Dendam Dalam Diam Part akhir

Seterusnya, dalam hal solat, aku memang dah lalai sikit, sejak aku rasa ada sesuatu mengawal diriku, aku susah nak dekatkan diri dengan ALLAH. Kadang aku cuba, tapi aku tak kuat. Alhamdulilah berkat bantuan mak ayah aku, aku jadi kuat sekarang. Aku rasa aku dah normal , aku rasa sayang untuk tinggal solat. Tapi time aku period , aku masih tak dapat kawal diri aku. Benda tu senang kuasai aku masa aku datang bulan. Part ni pak ustaz pernah cakap dengan mak aku, waktu paling penting jaga aku adalah masa aku datang bulan. Sebab badan tengah tak bersih, benda halus suka nak dekat. Jadi aku dijaga dengan rapi serapinya oleh mak aku dan nenek. Masa ni aku ngam-ngam ambil cuti kahwin 7 hari jadi lepas majlis kahwin cuti aku ada lagi dua hari. Masa ni mak aku cuba dah suruh aku berhennti keja duduk rumah je sampai sihat.

Sebab ustaz nasihatkan parents aku jangan bagi aku pergi kerja takut makin menjadi. Aku nak tekankan lagi sebenarnya ustaz ni takda cakap sapa yang dendam dengan aku. Cuma dia bagi hint jangan rapat dengan orang yang aku tengah rapat. Dan pesan dia lagi satu jauhkan diri daripada orang yang bermasalah. Yang ni ustaz yang kedua aku pergi berubat. Tapi aku sekerasnya mahu balik sebab aku memang dah bincang dengan mak ayah untuk izinkan aku pinjam kereta ayah dan duduk di rumah sewa lain (rumah sewa kawan). Sebab bulan 3 haritu aku memang dah kosongkan semua barang aku termasuk pakaian dari rumah sewa kak zaila. Cuma aku tak sempat ambil beberap barang makeup aku dan beg travel aku yang kak Ji pinjam.

Aku dan family ingatkan cerita ni berhenti sampai sini sahaja. Rupanya tak weh. Sebab ada satu ujian besar yang ALLAH bagi dekat aku. Ujian sebesar ni buat aku bukak mata berpada-pada bergaul dan menegur seseorang. Kebetulan hari yang ak nak bersiap kembali ke tempat kerja , hari yang sama dengan perdana menteri kita umum PKP 1. Masa ni punya lah happy, yelah dapat sambung cuti. Tambah- tambah rumah sewa baru kawan aku tu sebaris je dengan rumah kak Ji. Masa ni memang happy dapat tahu PKP 1. Tapi benda ni tak happy untuk kak Ji, yelah dia akan terpisah dengan pakwe dia sebab negeri berlainan kan. Hahaha padan muka. Opss sebenarnya dia tak happy sebab aku tak ada dengan kak Ji. Susah lah kak Ji nak kawal aku kalau aku jauh daripada dia. Yelah kak Ji ada perasaaan takut kalau aku ceritakan semua perkara terkutuk kak Ji dekat mak dengan bapak aku.

Aku dah cerita kan daripada awal lagi aku punya mulut ni rasa terkunci untuk cerita pada siapa-siapa. Lama –lama aku pun jadi stress. Benda ni aku pernah cerita dekat pakwe aku. Tapi masa tu dia suruh aku pindah keluar daripada rumah tu, tapi aku tak keluar sebab aku tak tahu kenapa. Aku rasa aku di kawal kot. semua tingkah laku aku dikawal sepenuhnya oleh kak Ji. Okay aku sambung kejadian misteri sepanjang aku duduk rumah.

Hari demi hari diri aku menjadi lain. Aku tak seceria selalu, aku tak menjadi diri aku sepenuhnya. Senang cerita aku mula protes dalam rumah. Aku duduk dalam bilik belakang berkurung , taknak duduk luar , taknak berborak dengan semua adik beradik aku, dengan mak aku, ayah, atok dan termasuk nenek aku dan pakwe. Aku diam sepanjang masa. Bayangkan telepon pun aku tak sentuh. Aku tak pernah tak berchat degan pakwe aku lebih sebulan , tapi benda yang dah masuk dalam badan aku ni buat aku taknak bercakap dengan semua orang. Aku macam ada dunia khayalan aku sendiri. Sedangkan jenis aku kalau tak main phone sekejap tak boleh. Paling penting aku dah tak tengok drama. Aku jadi tak minat dengan semua benda. Termasuk kucing aku. Kadang- kadang aku tak tahu apa aku buat dan apa yang jadi dekat diri akui. Aku akan lupa semua benda sekelip mata. Dan paling dasyat aku suka bau d***h..( rasa geli bila pikir balik).

