Kisah ni berlaku kat satu universiti swasta kat selangor. Masa tu aku baru dpt masuk U. Program Asasi.. Aku ditempatkan kt asrama tingkat 4 yg mana 1 rumah ada 4 bilik. 1 bilik utk sorg. Aku dpt serumah dengan jaja, mimi n belle. Selama kitorg duduk rumah tu mmg macam2 berlaku. Aku sendiri pernah sekali masa tu jam 1.30 pagi. Lepas abis asignment baru je nak tutup mata tiba2 terdengar budak main2 kt bawah. Kt ground floor. Aku bersangka baik je masa tu. Elok je nak lena tiba2 aku dgr budak menjerit. Melompat aku bangun lari ke bilik mimi.
Ktorg pernah jugak bawak kemenyan masuk rumah tu. Ktorg perasap 1 rumah and calit mata ngan minyak apa tah jaja bawak dr kampung utk elakkan dari ternampak makhluk2 halus ni.
Kisah paling seram yg ktorg berempat kena adalah masa musim final exam. Siang tu aku n jaja baru abis paper math. So malam tu si jaja ni gatai p semak jawapan paper math tu. Ada la beberapa mistakes yg dia buat. Kekonon stress, dia bukak tingkap yg menghadap hiway. Dia jerit kt tingkap “MAKKK” tanda nak hilangkan stress kononnya..
Disinilah kisah bermula…
Lepas jaja jerit kt tingkap. Dia pon masuk tidur. Aku ngan belle lepak kt bilik mimi study accounting utk esok. Tiba2 jaja masuk bilik ktorg and terus duduk bersila bersandar kt dinding. Aku, mimi n belle tanya dia ” eh tadi kan dah tido. Nak study ke ja? ” jaja diam je. Kemudian dia bangun n p amik buku nak study. Tapi gaya dia mmg sangat pelik. Macam org menurun pun ada. Sambil goyang2 badan ke depan belakang mulut terkumat kamit and muka merah ktorg dh start curious. Bila tanya ko ok ke ja. Dia senyum je. Tp pandangan mata dia mmg sangat seram. Dia pandang dari hujung mata. Tiba2 ktorg terdengar mcm bunyi besi ketuk ke lantai.. GEDEGANG GEDEGANG GEDEGANG.. Mulut aku pulak celupar pergi tegur benda tu. Free free je kene marah ngan Belle.
Aku, mimi ngn belle dah start takut. Tiba2 belle kata nak turun g panggil warden sebab tgk jaja dah pelik. Aku ngan mimi apa lagi mencicit lari ikut dia. Jaja dalam bilik tu duduk diam x cakap pape.
Masa tu dh 2 lebih ke 3 pagi cmtu. Warden pon xnak naik sbb ktorg just cakap kawan mcm x sihat. Bila dah warden taknak naik terpaksa la ktorg patah balik.
Belle n mimi lebih kesiankan jaja. Takut dia jadi pape sorg2. Aku plak memang dah takut giler. Sampai atas ktorg tanya “ko ok ke jaja. ” dia diam je. Pastu ktorg decide nk tido bilik aku je. Ktorg hantar jaja tido masuk bilik dia. Tengah prepare2 nak tido. Tiba2 jaja ketuk bilik.Melompat kitorg atas katil sampai berpeluk peluk.. haha.. takut punya pasal.. Dia ckp nk tido sekali. Dalam takut2 tu bagi jugak la dia tido sam.. pastu nak rapat2 pulak tu..So jaja tido kt lantai ngan mimi n belle. Aku tido atas katil sebab bilik aku kan. Masa nak tido mcm biasa aku baca ayat kursi. Tgh2 baca jaja bangun tengok aku dengan ujung mata sambil senyum.. meremang aku.. terus aku tutup mata and tidur sampai pagi.
Esoknya pagi2 ketua warden naik bilik. Masa tu ktorg tanya jaja sedar tak apa jadi malam tadi. Dia kata dia tak tau apa2! Memang tak sedar apa yg berlaku malam tu. Lepas dari tu warden dah tak bagi ktorg duduk blok tu.
Rentetan dari kes tu ktorg duduk kt blok lain. Beberapa sem kemudian. Aku rasa ada la dlm setahun ke dua tahun, 1 ari jaja balik kelas cerita kt aku ada sorg budak tegur dia. Jaja xkenal pun budak tu. Dia tanya macamana boleh kenal eh. Budak tu cakap masa final exam Program Asasi dulu, ada 1 malam jaja ketuk rumah dia cakap nak tumpang toilet. Lepas g toilet dia terus keluar x cakap pape.
And sebenarnya dia x de pun pernah singgah rumah org nak tumpang toilet.
Sampai sekarang memang tak tau benda apa yg ganggu and siapa “jaja” yg tumpang toilet rumah student tu..
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
owh..ni kes jaja x terima kasih la pas tumpang toilet yer?
Tu lah kan
Dkt liar negara ada berkumpul reramai kt luar pastu jerit kuat2 time study week
luar