduk di rumah tu, saya demam panas.

Saya adalah manusia yang akan demam lepas nampak benda tu atau merasakan kewujudan dia.

Selepas tiga hari demam, baru saya pergi ke klinik untuk berjumpa dengan doktor. Selesai berjumpa doktor kami terus pulang ke rumah itu pada waktu senja (rumah beliau mempunyai pokok pisang yang ditanam di bukit tersebut). Sesampai di rumah, ayah pun parking di bahagian bukit tersebut (bahagian bontot kereta menghadap bukit). Saya turun dari kereta dan memusing ke belakang (memang tabiat saya keluar kereta pusing kebelakang).
Selepas saya pusing, terus saya menutup pintu kereta dan berlari ke arah mak dan bertanya, “belakang tu pokok pisang ke?”

Terus mak membalas, “ish, jangan tegur!” Mungkin kerana pokok pisang dengan hantu sangat sinonim dalam budaya kita.

Apa yang saya nampak semasa menoleh ke belakang itu adalah seorang budak sedang duduk di atas tembok tersebut. Jarak antara bontot kereta dengan tembok hanyalah sejengkal. Dia duduk seperti sedang merajuk.

***

Keesokan harinya, saya dan adik menemani mak untuk membersihkan tingkat atas sekali rumah Datuk
manakala ayah membersihkan bahagian kolam renang seorang diri .
sedang mak mengelap tingkap diruang rehat di atas (tingkap besar kiri kanan), tiba-tiba ada cakaran yang sangat panjang muncul ditingkap tersebut. Mak memberhentikan kerjanya dan mengajak saya turun ke rumah kami.

Sesampai di bawah, kami terus mencari ayah yang berada di tepi kolam, sedang menyapu daun-daun kering. Kami terus mengajak ayah pulang ke rumah kami sendiri kerana mula berasa tidak selesa dengan rumah tersebut. Selesai kami mengemas pakaian, kami terus pulang ke rumah dan meninggalkan kunci rumah Datuk itu dalam peti surat.

Dalam perjalanan pulang, mak dan saya menceritakan apa yang kami lalui. Tiba-tiba ayah juga membuka cerita yang beliau turut mengalami perkara yang sama semasa mencuci kolam itu pada suatu malam sebelum itu. Dia terlihat susuk seseorang tanpa kepala berlegar di kawasan kolam tersebut. Tapi ayah keraskan hati, buat-buat tak nampak saja benda tu.

Selang bebarapa hari, Datuk itu menghubungi ayah untuk memanggil mereka berkerja di rumahnya. Tapi ayah menolak dengan lembut kerana tidak tahan dengan kerasnya rumah tersebut.

Sekian dari saya. Jika ada kesempatan, saya akan menceritakan lagi kisah lain yang terjadi di sekolah sewaktu kem bomba

23 thoughts on “Rumah Besar”

  1. Dulu masa sekolah menengah di PJ lebih Dr 10 tahun lepas Ada Kwn yg tinggal di bungalow jln gasing. Mmg keras Sgt. Mcm2 gangguan kena antaranya depan2 kami basikal ditolak smpi jatuh. Mgkin sbb dgn hutan kot.

    Reply
  2. Jalan Gasing memang banyak rumah-rumah sebegini. Saya kerja di sana dulu. Banyak rumah tua yang menyeramkan. Terima kasih dengan cerita, walaupun singkat, mudah difahami.

    Reply
  3. ni dkt2 dgn bukit gasing ke?sbb dlu time sklh mngah,mmg bkt gasing tu laluan merentas desa,nmpk la umh2 banglo ni…tp dr lua je…

    Reply
  4. Hai guys, kami dari http://WWW.MGMCASH88.NET situs agen judi online terpercaya ingin menawarkan kalian yang suka bermain permainan online
    kami menawarkan untuk bermain di situs kami yang jarang di jumpain di situs-situs lain:
    pelayanan kami ramah dan kami akan merespon selama 24jam.
    Silahkan kunjungin situs kami ya guys
    – SBOBET
    – MAXBET
    – 368BET
    – Tangkas
    – Livecasino
    – Sabung Ayam
    (Baccarat,Sicbo/Dadu,Slot)

    Info lengkap hubungi live support custumer service 24 jam di :
    PIN BBM : 7B2EC260
    PIN BBM : D8796C4C
    WHATSAAP : +66615620266
    LINE : mgmcash88

    Reply
  5. Dkt bukit gasing tu mmg ada perkuburan org asli pn, org2 lama mmg taw la sejarah bukit gasing tu camane.
    Klu nk cari rumah jgn la duduk area sini, scary gila kot
    Dgn creepy nya dgn kes2 bunuh nya

    Reply
  6. Setiap Kali penulis start introduce diri die Masih bersekolah je, Aku terus skip dpd bc. penulisan semua Budak2 bbnu Aku xbole blah. Mcm bc karangan Kertas penulisan exam akhir tahun. Hahah

    Reply

Leave a Comment