Setiap hari ada sahaja barang yang aku baling, mak aku cakap aku macam jadi tak betul. Mak aku cakap pagi aku akan okay, petang aku akan meracau dan waktu malam paling susah untuk jaga aku. Mak aku kata da satu hari tu, aku cari kunci tengah malam untuk keluar rumah. Bercakap seorang diri. Sebenarnya PKP 1 ada hikmah untuk diri aku dan keluaga aku. Kalau aku tak duduk rumah, family aku pun susah nak kesan perubahan diri aku. Sebab aku duduk rumah lah family aku mula Nampak perubahan pada diri dengan amat ketara. Masa ni la pak ngah aku ambil peduli, dia suggest beberapa tempat untuk berubat. Weh tengah PKP bukan senang nak keluar weh.

Ada sekali kena tahan dengan polis sebab tak boleh pergi mana-mana. Lagi lagi kawasan yang jauh-jauh lebih 10 kilometer kan. Tapi alhamdulilah urusan berubat aku dipermudahkan bila pak polis semua beri kerjasama dengan baik. kirakan ada lebih daripada 14 kali kot aku pergi berubat termasuk la sehingga bulan julai . Kalau dah lebih 14 , kau boleh kira la duit bapak aku pun dah melayang banyak. Ada setengah tempat tu mintak bayaran sampaii 3 hingga 4 ribu untuk ubatkan aku. Pergh telan air liur bapak aku. Sakit aku ni mengalahkan orang duduk hospital la pula. Tapi bapak aku tak ambilla yang tempat mahal. Sebab masih ada cadangan tempat lain. Banyak ustaz yang aku pergi semua kata benda ni dia pakai hindu , diaorang bagi cadangan guna hindu juga untuk sembuhkan aku. Pak ngah aku cadangkan last cuba orang asli. Yang ni ada satu perkampungan dengan Pontian. Memang jauh memang dalam. Sampai kami sesat nak pergi rumah orang tu. Rasa macam pergi-pergi tak sampai sampai. Perjalanan macam diganggu. Sampaikan kereta ayah aku tayar meletop. Adui stuck dekat situ dekat 3-4 jam. Nasib adalah yang nak tolong. Dengan aku meracau dalam kereta. Kesian mak ayah dan pak ngah sebenarnya. Dahla kawasan tu jauh daripada bandar. Memang banyak halangan . Banyak sangat-sangat.

Nak dipendekakn cerita, aku serasi berubat dengan pakcik asli ni. Pakcik ni kata sangat kuat benda dia hantar dekat aku. Pakcik ni kata aku dah lama terkena sebenarnya, pakcik asli ni kata kalau aku nak tahu orang pun dia boleh bagitahu. Tapi mak aku kata tak payah tahu nanti akan rasa marah dengan orang. Tapi bapak aku nak tahu juga masatu. Kali ni first day aku berubat dengan pakcik ni. Banyak pantang larang pakcik asli bagi. Pakcik ni bukan guna benda syirik. Dia macam kalau sekali kita tengok ada rupa-rupa orang silat , dalam masa sama dia pak ustaz dekat kampung dia. Pakcik ni awal aku berubat dia ada cakap , dia tak boleh menjanjikan aku boleh sihat sepenuhnya dalam masa terdekat. Sebab dia pun cakap benda sama macam tempat aku berubat sebelum ni, pakcik asli ni kata benda dia pakai ni dari kuil hindu, benda tu keras sangat. Benda ni ada orang buat dekat diri aku untuk tunduk patuh dekat si pelaku dan dia buat supaya aku benci orang sekeliling aku. Tapi benda yang dia hantar ni mula tak serasi dengan diri aku sejak aku berubat dengan pak ustaz. Sebab tu aku mula meragam pelik-pelik. Jadi orang yang hantar dekat aku ni mula rasa geram dan dia mula buat aku makin teruk.

Masa aku berubat ni , first time aku muntah berbau yang sangat busuk, muntah aku tu penuh dengan rambut dan d***h. Sungguh kotor cara si pelaku buat dekat aku. Pakcik asli kata, benda ni aku dah makan sesuatu yang diberi, sebab tu aku muntah d***h. Dia kata d***h yang aku keluarkan ni adalah d***h kotor yang mengalir dalam diri aku. Dia kata pelan –pelan aku akan sembuh Cuma makan masa sikit lah. Lepas aku muntah sepuas hati, badan aku terus rasa lemah. Rasa macam dah di awang awangan. Yelah selera makan aku pun dah kurang , aku jadi pendiam dan bercakap seorang diri. Ada satu hari tu, masa PKP 2 dilanjutkan tak silap aku, aku dapat tahu yang bos nak bagi UPL dekat semua perkerja dia ( cuti tanpa berbayar). Aku tetiba rasa melenting dengan perkara tu. Sampai dekat rumah aku meracau- racau dan berontak tanda tak puas. Mak ayah aku tahan aku, tapi memang susah mak aku kata nak kawal sebab aku bercakap pun dan cara lain. Mak aku kata aku jadi agresif dan kasar. Bapak aku sampai kena sepak terajang dengan aku. Mak aku kata bapak aku yang jarang pukul tetiba pukul aku masa tu. Dengar dari cerita mak aku, pak ngah aku tu pun datang rumah aku dan bermalam di rumah aku. ( semua ni aku tak ingat, mak aku ceritakan balik dekat aku). Sebab lepas aku pengsan aku tak sedar apa apa- aku rasa diri aku ni normal. Masa tu aku masih berubat kali ke 4 dengan pakcik asli, takdelah normal sangat tapi bolehlah , rasa macam kurang meracau.

Lepas kejadian ni, Aku pergi interview dengan ditemani adik laki aku . Masa ni mak aku tahu, Dia bagi je aku pergi interview. Sebab masa ni semua family members rasa aku dah sihat termasukla diri aku pun. Balik je dri tempat interview dan petang jam 5. Kebetulan adik aku ambil kakak aku sekali dari hostel dia dan kita orang balik sama-sama. Sampai je rumah, bapak aku bising-bising kenapa aku pergi cari kerja. Sedangkan aku dah mintak izin, aku rasa ayah aku tak dengar kot masa aku mintak izin. So pergaduhan bermula dari sini. Aku tak pernah dan jarang sekali ingkar arahan ayah aku, aku jenis sayang sangat dekat ayah aku ( kira anak ayah jugaklah). Ayah aku sebenarnya tak bagi aku kerja jauh takut aku diganggui lagi dengan benda bukan-bukan, tapi benda yang mnghasut diri aku seolah menyuruh aku bertindak membantah keputusan ayah aku. Pakcik asli pernah bagitahu, si pelaku akan buat aku benci dekat orang sekeliling dan akan porak perandakan hubungan aku dengan orang yang aku sayang. Tapi aku tak sangka la ini yang dimaksudkan oleh pakcik asli.

Masa ni memang aku tak jadi diri sendiri dan aku berubah menjadi agresif, sama macam sebelum ni. Mak aku cakap, kalini lagi teruk daripada lepas majlis kahwin kakak aku. Tapi bapak aku dia paham keadaan aku, jadi untuk tenangkan aku dia cakap pergilah kerja. ( benda ni aku baru tahu lepas aku sembuh) .semua cerita ni , mak aku yang ceritakan balik. Mak aku kata bapak aku call pakcik asli dan suruh tengokkan aku dari jauh kenapa tetiba agresif. Mak aku cakap pakcik asli tu kata, si pelaku ni berterusan buat dekat diri aku supaya benci dengan orang sekeliling aku dan larikan diri daripada rumah. Haa patutlah kalau kau orang ingat balik aku cerita tadi, ada part aku cari kunci tengah malam kan. Ya ALLAH bila aku dengar cerita ni balik, aku tak pernah sangka benda seburuk ni akan aku lalui.

Masa ni juga aku gaduh teruk dengan pakwe aku. Paling besar mana aku gaduh dengan pakwe aku, aku tak pernah lah tak bercakap dengan dia kalau dia oncall, marah aku sekejap je lepastu nanti aku berborak macam biasa. Tapi malam tu aku tak suka nak dengar suara, bila aku dengar aku rasa amarah sangat. Aku lupa apa yang aku cakap dekat dia. Dia terus letak telepon. Sampai sekarang aku cuba ingat, tapi aku lupa . susah nak ingat. Sebab benda tu bukan aku yang cakap, aku dikawal oleh sesuatu dalam diri. Sebab tu mak aku tak bagi aku duduk bilik seseorang. Kalau aku duduk bilik memang akan jadi macamtu. Lagi lagi bilik belakang aku tu gelap, langsir pun gelap. Walau pagi pun bilik tu tetap gelap sebab tepi rumah aku ada gudang yang menutupi cahaya matahari ke bilik aku. Tapi aku pelik perubahan ketara ni pakwe aku tak perasan ke. Masih tertanya sehingga kini.

Masa aku mula berubat dengan pakcik asli ni adalah penghujung bulan 4. Sebab pak ngah aku tahu pasal pakcik asli ni lambat. Itu pun ada orang tolong rekomen dengan pak ngah aku. Tak lama lagi bulan puasa pun nak tiba, ujian bulan puasa ni dasyat. Kalau kau orang nak tahu, aku banyak tak puasa bulan Ramadhan. Pertama kali dalam hidup aku. Susah untuk aku ungkapkan perasaaan ini. Tapi memang aku cuba untuk puasa, tapi ada sesuatu yang menganggu aku menyebabkan aku tak boleh puasa. Lebih-lebih lagi apabila aku muntah benda bukan-bukan. Badan aku pun jadi lemah. Tak bermaya. Selera makan memang drop abes. Ubat vitamin untuk tambahkan selera makan pun seolah tidak berkesan ke atas diriku ketika itu. Tapi masa ni aku tetap teruskan dengan berubat. Sebab lepas berubat dengan pakcik asli keadaan aku bukan bertambah baik, tapi betambah buruk. Sebab pakcik asli tu kata si pelaku tu cuba untuk lawan balik. Tapi parents aku cuba untuk teruskan juga dengan rawatan ke atas aku.

Masa ni lah pakcik asli bagi aku beberapa syarat. Kalau nak si pelaku tu puas hati dengan dendam terhadap aku. Aku kena ikut apa yang dia cakap. Syarat dia memang susah sebab pakcik asli suruh aku jarakkan diri dengan orang yang si pelaku targetkan. Senang ceta aku kena jarakkan diri dengan pakwe aku sebab si pelaku memang dendam degan aku sebab pisahkan dia dengan uncle india tu kan. Kedua aku tak boleh rapat dengan mak ayah aku buat beberapa seketika. Syarat ketiga semua yang ada disekeliling aku kena amalkan baca ayat al-quran. Tak kisah setiap hari atau tidak tapi perlu. 

Jadi dalam rumah aku memang hari hari solat brjemaah dan baca alquran bersama-sama. Perbuatan ni dah jadi sampai ke harini. Alhamdulilah. Opss lupa nak cerita, masa aku kena jarakkan diri dengan parents aku. Pakcik sebelah aku yang bela aku, makcik dengan pakcik sebelah memang aku rapat sejak kecil. Dulu waktu pakcik kerja malam di penjara, aku dengan kakak akulah teman makcik jiran aku ni.Jadi diorang ikhlas nak tolong aku time-time macam ni. Dekat sebulan lebih jugak aku tinggal rumah sebelah. Sahur pertama je aku excited dengan harapan aku ni dah sembuh. Tapi menjelang ke magrib aku gagahkan dengan semangat daripada ahli keluarga. Tapi puasa pertama je aku berjaya, aku jadi lemah selemahnya. Puasa seterusnya aku tak sahur, dan aku tak boleh berbuka puasa . lagi –lagi kalau aku terdengar azan aku akan menagis secara tiba-tiba. Sebab benda tu macam tak bagi aku berpuasa dan dekatkan diri dengan ALLAH.

Oh aku lupa nak cakap, aku tinggal rumah sebelah bukan saja-saja, tapi memang atas nasihat pakcik asli tu sebab dia kata kalau aku jarakan diri senang nak buang segala benda kotor jadi dekat diri aku. Sebabnya nanti si pelaku akan rasa dia berjaya balas dendam. Macam aku cerita tadi, si pelaku hanya meninginkan aku dibenci oleh orang sekeliling aku terutamanya orang yang aku sayang.

Tapi cerita ini tak habis sampai sini. Aku mintak maaf kalau penulisan aku ni ada kesalahan Bahasa. Sebab sekarang ni aku pun belum sihat lagi, ada banyak benda yang mungkin aku lupa nak cerita. Kakak aku pun banyak tolong aku untuk penulisan ini sebab aku menagis setiap kali menulis cerita ini dan emosi aku akan terganggu. Sebenarnya aku terlalu sakit untuk menelan apa yang dah jadi dalam kehidupan aku. Okay aku teruskan lagi cerita aku, masuk ni dah lebih 14 kali kot aku pergi berubat ditempat berlainan. Last sekarang aku buat dengan pakcik asli. Kalini dah kali ke 6 dengan pakcik asli.

Macam aku cakap, semakin aku berubat semakin banyak yang benda pelik jadi dekat diri aku. Kebanyakannya aku tak ingat. Tapi based on mak aku cerita, bulan puasa paling teruk aku buat hal. Mak aku kata kesian pakcik dan makcik sebelah rumah aku, diorang berjaga malam sebab takut aku larikan diri. Dan semua benda tajam dalam rumah tu diorang nyorokkan sebab kalau aku meracau, aku akan sakitkan diri aku sendiri. Tapi benda ni tak setiap masa, ada masa aku normal, aku boleh tengok tv, tolong bapak aku masak. Tapi tak selalu sebab pakcik Asli banyak tolong aku. Bila datang aku punya pelik tu memang aku terbaring dalam bilik rumah sebelah ( rumah jiran). Mak aku kata ada satu hari masa aku meracau, aku sampai kuat nak tolak adik aku lelaki sedangkan hari biasa aku tak kuat nak tolak dia sebab badan dia agak sado. Bayangkan aku boleh kalahkan tenaga lelaki. Jadi benda apa lah si pelaku hantar dekat aku kan ( pikirk-pikirkan lah).

Betullah pakcik asli kata, benda daripada kuil hindu memang agak keras. Pakcik asli kata sebenarnya si pelaku boleh tahu aku sedang berubat, jadi family aku memang kena wasapada. Itulah salah satu sebab rumah aku start solat berjemaah dan mengaji. Sebab sebelum-sebelum ni memang rumah aku jarang sekali solat berjemaah kecuali kalau ada buat kenduri je. Yelah masa bapak aku balik kerja pun tak sama , jadi jarangla spent time together kan.

Ada satu hari tu bulan puasa kak Ji ada whatsap aku , dia kata nak datang rumah nak beli makanan ayah aku jual. Opss lupa nak cakap , bulan puasa time pkp bapak aku jual makanan tapi aku jarang tolong sebab keadaan aku yang tak berapa sihat. Kalau aku okay je aku tolong, sebab pernah sekali aku tengah tolong-tolong. Cuaca luar pun panas, benda tu mula ganggu diri aku sampai aku susah di kawal . ( mak aku cerita). Sorry aku tak boleh nak ingat banyak benda sebab keadaan aku belum sihat sempurna. Dan kalau aku cuba untuk ingat, aku akan sedikit terganggu dan pengsan. Sekarang pun akak aku dengan mak aku ada disebelah ketika aku menulis cerita ni. ( terima kasih mak dan kakak).

Okay sambung cerita tadi, jadi kak Ji nak beli makanan , dah la family aku dah yakin kak Ji ni la punca utama aku sedemikian. Cuma masa ni mak bapak aku tak tahu lagi kenapa kak Ji dendam dengan aku. Sebab masa ni aku belum sihat dan aku masih tak boleh nak cerita apa perbuatan terkutuk kak Ji dan lelaki yang aku gelar uncle tu. Mungkin makan masa sedikit. Jadinya bapak aku pun cakaplah hari yang diaorang nak order tu memang kita orang tak ambil tempahan untuk makanan tersebut, kami cakap sorry . Tapi hari tersebut kak zaila datang juga ke rumah aku, dekat-dekat nak magrib , adalah kira-kira 15 minit sebelum nak azan. Dia datang dan peluk aku. Ya ALLAH aku cuba ngelak tapi tak dapat. Aku rasa semacam je bila dia peluk dan cium aku. Mak aku layan macam biasa, tapi masing-masing muka akward (pandang macam risau). Atok dan nenek aku apa lagi, marah gila lepas kak Ji dah balik. Mak ayah aku kena marah dengan atok nenek aku sebab bagi kak JI jumpa aku. Bapak aku waktu tu memang tengah mandi, mak aku tengah masak dekat dapurjadi sebenarnya benda ni jadi spontan. Nak salahkan mak bapak aku pun tak boleh. Lupa nak cakap aku memang tidur rumah pakcik sebelah tapi time aku normal aku datanglah rumah aku , aku datang makan tengok tv lepastu tidur dekat rumah pakcik.

Masa ni memang tak bertegur dengan mak ayah aku . Biasa nenek aku , atok dan adik lelaki je layan aku.. Ayah aku pun ikut je nasihat pakcik asli tu. Lepas bapak aku tahu kak Ji datang, bapak aku call suruh pakcik asli tengokkan daripada jauh, yelah tengah pkp pun tak ble keluar sesuka hati. Pakcik asli kata sebenarnya dia datang nak tengok keadaan rumah sekaligus nak keruhkan lagi keadaan diri aku.
Niat tak baik dia memang dapat dihidu, yelah pelik betul sibuk nak datang. Sebelum ni tak ada pula nak datang. Senang cerita lebih daripada 5 tahun dia dah tak bergaul dengan family. Malam tu memang family aku, pakcik sebelah berjaga-jaga. Rumah pun sentiada dipasang dengan alunan suara radio surah Al-quran.

Sangkaan dia orang memang betul, tengah-tengah nak azan isyak, aku dah start meragam. Baling-baling barang dan memberontak nak balik tempat lama ( tempat aku sewa sebelum ni). Aku start balik kata nak pergi kerja sana. Dasyat weyh sedangkan tengah PKP mana da kerja. Office aku pun tak beroperasi lagi. Masa tu pak ngah aku pun sampai la rumah aku. Dia cadang untuk bawak je aku malam tu ke rumah pakcik asli. Tapi tulah dah lebih waktu malam mana boleh keluar sesuka hati musim PKP . Tapi macam aku ceritakan sebelum ni, pak polis semua paham kalau kita berterus terang dan jujur. ( terima kasih pak polis).

Sampai je sana dah nak jam 10 ke 11 malam. Pakcik asli ubatkan aku , macam biasa setiap kali lepas berubat aku akan muntah dan akan pengsan. Aku memang tak ingat apa apa pasal ni. Mak aku cerita aku muntah banyak keluar rambut. Yang aku heran bila masa aku makan rambut. Kalau kaurang nak tahu macam mana ada rambut korang boleh search google. Sebab banyak pandangan pasal ni. Macam pakcik asli kata diorang guna benda halus dekat makanan aku, benda tu dah masuk dalam diri dan d***h aku jadi terbentuklah benda kotor tu dalam badan. Aku pun tak paham sangat pasal ni dan masih tertanya.

Dah keesokan harinya, aku sakit badan sangat-sangat. Pinggang aku sakit sampai aku tak boleh nak jalan. Apa yang aku makan semua aku muntahkan balik. Senang cerita masa tu aku makan bubur je. Badan pun makin cengkung. Hari yang aku okay je aku dapat makan nasi. Tapi nak tunggu hari yang aku sihat tu memang jarang sekali. Bulan 3- 6 aku semua pergerkan aku dikawal sesuatu dengan jelas. Jadi mak aku tak nak aku buat benda bukan-bukan, segala gadjet aku di ambil. Termasuk telepon dan laptop. Sebab mak aku tak nak kak Ji tu whatsap aku dah pengaruhi pemikiran aku. Itu motif utama mak aku sebenarnya. Kalau kawan-kawan dan pakwe aku baca story ni dalam fiksyen shahsa, im sorry bukan aku tak balas tapi keadaan aku yang aku tak boleh nak ceritakan dekat siapa-siapa pun dan aku pun tak betul masa tu. Sebab soal hidup m**i main benda kotor ni bukan boleh buat main-main lagi dah. Sebab makckik aku pun pernah meninggal angkara sihir.

Aku pun masa tu ingat m**i je, rasa macam tak perlukan apa apa selain daripada amalan. Sampai macam tu sekali kak Ji buat diri aku. Lagi satu benda yang paling jelas dekat sini adalah Kak Ji ni sentiasa cuba sedaya upaya nak aku datang ke tempat dia dan cari kerja di sana. Sampai ke harini. Yalah kalau aku ada senang dia nak perbodohkan aku untuk cover kerja terkutuk dia tu. Suami dia pun dia dah bodohkan lagikan pula diri aku ni . Dia tak tahu yang keluarga aku dah tahu dia la punca aku tak sihat. Haritu kak Ji ada call aku dan berborak, cara borak punya lah baik gila. Dia kata aku takda kerja so dia pelawa aku kerja dengan dia buat travel agency bersama pakwe dia tu. Satu ayat yang dia cakap, PKP kan dah habis tak nak balik rumah Kak Ji lagi ke. Aku boleh imagine muka lakonan dia yang pura- pura berbaik dengan diri aku. Aku cakap benda ni dekat mak aku, dan mak aku cadngkan aku menukar nombor telepon supaya tidak diganggu lagi. Yes aku dah tukar dah dan rasa tenang tanpa gangguan dia.

Kini aku tinggal 3 kali sahaja lagi untuk berubat dengan pakcik asli tu. Tapi masa aku pergi berubat pun , pakcik asli kata masa dah hampir sembuh kau akan sedar banyak benda kau kena diperbodohkan. Masa ni kau kena kuat , kalau aku tak kuat dan kalau diri aku diselubungi kesedihan, ada kemungkinan aku senang kena balik apa yang Kak Ji buat dekat aku. Jadi ceritanya aku kena kuat semangat. Tapi bukan senang. Aku masih lagi terpuruk di dalam bilik.

Okay jap, aku lupa nak cerita . Bulan 2 aku kan da cerita aku pergi berubat kan?. Haa lepas aku berubat nil ah aku tahu sikit demi sikit perangai kak Ji. Yelah lepas berubat tu aku macama sedar sikit, tapi sikit jelah. Aku cuba korek-korek dengan anak perempuan dia. Yelah sejak aku gaduh dan kak Ji benci dengan aku, dia jarang share pasal palwe india dia tu dekat aku. Dia bawak masuk pakwe dia ke dalam rumah pun senyap-senyap time suami dia dan aku takda. Sebab aku boleh terpikir untuk syak pasal ni , ada la dalam 2 kali aku balik kerja dan tengok atas meja penuh makanan sampai 4 hingga 6 jenis. Aku rasa macam ada seseorang datang sebab tu dia masak banyak macamtu. Biasanya dia rajin masak macam-macam kalau pakwe dia datang je. Yela kadang dia bawak anak-anak dia jumpa pakwe dia , sehari sebelum tu mesti pergi beli barang masak untuk pakwe dia. Dia rajin dan bersemangat untuk masakan kari ikan buat pakwe kesayangan dia ( meluat).

Okay sambung balik, ada satu hari tu ka Ji suruh aku ambil anak dia dari sekolah, aku pun pergila ambil anak perempuan dia dari sekolah. Lepas ambil tu aku dengan anak perempuan dia tunggu anak laki dia pula. Aku korek-korek sikit la dekat anak dia pasal mak mak dia. Dia memang share banyak dengan aku. Antaranya dia kata masa aku pergi kerja, banyak kali pakwe mak dia datang rumah dan masuk bilik aku tengok barang-barang aku. Benda ni aku rasa jijik nak cerita. Rasa nak menagis cerita. Ya ALLAH hanya engkau je dapat kuatkan semangat aku.

Kaurang tahu tak kak ji dengan uncle ambil spender aku. Masatu aku dengar anak dia cakap , dalam kereta tu juga aku menangis. Aku menangis sepuas hati aku. Tapi aku dah janji dengan anak dia aku tak akan tanya mak dia. Sebab nanti anak dia akan kena pukul yang paling teruk. Anak dia kata mak dia dengan pakwe dia masuk bilik tu selongkar barang –barang aku. Kurang ajarnya kan. Ada ke patut kak Ji benarkan seorang lelaki macamtu ambil barang aku, kak ji sepatutnya protect maruah aku. Hancur hati aku sehancurnya. Kalau kaurang tahu benda ni aku tak cerita dengan mak aku sampai sekarang. Aku tak kuat, aku malu sangat orang perlakukan aku macam tu sekali.

Hari ini aku mampu taip je, aku tak mampu berkata-kata. Sebab aku rasa terlalu jijik and diorang menghina aku seteruk macam tu sekali. Depan aku mereka terlalu baik, belakang aku mereka terlalu kejam. Aku tak tahu apa tujuan diorang ambil barang aku. Dekat pakcik asli pun ak tak cerita benda ni sebab sukar untuk aku telan semua ni.

Cerita aku sampai sini jela, aku rasa tak kuat untuk ceritakan semuanya. Sebab banyak lagi yang aku nak sampaikan dekat korang semua. Mungkin aku akan sambung di part seterusnya. Aku harap korang sentiasa doakan kesembuhan diri aku. Aku pun nak sihat macam orang lain. Sebab aku masih lagi dalam proses berubat, jadi aku akan sambung lagi selepas selesai proses aku berubat. Aku banyak susahkan mak ayah aku. Bukan dari segi masa dan tenaga tapi duit la paling banyak. Terima kasih dan mintak maaf pada semua yang terkesan dengan tingkah laku pelik aku. Dan terima kasih untuk pakwe aku yang sentiasa sabar. Aku nak korang semua berhati-hati bila menegur seseorang, ambil kisah aku sebagai pengajaran ya. Assalamualaikum.

Tterima kasih admin sudi memberi peluang di page ini untuk saya kongsikan bersama semua supaya diambil sebagai pengajaran dalam hidup….

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

17 thoughts on “Dendam Dalam Diam Part akhir”

  1. Hai Dear.
    What an interesting story and I am sorry that you have to face it, i mean, this way. But trust me, mana-mana manusia pun tidak kira kawan or families, akan ada sifat dengki walau macam mana baiknya seseorang itu dekat kita.
    I’ve been through your situation, in your shoes. But tak ada lah sampai melibatkan diri sampai muntah d***h or terkena macam-macam sampai memakan diri, but this things terkena to my parents.
    Hopefully, you kuat and sentiasa dekatkan diri dengan Allah s.w.t. Doa banyak-banyak. Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Penyayang dan Maha Mengasihi.

    ” Tidaklah seorang Muslim yang ditimpa suatu penyakit dan keletihan, kegusaran dan kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah s.w.t. akan menghapus kesalahan-kesalahannya.”- Hadith Riwayat Al-Bukhari

    Reply
  2. “Syafakillah syifaan ajilan, syifaan la yughadiru ba’dahu saqaman”
    (Semoga Allah menyembuhkanmu secepatnya, dengan kesembuhan yang tiada sakit selepasnya.) aamiin…. jage diri ukhti..

    Reply
  3. Baca cerita ni tiba2 terus menyirap ngan lelaki hindu & kak jie ni…semoga Allah melaknat si pelaku sihir & diberikan balasan sehabis celaka dlm hidup mereka berdua…

    Reply
  4. Parents awak terlalu lmbt bertindak..ni masalah sesetengah org yg susah percaya dgn sihir. Dah teruk baru percaya dan kelam kabut berubat.. Pastu sikap diamkan diri.. Apa hasilnya? Awak juga yg merana… Moga si penulis sembuh

    Reply
  5. Assalamualaikum

    Saya sarankan saudari amalkan Yassin Mubin. Niatkan sihir yang di hantar di pulangkan kepada yang empunya. Semoga tabah menghadapi dugaan. Saya doakan awak sekeluarga di lindungi Allah swt.

    Reply
  6. Kenapa air mata aku mengalir bila baca cerita ni? Semoga ALLAH bagi kekuatan untuk kau dan family.. Aku doa kan kau sembuh sepenuhnya.. Ya ALLAH sembuhkanlah kawan aku ini Ya Rabb.. Semoga cepat sembuh kawan

    Reply
  7. kesian awak semoga awak sembuh secepat mungkin…
    semua agama ada karma dia untuk menerima apa yang dia buat…
    as a hindu, dalam hindu kita orang x buat macam ini ..
    mgkin golongan india yang sesat kot ..
    sebab dalam kuil kita orang tak buat benda2 bomoh sis

    Reply
  8. Assalamualaikum awk. Allah datangkan dugaan ni sebab Allah tahu awk kuat. Sy tahu, ramai pembaca fiksyen shasha doakan kesembuhan awk. Yg penting, awk kene redha. Semoga awk sentiasa kuat utk melawan semua ini ok. Sentiasa ingt yg Maha Kuasa, Allah SWT. Awk amalkan baca ayat2 manzil. Sebagai pendinding.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.